Seteguh Cintamu : 1

Romance Series 7768

" Babe...bila kau start lapor diri dekat syarikat guaman tu, apa dah namanya? Lupa dah aku? " Tanya Aira.

"Selasa ni aku start lapor diri kat sana. Engkau ni berapa kali tah aku nak bagitahu nama company tu tak ingat ingat jugak..cik kak oi...company tu namanya Airid & Associates. Kunci kemas kemas dalam lipatan ingatan kau tu. " Jawab Adel.

Adel pun pelik betul dengan Aira ni asyik lupa je. Jenuh dia nak cakap banyak kali adoi..

" Aku bukan apa..banyak benda dalam kepala otak aku nak ingat, nak kena buat. Jadi adalah a few things yang aku lupa.."

" Hmmm faham sangat...kawan aku ni kan usahawan butik yang berjaya. Mestilah banyak nak kena fikir..okay chill babe" ujar Adel sambil mengangguk.

Setelah tamat belajar dari Uitm masing-masing sibuk dengan kerjaya. Adel baru ingin mula kerja di syarikat guaman setelah hampir 9 bulan memohon. Kini tiba rezekinya menempuh alam pekerjaan. Aira pula sibuk menguruskan butik mamanya. Manakala Zira dan Ina pula bekerja di syarikat contraction dalam bidang sumber manusia sebaik sahaja tamat latihan industri. Cuma Adel agak baru sahaja mahu ingin menapak dalam bidang yang dipelajarinya.

" Weiii Adel...apa kena kau ni..aku punyalah panjang lebar bercerita dengan kau, kau buat donno je. Siap khayal entah ke mana fikiran kau ni.." bebel Aira apabila bicaranya tidak mendapat respon dari Adel.

" Sorry sorry beb..aku pergi Jepun kejap tadi heheh.." seloroh Adel kantoi mengelamun.

Cemburut terus muncung Aira pura-pura merajuk dengan sahabat baiknya itu.

" Dah la babe..jom balik..nanti umi aku cari pulak. Tadi aku bagitahu kejap je nak keluar. " Ujar Adel apabila teringat uminya ada mengirim supaya membeli buah anggur sebelum balik.

" Okay jom..waktu lunch dah habis ni, kejap lagi ada customer nak datang butik. "

Sebelum pulang ke rumah Adel masuk ke pasaraya giant untuk membeli buah anggur yang di kirim oleh uminya. Anggur hitam menjadi pilihannya, Adel tahu sangat uminya sangat suka dengan anggur hitam kerana itu juga adalah kesukaaannya.

****

" Adel, macam mana persiapan lapor diri esok?" Soal abahnya sambil makan buah anggur yang di beli Adel siang tadi.

" Semua beres abah. Abah dengan umi doakan Adel untuk hari esok ye"

" Kami ni selalu doakan kejayaan anak-anak umi tau. " Ujar umi pula.

" Terima kasih umi. Sayaaaang umi."

" Amboi umi je...tu lah abah suruh kerja dekat company family tak nak..nak jugak kerja tempat lain. Kalau tak tak de la nervous semacam anak abah ni"

Setelah pencen dari tentera, En Ridzuan telah membuka perniagaan sendiri iaitu peniagaan tekstile. Kini anak lelakinya Adam membantunya menguruskan perniagaan. Hanya Adam yang boleh diharapkan kerana Adelia cenderung minat ke arah guaman seperti uminya.

" Biarlah abang..sekurang-kurangnya Adel boleh sambung cita-cita saya yang tertangguh dulu." Bela umi pula.

" Yela Za..abang sokong je apa yang anak-anak kita nak buat. Abang saja je nak usik anak awak tu"

" Alah abah ni...Adel pun sayaaaang abah jugak...bukan Adel tak nak tolong abah..kan Adel nak jadi lawyer. Kalau kerja dengan abah, macam mana Adel nak jadi lawyer abah..lagipun Adel nak cari pengalaman kerja dulu..."

" Hmm ada je alasan budak bertuah ni. Ingat ya kerja dalam bidang guaman ni, Adel kena jujur dan telus. Jangan fikir nak menang kes je..jika terbukti klien Adel salah, Adel tetap tak boleh menegakkan benang yang basah. Faham?"

" Faham Leftenan Mohd Ridzuan Azmi." Ujar Adel sambil mengangkat tangan tabik hormat.

" Nakal betul anak abah seorang ni"

Apalagi abah dan umi mampu ketawa je la melayan manusia yang panjang akal dalam rumah ni. Siapa lagi kalau bukan Aisyatul Adelia...

Okay, kenapa cita-cita umi tertangguh?

Meh sini Cik Aisyatul Adelia jelaskan...
Abah dengan umi bercinta semasa mereka sama-sama belajar di universiti. Abah belajar dalam bidang ekonomi manakala umi ambik law. Mereka kahwin masa abah di tahun akhir pengajiannya. Lepas abah graduate, umi mengandungkan Abang Adam dan abah pula masuk tentera dengan pangkat Leftenan. Abah memang bercita-cita nak jadi tentera sejak dari dulu lagi tapi Aki tak izinkan. Aki nak abah belajar sampai ke menara gading. Lepas belajar engkau pilihlah nak jadi apa. Katanya Aki. Umi pula setelah habis belajar, terus kerja sekejap dekat firma guaman, kemudian umi terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga anak kerana kerja abah selalu berpindah randah . Disebabkan itu laa...cita-cita umi tertangguh. Begitulah ceritanya kisah cinta umi dan abah Adel. Hehehe...

****

Setelah selesai makan malam bersama dengan abah dan uminya, Adel bangun untuk mencuci pinggan mangkuk sebelum naik ke biliknya. Dia perlu membuat persiapan untuk lapor diri keesokkan harinya.

" Baju untuk esok dah settle, dokumen untuk lapor diri beres hmm..apa lagi ya? Tak de dah kot..baik tidur awal barulah esoknya tak bangun lambat." Ujar Adel kepada dirinya lalu melangkah ke katil untuk tidur.

" Mudah-mudahan esok urusan Aisyatul Adelia Binti Mohd Ridzuan dipermudahkan aaminn". Doanya sebelum belayar dalam mimpi indah hehehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience