Bab 3

Drama Completed 7830

Ketukkan kuat di pintu membuatkan Mek Mah dan lain-lain terkejut mendengarnya.
Qassandra dan Maria yang sibuk menyiapkan lukisan baju mereka turut terkejut.
Mek Mah laju berlari ingin membuka pintu.

"Ya Cik Syakila.Ada apa Cik datang malam-malam ni?"Tanya Mek Mah apabila dia melihat orang di depan pintu adalah Syakila.

"Panggil Qassandra cepat."Syakila bersuara bongkak.

Qassandra yang duduk di meja makan terus bangun.

"Kau nak apa Kila?"Tanya Qassandra setelah sampai di depan pintu.

"Nah...Aku nak kau siapkan design baju untuk aku.Hari ni aku ada hal."Syakila bercakap sambil membaling buku lukisannya.

"Tapi aku punya pun belum siap lagi."Qassandra cuba menolak.

"Kau ingat aku kisah ke.Aku nak kau buat aku punya dulu.Kalau tak siap kau."Syakila terus berlalu pergi.

Qassandra hanya mampu berdiri kaku.
Maria yang melihat dari belakang turut bersimpati.

"Sabar la Qas."Maria memegang lembut bahu Qassandra.

"Hermm..Dah jom la sambung."Qassandra mengeluh dia tersenyum kelat.

Mek Mah dan Pok Ri Yang melihat turut bersimpati dengan nasib Qassandra yang dari dulu dianiaya oleh keluarga sendiri.Apa mereka boleh buat sedangkan tempat tinggal pun mereka menumpang di rumah Datuk Qamaruddin yang di bina di belakang rumah.

Qassandra menarik nafas panjang dan menghembusnya supaya dia berasa lebih tenang.
'Ya Allah...kau berikan aku kesabaran untuk menghadapi ujian yang kau berikan ini.'Qassandra berdoa dalam hati.
Maria hanya melihat.Mereka terus menyambung kerja mereka yang tertangguh.

*******************************************************

"Syakila?"Jerit satu suara.

"Mimie..."Jerit Syakila mereka berpelukkan.

"Wei...bila kau balik sini?"Tanya Syakila setelah mereka melepaskan pelukkan.

"Baru je semalam...Aku ingat nak buat kejutan pergi rumah kau tapi kau takde rajin sangat pergi kelas."Mimie menerangkan panjang lebar sambil memerli Syakila.

"Mulut kau bukan main erk."Syakila mengetip bahu Mimie.

Mimie tergelak besar sambil tangannya mengosok bahunya yang kena cubit.
Syakila diam.Dia melihat dua orang jejaka di meja depan.

"Kau tengok apa Syakila?"Tanya Mimie yang melihat Syakila tiba-tiba diam.

"Tuh haa...handsome gile.."Syakila memuncungkan bibirnya menunjuk jejaka-jejaka didepannya.
Dengan cahaya lampu kelab malam yang terkelip-kelip,Mimie melihat dengan teliti wajah jejaka-jejaka tersebut.

"Owhh...Aku kenal tuh."Mimie bercakap selamba.

"Macam mana kau kenal?"Tanya Syakila bersemangat.

"Yang baju merah tuh anak kawan mama aku.Adam Yusuf.Yang sebelah tuh kawan dia Luth Luqman tapi duda anak sorang."Tenang suara Mimie memberitahu.

"Kau suka yang mana?"Tanya mimie.

"Yang baju merah tuh..."Syakila bercakap sambil tersenyum.

Mimie berdiri dia menarik tangan Syakila.
Syakila terkejut dengan tindakan drastik Mimie.
Mimie berjalan menuju ke meja Adam dan Luth.
Syakila hanya menurut.

Adam dan Luth terkejut apabila dua orang perempuan duduk secara tiba-tiba di depan mereka.

"Abang Adam.."Mimie berkata teruja.

Adam terkejut tiba-tiba ada orang mengenalinya.Risau juga di buatnya jika orang media menjumpai dia di sini.

"Did I know you?"Tanya Adam.Dia betul tidak mengenali perempuan didepannya.

"Alaaa...Abang Adam ni...It's me...Mimie.."Mimie bersuara manja.

Adam berfikir sejenak.Kemudian dia baru teringat.

"Owhh...Mimie anak Datuk Zamri?"Adam bertanya untuk kepastian.

"Yela...Abang ni dah lupakan kita pulak."Mimie pura-pura merajuk.

Syakila yang di sebelah sudah menyampah dengan kegedikkan Mimie.

"Macam mana nak kenal.Look at you..very different now..sexy..beautiful.."Adam memuji Mimie dan melihat Mimie yang sudah berubah penampilannya.
Duhulu dia tidak sebegini seksi dan muka penuh dengan jerawat.
Adam melihat perempuan di sebelah Mimie,Cantik dan juga seksi.

"Did i know you too?"Tanya Adam.

Luth di sebelah hanya mengelengkan kepala.Sudah tahu apa yang akan di buat oleh temannya itu.

Syakila yang mendengar hanya menggelengkan kepala dan menunduk malu.

Adam hanya menganggukkan kepala.Dia menghirup air pepsinya.

"Let's dance miss....?"Adam mengantungkan ayat di belakang.

Syakila yang mendengarnya gembira.

"Just call me Syakila."Syakila berasa gembira.

"Nice name Syakila."Dia menghulur tangannya
dan di sambut Syakila.

Mimie menunjukkan ibu jari bertanda okey.

Luth yang melihat tersenyum-senyum.

"How are you Abang Luth.How your son?"Tanya Mimie setelah lama mereka diam.

"We all fine.Thanks."Luth membalas kemudian tersenyum.

Mereka kembali senyap.Mimie hilang kata.

'Membosankan la si Luth ni patut la bini dia tinggalkan dia harapkan muka je handsome.'Mimie mengutuk dalam hati.

"Abang nak menari x?"Tanya Mimie sambil berdiri.

"Nop."Luth bercakap sambil menggelengkan kepala.

Lagi membuatkan Mimie bertambah bosan dengan Luth.Dia berjalan meninggalkan Luth seorang diri.
Dia menari dengan Syakila dan Adam.
Memang hebat mereka menari.
Adam bertambah gembira bila dikerumuni perempuan.

Luth yang melihat mengeluh.

Itulah Adam,bila stress itu yang buat dia gembira semula.Tapi bila okey jangankan masuk kelab,nak jejak pintu kelab pun dia tidak mahu.

Mereka menari dan terus menari.Lupa tentang halal dan haram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience