Seteguh Cintamu : 6

Romance Series 7768

" Saya tengok Adel ni makin cantik berseri-seri la. Betul tak Mas?" Tegur En. Aidil apabila Adelia ke mejanya untuk menyerahkan fail laporan kes mahkamah yang telah dibicarakan minggu lalu.

" Seri orang bertunanglah tu En. Aidil. Kak Mas pun perasaan Adel makin cantik sekarang ini."

" Ada-ada aje Kak Mas. Biasa je, tak ada apa yang berubah pun."

" Adel...sini kejap." Panggil Kak Mas.

" Apa dia Kak Mas?"

" Adel sudah tengok ke belum wajah tunang Adel tu?" Bisik Kak Mas tidak mahu sesiapa dengar kerana meja pejabat mereka jenis terbuka.

" Belum lagi. Hari tu bakal mertua Adel ada bagi sampul berisi gambar tapi Adel tak sedia nak tengok lagi."

" Hissh macam tu pulak. Kenapa tak tengok aje...tak nak kenal ke?

" Adel rasa tak perlu kot nak tengok wajah dia sekarang ini. Kalau betul dia jodoh yang telah ditetapkan untuk Adel, Insyallah Allah pasti akan wujudkan rasa ketenangan dalam hati ini untuk terima pernikahan ini Kak Mas. Cuma Umi ada sebut nama dia aje hari itu."

" Hahh apa nama tunang Adel tu?" Tanya Kak Mas tak menyempat.

" Nama dia Afiq. Kak Mas pulak yang excited sekarang ni ya." Gelak Adelia melihat gelagat Kak Mas.

" Mana tak excited nya Adel...misteri nusantara sangat tunang Adel, buat Akak tertanya-tanya aje."

" Tak adanya misteri nusantara Kak Mas...cuma Adel rasa biarlah siapa pun dia. Jika dia memang telah ditetapkan untuk Adel, Adel perlu terima takdir ini walaupun wajah dia buruk macam mana sekalipun."

" Insyallah mudah-mudahan Allah bagi yang terbaik untuk adik Akak ni. Tapi Adel jangan tinggalkan amalan sunat istikharah, buat juga solat hajat ya. Minta petunjuk dari Dia."

" Baiklah Kak Mas. Thanks for your support. Kak Mas...Adel nak keluar jumpa klien. Mungkin habis lewat sikit, jadi Adel tak masuk office dah lepas tu. Bagitahu En. Aidil ya."

" Okay. Drive safe.."

Adelia menganggukkan dan terus mengambil barangnya untuk keluar jumpa klien. Memandangkan office klien dekat dengan butik Aira, alang-alang tu boleh singgah jumpa Aira kejap balik nanti. Fikir Adelia lalu meneruskan langkahnya.

*****

" Assalamualaikum..."

" Walaikumussalam. Hahh Adel masuklah." Jawab Aira.

" Asal muka kau monyok aje ni beb?" Soal Adelia melihat temannya monyok semacam itu.

" Syaz laa...entah apahal dia tu. Tak faham betul aku."

" Laa kenapa pulak ni? Cuba cerita betul betul sikit. Baru senang nak faham."

" Lately ni Syaz, aku tengok dia macam lain sikit. Asyik nak marah marah aje. Katanya serabut la...entah serabut pasal apa tak tahulah. Aku tanya tak nak cerita pulak. Geram betul aku."

" Dia serabut dengan kerja dia kot. Dah tak payah kau nak serabutkan fikiran kau sangat. Kalau si Syaz tu dah bersedia nak share masalah dia, dia akan cerita dekat kau nanti. Jangan risau sangat."

" Yelah. Thanks beb for hearing. Jom pergi minum, kau belanja."

" Ehh apasal aku pulak ni?"

" Sebab sepanjang hari ni aku stress, so kau kena belanja aku minum."

" Yelah... setakat minum no hal lah. Dah jom!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience