Seteguh Cintamu : 12 (part 2)

Romance Series 7768

" Saya tengok awak ni tabah juga orangnya." Ujar Riyyan yang tiba disebelah Adelia saat Adelia ralit melihat pemandangan ladang teh yang luas terbentang itu.

" Kenapa awak cakap macam tu?"

" Seharian mata awak dijamu dengan keletah Aira dengan Afiq. Mereka bermesra depan awak, sedangkan awak isteri Afiq. Saya sepupu Aira pun rasa nak marah tau. Puas sudah Saya nasihatkan dia, tak nak dengar langsung."

" Tipulah Riyyan kalau saya cakap yang saya kuat dengan semua ini . Tapi buruk buruk Aira pun dia tetap kawan saya dan saya pun ada salah juga dalam hal ini. Jadi Saya faham kenapa dia benci Saya sekarang ini. Dia buat semua tu sebab dia marah aje."

"Tapi sekarang ni Afiq suami awak Adelia." Ujar Riyyan tak puas hati dengan kenyataan Adelia itu.

" Ye Saya tahu itu. Saya dengan Afiq sudah bincang dengan baik. Soal Aira tu saya serahkan pada Afiq. Biarkan dia uruskan hubungan mereka."

" Awak betul ke tak kisah ke dengan semua ni Adelia?"

" Entahlah Riyyan. Saya sendiri pun belum pasti apa yang patut saya lakukan.
Jadi buat masa sekarang ini, biarlah takdir yang menentukan."

" Yelah. Saya doakan awak sentiasa kuat harunginya. So sekarang ni biar saya teman awak jalan-jalan. Jom turun bawah, kita bergambar dekat pokok teh. View tengah cantik ni."

" Tapi Riyyan, saya..."

" Jomlah Adelia. View lawa ni. Biar saya tolong tangkapkan gambar awak."

" Adelia berdiri dekat situ, menghadap ke sana dan pusingkan muka awak ke sini sedikit. Okay...nice." Arah Riyyan.

Klik!

Klik!

Klik!

" Cantik!"

" Tengok." Minta Adelia lalu Riyyan menghulurkan kamera ditangannya.

" Cantik juga pemandangannya ya." Komen Adelia saat melihat gambar yang ditangkap oleh Riyyan itu.

" Bukan pemandangan yang cantik tapi awak tu yang cantik." Ujar Riyyan sambil senyum.

" Eleh tadi cakap view cantik la, apa la. Padahal nak pujuk kita bergambar rupanya. Cakaplah awal-awal."

" Hahaha... pemandangan yang cantik, dilengkapi figura yang cantik ini perfect la gambar ni. Lagipun awak memang sentiasa cantik lagi lagi kalau senyum macam ni." Balas Riyyan sambil menunjukkan Adelia.

" Ada ada jelah awak ni Riyyan."

Sedang ralit Adelia dan Riyyan ketawa, Afiq dan Aira mendekati mereka. Wajah Aira tampak sedikit bimbang ketika itu.

" Riyyan, papa aku call bagitahu mama aku masuk hospital. Jatuh dalam bilik air. Kita kena balik KL sekarang. Jom kita gerak, aku risaulah."

" Hah yelah. Kita ambil beg dulu, baru gerak balik KL. Adelia, saya balik dulu. Ada rezeki kita jumpa lagi okay."

" Okay Riyyan. Bawak kereta elok-elok. Jaga Aira." Pesan Adelia.

" Baiklah. Saya pergi dulu."

" Aira...jaga diri."

" Syaz...sorry I tak dapat teman you. Nanti I call you okay." Ujar Aira tanpa membalas kata Adelia.

" It's okay. Hati-hati. Nanti apa-apa update dekat I ya."

" Alright. Bye Syaz.."

Tak apa Adel, bagi masa dan ruang untuk Aira. Pujuk hati Adelia.

Selang beberapa minit Aira dan Riyyan bergerak meninggalkan Afiq dan Adelia suasana terus sunyi diantara mereka. Mana taknya...hampir 2 hari ini Afiq lebih banyak bersama Aira manakala Adelia pula ditemani oleh Riyyan. Walaupun mereka pergi ke tempat yang sama tapi masing-masing membawa haluan yang berbeza.

" Aku tengok tadi bukan main rancak lagi kau berbual dengan Riyyan. Siap pakej gelak sakan. Tapi bila dengan aku, diam pulak."

" Tak adalah. Tadi Riyyan cakap view dekat sini cantik jadi dia offer nak tangkapkan gambar."

" Mana gambar tu nak tengok."

" Nah." Ujar Adelia menekan kamera ditangannya lalu ditunjukkan kepada Afiq.

" Hmm boleh laa.." komen Afiq.

" Tu aje? Buat penat aje saya tunjuk, ' boleh laa' aje yang dia komen. Tadi bukan main nak tengok sangat huh!" Gumam Adelia tapi masih didengari oleh Afiq.

" Biasa je gambar yang kau ambik tu. Macam ni, esok aku bawak kau ke tempat yang lagi cantik daripada ni. Mesti kau suka punyalah. Sini...kamera ni biar aku yang pegang pula. Memandangkan gambar aku langsung tak ada, esok aku nak tangkap banyak banyak." Ujar Afiq laju membuka langkahnya meninggalkan Adelia di belakang.

" Afiq! Bagi balik kamera saya tu!" Laung Adelia sambil terkedek-kedek mengikuti langkah panjang Afiq.

" Tak nak..."

Klik!

Afiq curi tangkap gambar Adelia yang sedang mengejar langkahnya itu.

" Afiq!"

" Hahahaha comel pulak kau kalau marah macam ni. Mahal tau gambar ni. Aku nak simpanlah."

" Afiqqqq!"

*****

Pin! Pin! Pin!

"Bunyi hon motor sapa pulak tu? Buat bising depan hotel ni orang tak marah ke?" Bebel Adelia sambil melangkah ke pintu masuk hotel.

" Ya Allah Afiq! Apa awak buat ni? Dengan motor bagai...ni motor sapa pulak awak rembat?" Terkejut Adelia bila melihat rupa Afiq yang buat bising itu.

" Semalam kan aku dah janji nak bawak kau round Cameron Highlands. Kau jangan risau motor ni aku tak rembat, aku sewalah. Jangan banyak cakap, jom ikut aku." Ajak Afiq sambil menghulurkan helmet.

" Kenapa nak naik motor? Kereta kan ada." Ujar Adelia sambil menyambut helmet itu.

" Hari ni aku tengok cuaca macam cantik aje, tak panas sangat. Best juga kalau naik motor. Dah cepat naik Asya!"

" Ye..awak jangan bawak laju sangat, saya takut jatuh."

" Kalau kau takut jatuh, kau peluk aje aku nanti hahaha.."

" Afiq jangan nak mengada eh."

" Usik sikit pun tak boleh. Ready?"

" Yea!"

20 minit menunggang motorsikal, akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju. Sebuah taman bunga diatas bukit yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok yang rendang. Dibawah sana pula luas terbentang ladang teh yang menghijau. Sejuk mata memandang keindahan yang jarang dijumpai itu. Tempat ini agak terserot sedikit jadi tidak hairanlah jika tiada orang ramai yang datang. Rasa privasi pula bila berada disini.

" Afiq, macam mana awak tahu tempat ni?"

" Dulu aku pernah ikut member aku balik rumah dia di sini. Dia yang tunjukkan aku tempat ni. Kau suka?"

" Suka sangat. Saya memang suka lihat pemandangan dari tempat tinggi macam ni. Semua benda boleh nampak dari atas ni."

" Samalah. Kalau nak cari ketenangan, tempat yang macam ini yang aku cari." Ujar Afiq tersenyum melihat gelagat Adelia yang sedang mendepangkan tangan itu.

" Dulu bila ikut abah balik kampung, saya nak sangat abah berhenti dekat highway sebab nak rasai pemandangan dari atas bukit yang tinggi tapi abah kata bahaya berhenti macam tu. So mampu tengok dari tingkap kereta ajelah."

" Hmm ada-ada jelah kau ni."

" Awak...esok sebelum balik KL, boleh tak kita pergi cari oleh-oleh untuk family. Saya tak beli apa pun lagi untuk mereka."

" Yelah aku pun fikir macam tu jugak. Kalau tak beli apa-apa, bising pulak si Fiqa dengan Fiya tu nanti."

" Hahahaha tahu pun."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience