Seteguh Cintamu : 9

Romance Series 7768

" Isshh mana Aira pergi ni. Call banyak kali tak dapat, asyik masuk voicemail aje." Rungut Adel sambil menekan-nekan telefonnya.

" Kenapa muka pengantin baru keruh sangat ni? Kejap lagi nak sanding, tak eloklah buat muka macam itu Adel. Akak tak pernah lagi jumpa pengantin baru sanding dengan muka berkerut macam ini, Adel nak jadi rekod terbaru ke pulak?. Hmmm kenapa ni dengan adik Akak ni?" Tegur Kak Lin, kakak iparnya itu.

" Akak ni...Adel tengah risaukan Aira ni. Sejak semalam lagi dia pelik. Adel call tak angkat, sms tak balas. Hari ini Adel sanding pun dia tak datang."

" Yelah. Semalam Akak pun pelik. Tiba-tiba keluar dari masjid. Akak ingatkan dia ada hal penting ke, apa ke."

" Tulah. Senyap macam tu aje, risaulah macam ni."

" Sudahlah tu Adel. Buat masa ini, Adel fokuskan majlis sanding Adel dulu. Kalau Aira tak ada datang jugak hari ni, Adel pergi jumpa dia nanti okay."

Adelia mengangguk bersetuju dengan Kak Lin. Majlis hari ini perlu diselesaikan terlebih dahulu. Namun jauh disudut hatinya., Adelia agak terkilan kerana satu- satu sahabat baiknya tidak datang dihari pentingnya itu.

*****

Majlis persandingan diadakan dengan penuh meriah. Keluarga En. Ridzuan dan En. Syamri bersepakat untuk mengadakan majlis tersebut serentak bagi kedua-dua belah pihak. Senang sekali penat aje katanya.

Afiq sudah menunggu pengantin perempuannya dipintu dewan. Sebaik sahaja Adelia tiba dihadapannya, mata Afiq seakan terpaku sebentar dengan kejelitaan Adelia. Sungguh tidak dia sangka, isteri yang dinikahinya itu begitu cantik dengan mata galaknya itu. Sangat menarik perhatiannya.

" Cantiknya dia...." Ujar Afiq dalam hatinya.

" Afiq...jomlah masuk. Crew dah bagi hint tu." Ujar Kak Lin itu.

Adelia hanya membisu. Kelu dari bicara saat terpandang wajah suaminya. Boleh tahan jugak muka suami dia rupanya. Muka ala ala Ungku Ismail Aziz gitu...tapi yang ini versi dimple punya.

Afiq terus menghulurkan tangannya manakala Adelia teragak-agak untuk menyambut huluran itu. Rasa yang sangat janggal. Berpegangan tangan dengan lelaki yang baru dia jumpa dan lelaki itu adalah suaminya yang sah. Malu plus segannya mak oi..

Saat pasangan pengantin melangkah masuk ke dalam dewan, nyanyian Shania Twain dimainkan. Adelia tersenyum mendengar bait-bait lirik lagu 'you still the one' itu. Lagu kegemarannya menjadi halwa telinga dihari perkahwinannya. Wahh syok kita layannn...

" Cantiknya dia senyum...bahagiakah dia dengan perkahwinan ini?" Detik hati Afiq pula apabila melihat isterinya itu tersenyum.

******

Selesai majlis persandingan itu, pihak hotel menghadiahkan satu bilik khas untuk pengantin baru bermalam sebagai tanda perhargaan kerana memilih hotel itu bagi meraikan hari bahagia.

Selesai membersihkan diri, Adelia keluar untuk solat isyak sebelum tidur kerana hari sudah lewat malam. Keluarga mereka pun sudah pulang. Kini hanya tinggal Adelia dan Afiq di ruangan itu.

Selesai solat Adelia menoleh ke arah Afiq sedang membelek handphone ditangannya.

" Kau kenal tak siapa aku Asya?" Tiba-tiba Afiq menyoal apabila melihat pandangan Adelia.

" Awak... Afiq lah. Kenapa awak tanya saya macam tu pulak?" Tanya Adelia pelik tiba-tiba Afiq menyoalnya seperti itu. Terbang ke laut rasa segannya malam itu.

" Kau memang tak tahu ke atau buat-buat tak tahu hah!"

" Tahu apa pulak ni?" Soal Adel kebingungan.

" Dahlah..aku nak keluar. Duduk lama- lama dalam bilik ni bertambah serabut kepala aku."

Dumm!

Dentuman pintu mengejutkan Adelia. Afiq keluar meninggalkan Adelia keseorangan dalam bilik itu dengan pelbagai persoalan. Kemudian handphonenya berbunyi tanda ada SMS masuk.

SAMPAI HATI KAU ADEL BUAT AKU MACAM NI. KAWAN BAIK AKU SENDIRI TIKAM AKU! KAU BUKAN LAGI KAWAN AKU ADEL! - Aira

SMS dari Aira menyentap jantung Adelia kala itu. Ya Allah...dugaan apa ini. Perkahwinan aku belum tentu bahagia, ditambah lagi dengan dugaan lain...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience