Bab 9

Drama Completed 7832

"Assalammualaikum,Eomma."Qhai memberi salam setelah masuk ke ruang kaunter homestay Puan Qistina.

"Wa'alaikummussalam,"Puan Qistina mendongakkan kepalanya.

"Junho..."Puan Qistina bersuara gembira.Sudah lama tidak berjumpa dengan anak lelakinya itu.
Mereka berpelukkan.

"eomeoni, jal jinaeseyo(ibu,apa khabar)?"Tanya Qhai dalam bahasa Korea.

"Nae,jal jinaeseyo(baik.Kamu apa khabar)?"Tanya Qistina pula.

"Jal jinaeseyo(Baik)."Qhai tersenyum.Dia mencium dahi Puan Qistina.

"Eomma,Junho nak kenalkan eomma dengan seseorang."Qhai beriaksi gembira.

Puan Qistina mengerutkan keningnya.

"Siapa?"Tanya Puan Qistina berbahasa Melayu juga.

Qhai berjalan keluar.Kemudian masuk dengan Qassandra.

Puan Qistina berjalan perlahan ke arah Qassandra.
Dia membelek muka Qassandra.Air matanya mengalir.Kemudian dia mengetepikan rambut Qassandra dan melihat belakang telinga kanan Qassandra mempunya tahi lalat.Tanda lahir Qassandra.Sah.Air matanya bertambah deras mengalir.

"Hyerin."Puan Qistina menangis kuat.Dia memeluk,mencium keseluruh muka Qassandra.

Qassandra turut mengalirkan air mata.
Selama ini dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu.

Qhai yang melihat turut mengalirkan air mata.

"Eomma."Panggil Qassandra.

"Ya sayang..Eomma rindu sangat dengan Hyerin."Puan Qistina menatap lembut wajah Qassandra.

Qassandra masih tidak menyangka wanita di depannya sekarang adalah ibu kandungnya.

Hari ini adalah hari yang sangat membahagiakan mereka tiga beranak.Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya mereka.Syukur.

*****************************************************

Sebulan kemudian.

Setelah Sebulan tinggal bersama Eommanya di Korea membuatkan Qassandra tidak mahu pergi dari situ.Dia masih mahu bersama dengan Eommanya tapi apakan daya.Dia sudah dapat peluang pekerjaan di Malaysia.Pekerjaan yang diimpikan sejak dulu.

Puan Qistina memeluk Qassandra lembut.Masih tidak puas untuk bersama anak perempuannya yang sudah lama tidak berjumpa.

"Nanti Hyerin datang lagi ya Eomma."Qassandra mencium tangan Puan Qistina.Kemudian mencium pipi dan dahi Puan Qistina.Air matanya mengalir.

"Jaga diri di sana.Junho jaga adik kamu elok-elok."Puan Qistina memberi pesanan kepada Qassandra dan Qhai.

"Baiklah Eomma,Qhai akan jaga puteri kita ni baik-baik."Qhai bercakap sambil menarik pipi Qassandra.

"Sakit la abang...Eomma tengok abang ni...belum balik dah buli Hyerin."Qassandra bersuara merajuk.

Qhai ketawa.Kelakar melihat Qassandra merajuk begitu.

"Kamu ni Junho,sakit la pipi adik kamu ni."Puan Qistina pura-pura memarahi Qhai.Dia mengusap lembut pipi Qassandra.

Kemudian mereka ketawa.

****************************************************

"Baru start kerja dah berangan ke?"Kedengaran suara seorang lelaki memarahi Qassandra.

Qassandra terkejut daripada lamunannya.Yang teringat tentang Eommanya.

"Maaf Encik Adam."Qassandra kelam-kabut membuat kerjanya.

"Macam mana Datin Viyona boleh ambik kau kerja sini..haishh."Adam masih dengan amarahnya.Memang pantang dia melihat orang tidak serious dengan kerja.
Dia berjalan masuk ke bilik kerjanya.

Qassandra mengeluh.'Apalah kau ni Qas.Kan dah kena marah.'Qassandra memarahi dirinya dalam hati.Kemudian dia menyambung menyiapkan designnya.

Sekarang Qassandra bekerja sebagai pereka fesyen di butik yang terkenal di Malaysia,AY Fashion.
Anak syarikat gedung textile terbesar di Malaysia.Viyona Textile.

"Qassandra,masuk ke bilik saya sekarang."Adam menjerit memanggil Qassandra.Pekerja yang ada di situ memandang ke arah Qassandra.

"Baik Encik Adam."Qassandra kelam-kabut bangun dari kerusinya.Laju dia berjalan masuk ke bilik Adam.

Tiba-tiba melayang kertas-kerta A4 di depan mukanya.
Qassandra terkedu.Terkejut.

"Kau ingat aku bayar gaji kau untuk design lapuk macam tuh ke?"Marah Adam.

"Maaf Encik Adam.Saya akan buat yang baru."Qassandra bercakap sambil mengutip kertas-kertas di lantai.

"Maaf..maaf..Itu je yang kau tahu.Aku bagi kau peluang.Dalam masa seminggu,kalau design kau masih tak memuaskan,aku akan pecat kau.Dah keluar."

Qassandra terkejut.Dia berlari keluar.
'Ya Allah,apa salah aku lagi ni?'Qassandra bertanya sendiri.

Dia menyambung kembali kerjanya.Menyiapkan design yang baru.

"Kau okey tak Qas?"Tanya satu suara wanita.

"Kak Sal...Okey je kak,tapi saya kena buat design baru pulak."Qassandra bersuara lemah.

"Sabar je la Qas,akak tengok Encik Adam punya baran makin menjadi-jadi pulak.Ramai jugak designer yang dipecatnya."Cerita Salwa.
Salwa adalah setiausaha Adam.Yang masih bertahan melayan karenah Adam.

"Ya ke kak,harap saya tak kena pecatlah."Qassandra bersuara risau.Dia memang ingin bekerja di AY Fashion dari dulu lagi tapi tidak menyangka personaliti Adam Yusuf di televisyen berlainan bila di luar.

"Sabar la Qas,teruskan usaha kau tu.Jangan putus asa."Salwa memberi kata semangat.

"Baik kak,terima kasih."Qassandra tersenyum.

"Akak pergi dulu,nanti keluar pulak Encik Adam nanti."Salwa meminta diri.

Qassandra hanya menganggukkan kepalanya.
Dia menarik nafas panjang kemudian menghembusnya.
Sekarang semangatnya kembali.Tekun dia menyiapkan design yang baru.

*******************************************************

Qassandra berdiri tegak di depan meja Adam.Melihat Adam membelek dan meneliti satu persatu design Qassandra yang baru.Masih senyap sunyi hanya mendengar belekkan kertas.

Adam menutup fail dan diletakkan di atas meja.

"Now it's better than last week.Saya suka sangat.Macam ni yang saya nak,simple and elegent dress.Tema yang saya mahukan."Adam memuji Qassandra.Dia berpuas hati dengan design Qassandra kali ini.Tidak dinafikannya.

Qassandra berasa lega.Dia mengucap syukur.

"Tapi ingat,saya tak mahu design yang lapuk lagi,saya nak yang trend terkini.Baju yang selesa dan cantik untuk kaum wanita seperti awak."Adam memberi amaran dan sedikit nasihat.

"Baiklah Encik Adam."Qassandra bersuara lembut.

"So...awak punya design ni nanti saya akan masukkan dalam list fashion show saya nanti."
Beritahu Adam.

"Betul ke ni Encik Adam.Terima kasih Encik Adam."Qassandra bersuara gembira.Impian yang diingini tercapai juga.

Adam tersenyum melihat Qassandra.Melihat Qassandra yang begitu gembira membuatkan dia berasa tenang pula.

"Jangan nak gembira sangat.Banyak lagi kerja yang akan datang."Adam memberi amaran.

"Baiklah Encik Adam.Saya akan berusaha lebih keras lagi."Qassandra bersuara semangat.Terus lupa tentang amarah Adam minggu lepas.

"Okey...jangan cakap je...saya nak awak buktikan kepada saya..faham."Adam bersuara tegas.

"Baiklah.Saya akan buktikan.Terima kasih Encik Adam."Qassandra bertambah semangat.

"Dah,awak boleh sambung kerja."

"Baiklah."Qassandra menundukkan kepalanya.
Belum sempat dia mahu membuka pintu,tiba-tiba pintu terbuka dari luar.
Seorang perempuan seksi berjalan masuk dan terus laju berjalan ke sebelah Adam.

Qassandra terkejut.

"Maaf Encik Adam.Saya tak sempat nak tahan Cik Sheera daripada masuk."Salwa meminta maaf.

"It's okey Salwa."Adam bersuara lembut

Qassandra berjalan keluar selepas Salwa keluar dari muka pintu.

"Siapa tuh kak?"Tanya Qassandra.

"Model kontrak AY Fashion a.k.a tunang tak menjadi Encik Adam,Sheera."Beritahu Salwa.

"Ooo...eh...kenapa tak menjadi pulak.?"Tanya Qassandra pelik.

"Akak dengar Datin Viyona marah sangat dekat Sheera tuh.Sebab apa tuh akak tak tahu lah."Cerita Salwa.Dia dapat tahu ni pun kerana rakannya yang bekerja di Viyona Textile.Tetapi rakannya tidak menceritakan apa sebab Datin Viyona marahkan sangat dengan Sheera.

"Habis...apa kena-mengena dengan Encik Adam?"Tanya Qassandra lagi.

"Datin Viyona tuh Mama Encik Adam.Qas tak tahu ke?"

"Yeka...Qas baru tahu."Qassandra bersuara terkejut

"Qas sambung kerja dulu kak...tak pasal-pasal kena marah nanti."

"Yela..dah pergi cepat."Salwa menyuruh Qassandra cepat-cepat pergi.

Qassandra berlari ke meja kerjanya.

15 minit kemudian,Qassandra melihat muka Sheera yang masam mencuka keluar dari bilik Adam.
Dia berjalan laju meninggalkan butik Adam.

Qassandra memandang ke arah Salwa yang berada di meja depan sebelah pintu bilik Adam.
Salwa hanya mengangkat bahu.
Kemudian mereka sambung kerja.

"Qassandra,masuk bilik saya sekarang."Suara Adam berubah garang semula.

Qassandra yang mendengar terkejut.Laju dia masuk ke bilik Adam.

"Ya Encik Adam."

"Saya nak ajak awak dinner.Malam ni boleh atau pun tak?"Tegas suara Adam.

Qassandra terkejut.Apa dia nak cakap sekarang ni.

"Lama sangat,saya akan anggap awak setuju.Pukul 8.00 malam saya nak awak ada di kedai makan dekat bawah sana."Adam terus memutuskan keputusan.

Qassandra yang mendengar terkejut.

"Tapi Encik Adam...."

"No tapi-tapi...Kalau tak nak kena pecat ikut saja apa saya cakap."

Qassandra bertambah terkejut.Apa kena-mengena kerja dengan dinner.Qassandra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah awak boleh keluar."Arah Adam

Qassandra terus berjalan keluar.Dia terus duduk di tempat kerjanya.Masih berfikir mahu ikut ke tidak.Kalau tidak ikut dia akan di pecat.Qassandra meletakkan kepalanya di atas meja.

Salwa yang melihat hanya menggelengkan kepala.kesian melihat Qassandra.

Qassandra meneruskan membuat kerjanya dengan harapan dia lupa apa yang Adam katakan tadi.

*******************************************************

"Betul ke Qas tak nak abang temankan?"Tanya Qhai.Risau pula bila Qassandra mahu keluar malam begini.

"Betul,Qas okey,lagi pun tu bos Qas la bang."Qassandra menyedapkan hati Qhai.

"Bos,bos jugak tapi kalau dia apa-apakan adik abang ni memang siap dia abang kerjakan."Qhai bersuara tegas.

"Bos Qas baik,Abang jangan risau ye."Qassandra cuba menenangkan Qhai.Sedangkan hatinya pun tidak tenang.

"Yela,apa-apa call abang tau."Pesan Qhai.

"Okey."Qassandra bercakap sambil tabik hormat.
Kemudian dia keluar dari kereta.Dia melambai Qhai yang sudah berlalu pergi.

Qassandra menunggu Adam di kedai makan yang berada seberang Butik AY Fashion.
Tiba-tiba dia mendengar hon kereta Lamborghini yang berada didepannya.Dia memandang sekeliling kedai.Pelanggan di situ turut melihat ke arah kereta tersebut.Dia pelik.

Kemudian seorang lelaki keluar.Qassandra melihat.Bos Qassandra rupanya.

"Awak ni saya hon buat tak tahu je."Marah Adam.

"Manalah saya tahu yang tu Encik Adam."Qassandra bercakap sambil menaikkan cermin matanya.Rambutnya yang berikat tocang dua di pintal-pintalnya.

"Dah jom,tapi sebelum tu saya nak awak panggil saya sayang.Faham."Arah Adam.

Qassandra bertambah pelik.Macam-macam perangai bosnya itu.

"Kenapa saya kena panggil Encik Adam 'Sayang'?"Tanya Qassandra.

"Dah ikut jela."Adam menarik tangan Qassandra dan memaksa Qassandra masuk ke dalam kereta.

Qassandra dan Adam hanya diam di dalam kereta.
Adam memandu laju ke destinasi yang Qassandra masih bingung ke mana bosnya mahu bawa pergi.

Qassandra melihat Adam masuk ke sebuah hotel mewah.
Fikiran Qassandra mula datang yang bukan-bukan.
Di beg tangannya dia sudah sedia spray pemedih mata.Ingin berjaga-jaga.

"Encik Adam bawak saya ke sini untuk apa?"Tanya Qassandra.

Adam diam.Setelah kereta berhenti di depan pintu hotel dia keluar dan membuka pintu untuk Qassandra.
Qassandra keluar.
Adam memberi kunci keretanya ke pekerja yang sudah bersedia untuk parkir keretanya di tempat letak kereta.

Qassandra hanya mengikuti Adam yang berjalan laju masuk ke hotel.Tangannya masih menggenggam spray pemedih mata.

Sampai di bahagian restoran,Adam berhenti.

"Ingat ya Qassandra,awak panggil saya sayang tau."Pesan Adam.

Qassandra hanya mengangguk.

Mereka berjalan masuk.

"Mama...dah lama sampai?"Adam bersuara lembut.

Qassandra yang mendengar terkejut.Mama.Kemudian laju dia melepaskan spray tersebut.

"Adam...Mama baru je sampai ni."Datin Viyona bersuara lembut.Mereka berpelukkan.

"Mama kenalkan.Qassandra,Cinta hati Adam."Adam memperkenalkan Qassandra kepada Datin Viyona sebagai kekasihnya.

Qassandra yang mendengar terkejut.Dia menelan liur.Patutlah Adam menyuruhnya panggil 'Sayang' ada muslihat rupanya.

Datin Viyona memandang Qassandra.

Qassandra menghulurkan tangan ingin bersalam.

Datin Viyona menyambut lembut

Qassandra.mencium tangan Datin Yiyona.

"Kamu yang saya interview hari tu kan?"Lembut suara Datin Viyona.

"Errr...Ya Datin.."Tergagap suara Qassandra.

"Duduklah."Datin menyuruh mereka duduk.

"Macam mana boleh bercinta dengan Adam sedangkan baru kerja kat sana?"Datin Viyona memulakan pertanyaan.

Qassandra kelu.Tidak tahu mahu jawab apa.

"Sebenarnya Mama,kami dah lama kenal tapi time tu Qassandra belajar lagi.Lagi pun Mama tak habis-habis dengan Sheera je."Adam mula mereka cerita yang sudah di fikirkan dari tadi.

Qassandra yang mendengar terkejut.Apa pulak bos dia merepek ni.

"Adam...kamu jangan nak sebut nama perempuan tuh lagi."Datin Viyona memberi amaran.Sudah benci mahu mendengar nama perempuan yang telah menipunya hidup-hidup.

Adam tergelak dan menggelengkan kepala.

"Qassandra order la nak makan apa."Datin Viyona mempelawa Qassandra.

"Err..ya..."Qassandra laju membuka buku menu.Terbeliak biji matanya melihat harga makanan tersebut.
Adam melihat dari tepi tergelak kecil.Geli hati melihat muka Qassandra yang terkejut itu.Dia menyiku lengan Qassandra.
Qassandra terkejut.Dia menoleh memandang Adam.

Qassandra mengangkat keningnya bermaksud 'kenapa'.

Adam menutup mulutnya.Menyembunyikan senyumannya.

"Qassandra nak makan apa?"Tanya Datin Viyona.

"Saya ikut Datin je lah."Qassandra bersuara perlahan.Dia tidak tahu mahu makan apa.Air teh lemon pun sudah mahal satu gelas.Ni kan pula makan lain.

"Qassandra makan makanan Korean tak?"
Tanya Datin Viyona.

Qassandra menganngguk laju.Makanan kegemaran dia tuh.

"Kalau macam tuh,bagi set Korean Food untuk tiga orang."Datin Viyona memberitahu pelayan restoran.

Datin Viyona tersenyum.

"Qassandra okey ke ni?"Tanya Datin Viyona yang melihat Qassandra kurang selasa.

"Okey je Datin."Jawab Qassandra

"Panggil Auntie je,lagi elok panggil Mama."Cadang Datin Viyona.

"Ya baik Datin..eh...Auntie...Mama..."Tersasul-sasul Qassandra dibuatnya.

Adam yang mendengar pecah juga ketawanya.Kelakar melihat Qassandra yang kelam-kabut begitu.

Datin Viyona ketawa kecil.

Qassandra tersenyum kelat.Dia melihat Adam yang gelakkannya.
'Dah gunakan aku,kau boleh gelak besar pulak.'Qassandra bercakap dalam hati.

"Mama je senang."Datin Viyona memberi cadangan.

"Baiklah,Mama."Qassandra akur.

"Ermm...Kira Qassandra interview hari tuh,Adam tau ke?"Tanya Datin setelah reda.

"Adam tak tahu Mama.Tuh yang Adam terkejut tiba-tiba Qassandra jadi designer dekat butik Adam.Kan Baby..?Adam mereka cerita lagi..Dia memandang Qassandra.

Qassandra tercengang.

"Ohh...Ye Mama,Encik Adam...eh...Adam tak tahu pun saya pergi interview."Qassandra mula tergagap.Geram juga dibuatnya.Dia perlu menipu pula.

"Maaf Sayang...dah terbiasa dekat butik panggil Encik Adam.Sorry ye Sayang."Qassandra bersuara lembut.Dia tundukkan kepalanya.Malu cakap begitu di depan Datin Viyona

Adam terpana dengan suara lembut Qassandra.Dia tersenyum.

"It's okey la..."Adam membalasnya.

"Pekerja kat butik tak tahu ke hubungan kamu berdua?"Tanya Datin Viyona.

"Dorang semua tak tahu pun."Suara Adam.

Qassandra hanya tersenyum kelat.

Datin Viyona hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.Dia melihat Qassandra yang tertunduk malu.Dia tahu anaknya cuma pergunakan Qassandra supaya dia dapat mengelak daripada dijodohkan dengan anak kawannya.Tapi dia mahu lihat sampai bila Adam mahu menipunya.Kesian juga dengan Qassandra jika anaknya pergunakannya begini.Qassandra seorang yang baik,naif dan bijak.Walaupun kurang berfesyen tetapi pengetahuannya tentang fesyen sangat luas.Qassandra boleh pergi jauh jika dia berusaha gigih.Dia suka jika Adam betul-betul bercinta dengan Qassandra.

Mereka menikmati hidangan makanan Korean setelah semua siap di hidang di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience