Seteguh Cintamu : 12 (part 1)

Romance Series 7768

Perjalanan ke Cameron Highlands mengambil masa hampir 4 jam itu sungguh memenatkan. Walaupun tidak memandu kereta, Adelia tetap rasa penat kerana jalannya boleh tahan mencabar untuk sampai di hotel yang ditempah oleh Abi itu.

" Kau tunggu sini dulu, aku pergi ambik kunci bilik dulu." Ujar Afiq terus berlalu ke kaunter pendaftaran.

" Okay."

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, Adelia meletakkan beg dan terus melemparkan badannya ke atas katil. Tak tahan kerana kepalanya sudah mula pening.

" Amboi aku bawak kereta, kau yang penat ya." Ujar Afiq yang baru sahaja meletakkan bagasi mereka.

" Saya pening ni, nak tidur kejap."

" Yelah. Kali ni Aku bagi chance kau tidur atas katil. Aku tidur dekat kerusi ni. Kau tidurlah, nak keluar makan nanti aku kejutkan kau."

" Emmm thanks awak.." Jawab Adelia yang sudah mula mamai.

Setelah 2 jam berehat, Afiq mengajak Adelia keluar mencari makan kerana mereka belum makan tengahari lagi. Afiq bercadang lepas makan nanti, dia ingin ke ladang strawberi kerana dia memang menggemari buah itu.

"Syaz!"

Sedang menunggu Adelia yang ke tandas, Afiq duduk di kerusi lobi hotel sambil membelek handphonenya. Tiba-tiba ada suara memanggil namanya.

" Aira! You buat apa dekat sini?"

Terkejut Afiq melihat teman wanitanya yang baru sampai bersama seorang lelaki disebelahnya.

" I saja datang sini nak surprisekan you. Nak spent masa dengan you.." Jawab Aira dengan senyum lebar.

" You tahukan I datang dengan Asya. Yang you datang sini jugak kenapa?"

" Kan I dah bagitahu, I nak spent time dengan You. Yang You asyik panggil nama dia Asya kenapa hah? Dia Adelialah."

" Suka hati I lah nak panggil nama dia apa pun. Asya is also her name kan. Hari tu I dah terangkan semua dekat you kan. So you sabarlah sikit. I was promised at you kan. Jadi you janganlah risau. One fine day, I will be with you."

" Aira..." Tegur Adelia yang baru tiba dibelakang Afiq.

Adelia menoleh ke arah Afiq dan Aira silih berganti supaya dijelaskan apa yang berlaku ini. Dengan Aira yang tiba-tiba terpacak di sini.

" Hai Adelia... Aku datang sini nak spent masa dengan boyfriend aku. Aku harap kau tak kisah kalau aku join korang dekat sini. Bolehkan Adel?"

Adelia menoleh sekilas ke arah Afiq dan menganggukkan sedikit kepalanya tanda setuju.

" Good! Oh ya this is my cousin Riyyan, dia ikut I jadi driver I datang sini."

"Riyyan." Ujar Riyyan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Afiq.

" Afiq." Ujar Afiq menyambut huluran salam itu.

Riyyan hanya melemparkan senyuman buat Adelia tanda perkenalan.

"Dari lubuk mana pulak cousin you ni? Setahu I, you tak pernah pun cerita ada cousin lelaki."

" Ye. Memang I tak pernah cerita pun dekat you sebab dia tak tinggal sini. Riyyan duduk di Jerman dengan parents dia. Balik bercuti kejap aje. Tu yang I ajak dia, boleh jalan-jalan tengok Malaysia."

" Ohh I see."

" You nak pergi mana ni Syaz?" Soal Aira.

" I dengan Asya nak pergi makan. Lepas tu nak ke ladang strawberi."

" Kalau macam tu,I nak ikut jugak. I pun tengah lapar ni. You tunggu sini, I check in kejap aje. Jom Riyyan."

Aira dan Riyyan terus berlalu ke kaunter hotel meninggalkan Afiq dan Adelia yang menunggu di sofa lobi hotel.

" Okay look Asya. Aku tak..."

" No Afiq. It's okay. Aira also my friend. I understand her and...I don't mind."

" Aku harap kau bagi Aira masa untuk dia terima keadaan ini."

Pantas Adelia mengangguk kepalanya. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Semua itu tidak penting sekarang ini. Aira pun sudah sampai di sini. Apalagi yang dia boleh buat. Haiii...susahnya keadaan aku sekarang ni, sebelah ini suaminya, seorang lagi kawannya. Cukup berat dugaanMu ini Ya Allah. Mudah-mudahan Allah kuatkan hati ini untuk menghadapi semua ini.

Bicara Fatimahazra.

Assalamualaikum readers Seteguh Cintamu...

Sekarang ini Seteguh Cintamu sudah masuk chapter ke-12. Kalau boleh, Fatimah nak tahu juga respon dari korang semua tentang Seteguh Cintamu setakat ini macam mana okay ke tidok penulisan Fatimah?

Bukan apa, Fatimah tak naklah shock sendiri menulis tapi tak ada input yang menarik pun sampai pada korang.

Jadi kalau ada sebarang komen yang membina sangatlah Fatimah nantikan dari korang semua. It's really helpful to improve my writing.

Thanks and enjoy it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience