Seteguh Cintamu : 19

Romance Series 7768

" Hah Apik mari make. Pagi nih Wan masok nasi lemok." Ajak Wan apabila melihat Afiq yang baru keluar dari biliknya.
(Baca: Hah Afiq Mari makan. Pagi ini Wan masak nasi lemak.)

" Wow bestnya. Afiq dah lama rindu dengan masakan Wan tau."

" Kalu gitu gak Apik make bbanyok la sikit."
( Baca: Kalau begitu Afiq makanlah banyak-banyak sikit.)

" Hom berehh Wan." Ujar Afiq dalam loghat Kelantan juga.

" Hola. Ado ado jah Apik kalu balik ssini gak."
(Baca: Ada ada ajelah Afiq ni kalau balik sini.)

" Wan mana semua orang pergi? Sunyi aje ni. Asya mana Wan?"

" Abi denge Mama Apik gi ppasa. Piya denge Pika pulok tubik denge Ama. Bini Apik tu ado jah ttanoh tu. Dio kato nok tengok tengok lame rumoh ni."
(Baca: Abi dengan Mama Afiq pergi pasar. Fiya denngan Fika pula keluar dengan Amar. Bini /isteri Afiq tu ada je kat luar tu. Tengah melihat halaman rumah ni.)

" Ooh patutlah sunyi aje dalam rumah ni."

" Apik make lah dulu deh. Wan nok gi blake meta nok tengok gapo lagi bare bekwoh hok tok cukup." Ujar Wan lalu meninggalkan Afiq yang sedang makan.
(Baca : Afiq makanlah dulu ya. Wan nak ke belakang kejap, nak tengok apa lagi barang kenduri yang belum cukup.)

" Yelah Wan. Nanti kalau ada yang nak tambah bagitahu Afiq."

" Hola." ( Baca : Yelah.)

********

Selesai sarapan makan nasi lemak Wan, Afiq terus mencari Adelia. Habis sekeliling rumah dicarinya, rupanya Adelia elok aje bertenggek di pangkin bawah pokok bunga tanjung.

" Laaa dekat sini rupanya kau. Puas aku tawaf satu rumah, baru jumpa. Kau buat apa kat sini?"

" Saya tengah 'berorientasi' dengan suasana kampung ni. Saya baru tahu kenapa awak sanggup drive dari KL balik sini. Rupanya dekat sini nyaman je, bangun pagi tadi saya dengar bunyi ayam dan burung. Dekat KL tak ada semua ni."

" Itulah yang best balik rumah Wan ni. Macam-macam ada. Petang ni aku bawak kau pergi satu tempat ni. Mesti kau suka punya."

" Pergi mana?"

" Adalah...rahsia. Tunggu petang nanti kita pergi. Mesti kau suka tempat tu nanti."

" Ikut suka awaklah.

Petang itu, selepas zohor keluarga Mak Su Aini sudah sampai untuk gotong-royong menyiapkan bahan mentah yang akan digunakan untuk kenduri esok. Rumah Mak Su Aini dekat dengan rumah Wan, dalam 20 minit aje sudah sampai.

Bawang, halia, cili kering dan sebagainya sudah siap dikupas oleh geng perempuan. Manakala geng lelaki pula menyiapkan tempat dan keperluan untuk memasak. Jadi lebih mudah dan cepat menyediakan barang-barang kenduri untuk kegunaan keesokan harinya. Tidaklah kelam kabut jadinya nanti.

Siap mencuci kawah, Afiq menuju ke pangkin tepi rumah di mana geng perempuan membuat kerja gotong- royong tadi.

" Asya...jom ikut abang." Ajak Afiq.

" Saya tengah buat kerja lagi ni awak. Tak kan nak pergi sekarang."

" Wan, boleh tak Afiq nak pinjam Asya. Afiq nak bawak Asya naik motor kejap."

" Ai bini sendiri pun nok mitok izin Wan jugok. Doh la tu Adel, tingga jah situ. Nati Wan buat. Apik...jago molek cucu nnantu Wan nih."
(Baca : Ai bini sendiri pun nak mintak izin Wan juga. Dah la tu Adel, tinggal aje dekat situ. Nanti Wan buat. Afiq jaga baik-baik cucu menantu Wan ni.)

Yang lain pakat ketawa melihat gelagat nenek dengan cucu itu. Semua sudah sedia maklum yang Afiq merupakan cucu sulung dalam keluarga merangkap cucu kesayangan Wan. Bila tahu Afiq balik kampung ada aje yang dimasak untuk Afiq. Sekarang Adelia pula ambil tahta jadi cucu kesayangan Wan. Hihihihi...

" Cantikkk terima kasih Wan, saaaayaaang Wan. Jom sayang."

" Adel pergi dulu."

" Bawak Adel tu hati-hati sikit Afiq. Jangan di buli Adel sudah. Mama tahu nanti siap kamu." Pesan Mama pula tahu benar dengan perangai nakal anak lelakinya itu.

" Kita nak naik motor ke? Kalau pergi dengan kereta tak boleh ke?" Ujar Adelia. Gelisah bila melihat Afiq yang sedang menghidupkan motosikal.

" Mestilah naik motor. Kalau naik kereta jalannya sempit, leceh la kalau selisih dengan kenderaan lain nanti. Baik naik motor senang sikit."

" Tapi Saya mana pernah naik motor. Saya takut jatuh nanti."

" Kau peganglah aku. Kalau takut jugak, kau peluk aje pinggang aku ni. Dengan murah hati aku izinkan. Hahaha.."

" Mulalah tu nak mengarut. Nak lompat macam mana nak naik ni?" Tanya Adelia dengan muka peliknya.

" Hahaha kau ni kelakar betul. Ada ke nak naik motor kena lompat. Adoi la...kau pijak atas ni, tangan kau tu pegang bahu aku. Then duduk belakang ni."

Adelia terus buat satu persatu apa yang ditunjukkan oleh Afiq.

" Oh macam tu. Saya ingat kena lompat...dah awak tadi bukan main selamba je lompat naik motor. Saya ingatkan kena lompat macam tu jugak." Jawab Adelia dengan lurus bendul.

" Aku bolehlah buat macam tu sebab aku dah biasa plus, aku tinggi. Kau ni pendek, mana boleh buat macam tu."

" Eeee suka hati aje cakap orang pendek!" Lantas Adelia menepuk belakang Afiq. Geram digelarkan pendek. Tak adalah pendek sangat. Okay apa tinggi macam ni, sedang-sedang elok orang kata.

10 minit menunggang motosikal. Akhirnya sampai ke tempat 'rahsia' yang Afiq maksudkan itu. Lantas Afiq melipat kaki seluarnya ke paras betis. Mereka berjalan berpimpin tangan ke arah pondok di tengah-tengah sawah padi yang menghijau. Rezeki mereka saat ini kerana padi tengah menghijau menunggu masa putik isi padi keluar.

Sampai sahaja di pondok kecil itu, tanpa membuang masa Adelia mendepakan tangannya sambil menutup mata menghirup udara segar di sawah padi yang terbentang luas itu. Dengan angin petang bertiup sepoi-sepoi menampar lembut diwajahnya. Senyuman lebar terukir dibibirnya menandakan nikmatnya bersatu dengan alam semulajadi.

Afiq hanya diam memerhati gelagat isterinya itu. Memberi peluang untuk Asya menikmati Pemandangan yang jarang didapati di kotaraya.

" Mana awak tahu Saya suka dengan sawah padi? Saya tak pernah bagitahu pun." Tanya Adelia lalu menoleh ke arah Afiq.

" Aku agak aje. Aku teringat masa dekat Cameron Highlands hari kau suka sangat tengok pemandangan yang menghijau atas bukit tu. Jadi aku assumed kau mesti suka juga dengan kehijauan sawah padi ini."

" Suka sangat. Cantik betul sawah padi dekat sini. Kalau tahu dari awal, Saya buat photoshoot wedding dekat sini aje hari tu. Senang."

" Insyallah nanti ada rezeki kita datang sini photoshoot. Tapi sekarang ni jom kita selfie ajelah dulu."

" Okay jom."

******

Seteguh Cintamu : 19 ni Fatimahazra selitkan dialet Kelantan sikit. Kalau ada salah ejaan dalam dialek kelantan tu mohon ampun ya korangs semua. Tapi kalau nak Fatimahazra tambah baik untuk penulisan yang akan datang korang boleh drop your comments later okay. Selamat membaca!

Share this novel

Norita Yahya
2020-09-19 15:43:31 

bl nk update ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience