Seteguh Cintamu : 10

Romance Series 7768

Semalaman Adelia tidak dapat tidur memikirkan perihal Aira. Bila dia call tidak dijawab, SMS pun tidak dibalas. Pening Adelia fikirkan apa kesalahan yang telah dilakukannya pada Aira sehinggakan Aira begitu memarahinya. Baru sahaja nak terlelap tiba-tiba pintu bilik di buka.

" Kau cepat siap! Kita balik rumah Abi." Ujar Afiq yang baru saja muncul setelah semalaman meninggalkan Adelia keseorangan di bilik hotel itu.

"Balik balik aje, sesuka hati dia suruh orang bersiap. Aku baru nak tidur. Mengantuknya!" Omel Adelia tanpa didengari oleh Afiq.

" Dengar tak ni Asya?!"

" Saya dengarlah."

"Kalau dengar, pergilah cepat! Lambat, siap kau!"

" Iyaaa.."

Hissh dia ni kan memang bela saka singa ke apa asyik nak marah- marah aku aje. Tak boleh cakap baik- baik ke?

Lantas Adelia menuju ke bilik air menukar baju. Hancur berderai harapannya nak top up tidur pagi itu.

*****

"Assalamualaikum Mama, Abi..."

" Walaikumussalam Adel. Dah sampai menantu Mama ni."

Lantas Adelia salam mertuanya itu.

" Awal kamu berdua sampai. Jomlah kita sarapan sama, Abi dengan Mama pun belum sarapan lagi ni." Ujar Abinya pula.

" Bagus jugak tu. Along memang tengah lapar ni. Sayang, jom kita ke dapur." Ajak Afiq.

Sayang? Tadi bukan main marah marah, sekarang bersayang pulak. Buang tabiat ke laki aku ni.

" Akakkk!" Teruja Fira sebaik sahaja melihat kakak iparnya itu.

" Kak Adel dah lama ke sampai?" Tanya Fiya pula.

" Akak baru aje sampai."

Fiya dengan Fiqa adik kembar Afiq. Kembar yang sentiasa memeriahkan suasana hehehe...

" Afiq...ini Abi nak beri amanat sikit. Kamu sekarang sudah ada isteri. Abi harap kamu jagalah Adelia dengan baik sepertimana Abah Adelia jaga dia. Jangan hancurkan harapan Abi dengan Abah Adelia. Kami ini kawan dah lama, jadi jagalah perkahwinan kamu dengan baik dan jadilah suami yang bertanggungjawab kepada isteri kamu ni."

" Yelah Abi. Janganlah risau. Along akan jaga isteri Along dengan baik. Kan sayang..." Ujar Afiq terus memeluk pinggang Adelia.

Adelia hanya tersenyum kelat mendengar bicara suaminya itu. Huh! Manis sungguh bicaramu wahai suami...

" Baguslah tu Along. Ni haa hadiah perkahwinan untuk kamu dari Abi dengan Mama."

Sampul berwarna putih dihulurkan kepada Afiq. Terus Afiq melihat isinya.

" Pakej percutian ke Cameron Highlands. Abi...Along busy laa. Banyak benda lagi yang Along kena settle dekat office tu."

" Mama tahulah yang kamu tengah sibuk nak bukak business dengan Muzamir tu tapi kamu kan baru kahwin, bawaklah Adel pergi bulan madu dulu. Mama sengaja pilih tempat yang dekat, tahu kamu tu sibuk. Kalau nak ikutkan hati, Mama nak bagi pakej ke oversea aje. Nanti kalau Along dah start kerja, lagi makin sibuk. Entah bila lagi nak bercuti."

" Tapi Ma, kesianlah dekat Muzamir tu. Ini kan business kami, takkan lah nak biarkan dia uruskan sorang pulak."

"Yang itu kamu jangan risau, Abi sudah bincang dengan Muzamir. Dia bagi Along cuti seminggu."

"Padan muka Along. Dah ada alasan hehehe..." Ejek Fiya.

" Fiya...tak baik buat Along macam tu. Along... pergi jelah. Bukan lama pun. Lagipun Cameron Highlands tu dekat je, bukan jauh mana." Ujar Fiqa pula.

" Iyalah... Along pergi. Semua pakat tak nak sokong Along la. Sedih betul"

" Poyo jelah Along ni. Dapat pergi Cameron Highlands dengan isteri cantik macam ni nak sedih lagi ke?" Usik Fiya.

" Sibuk je Fiya ni." Balas Afiq.

" Fiya ni...suka sangat sakat Along. Along kita tu kan kuat sentap. Lagi mau kacau." Ujar Fiqa pula.

" Kamu adik beradik sama aje. Kalau tak mengusik memang tak sah. Hahh Along, kamu tidur sini ke hari ni?" Tanya Mama.

" Tak Mama. Kejap lagi Along nak singgah rumah Abah. Nak ambik barang Asya, lepas tu terus balik rumah Along."

" Yelah. Ingatkan kamu nak tidur sini. Kalau tak boleh Mama kemaskan bilik kamu sikit tu."

*****

" Kenapa tak cakap awal-awal dengan saya yang kita tinggal dekat rumah awak nanti. Saya tak kemas apa-apa pun lagi. Banyak tau barang nak kena kemas, mana sempat siap semua tu hari ni." Rungut Adelia sebaik sahaja mereka masuk ke kereta menuju ke rumah ibubapa Adel.

" Suka hati Akulah nak tinggal dekat mana pun. Kalau Kau rasa Kau tu isteri, jangan banyak cakap. Ikut ajelah!"

" Hisshh sudahlah cakap dengan Awak ni, menyakitkan hati betullah." Ujar Adelia.

Bengang betul dengan sikap suaminya yang tiada toleransi ini. Setiap kali butir bicara yang keluar dari mulut Afiq pasti menyakitkan hatinya. Malas nak layan, Adelia memalingkan mukanya ke arah cermin sisi kereta. Lebih baik tengok pokok-pokok tepi jalan, tenang sikit. Lama kelamaan Adelia tertidur disebabkan semalam dia tidak dapat tidur yang cukup.

" Asya kita dah sampai rumah...."

Terhenti bicara Afiq apabila melihat isterinya yang sedang tidur disebelah itu.

" Comel pulak minah ni tidur. Macam kucing pun ada. Pipi dia...rasa nak cubit. Mesti gebu siot ni. Haisshh kau jangan Fiq, anak orang tu... Hmm anak orang pun, isteri Aku jugak kan. Hisshh tak boleh tak boleh, Aira kau nak campak mana woi. Hal Aira pun belum settle lagi ni..." Bisik hati Afiq sambil mengetuk dahinya sendiri.

" Aira...Aira...Aira!" Racau Adelia tiba-tiba.

" Hehh Asya! Bangun!, kita dah sampai rumah parents Kau ni. Keluar cepat!"

" Astaghfirullahalazim...hahh emmm awak keluar dulu, Saya nak betulkan tudung kejap." Ujar Adelia sambil menggosokkan mukanya supaya bekasan tidur hilang. Kemudian Adelia keluar membuntuti langkah suaminya.

" Assalamualaikum Umi, buat apa tu?" Tegur Afiq sebaik sahaja melihat mertuanya berada di laman rumah itu.

" Walaikumussalam...Umi saja belek- belek pokok bunga ros ni haa."

" Sunyi aje rumah, Abah mana Umi?" Soal Adelia setelah menyalami Uminya.

" Abah ada dekat belakang tu. Tengah cuci pokok pisang dialah."

" Afiq pergi jenguk Abah ya Umi."

" Hah yelah. Nanti panggil Abah, kita minum sekali."

" Yelah Umi."

Afiq berlalu meninggalkan Adelia dan Umi menuju ke belakang rumah mencari bapa mertuanya itu.

" Adelia okay tak ni? Nampak macam penat aje?" Soal Umi apabila melihat wajah Adelia yang tidak bermaya itu.

" Penat sikit je Umi. Umi..Adel naik atas kejap. Nak kemas barang sikit sebab Afiq bagitahu yang kami akan tinggal di rumah dia."

" Haa...Yelah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience