Seteguh Cintamu : 8

Romance Series 7768

Segala persiapan perkahwinan diuruskan dengan baik sekali oleh Umi dan Mama. Pejam celik pejam celik, akhirnya tiba jua hari yang telah dirancang sekian kalinya.

Setibanya Adel dan keluarganya di Masjid As-Syakirin, pihak pengantin lelaki sudah sampai dan bersedia untuk majlis akad itu.

" Mohd Afiq Syazri bin Mohd Syamri, aku nikahkan dikau dengan Aisyatul Adelia Binti Ahmad Ridzuan dengan mas kahwin sebanyak RM 1000 tunai..."

" Saya terima nikahnya Aisyatul Adelia Binti Ahmad Ridzuan dengan mas kahwin sebanyak RM 1000 tunai.."

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

" Alhamdulillah..."

Aira bangun dan segera keluar dari masjid itu. Pelik Adelia melihat Aira yang tiba-tiba pergi tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Kenapa dengan Aira ni? Hari ini majlis penting aku kott takkan nak blah macam tu aje. Huaaa sedihnya...Aira!

" Hahh Adel menungkan apa pula tu. Suami ada depan mata boleh pula berkhayal. Adelia, hulurkan tangan cepat. Afiq nak sarungkan cincin tu." Ujar Umi yang berada disebelahku.

Afiq mengambil sebentuk cincin bertatahkan berlian itu dan menyarungkan ke jari manis Adelia. Tiada kata yang terbit dibibir Afiq mahupun Adelia. Rasa agak janggal pun ada.

" Adelia...salam tangan suami tu." Suruh Umi pula.

Dengan perlahan Adelia menghulurkan tangan menyalami dan mengucup tangan insan yang sudah sah bergelar suaminya itu. Kemudian Afiq bangun sedikit untuk mencium dahi Adelia.

" Pengantin lelaki boleh tak cium dahi pengantin perempuan lama sikit, saya nak ambik gambar." Ujar photographer yang di sponsor oleh Abang Adam.

Afiq hanya menurut arahan photographer itu tanpa banyak bicara. Saat bibir suami menyentuh dahi, Adelia jantungnya rasakan tengah marathon. Tangannya sedikit bergetar. Tanpa disedari, Afiq menggenggam kedua-dua tangannya.

" Relaks Asya!, jangan nervous sangat. Mama perasan nanti." Ujar Afiq

Asya! Afiq panggil aku Asya? Tak pernah pernah pulak orang panggil nama aku Asya...biasanya semua orang panggil Adel aje. Janggal pulak rasanya. Lalu Adelia mendongak melihat wajah Afiq.

" Okay senyum sikit pengantin. Okay nice shot." Ujar photographer lagi.

Selesai pembatalan air sembahyang, Adelia menyalami Umi dan Abahnya.

" Alhamdulillah semoga Adel menjadi isteri yang solehah sayang." Ucap Umi terus memeluk Adelia.

"Insyallah Umi."

" Ini satu lagi nasihat terakhir untuk anak Umi. Lepas ini sudah jadi isteri orang dah...
Adel kena hormat suami. Jangan cakap kasar dengan suami. Bahasakan suami dengan perkataan yang lembut dan jadilah isteri yang penyejuk hati suami. Ingat tu..."

" Insyallah Umi."

" Abah harap Adel dapat terima Afiq dengan sebaiknya. Abah nak ucapkan terima kasih sangat dengan Adel kerana sudi tunaikan janji Abah. Abah sentiasa doakan kebahagiaan Adel."

" Adel kan anak Abah. Sudah tanggungjawab Adel untuk tunaikan permintaan Abah, Abah janganlah risau. Terus doakan yang terbaik buat Adel ya bah." Terus Adelia memeluk Abahnya.

Sesudah bersalam dengan kedua Umi dan Abah, Adelia beralih pula ke sebelah untuk bersalam dengan keluarga mertuanya pula.

" Tahniah sayang, alhamdulillah Adelia dah jadi menantu Mama." Ucap Mama terus memeluk dan mencium kedua pipi Adelia. Rasa terharu betul dengan penerimaan Mama Afiq ni..

" Adelia, selamat menjadi ahli keluarga Abi. Kalau Afiq buat yang tak elok dengan Adel, bagitahu aje Abi ya. Tahulah Abi apa nak buat nanti." Ujar Abinya Afiq lantas menyelekkan senyuman.

" Terima kasih Mama, Abi sudi terima Adel dalam keluarga ini."

" Sama-sama sayang."

Mana Aira pergi ni? Tak kan tinggalkan aku macam itu aje ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience