Bab 4

Drama Completed 7832

Qassandra masih menyiapkan dua lagi lukisan bajunya kerana semalam dia menghabiskan masanya menyiapkan lukisan baju untuk Syakila.Hari ni mereka harus menghantar tugasan mereka.Hanya lima design baju diperlukan tapi Qassandra perlu sepuluh design.

"Qas,mana buku lukisan aku?"Tiba-tiba suara Syakila kedengaran dari tepi meja.Dia meletakkan secawan air nescafe di atas meja.

Qassandra yang mendengar terus dia ambil dan hulur buku tersebut ke Syakila.

Syakila membelek satu-persatu.Dia tersenyum puas.
Alia di sebelah turut tersenyum.Mereka saling berpandangan.

"Okeylah aku puas hati."Syakila bercakap sambil menutup buku tersebut.

Sebelum dia berlalu pergi,dia sengaja menolak air nescafenya.Habis tumpah ke buku lukisan Qassandra.

"Wei..Kila apa kau buat ni..habis design aku semua."Qassandra memarahi Syakila.Sabarnya sudah menipis.

"Opss..Sorry aku tak sengaja."Syakila berpura-pura terkejut.

Maria yang melihat terus berjalan laju ke meja Qassandra.Dia meletakkan dulang makanan dia atas meja.Terkejut dengan apa yan berlaku.

"Syakila apa yang kau dengki sangat dengan Qas hah..?"Maria sudah naik angin.

"Aku dengki dengan minah ni..ooo...please la..not my level...hey anak orang gaji mulut kau tu jaga sikit nanti aku suruh PAPA aku buang korang baru tau."Syakila bercakap bongkak sengaja ditekankan perkataan PAPA supaya Qassandra sakit hati.

"Tu jela modal kau.Sikit-sikit nak mengadu."Maria bertambah marah.

"Dah la Mar.Dia tak sengaja tuh."Qassandra cuba menenangkan Maria.Malu apabila orang sekeliling pandang mereka.

"Tak sengaja apa..aku sendiri nampak...."Belum sempat Maria habiskan ayatnya Qassandra sudah berlari laju meninggalkan Cafeteria.

"Qas...."Jerit Maria.Tangannya laju mengemas beg dan buku-buku di atas meja.

"Kau ni memang kejam tau tak."Maria bercakap sambil menolak badan Syakila.Maria berlari mencari Qassandra.

Syakila terdorong ke belakang.Dia tersenyum sinis.
"Padan muka."Syakila bercakap perlahan.

*******************************************************

Qassandra duduk setelah sampai di tempat yang dia rasa tiada orang.Dia menangis semahu-mahunya.Tidak menyangka apa yang Syakila lakukan terhadapnya.
Penat dia bersengkang mata untuk menyiap kerja untuk Syakila tapi ini yang dibalasnya.

Qassandra terkejut tiba-tiba ada seseorang menghulurkan tisu.Dia mendongak memandang orang itu.Seorang lelaki berwajah Korea sedang berdiri didepannya.
Lelaki itu mengoyangkan tisu supaya Qassandra mengambilnya.Qassandra menyambut dan lap air matanya.Malu.Dia fikir tiada orang di sini.

Lelaki tersebut duduk di hadapan Qassandra.Dia mengeluarkan bukunya.

"Sorry,i thought it nobody at here.I should go now."Qassandra sudah berdiri untuk pergi dari situ.

"It's okey."Lelaki tersebut tersenyum manis.

Tidak tahu mengapa hati Qassandra berasa tenang apabila melihat senyuman itu.

"Thanks for the tissue and sorry again."Qassandra bercakap lembut kemudian dia membongkokkan sikit badannya tanda minta maaf.

Lelaki didepannya hanya tersenyum dan menundukkan kepalanya.

Qassandra berlalu pergi.

********************************************************

"Assalammualaikum and good morning class."Encik Husni memberi salam setelah sampai di depan meja.

"Waalaikummussalam and good morning Sir."Satu kelas menjawab serentak.

"Okey class, i have a bad news...ermm..start from today i dah tak mengajar u all semua."Encik Husni bercakap dengan suara yang sedih dan lembut.

Pelajar-pelajar semua terkejut dengan apa yang Encik Husni katakan.

"Kenapa pulak Sir.Sir dah nak pencen ke?"Tanya seorang pelajar perempuan sambil bergurau.

"Eh!mulut kamu ni i cili nanti baru tau.I dah kena transfere ke kolej lain siap naik pangkat lagi tau.U ingat i tua sangat ke dah nak kena pencen."Encik Husni bercakap dengan nada yang begitu lembut dan gerak-geri lembut seperti perempuan.Dia turut membalas gurau pelajarnya itu.

"Habis tuh siapa nak ajar kami?"Tanya pelajar lain pula.

"Tu i nak kenalkan ni.Encik Qhairuddin boleh masuk sekarang."Encik Husni memanggil satu nama.

Dan orang yang bernama Qhairuddin berjalan masuk.

Terpana semua melihat pensyarah baru mereka yang kacak dan berwajah seperti orang Korea.

Qassandra yang melihat ternganga mulut terkejut.
'Aduhh tuh bukan mamat yang tadi tu ke.Alahai malunya..Pensyarah pulak tuh.'Qassandra menutup mukanya.

"Kau dah kenapa?"Tanya Maria pelik.

"Itu la mamat yang aku cakap kat kau tadi."Qassandra bercakap perlahan.

"Kau biar betul?"Tanya Maria terkejut.

"Betul la."Qassandra menekan suaranya.

Maria hanya kaku tidak tahu nak cakap apa.

"Okey class kamu semua boleh berkenalan dahulu dengan Encik Qhai."Encik Husni memandang Qhai dan tangan menunjukkan supaya Qhai berdiri di tengah kelas.

"Thanks Sir Husni."Qhai menunduk hormat.

"Assalammualaikum and good morning class."Qhai memulakan mukadimahnya

"Waalaikummussalam and good morning Sir.."Mereka menjawab serentak.

"Okey,my name is Muhd Qhairuddin Junho.Korang boleh panggil saya Sir Qhai saja and i pensyarah pertukaran Universiti from Korean.Hopefully korang semua boleh faham dengan apa yang saya ajarkan nanti."Qhai bercakap panjang lebar.

'Boleh cakap Melayu rupanya.Malunya.'Qassandra bercakap dalam hati.Bertambah malu.

"Okey,kamu semua dah kenal.Saya minta diri dulu ya."Encik Husni mengundur diri.

"Thank you Sir."Pelajar semua berdiri mengucapkan terima kasih kepada Encik Husni.

Encik Husni memegang dadanya.Rasa berat untuk meninggalkan pelajar-pelajarnya.

"My pleasure...okey bye..."Encik Husni melambai ke pelajar-pelajarnya.

Semua melambai kembali

Encik Husni berjalan keluar.

Meraka kembali duduk.

"Saya di beritahu oleh Sir Husni bahawa kamu ada tugasan yang perlu di hantar hari ni so sebelum tu saya nak berkenalan dengan anda semua dahulu."

Qhai berjalan ke meja dan meletakkan barangnya di atas meja.Dia menarik sehelai kertas.Hanya ada 25 orang pelajar.Dia menyebut satu per satu.Dia melihat setiap muka pelajar tersebut kebanyakkan semua perempuan.Dia terkejut apabila melihat nama yang terakhir.

"Siti Qassandra Hyerin binti Qamaruddin."Dia menyebut nama Qassandra dan mendongak melihat gerangan siapakah pemilik nama itu.

Qassandra yang melihat dia bangun sambil menutup sebahagian mukanya dengan buku.

"Me Sir."Suara Qassandra seolah tidak mahu keluar.

"Kenapa kamu tutup muka kamu.Turunkan buku tuh."Qhai tidak puas hati dengan cara Qassandra mengenalkan dirinya.

Qassandra perlahan menurunkan buku itu.Dia tersenyum tawar.Malu dia berdepan dengan orang yang melihat dia menangis tadi.

Qhai terkejut.Perempuan yang dilihatnya di buli dan dia memberi tisu tadi adalah Qassandra.Dia berasa mahu menangis tapi ditahannya.

"Ookk..okey kamu boleh duduk sekarang."Suara Qhai mula tersangkut.Tidak sangka dengan apa yang berlaku sekarang dalam masa yang sama dia berasa gembira.

"Class..Korang boleh hantar tugasan sekarang."Qhai bersuara kuat.

Seorang demi seorang meletakkan buku lukisan di atas meja.

Sampai giliran Qassandra dia berjalan perlahan dan dia menundukkan kepalanya.
'Aduh apa aku nak cakap ni.'Qassandra bercakap dalam hati.

Syakila yang melihat hanya tersenyum bongkak.
Konon-kononnya sudah berjaya memalukan Qassandra depan semua orang.

"Sorry Sir,Saya punya belum siap lagi."

"Siapa cakap kamu belum siap lagi."Qhai bercakap tenang.

"Tapi sir saya punya betul-betul....."Belum sempat Qassandra menghabiskan ayatnya Qhai telah menyampuk.

"Kamu di sana..Apa nama kamu tadi?"Tanya Qhai.Dia menunjuk ke arah Syakila.

Syakila terkejut dia berdiri.

"Nurin Syakila,Sir."Syakila memberitahu.

"Miss Nurin Syakila,memandangkan saya melihat apa yang kamu lakukan ke atas Qassandra pagi tadi so saya anggap tugasan kamu adalah Qassandra punya.Dan kamu...saya nak tugasan kamu di tambah dengan dua design lagi.Dan saya nak ingatkan kepada kamu semua..tugasan kamu kena buat sendiri bukannya menyuruh orang lain buatkan.Faham."Tegas suara Qhai.Bahasa Melayu Qhai begitu sempurna tiada slang langsung.

Ya..memang dia telah melihat apa yang Syakila lakukan ke atas Qassandra dan dia tidak menyangka mereka adalah pelajar-pelajarnya.

Syakila yang mendengar terkejut.Dia mengetap bibirnya menahan marah.Dia memandang Qassandra dengan penuh kebencian.

Qassandra mendengarnya juga terkejut dalam masa yang sama dia berasa lega.

Maria yang melihat muka Syakila tergelak kecil.
"Balasan."Maria bercakap perlahan.

"Dah kamu boleh duduk sekarang."Qhai menyuruh Qassandra duduk.

"Thank you sir."Qassandra berjalan ke tempat duduknya.

Syakila melihat tajam ke arah Qassandra.
"Kau tunggu la nasib kau nanti.Kau suka la sekarang."Syakila bercakap perlahan.

Qassandra duduk di tempatnya.
Maria menyiku lengan Qassandra.

"Nasib baik kau kan."Maria bercakap perlahan.

Qassandra hanya tersenyum tetapi dia berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience