Seteguh Cintamu : 7

Romance Series 7768

" Macam mana hati anak Umi sekarang? Selepas beberapa minggu dah jadi tunang orang ni."

" Adel dah buat solat istikharah...solat hajat pun dah buat. So far tak ada apa petunjuk pun Umi. Cuma sekarang ni Adel rasa tenang aje."

" Baguslah macam tu. Petunjuk Allah ni dia datang dengan pelbagai cara. Mungkin dengan ketenangan yang Adel rasa juga adalah petunjuk dari Allah. Siapa tahu kan..."

" Adel pun rasa macam tu juga Umi. Sebab masa Abah bagitahu rancangan kahwin hari tu, Adel rasa agak serabut jugalah. Tapi sekarang ni, Adel rasa tenang aje. Tak ada nak fikir banyak pun."

" Insyallah Afiq adalah jodoh untuk Adel yang ditetapkan oleh yang Maha Esa. Umi sentiasa doakan yang terbaik untuk Adel."

" Terima kasih Umi." Ujar Adelia terus memeluk Uminya.

" Yelah Adel je satu-satunya anak perempuan Umi. Umi hanya nak Adel bahagia dunia dan akhirat."

" Oohh ya Umi, tadi Mama Afiq call Adel. Dia ajak Adel pergi fitting baju kahwin pagi esok. Umi ikut sekali ye. Temankan Adel please..."

" Yelah... boleh juga Umi jumpa Auntie Salina sekali. Banyak jugak benda nak dibincangkan nanti. Tarikh pun dah dekat ni. Nanti takut tak sempat siap pulak."

" Kesian pulak Umi kena buat semua tu. Kalau Umi tak larat bagitahu, jangan dipaksakan sangat, nanti sakit pulak."

" Tak apalah sangat. Lagipun Kak Lin kamu pun ada bantu Umi. Yang lain semua tempah je.. tinggal sikit aje yang kena buat. Adel jangan risau sangat. Adel perlu uruskan dokumen nikah aje, yang lain serahkan dekat Umi dengan Abah aje."

" Baiklah kalau Umi cakap macam tu. Lepas settle kahwin nanti, Adel belanja Umi dengan Abah ya. Umi cakap je nak apa, Adel bagi. Untuk Umi dengan Abah tersayang apa aje Adel sanggup bagi tau." Ujar Adelia dengan penuh confident.

" Okay...kalau macam tu Umi nak cucu dari Adel boleh?"

" Aaaa...cucu tu...Umi...kena... mintak...dengan...Afiq lah...Hehehe..." Ujar Adelia tersekat-sekat bicaranya dek kerana permintaan Uminya.

Apa ke itu yang diminta oleh Umi. Adoi parah nih...

" Okay...lepas nikah nanti Umi bagitahu Afiq ya." Ujar Pn.Zaharah sambil senyum.

" Umi! Malulah Adel!"

" Hahaha Umi gurau sikit pun tak boleh."

Huhh! Nasib baik gurau. Kalau betul betul matilah nak...

****

" Assalamualaikum Mama. Dah lama ke Mama tunggu?"

" Walaikumussalam. Mama pun baru sampai juga ni."

" Apa khabar Lina? Sihat?" Tegur Pn. Zaharah pula.

" Alhamdulillah sihat. Kak Za sihat?"

" Macam ni la Lina. Sibuk sikit uruskan hal kahwin Adel ni."

" Samalah kita. Semua kita yang kena uruskan. Nak harapkan Afiq, seminggu sebelum kahwin baru balik."

" Yelah..Adel ni pun samalah. Sibuk sangat dengan kerja. Hujung minggu macam ni barulah boleh tolong."

" Haaa.. Adel, ni butik kawan Mama. Nama dia Auntie Zira. Butik dia banyak koleksi baru sampai tau. Jom kita masuk tengok."

" Yelah. Jom Umi, Mama."

*****

" Adel nak pattern baju macam mana? Tanya Pn. Salina.

" Adel ingat nak baju yang simple aje. Yang mudah nak bergerak- gerak. Macam ni ke..." Ujar Adelia sambil menunjukkan gambar di katalog.

Baju kebaya songket berwarna pastel menjadi pilihannya. Tidak meleret-leret dan mudah untuk bergerak.

" Cantik juga. Nampak kemelayuan sikit." Komen Uminya pula.

" Mama pun suka. Sesuai sangat dengan Adel dan Afiq. Okay Adel pergi cuba dulu. Untuk Afiq tu Mama akan suruh dia datang fitting bila dia balik sekali untuk uruskan dokumen nikah nanti."

" Baiklah Mama."

Bicara Fatimahazra...

Assalamualaikum semua... hari ini Fatimah up 2 chapter untuk readers semua sebab lepas ni Fatimah agak sibuk sikit. Insyallah bila free sikit, Fatimah akan up banyak2 ye. Terima kasih semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience