Seteguh Cintamu : 3

Romance Series 7768

Hujung minggu itu, Adelia bercadang ingin keluar bersama kawan baiknya Aira sambil meraikan kerjayanya yang baru sahaja bermula. Hari ini Adel ingin belanja Aira makan sebagai tanda kesyukuran atas rezeki kerja yang diidamkan selama ini.

Memandangkan hari ini bukan hari bekerja, Adelia memilih memakai pakaian casual sahaja. Blouse lengan panjang digabungkan dengan palazo putih dan tudung warna pastel. Alamakkk cantik betul anak En. Ridzuan ni. Hahaha puji diri sendiri pulak.

Selesai bersiap Adelia mencari Umi dan Abahnya untuk memberitahu yang dia akan keluar sekejap lagi. Kelihatan hanya Uminya sahaja di dapur. Manakala Abahnya mungkin masih lagi di tingkat atas.

" Umi...Adel nak keluar jumpa Aira kejap."

" Adel nak pergi mana?" Tanya Umi kerana Adelia jarang keluar awal pagi seperti itu. Jika ingin keluar dengan Aira, Adel biasanya akan keluar sebelah petang.

" Adel nak ke Pavi je. Lepas makan Adel nak teman Aira jalan-jalan, shopping sikit."

" Hah yelah nanti Umi bagitahu Abah. Abah dengan Umi nak ke rumah Uncle Syamri kejap lagi. Auntie Lina buat makan- makan sikit dekat rumah dia hari ini. Umi baru je nak Adel ikut sekali tapi Adel sudah janji dengan Aira pulak."

" Tak apa la Umi. Lagipun Adel dah janji dengan Aira nak keluar hari ini. Tak boleh nak cancel last minute. Umi...Adel balik lambat sikit tau."

" Yelah...jangan balik lambat sangat. Petang karang Abang Adam balik sini nanti tak ada orang pulak."

" Alright Umi. Adel pergi dulu. Kirim kiss ni untuk Abah ya." Ujar Adel lantas mencium pipi Uminya.

" Hissh budak bertuah ini. Nakal sungguh laa.."

Huuu selamat engkau Adel...nasib baik aku nak keluar hari ini. Kalau tak.....

****

" Beb...aku tengah serabut sekarang ni" ujar Adelia setelah menyedut minumannya.

" Kenapa Adel?" Tanya Aira.

" Abah aku....dia nak aku kahwin dengan anak kawan dia. "

" So apa masalahnya? Terima jelah...lagipun kau tak ada boyfriend kan."

" Kau ni macam la tak kenal aku macam mana. Aku tak nak kahwin lagi. Aku baru aje kerja. Aku nak enjoy dengan life aku sekarang dulu beb."

" Besar juga masalah kau ni. Parents ni kalau dah sebut pasal kahwin ni susah sikit nak kompromi."

" Hahh tau pun. Susah beb...aku banyak kali cuba pujuk Abah aku, bagi macam-macam alasan. Takkkk jalan jugak. Katanya dah lama janji dengan kawan dia sejak aku lahir lagi."

" Maksudnya engkau tunang dari kecik la ni?"

" Lebih kurang macam tu la. Tapi aku minta tempoh 2 bulan untuk cari lelaki pilihan aku sendiri. Kalau tak ada jugak aku kena tunang secara rasmi kot. Adoi pening aku macam ni. Mana aku nak cari boyfriend dalam masa 2 bulan ni.."

" Haaa yang ni memang masalah besar. Kau ni pulak memang sejenis susah nak jatuh cinta, lagi lah susah."

" Beb kau tolong aku. Aku tak nak kahwin..."

" Aku bukan tak nak tolong. Tapi macam yang aku cakap tadi la. Kau ni memang manusia yang susah jatuh cinta. Orang nak dekat kau pun belum tentu kau terima tau. Dulu setia bukan main bercinta dengan si Fendi tak guna tu, last last kena tinggal jugak dengan dia."

" Apalah kau ni Aira. Jangan di ingat jantan tak guna tu. Mentang-mentang masa tu aku tak ada kerja tetap lagi, mudahnya dia lupakan cinta kami macam tu aje. Memang tak la nak ingat lagi. Bodoh pulak aku rasa masa tu."

" Kau tak bodoh tapi si Fendi tu yang bodoh. You have your career now, kau kerja bagus kot. So dia lah yang rugi tinggalkan kau."

" Entahlah hati ni susah nak jatuh cinta Aira. Kan best jadi macam kau Aira. Bukan main setia hubungan kau dengan Syazri kan. Bercinta sejak tingkatan 5 sampai sekarang."

" Aku dengan Syaz dah kenal lama dah sejak dia tinggal dengan atuk dia. Lepas habis SPM dia tinggal dengan parents dia di UK. Itu yang terpaksa bercinta jarak jauh tu. Sedih tau tak dapat jumpa. Berhubung pun susah sebab perbezaan waktu jam."

" Uissh hebat kau kan. Sampai sekarang kau dengan dia. Dah la bercinta jarak jauh. Dah lama tak jumpa." Ujar Adelia bangga dengan Aira yang mampu bertahan sampai sekarang.

" Mana ada lama tak jumpa. Kami ada jumpa jugak dalam video call. Cuma sekarang Syaz macam ada masalah aje, muka dia nampak macam serabut sikit. Katanya stress dengan kerja."

" Faham, betullah tu. Persekitaran kerja dekat UK kan tak sama dengan Malaysia. Itu yang stress kot."

" Yelah gamaknya. Aku pun tak nak tanya lebih nanti makin serabut jadinya."

" Berbalik pada masalah kau Adel, sepupu aku ada lagi yang single. Nak tak aku kenalkan dia?"

" Sepupu kau yang mana pulak ni?" Tanya Adelia kembali.

" Sepupu aku Zamri tu la. Yang jadi cikgu dekat Sarawak. Nak ke tidak cik kak oi?"

" Jauh mak oi. Susah juga tu. Abah aku mesti akan tolak punya sebab aku kerja KL, sepupu kau tu dekat Sarawak."

" Complicated betullah masalah kau ni."

" Tau pun. Pening kepala aku fikir masalah ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience