Seteguh Cintamu : 16

Romance Series 7776

Semenjak peristiwa malam itu, Adelia cuba mengelak dari berbual panjang dengan Afiq. Baginya, dia tak layak untuk mendekati suaminya itu kerana Adelia tahu bahawa yang layaknya adalah Aira. Bagi mengelakkan dirinya, Adelia cuba sibukkan dirinya dengan pelbagai aktiviti. Yang jadi mak turutnya tidak lain tidak bukan mestilah Kak Mastura. Mujurlah Kak Mas single dan tak ada anak, jadi bolehlah jadi mak turut Adelia. Tapi kadang-kadang Kak Mas ada juga ajak Adelia ikut ke mana-mana. Katanya tak best kalau pergi sorang tak ada kawan berbual.

" Adel...lepas kerja jom ikut Kak Mas join program senaman tabata. Semalam akak ada usha satu group ni macam best aje."

" Alaa Kak Mas kenapa tak cakap awal-awal. Senanglah Adel bawak baju terus. Ni kena balik tukar baju dulu. Malaslah."

" Pasal baju Adel jangan risau, Akak dah stand by dah baju untuk Adel. On ke tak?" Ujar Kak Mas dengan terujanya.

"Okay On. Takkanlah Adel tak nak teman akak kesayangan Adel ni. Nanti merajuk pulak dia." Jawap Adelia sambil menunjuk muka comelnya lalu memeluk lengan Kak Mastura.

" Ni yang buat Akak sayang dengan Adel ni. Tapi asyik keluar dengan Akak ni, suami tak marah ke?"

" Tak adalah Kak Mas. Akak pun tahukan kami ni macam mana. One fine day I have to leave our relationship no matter what. Dia pun ada hidup dia sendiri nanti."

" But, how about you? I know you also hurt right?"

" I'll be my own way. Kak Mas jangan risau, I' ll be okay. Adel kan strongest women remember?"

" Yeah yela. Adel kena ingat yang Adel masih ada akak. If you want a someone to talk, I'll there for you."

Kak Mas tahu Adel seorang yang kuat tapi sekuat mana pun Adel, pasti sangat berat untuk Adel harungi semua ini seorang diri.

" Jadi pukul berapa program tu Kak Mas?"

" Dia start pukul 6 petang. Hari ini kan balik awal jadi sempatlah kita pergi. Lagipun dekat sana disediakan ruang untuk refresh kan diri sebelum mula senaman. Selesa la sikit."

"Okay cantik tu. Kak Mas. Petang ni kira on."

********

" Ishh mana Asya ni? Kata balik lambat sikit tapi ni lambat banyak dah ni. Aku ni balik kerja bukan main lagi semangat nak masak malam ni. Alih-alih dia pula balik lambat sangat. Call pun asyik tak dapat ni." Bebel Afiq sambil mundar-mandir di ruang tamu.

Petang ni mood masak Afiq tengah 'on' jadi dia rancang nak masak special sikit untuk makan malam. Tapi puas tunggu tak muncul-muncul tiba isterinya itu. Mana pergi agaknya. Cuma mesej cakap balik lambat sikit. Lately ni asyik sibuk aje Asya, sibukkan apalah agaknya.

Klak!

Bunyi pintu dibuka dari luar. Pasti Aisyatul Adelia. Nak kena betul ni.

" Assalamualaikum."

Pintu dibuka Adelia berjalan perlahan menuju ke ruang tamu sambil terhenjut-henjut. Menahan sakit penangan senaman tabata. Itulah sendiri cari pasal!

" Walaikumussalam. Ni dah kenapa jalan senget macam ni? Kaki tu kenapa?" Tanya Afiq risau lantas matanya membelek-belek kaki Adelia. Tak jadi nak marah.

" Kaki saya okay. Cuma saya sakit betis sikit ni." Jawab Adelia cuba menekan-nekan betisnya.

" Kau buat apa Asya sampai sakit-sakit macam ni hah? Lain kali kalau nak pergi mana pun cakaplah dengan aku. Balik lewat buat aku risau tahu tak."

" Saya join senaman tabata dengan Kak Mas jelah. Lepas tu teman Kak Mas beli barang. Saya balik lewat sikit aje awak dah bising. Sebelum ini awak keluar, tak ada pun saya marah." Rungut Adelia bila Afiq asyik membebel.

" Aku tak marahlah. Aku...aku risaukan kau aje. Dahlah..kau sudah makan ke belum ni?"

" Belum. Tadi sempat minum je dengan Kak Mas."

" Okay kau pergi mandi dulu lepas tu kita makan."

" Hah awak tak makan lagi ke?" Soal Adelia terkejut. Pukul 9 lebih dah ni mesti lapar tu.

" Belum. Aku tunggu isteri aku balik dulu." Perli Afiq pura-pura merajuk.

" Kenapa tak cakap awal-awal. Okay saya mandi dulu, nanti kita makan sama ya."

Selesai mandi dan solat isyak, Adelia lantas ke dapur. Bau aroma kuah cabonara yang dimasak oleh Afiq membuatkan bertambah lapar.

Fetucini cabonara dengan ayam yang dipanggang bersama lada hitam dan dihiasi dengan daun salad dan baby cherry nampak begitu menyelerakan. Doa makan dibaca Afiq lantas mereka berdua menjamu selera.

" Pandai betul eh awak masak. Sedap! Untungnya dapat suami yang pandai masak, isteri tak perlu susah nak belajar masak." Ujar Adelia.

"Amboi bukan mainnya dia. Kau nak tahu tak lelaki ni walaupun dia 'se terror' mana masak sekalipun, dia mesti nak rasa makan makanan yang isteri dia masak tau."

" Yelah. Saya pernah dengarlah statement macam tu. Tapi yelah malang betul la sapa dapat saya lepas nanti. Masak pun ke laut aje."

" Aku tengok okay apa skill masak kau. Tak adalah tak reti langsung."

" Ya saya boleh masak tapi yang simple simple aje. Untuk kenyangkan perut sendiri lepas la. Kalau untuk suami rasanya tak lepas kot." Jawab Adelia rendah diri.

" Laa okay je. Kau masak bihun hari tu pun sedap apa. Masakan yang lain nanti boleh belajar. Kau ni kira okay la dari Aira tu. Aira tu lagilah tak tahu masak langsung. Pegang sudip pun tak pernah rasanya."

" Tapi Aira masih lagi bertuah sebab awak cintakan dia...emm..." Tiba-tiba Adelia terlepas kata.

" Dah cepat makan. Lepas ni aku tolong sapukan ubat dekat betis kau tu."

Selesai makan Adelia volunteer untuk tolong kemas pinggan di dapur. Siap membasuh pinggan, Adelia terus masuk ke biliknya. Terkejut saat pintu dibuka, Afiq sudah menunggunya dibirai katil.

" Baring sini Asya." Ujar Afiq lalu menepuk tilam disebelahnya.

" Sapu ubat aje, kenapa nak kena baring pulak?"

" Betis kau tu kena urut juga. Kalau setakat sapu ubat je lambatlah hilang sakit tu. Sini aku urut."

Perlahan Adelia duduk berlunjur di atas katil.

" Baring meniarap Asya. Kalau duduk macam tu susahlah nak urut."

" Yelah...jangan nak buat lebih-lebih eh."

" Buat lebih-lebih apa pulak. Aku urut betis kau jelah. Sini cepat."

Lantas Afiq menuang minyak mestika lalu urut perlahan.

" Sakit tak?" Soal Afiq.

" Sakitlah!"

" Tahan sikit ya Asya. Aku nak urut kuat sikit biar urat kau ni lembut sikit. Urat ni tegang ni sebab tu sakit."

" Eeii awak carut eh?"

" Astaghfirullahalazim...mana ada aku mencarut. Aku cakap yang betul. Otak kau tu warna warni sangat. Jangan nak tuduh aku pula."

" Mana ada. Otak saya bersih tau. Aaaa emm...awak urut ni rasa legalah sikit. Terima kasih tolong urut saya."

"Yelah sama-sama. Aku urut kau lama sikit, esok okay la ni jalan."

" Hmmm..." Ujar Adelia dengan mata mula terasa mengantuk.

Satu saat....dua saat...tiga saat. Mata Adelia sudah tertutup rapat.

" Huaarghh." Kini giliran Afiq pula menguap panjang. Buruk benor perangai...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience