Seteguh Cintamu : 4

Romance Series 7768

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah terus Adelia diserbu dengan anak buahnya Miqael yang berumur 3 tahun. Miqael adalah anak Abang Adam dengan Kak Lin, satu-satunya cucu sulung dalam keluarganya.

" Ashu...Qa nak kung." Ujar Miqael sambil mengangkat tangan supaya dukung dia.

" Miqa kan dah pandai jalan. Sayang...bila sudah pandai jalan, mana boleh mintak Ashu dukung lagi."

" Tu la Adel, suka sangat manjakan Miqa kan dah mengada-ngada budak itu." Ujar Abang Adam.

" Biarlah. Miqa kan anak saudara Adel jugak."

" Adel dari mana ni? Baru muncul ni." Tanya Kak Lin pula.

" Adel keluar jumpa Aira tadi. Biasalah girl's talk lamalah sikit. Kak Lin masak apa hari ini?"

" Ehh bertuah punya adik...jarang-jarang jumpa Kak Lin, di tanya pasal makanan aje. Bukan nak tanya khabar ke...apa ke..." Ujar Abang Adam lalu mencubit pipi gebu Adelia.

" Abang! Sakitlah..."

" Abang...sudahlah tu. Merah dah pipi adik abang tu. Kesian Adel. Asal jumpa abang dia, pipi mesti merah. Jom Adel ke dapur Akak buat roti jala tadi sebelum datang sini. Umi dengan Abah pun tengah makan tu."

" Abang gurau je yang, geram betul dengan Adel ni. Nakal dia tak pernah habis tau. Dari kecil sampai sekarang ada aje akal dia.

" Wahhh mesti sedap. Favorite Adel tu Kak Lin. Jom Miqa, kita pergi serang Atuk dengan Opah dekat dapur." Ujar Adelia sambil memimpin tangan si kecil Miqael itu.

*****

Tuk! Tuk! Tuk!

" Adel, boleh Abang Adam masuk?"

Apabila balik ke rumah Abah dan Uminya sudah menjadi kebiasaan Adam, dia akan meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan Adelia sebelum tidur. 'Brother sister talk' katanya. Walaupun sudah berkahwin dan tidak tinggal bersama orang tuanya lagi, Adam tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai abang yang baik kepada Adelia satu-satunya adik Adam.

" Yesss dari tadi Adel tunggu Abang nak 'brother sister talk' dengan Abang Adam." Ujar Adelia sambil merangkul lengan Adam.

" Kenapa excited sangat adik abang ni nak 'brother sister talk' malam ni? Macam ada hal menarik aje."

Sebenarnya Adelia sengaja menunggu 'brother sister talk' malam itu. Kalau berbual dalam telefon rasa tak puas pula. Hari bekerja pula, Adel tak sempat nak jumpa. Jadinya hujung minggu sajalah peluang Adel berjumpa Adam walaupun rumah Adam tidaklah jauh mana.

" Abang...Adel sekarang ni ada masalah besar tau."

" Masalah apanya? Kahwin ke?"

Adam tahu sangat dengan Adelia. KAHWIN antara isu yang paling Adelia alergi. Bukan kerana adiknya lesbian tapi Adelia ini pelik sikit. Dia siap buat bucket list apa yang dia nak capai dalam hidup dia sebelum settle down (berkahwin).

" Haaa..pandai pun abang teka."

" Abah dah cerita kat Abang sebelum Adel balik tadi."

" Abang...tolong pujuklah Abah. Adel tak nak kahwin lagi. Banyak lagi bucket list Adel tak tercapai. Banyak lagi tempat Adel nak travel. Please...abang."

Adelia buat muka paling kesian yang dia ada. Itu antara salah satu kemahiran yang dia ada bila nak mintak tolong. Hehehe...

" Adel tahu kan Abah kita tu macam mana. Abah sangat berpegang pada janji. Jika tiada alasan yang munasah, jangan harap Adel boleh pujuk Abah."

" Jadi macam mana ni Abang...mana Adel nak cari boyfriend dalam masa terdekat ni?

" Yang Adel buat deal dengan Abah macam tu dah kenapa?"

" Adel tak ada pilihan lain. Itu aje idea yang terlintas dalam otak Adel masa tu. Kalau tak, Adel kena terima plan Abah. Memang tak naklah Adel...."

" Masalahnya idea Adel tu langsung tak membantu Adel tau. Lagi cari masalah adalah."

" Alaaa...Abang tak ada ke kawan-kawan Abang yang boleh tolong Adel?"

" Abang bukan tak nak tolong... mostly member Abang semua dah kahwin. Kalau ada yang belum kahwin pun belum tentu Adel nak. Adik Abang ni bukan senang nak suka dekat orang. Tak nak lah Abang suggest dekat Adel, hati beku...susah nak cair."

" Abang..."

Adelia terus melekapkan mukanya ke bantal apabila merasakan Abangnya langsung tidak membantu.

" Apa kata Adel terima je plan Abah. Lagipun Abah sudah janji dengan Uncle Syamri. Orang tua ni, janji mereka ibarat di bawa mati tau. Tak ada salahnya kalau Adel tunaikan janji Abah tu. Insyallah dengan restu orang tua ni, bahagia menanti Adel."

Bila Abangnya sudah mengeluarkan ayat sedemikian, membuatkan Adelia berfikir sejenak. Perlukah dia menerima cadangan Abahnya itu.

Aduh! Pening pening...masa tinggal tak lama dah ni...!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience