Bab 20 (Tamat)

Drama Completed 7832

Selepas sebulan Qassandra menjadi isteri Adam yang sah.

Mereka berbulan madu di Jeju,Korea Selatan.Alangkah gembiranya Qassandra.Lagi-lagi waktu dia pergi adalah musim bunga.Dapat melihat pokok sakura yang lebat bunganya.Ladang bunga canola yang kekuningan sangat menyejukkan mata.

"Terima kasih abang,bawak Qas bercuti di sini.Dah lama sangat Qas nak ke sini,cuma belum ada masa yang sesuai."Qassandra bersuara lembut sambil memegang lembut tangan Adam.

"Sama-sama.Untuk isteri abang yang tercinta ni abang sanggup bawak Qas pergi ke mana saja."Suara Adam.

Qassandra tersenyum.Dia tidak menyangka yang lelaki yang dulu idolanya adalah suaminya sekarang.Syukur.

Mereka berjalan perlahan melihat permandangan bunga canola yang cantik kekuningan.
Tiba-tiba....

"Wei Mar,kau bercuti dekat sini jugak?"Qassandra terkejut apabila dia melihat Maria dan Luth sedang gembira melayan Hud.
Maria cakap mahu bercuti di Malaysia saja.

"Qas,errr...sorry la...aku bukan apa..nanti kau marah pulak kalau aku bercuti di sini.Kau kan baru nak berhoney moon."Beritahu Maria sambil bergurau.

Luth dan Adam hanya bersalaman dan berpelukkan.

"Kau ni kan memang tak patut tau."Suara Qassandra seolah merajuk.

"Sorry la...Lagi pun ni last minit la...sebab aku nak sangat tengok bunga canola ni."Maria cuba memujuk.

"Yela..kau kan dah lama teringin nak tengok bunga ni kan."

"Tau pun..."Maria menepuk lembut bahu Qassandra.

"Tapi kau anggap je kami tak wujud.Dah pergi sambung honey moon."Suara Maria.

Qassandra dan Adam tergelak.

"Tak pe la kita bercuti sekali..Alang-alang dah jumpa ni.Betul tak Luth."Suara Adam.

"Aku ikut je.Why not."Jawab Luth sambil mengangkat bahu.Tangannya tidak lepas memegang Hud.

"Betul ke ni bang?Wah seronoknya.So..apa kata nanti kita buat picnic nak?"Cadang Qassandra.Terlebih gembira pula dia.

"Boleh juga tuh.Kita picnic dekat pantai la."Cadang Maria pula.Terlebih gembira sampai lupa suami masing-masing.
Adam dan Luth ketawa melihat gelagat dua sahabat ini.

**************************************************

Seperti yang dijanjikan.Hari ini mereka berkelah bersama.

Maria dan Luth sedang seronok bermain air bersama Hud.Nampak kebahagian di situ.

Adam melihat Qassandra yang sedang menutup mata.Melayan angin segar di pantai,mendengar bunyi ombak.Sangat menenangkan.Itulah kuasa Allah SWT.Maha Hebat.

Satu kucupan hingap di pipi Qassandra.

Qassandra membuka matanya.

"Abang ni,terkejut Qas."Suara Qassandra manja.

Adam tergelak.

"Tuh la...ralit sangat sampai lupa abang ye."Adam bersuara lembut.

Qassandra hanya tersenyum.

"Qas..."Panggil Adam.

"Ya."Jawab Qassandra pendek.

"Terima kasih kerana sudi jadi isteri abang.Walaupun abang dah banyak buat salah dengan Qas."Adam bercakap sambil meramas lembut tapak tangan Qassandra.

"Qassandra pun nak berterima kasih sebab abang sudi jadi suami Qas walaupun Qas ni kelam kabut."Qassandra turut berterima kasih.

Adam memeluk lembut tubuh Qassandra dan Qassandra membalas pelukkan itu.Dia berasa tenang.

'Ya Allah,Kau peliharalah hubungan kami sehingga maut memisahkan kami.'Doa Qassandra dalam hati.

"Kasih Qassandra untuk semua yang Qas cinta dan sayang."Suara Qassandra perlahan.

Adam mengeratkan lagi pelukkan.

Maria yang melihat dari jauh turut bersyukur.
Sekarang sahabatnya sudah dapat kasih sayang yang diimpikan dari dulu.

Sejak kejadian rahsia Datin Sabrina terbongkar.Hubungan mereka sekeluarga semakin rapat dan kadang-kala mereka akan pergi ke Seoul untuk berjumpa dengan Puan Qistina.
Syakila kini sudah semakin sihat walaupun perangainya seperti budak-budak tapi tidak lagi meracau,menangis,ketawa dan cakap sendirian lagi.
Bersyukur kehadrat Ilahi.
Qhai pula sudah kembali bekerja di Korea ingin menjaga Puan Qistina dan tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan seorang gadis mualaf yang bekerja di homestay Puan Qistina.Kalau dah jodoh tidak ke mana.

Allah SWT sudah tulis segalanya.
Kita sebagai hambanya seharusnya redha dan bersyukur.

Alhamdulillah.

-Tamat-

Saya ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi membaca novel saya yang tak seberapa ini sebab ni kali pertama saya membuat novel.Harap maaf jika jalan cerita terlalu cepat atau tak seronok di baca dan ejaan banyak yang salah.

Terima kasih lagi sekali.

Aishah Rosa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience