Bab 1

Drama Completed 7832

Qassandra berjalan perlahan ke arah pintu di depannya.Dia memulas tombol pintu dan berjalan masuk.Dia melihat satu keluarga yang dalam keadaan gaduh besar.

"Eomma....Oppa...."Jerit seorang budak perempuan.Dia menangis kuat dan tangannya terkapai-kapai mahu pergi ke ibunya.

"Abang...Jangan tinggalkan kami.Jangan bawa adik pergi.Jaebal."Rayu seorang wanita.Dia berlari memeluk kaki lelaki didepannya.

Lelaki tersebut menolak kuat badan wanita tersebut.Wanita itu tersungkur ke lantai.Seorang budak lelaki berlari memeluk wanita tersebut.Mereka menangis berpelukan.

"Aku akan balik Malaysia esok.Jangan harap kau akan dapat jumpa adik lagi."Lelaki tersebut bersuara garang.

Qassandra yang melihat mengalir air mata.Kakinya terpaku di situ.Dia melihat lelaki tersebut berjalan kearahnya dan menembusi badan Qassandra.
Qassandra terkejut.

"Abangggggggg"Jerit wanita tersebut dengan kuat.

******************************************************

"Eomma...."Jerit Qassandra.Dia terjaga dari tidurnya.

"Qas..Kau okey tak ni?"Maria terkejut dengan jeritan Qassandra.Dia berdiri memegang bahu Qassandra.

Qassandra diam.Dia melihat disekeliling ruangan.Dia berada di hospital bukannya dia sebuah rumah.

"Qas..Kau okey tak?"Maria bertanya lagi.Risau dia melihat Qassandra seperti ini.

Qassandra melihat Maria.

"Mar...aku..aku okey...cuma pening sikit."Qassandra bercakap pelahan.

"Nak aku panggilkan doktor ke?"Tanya Maria.

"Tak pe it's okey.."Qassandra melihat Maria.

"Macam mana aku boleh ada kat hospital ni Mar?"
Tanya Qassandra dia lupa apa yang terjadi dengannya.

"Kau jatuh tangga semalam."Beritahu Maria.

Qassandra masih memikirkan apa yang terjadi semalam tapi kepalanya bertambah pening.

"Dah la Qas.Rehat dulu nanti kau ingat la."Maria bersuara lembut.kesian melihat keadaan temannya.

Qassandra mengangguk.

"Kau nak makan tak?Aku boleh belikan untuk kau."Tanya Maria.

"Boleh jugak."Qassandra tersenyum.Memang perutnya sedang lapar.

"Okey.Aku pergi jap.Kau rehat dulu tau."Maria bercakap sambil mengambil beg tangannya.Dia berjalan meninggalkan Qassandra.

Qassandra hanya melihat.Dia teringatkan mimpi yang berlaku tadi.Dia berasa apa yang berlaku seperti dekat dengannya.

"Eomma."Dia bersuara perlahan.

"Cik Siti Qassandra Hyerin."

Panggil satu suara.

Qassandra tersedar dari lamunannya.

"Ya saya."

Doktor didepannya tersenyum manis dengan seorang nurse di sebelah.

"Saya Dr.Luth yang merawat Cik Siti Qassandra Hyerin.How your feel today?"Tanya Dr.Luth.

"I feel good today but doc just call me Qassandra."Qassandra menjawab soalan Dr.Luth senyuman.Dia mahu tergelak bila Dr.Luth memanggil nama penuhnya.

Dr.Luth tersenyum.

"Baiklah cik Qassandra."Dr.Luth bercakap sambil membuka sampul surat besar berwarna putih.

Nurse disebelahnya berjalan ke tepi katil Qassandra untuk memeriksa tekanan darah Qassandra.

Setelah selesai dia berjalan ke Dr.Luth semula.

"Normal Doc."kata Nurse tersebut sambil meletakkan kertas putih di atas meja.

Qassandra hanya melihat.

"Okey cik Qassandra...kat sini ada ujian x-ray kepala awak.Alhamdulillah hantukkan di kepala awak tidak mencederakan di bahagian tengkorak dalam kepala.Cuma lebam dan luka luaran sahaja.Jika tiada apa-apa masalah,Cik Qassandra dah boleh discharge petang ni."Dr.Luth memberi keterangan panjang lebar.

Qassandra menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih Doc."Qassandra bercakap lembut.

"My pleasure."Dr.Luth bercakap kemudian tersenyum.Tangannya lincah menulis sesuatu di kertas putih yang hanya doctor dan nurse sahaja yang faham.

"Okey siap.Cik Qassandra kalau ada rasa sakit lagi just press that button."Dr.Luth menunjuk button di
sebelah kiri Qassandra dengan ibu jari.

Qassandra melihatnya dan mengangguk.

"Kami minta diri dulu."Dr.Luth bercakap lembut.

Qassandra menganggukkan kepalanya lagi dan tersenyum.
Matanya melihat Dr.Luth dan nurse sehingga hilang di sebalik dinding.Dia terus baring setelah mereka pergi.

Dr.Luth yang berjalan ingin membuka pintu dan ingin berjalan keluar terkejut bila dia terlanggar seseorang.Nurse yang di belakangnya pun terkejut.

"I'm so sorry.Cik tak apa-apa?"Dr Luth bercakap sambil membantu perempuan didepannya yang jatuh terduduk.

Nurse tadi turut membantu.

"Bakpo la jadi lagu ni.Nasib baik tok bersepoh nasi nge air saing ambo."Keluar loghat Kelantan Maria.Geram dengan apa yang berlaku.Dia membetulkan pakaiannya.

Nurse tersebut hanya diam.Dia melihat Dr.Luth membuat isyarat mata yang menyuruhnya pergi.

Nurse tadi hanya menurut.Dia berlalu pergi.

Dr.Luth membantu Maria mengutip nasi dan air yang terjatuh di lantai.

"Saya minta maaf sangat-sangat cik.Saya tak perasan cik ada kat luar?"Dr.Luth bercakap dengan suara yang sangat serbasalah.

"Tuh la...lain kali jale tu pande-pande ore depe sikik bukenyo redoh lagu tu jah."Maria masih membebel dengan bahasa Kelantan.Dia menyambut huluran nasi dan air daripada tangan Dr.Luth.

Dr.Luth diam sejenak.Dia tidak faham apa yang Maria katakan.

"Maaf cik,saya tak faham apa yang cik cakapkan but i'm so sorry."Dr.Luth bercakap dengan nada yang amat kesal.

"Mu tok pehe ko buak-buak tok peheee."Ayat yang hujung tu terus jadi mendayu-dayu setelah matanya melihat Doktor yang kacak di depannya.
"Maaf cik,saya betul-betul tak faham cik cakap apa."Dr.Luth bercakap sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia memang betul-betul tidak faham.

"Eh...takde apa-apa lah...Doctor okey tak ada cedera ke?"Tanya Maria tersengih-sengih melihat Doctor di depannya.

"Saya okey.Cik tuh yang jatuh ada sakit kat mana-mana tak?"Dr.Luth bercakap dengan nada risau.

"Saya okey je doc.Tak ade yang cedera pun."Maria bercakap sambil melihat tangan dan kakinya yang boleh gerak.Cuma punggungnya sahaja yang terasa sakit.Tapi tak kan dia nak beritahu doctor.

Maria tersenyum manis.

Dr.Luth membalasnya.

"Baiklah kalau macam tuh.Lagi sekali saya minta maaf sangat-sangat."Dr.Luth bercakap lembut.Dia mengukirkan senyuman manis.

Maria yang melihat mahu saja dia pengsan di situ.

"It's okey doc."Maria bercakap sambil mengawal rasa nak menjeritnya melihat kemanisan Dr.Luth.

"Saya minta diri dulu."

"Okey doc.Jumpa lagi."Maria bercakap gembira.Dia melambai-lambai pemergian Dr.Luth.

Dr.Luth yang melihat hanya tersenyum.Geli hatinya melihat keletah Maria.

Maria berjalan masuk ke dalam wad Qassandra.
Dia berlari anak ke arah katil Qassandra.

"Weii....Qasss....jangoknyo la doctor tadi tuh."Maria berasa teruja sangat.

Qassandra terkebil-kebil melihat Maria yang begitu teruja.Dia tahu kalau keluar loghat Kelantan tu bermakna Maria tengah marah atau terlampau gembira.
Dia tergelak melihat Maria sebegini.

"Doctor mano pulok doh?"Qassandra membalas dengan loghat Kelantan.Sejak dia kenal Maria bahasa Kelantan sudah menjadi bahasa kedua Qassandra.

"Doctor yang baru keluar dari wad mu ni la"Maria bercakap sambil meletakkan makanan Qassandra di atas meja.

"Ooo...Dr.Luth..bakpo mu tok mintok nombor tlepon dio.Lagi sene."Qassandra melayan keterujaan Maria.Hilang pening kepalanya.

"Malu la nok mintok nombor tlepon.Apo namo dio tadi..Dr.Luth..?Maria menanya untuk kepastian nama Doktor tersebut.

Qassandra hanya mengangguk.

"Kalau malu..melepah la demo.."Qassandra tergelak.

Maria melihat Qassandra.Muka korea tapi cakap Kelantan.Comey sungguh.Dia turut tergelak dia baru perasan yang mereka bercakap dalam loghat Kelantan.

"Ok dah.Ni aku dah belikan makanan untuk kau."Maria bercakap seperti biasa.
Dia menolak meja mendekati Qassandra.

Qassandra tersenyum.

"Terima kasih Mar."Qassandra bercakap dengan suara yang manja.

"Sama-sama."Maria menjawabnya sambil duduk.

"Kau tak nak makan ke.?"Tanya Qassandra.

"Kau makan la dulu.Aku belum lapar lagi."Jawab Maria.

"Berangan Dr.Luth la tuh.."Usik Qassandra sambil tangannya membuka nasi.

"Eh!Mana ada."Maria berdalih padahal benar yang dikatakan Qassandra.

"Yela tu....."Sengaja Qassandra memanjangkan ayat terakhir.

Muka Maria yang putih kelihatan merah.Malu.

"Dah la.Kau makan dulu aku nak pergi tandas."Maria bangun dari tempat duduknya.Mahu lari daripada Qassandra yang terus mengusiknya.

"Yeka pergi tandas...ntah-ntah cari Dr.Luth..."Bertambah usikkan Qassandra tak padan dengan sakitnya.

Maria terus pergi meninggalkan Qassandra.Lagi dia tunggu lagi dia kena usik dik Qassandra.

Qassandra tergelak.Dia menggelengkan kepalanya.
Kelakar melihat Maria begitu.Setelah reda dia terus menjamu selera yang senyuman masih bersisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience