Seteguh Cintamu : 13

Romance Series 7768

Selepas balik dari bulan madu di Cameron Highlands, masing-masing sibuk dengan kerja. Hubungan Afiq dengan Adelia ibarat seperti housemate semata-mata. Mereka jarang meluangkan masa bersama. Masa Afiq banyak dihabiskan dengan kerja dan berjumpa dengan kekasih hatinya, Aira.

Adelia pula sibuk dengan kerjanya. Banyak perkara baru yang dipelajarinya. Jika ada masa terluang, Adelia banyak melepak dekat rumah dan kalau terlebih rajin, Adelia akan balik ke rumah keluarganya atau keluar bersama Kak Mastura. Hanya itu sahaja dunianya sekarang. Ada suami, tapi hidupnya seperti tidak bersuami. Sadis betul!

" Syaz...lepas makan nanti, boleh tak you teman I pergi shopping? I dah lama tak shopping..." Rengek Aira agar Afiq memenuhi permintaannya.

" Kita shopping esok boleh tak baby? Hari ni I penatlah. Esokkan weekend, so you siap-siap I ambik you kat rumah pagi esok. Okay?"

" Alaaa you ni. Mood shopping I tengah on ni. Jom la, kejap aje kot."

" No no no. I tahu you kalau shopping tak adanya kejap. Paling koman dua tiga jam memang wajib dah." Tolak Afiq.

" You ni...nak suruh temankan I je pun. Banyak pula alasannya. Bukannya selalu pun I ajak you shopping."

" You ni kan, sejak dua menjak ni I nampak you lain sikit. Dulu masa I tak ada dekat Malaysia ok aje you pergi shopping, buat apa semua. Sekarang ni bila I ada semua benda nak I temankan you. Tak bolehlah macam tu Aira."

" Dulu Ad..."

Tak jadi Aira meneruskan kata-katanya. Tiba-tiba dia teringatkan Adelia yang selalu temankannya pergi ke sana sini. Namun hatinya masih keras, tidak mahu mengakui yang dia rindukan sahabatnya itu.

" Aira...hei are you okay? Kenapa ni?" Soal Afiq bimbang kekasih hatinya yang tiba-tiba diam. Merajuk ke?

" Aaaa tak ada apa-apa. I teringatkan sesuatu tadi. Benda tak penting pun. Just forget it."

" Sorry sangat Aira, hari ni I penatlah. Esok aje kita pergi ya. I janji esok, I bawak ke mana aje yang you nak pergi."

" Okay promise?"

" Ya I promise."

Tersenyum Aira, sekurang-kurangnya esok boleh juga dia habiskan masa bersama Syaz. Kalau jumpa lepas kerja kejap saat. Esok masa Syaz adalah miliknya yahoo..

*****

" Afiq hari ni boleh tak saya nak mintak tolong awak sikit?"

" Tolong apa Asya? Aku baru aje balik joging, kau dah nak mintak tolong. Kalau tolong ambikkan air untuk aku tak pe lah juga." Tanya Afiq yang baru duduk dikerusi mengadap island table sambil mengelap peluhnya. Bajunya habis basah lencun kerana baru sahaja selesai joging ditaman.

" Oh sorry sorry...kejap saya ambikkan air untuk awak ya." Ujar Adelia sedar kesilapannya lalu terus ke dapur mengambil air untuk suaminya.

" Nah air untuk awak." Adelia terus menghulurkan segelas air kepada Afiq.

" Terima kasih. Hahh kau nak aku tolong apa tadi?"

" Macam ni... memandangkan hari ni tak kerja, saya ingat nak cuci rumah. Saya tengok banyak dah habuk-habuk dalam rumah ni. Sawang dekat ceiling rumah pun dah banyak saya tengok. Jadi saya ingat nak awak tolong cucikan. Saya pulak nak bersihkan habuk semua ni. Boleh tak?"

Terang Adelia dengan panjang lebar. Sebenarnya semalam lagi dia rancang nak bersihkan rumah hari ini. Banyak benda yang dia nak buat tapi kalau dia buat sorang alamaknya sampai ke petang belum tentu dapat siap semuanya.

" Asya.. sorry hari ni aku tak dapat tolong. Aku dah janji dengan Aira nak keluar. Sorry sangat. Lain kali aku akan tolong kau ya."

" Hmm tak apalah." Jawab Adelia menganggukkan kepalanya. Apa lagi yang dia boleh buat. Afiq dah janji nak keluar dengan Aira. Maka terpaksalah dia buat sorang. Malang betul nasib kau Aisyatul Adelia, dahlah terkahwin dengan boyfriend kawan baik sendiri. Kawan baik pun dah lari dari kau. Malang betul nasib kau ni Adel. Ujar kata hatinya

" Asya, aku gerak dulu. Dah lambat. Nanti tertunggu- tunggu pula Aira. Aku pergi dulu. Jaga diri."

" Ya. Pergilah. Assalamualaikum."

" Walaikumussalam. Bye!." Jawab Afiq sambil tersenyum dan melambai.

Adelia tersenyum hambar membalas lambaian suaminya. Matanya terus mengekori langkah Afiq yang mula keluar dari rumah dan menuju ke lift. Setelah hilang bayang Afiq, barulah dia menutup pintu rumah dan menguncinya.

" Okay Aisyatul Adelia... let's start it!." Ujar Adelia dengan bersemangat untuk membersihkan rumah. Sorang pun soranglah. Plan yang dirancang harus dilaksanakan!

Selesai menyapu sawang di ceiling ruang tamu, Adelia ingin melangkah turun dari tangga yang digunakan untuk memudahkannya menyapu sawang. Entah macam mana boleh tersilap langkah terus terus terjatuh terhempas punggungnya ke lantai.

Aaaa! Jelepuk!

" Adoi! Sakitnya. Fuh nasib baik tangga tak terbalik sekali kalau tak...huissh tak bayang macam mana." Dah macam buah nangka luruh daa. Adelia menggosok punggungnya yang baru sahaja menghempas lantai. Baru sahaja Adelia cuba untuk bangun...

" Ah aah aduhh! Sakitnya!" Kini Adelia memegang kakinya pula.

" Macam mana nak bangun ni? Fikir Adelia, fikir..."

Perlahan-lahan Adelia mengengsotkan badannya ke sofa yang berdekatan. Dek kerana penat, matanya mulai layu dan terlena disofa ruang tamu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience