Seteguh Cintamu : 11

Romance Series 7768

" Rumah ni ada 3 bilik. Bilik hujung sana tu, aku buat stor simpan barang yang jarang guna. Yang ni bilik kau, dan depan ni bilik aku." Ujar Afiq sebaik sahaja mereka memasuki rumah mereka.

Adelia hanya melihat arah yang ditunjukkan dan menganggukkan kepalanya sahaja tanda faham tentang apa yang diberitahu. Mahu apa lagi, Afiq sendiri tidak mahu sebilik dengannya. Adelia turutkan ajelah.

" Saya masuk bilik dulu."

" Asya duduk dulu. Aku nak bincang sikit."

Baru saja ingin berlalu, Afiq memintanya duduk untuk berbincang. Bincangkan apa pulak. Banyak betul persoalan sejak dua menjak ini.

" Aku tahu banyak persoalan yang kau fikirkan sekarang. Kenapa aku buat semua ni? Kan?"

" Emm.." Jawab Adelia sambil menganggukkan kepalanya.

" Semua persoalan tu, kau akan tahu petang nanti. Aku bawak kau jumpa seseorang petang ni. Cuma sekarang ni aku nak kau tahu yang aku ada girlfriend dan aku sayangkan dia..."

Terpana Adelia mendengar kenyataan suaminya itu.

AFIQ ADA GIRLFRIEND!

Habis tu kenapa dia setuju dengan perkahwinan ni? Aku ingatkan dia memang ikhlas terima perjodohan ini. Ya Allah! Apa yang patut aku lakukan?

" Kau jangan risau Asya, aku tak akan ikat kau dengan perkahwinan ni sampai bila-bila. Kita nikah setahun je. Lepas tu aku akan lepaskan kau dengan cara baik. Kau boleh tuntut berapa pun yang kau nak. Selagi aku mampu, aku akan bagi. Aku janji."

" Kenapa awak nak buat semua ini? Kenapa awak setuju dengan perkahwinan ni kalau memang awak tak nak? And... kenapa nak tunggu setahun?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Adelia.

" Relaks Asya... Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni. Abi nak sangat kau jadi menantu dia walaupun dia tahu aku ada girlfriend sebelum ni. Abi cakap kalau kau masih tak ada teman lelaki sehingga hari kita dinikahkan, aku perlu bersetuju dengan perkahwinan ini. Jadi secara tak langsung, disebabkan kau jugaklah aku kena setuju dengan perkahwinan ini tahu tak."

" Tapi saya dah cuba usaha nak tolak racangan Abah tahu tak. Kalau Saya tahu dari awal awak sudah ada orang yang awak sayang, saya tak akan terima pernikahan ini."

" Perkara ni sudah jadi Asya. Kita pun sudah selamat dinikahkan pun. Tak guna kau dan aku nak berbalah dekat sini lagi. Jadi sekarang ni apa kata kita sepakat, setuju yang perkahwinan ni hanya sampai setahun, lepas tu kita cerai dengan cara baik. Okay?"

" Kenapa kena tunggu sampai setahun? Setahun itu tempoh yang agak lama Afiq."

" Kalau kahwin dua tiga bulan lepas tu nak cerai, kau rasa parents kita bagi ke? Sekurang-kurangnya kalau setahun, mereka percaya yang kita tak mampu nak mempertahankan perkahwinan ni lagi. Faham?"

" Logik apa yang awak cakapkan tu." Ujar Adelia sambil menganggukkan kepalanya faham dengan usulan Afiq.

Apalagi yang dia boleh buat selain dari menerima cadangan itu. Lagipun Afiq sudah ada someone's special. Takkan aku nak pisahkan mereka pula. Malah aku yang pisahkan mereka sekarang ni.

" Kau jangan risau, sepanjang kita jadi suami isteri ni, aku akan jaga kau dengan baik. Itu amanat parents kita, jadi aku perlu tunaikan. Aku harap depan mereka kita tunjukkan yang hubungan kita okay seperti pasangan lain. Kau setuju tak?"

" Saya setuju."

*****

" Awak nak bawak Saya jumpa siapa ni?" Tanya Adelia sebaik sahaja mereka keluar dari kereta.

" Jumpa girlfriend aku?"

" Siapa dia?"

" Kau akan tahulah nanti."

Sampai sahaja dipintu masuk restoran, mata Afiq melilau mencari seseorang. Setelah mengenalpasti individu yang di cari, terus dia melangkah ke arah seorang perempuan yang membelakanginya. Adelia hanya turutkan saja langkah Afiq dengan rasa gementar.

Macam familiar je perempuan ini...

" Asya, this my girlfriend." Afiq memperkenalkan sebaik saja mengadap wajah kesayangannya.

" Aira!"

" Yes. It's me Adel. Kawan yang kau ditikam tu. Puas hati kau sekarang?"

" Aira...aku tak bermaksud nak buat semua ni. Kau tahukan macam mana aku?" Laju matanya mengeluarkan airmata. Sedih bila kawan baiknya berprangsangka padanya sebegitu.

" Dahlah Adel...tak guna dah kau nak nangis depan aku bagai ni. Aku bodoh, sepatutnya aku tahu lebih awal kenapa kau susah sangat nak terima lelaki lelaki yang aku nak kenalkan untuk kau hari tu. Rupanya itu sebabnya. Tak sangka kau tergamak buat aku macam ni. And you Syaz, patutlah you nampak lain sebelum ini. Rupanya ini yang you sembunyikan dari I. I hate both of you!"

" Aira...you dah salah faham. Ini bukan apa yang I nak. I still love you." Ujar Afiq terus memeluk Aira agar Aira lebih bertenang.

" Aira...aku minta maaf, aku...."

" Kau balik dulu, biar aku jelaskan dekat Aira. Pergi Asya!"

Tidak sempat Adelia menyambungkan katanya, Afiq menghalaunya pergi agar tinggalkan Aira terlebih dahulu. Tersiat sedikit hatinya bila Afiq menyuruhnya pergi dengan begitu sahaja. Lagi perit hatinya bila dituduh seperti itu oleh satu-satunya kawan baik yang dia ada. Ya Allah, aku tidak patut ada di antara mereka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience