Seteguh Cintamu : 17

Romance Series 7776

Bunyi alarm telefon di meja sisi katil menandakan waktu solat subuh telah menyedarkan Adelia dari tidur. Perlahan tangannya menekan alarm tersebut dengan mata yang masih tertutup. Adelia pelik, terasa ada sesuatu melingkar di pinggangnya. Terasa berat semacam aje. Takkan ada jebon tindihnya semalam. Hisshh seram pulak.

" Aaaaa! Jebonnnn!" Terus Adelia menendang jebon sehingga jatuh ke bawah katil.

" Aduhhh! Jebon? Mana? Mana jebon?" Kelam kabut Afiq bangun sambil menggosok pinggulnya. Terkejut bila Adelia menjerit disubuh hari macam tu.

" Jebonnn... Hahh! awak rupanya jebon tu!"

" Aku jebon?" Soal Afiq masih lagi bingung. Muka handsome macam ni di katanya jebon?

" Hahh awak la. Kenapa awak dalam bilik saya? Kenapa awak tidur sini!? Kenapa awak tak tidur di bilik awak?"

" Hei kau dah lupa ingatan ke? Kan semalam aku urut kaki kau. Aku mengantuk, tak sedar boleh tertidur sini. Tapikan aku rasa tak salahkan kalau aku tidur dengan bini aku kan?"

" Afiqqq!" Adelia geram dengan muka selamba Afiq. Macam tak bersalah aje. Eeee geramnya!

"Ye...yela aku minta maaf okay. Aku tak sengaja tertidur dengan kau. Dahlah tu marahnya...aku nak mandi solat subuh. Nanti terlepas solat subuh pula. Kau pun cepatlah siap-siap. Lepas tu masuk bilik aku, kita solat sama."

" Hmmm yelah."

Selesai solat subuh, masing-masing siapkan diri. Adelia ke dapur terlebih dahulu untuk menyiapkan sarapan mereka. Dua mug Milo kosong dibancuh dan roti bakar disapu dengan jem strawberi. Untuk Afiq pula hanya cereal dengan susu segar kerana Afiq lebih suka sarapan cereal bila hari bekerja.

" Sorry tau pasal malam tadi." Tegur Afiq yang baru saja menarik kerusi sebelum sarapan.

" Hmmm...It's okay. Awak bukan sengaja pun. Saya pun mintak maaf juga buat awak jatuh katil. " Ucap Adelia yang baru sahaja meneguk milo.

" Yelah. Dua-dua salah. Dahsyat juga kau ni ya. Sampai sakit pinggul aku kau kerjakan."

"Haaaa Afiqq!"

" Hahahaha yelah aku gurau je. Oh ya, Asya nanti jangan lupa ambik cuti seminggu minggu depan. Kita balik kampung pagi ahad sampai jumaat. Wan nak buat kenduri sikit sebelum berangkat ke mekah nanti."

" Yelah. Tapi kenapa kena ambik cuti sampai seminggu? Maunya membebel nanti En. Aidil cuti sampai seminggu ni."

" Cuti ajelah. Wan nak buat kenduri selamat, sambil-sambil tu nak buat kenduri untuk kita juga. Katanya nak kenalkan cucu menantu dia ni kepada sedara mara."

" Yelah. Saya cuba." Haihh kena cepat siapkan task yang menimbun dululah baru boleh bodek En. Aidil nampaknya.

" Okay...aku gerak dulu. Cepat Salam suami." Ucap Afiq menyembunyikan senyumannya dan menghulurkan tangannya.

" Salam?" Soal Adelia hairan. Biasa tak macam ni pun.

" Yelah Salam. Cepatlah dah lambat ni."

Dengan mata terkebil-kebil, Adelia menyambut huluran salam dari Afiq.

" Okay aku gerak dulu. Hati-hati drive nanti. Assalamualaikum." Ujar Afiq sambil tersenyum.

" Yelah. Walaikumussalam."

Comel pula dia ni bila buat muka macam tu.
Ujar Afiq dalam hati lalu menghidupkan enjin keretanya.

*******

" Morning Mir..." Tegur Afiq bila melihat Muzamir sedang sibuk diruang kerjanya.

" Amboi bukan main berseri aje muka kau. Macam orang baru dapat bini aje kau ni."

" Hahaha ada-adalah kau ni."

" Ada apa ni sampai mood happy semacam je kau ni?"

" Hai aku happy pun tak boleh ke?"

" Tak adalah macam tu. Mesti ada sebab kau macam ni pagi-pagi ni."

"Tak ada apalah. Semalam aku tidur lena kot. Tu yang manyak happy ini pagi." Jawab Afiq sambil tersenyum kemudian melepaskan tawanya.

"Haaa see. Cakap pun senyum senyum. Lepas tu ketawa sensorang pulak. Macam orang dilamun cintalah kau ni."

" Hisshh kau ni. Aku cuma teringatkan Asya. Kau tahu tak, pagi tadi dia boleh panggil aku jebon. Muka handsome pakej lesung pipit macam ni dia kata jebon. Hahahaha kelakar betul bini aku tu."

" Jebon? Kenapa dia panggil kau jebon? Adoi macam-macamlah korang ni."

" Pagi tadi dia bangun terkejut tengok aku tidur sebelah dia. Terus dia jerit cakap ada jebon. Ditendangnya aku sampai jatuh katil. Rupa-rupanya Akulah jebon tu. Muka dia jangan cakaplah terkejut betul tapi cute pulak aku tengok."

" Hahahaha yang ni memang kelakar. Aku setuju. Kau ni memang kadang-kadang jebon juga."

" Amboi sedapnya mengata aku pulak."

" Sorry sorry aku gurau je. Tapi aku tengok kau sekarang ni macam ada ura-ura tengah angau dengan isteri sendiri je ni."

" Hisshh kau ni. Tak adalah. Mana ada aku jatuh cinta dengan Asya. Aira aku nak letak mana bro?"

" See aku cakap kau tak percaya. Tanpa kau sedar kau sebenarnya telah letakkan Adelia ditempat yang special tau."

"Maksud kau?"

"Yelah. Aku perasan sejak kau kenal Adelia kau panggil dia dengan nama khusus 'Asya'. Mana ada orang lain panggil dia macam tu. Kau sorang je panggil dia macam tu bro. Even family dia pun tak ada panggil dia dengan nama tu tau."

" Ala nama aje kot. Lagipun aku selesa panggil nama Asya."

" Itu satu. Yang aku perasan, kalau ada sesuatu jadi dengan 'Asya' kau tu aku tengok kau betul-betul risau, kau jaga dia. Cara kau ni lain betul bila kau dengan Aira tau tak."

" Mestilah aku kena jaga dia. Diakan isteri aku. Amanah dari parents dia, kenalah jaga dengan baik."

" See kau pun asyik sebut yang Adelia tu isteri kau. So that's mean you love her. Kau aje buat-buat tak perasan semua ni."

"Mengarutlah kau Mir...even kalau aku cintakan Asya sekali pun, aku tetap masih ada Aira. Aira aku nak campak mana oi?"

" Itulah masalahnya Fiq. Kau kena fikir yang mana yang terbaik untuk kau. Tanya hati kau yang paling dalam. Hati kau sebenarnya milik siapa. Cuma kau sorang aje boleh jawab semua tu." Ucap Muzamir kemudian terus berlalu meninggalkan Afiq yang berfikir.

Hai susah juga ada dua orang wanita dalam satu masa. Belum kahwin dua lagi sudah kusut bukan main dah ni.

* Hye korang semua...macam mana Seteguh Cintamu setakat bab 18 ni? Okay ke? Fatimahazra tengah gila komen ni. Hahahaha...
So korang semua share lah komen korang nanti. Lagi banyak komen, Insyallah lagi rajin Fatimahazra update nanti. Stay tuned for Seteguh Cintamu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience