Seteguh cintamu 2

Romance Series 7768

Alhamdulillah Adel bersyukur sangat dan gembira diberi rezeki bekerja dalam bidang guaman. Bidang yang di cita-citakannya sejak dari kecil lagi.

Hari ini, setelah selesai diberi briefing dari En Aidil, Adel diberi satu ruang kerja yang agak selesa. Memandangkan Adel masih lagi baru dalam bidang ini, En Aidil memberi masa untuk Adel study tentang kes-kes yang pernah diuruskan oleh syarikat guaman itu. Setelah itu barulah Adel akan diberi tanggungjawab menguruskan beberapa klien.

" Adelia, ni fail kes yang dah settle dibicarakan bulan lepas. Semua kes ini dah tutup perbicaraannya." Ujar Mastura salah seorang penguam syarikat sambil menghulurkan fail.

" Jadi Kak Mas nak Adel study sikit ya pasal kes ni sebab ini adalah antara kes yang paling sukar dibicarakan dalam court sebab klien dalam kes ni orang berpengaruh."

" Alright Kak Mas. Thanks for this cases file here..."

" No problem Adel...since you also the staff here, it's my responsibility to help you."

" Dah lama ke Kak Mas keje kat sini?" Tanya Adel.

Sengaja mahu beramah mesra dengan Kak Mas supaya Adel lebih selesa kerja di sini nanti.

" Lama tak lama pun dah hampir 5 tahun jugaklah akak dekat sini. Kerja kat sini okay laa... dapat bos-bos yang sempoi. En Aidil memang suka berkongsi ilmu-ilmu dia. Tapi..."

" Tapi apa?" Tanya Adel ingin tahu.

" Tapi kalau En Riduan tu susah sikit nak jumpa dia. En Riduan jarang sangat ada dekat office. Dia banyak kerja luar."

" Kerja luar? Suspen pulak cerita akak ni.."

" Isshh tak denya suspen. En Riduan ni asal dari keluarga yang berada. Family dia semua ada pangkat. Dengar kata dia pun baru je dapat pangkat gelaran Dato. Syarikat guaman ini hanya syarikat sampingan dia sahaja partner dengan En Aidil. En Riduan banyak terlibat dengan perniagaan keluarga. Jadinya jarang la dia datang office ni."

" Boleh pulak macam tu Kak Mas?"

" Kenapa pulak tak boleh...orang ada duit semuanya boleh. Lagipun En Riduan...eh silap Dato Riduan tu memang graduate law jugak. Dia pun ada lesen perundangan sebab sesekali ada jugak klien yang Dato Riduan handle termasuk jugak kes ini." Terang Kak Mas panjang lebar.

" Ohh macam tu. Hebat betul Dato Riduan ya. Tambah semangat Adel nak kerja dekat sini."

" Baguslah tu. Untung kita semua boleh bekerjasama dengan mereka yang hebat ini. So Adel selamat bekerja". Ujar Kak Mas lalu menuju ke tempat kerjanya.

****

" Adel, macam mana kerja hari ini?" Soal umi sambil menuang air untuk minum petang.

" So far... alhamdulillah okay sangat. First day kerja tak delah penat sangat. Wahh umi cempedak goreng laa...bestnya lama tak makan ni."

Teruja Adelia melihat makanan kegemarannya terhidang di meja laman petang itu.

" Makanlah banyak-banyak kalau dah lama tak makan. Macam budak-budak perangai macam mana nak kahwin anak umi ni..."

" Ishh umi ni ke situ pulak. Adel tak nak kahwin lagi laa.."

" Ai keja dah dapat..lepas ni kahwin la anak umi ni. Bolehlah umi dapat cucu lagi.." seloroh umi lagi.

Adelia hanya menggelengkan kepalanya. Sudah lali dengan celoteh uminya yang asyik asyik suruh Adelia kahwin. Macam mana nak kahwin umi oii... boyfriend pun tak ada. Aduhh sedihnya hidup ini.

" Kenapa muka anak awak macam tertelan biji cempedak tu? Soal abah yang baru turun dari atas.

" Alah apa lagi kalau bukan topik kahwin abang. Saya usik sikit pasal kahwin macam tu la muka dia."

" Adelia...abah nak cakap sikit ni. Adelia dah solat belum?" Soal abah tiba- tiba.

" Sudah abah. Adel solat dekat pejabat tadi sebelum balik." Jawab Adel.

Apabila abahnya menyebut nama panjang nya Adelia itu bermakna abah sedang serius.

" Abang..Saya ke dapur dulu."

" Yelah."

Puan Zaharah ingin memberi ruang kepada suami dan anaknya berbincang kerana dia tahu hanya suaminya yang boleh memujuk satu-satunya anak perempuan yang keras kepala itu.

" Adel ingat tak kawan abah Uncle Syamri? Yang mengajar dekat Universiti Malaya tu.

" Ingat ingat lupa la abah...kenapa?

" Macam ni...masa abah dengan Uncle Syamri belajar dulu, kami pernah berjanji yang kami ingin satukan anak kami bila dah anak-anak dewasa."

" Abah..."

" Dengar dulu Adelia...anak Uncle Syamri sekarang ni kerja dekat Australia. Insyallah hujung tahun ni dia akan balik sini. Abah nak sangat satukan Adel dengan anak Uncle Syamri seperti yang kami janjikan dulu."

" Abah...kenapa Adel pulak? Adel tak nak kahwin lagi la."

" Hisshh budak ni...Adel je anak abah yang belum kahwin. Abang Adam dah kahwin. Lagipun anak Uncle Syamri yang sulung lelaki dan yang kedua pulak kembar perempuan masih lagi belajar. Adel aje harapan abah."

" Adel tak nak kahwinlah abah. Adel baru je kerja. Adel nak enjoy dengan life Adel dulu. Bolehlah abah.." pujuk Adel sambil memeluk abahnya

Adelia tahu abahnya sangat lemah dengan pujukannya. Sejak kecil Adam selalu meminta Adelia untuk memujuk abahnya jika inginkan sesuatu. Terrer kan Adel? Hehehe...

" No. This is a big no sayang. Bila berjanji kita kena tepati. Jadi abah perlu tunaikan...and you are only my daughter, only my hopeful."

" Abah... it's my life abah. Do you wanna see me happy?"

" Of course abah want see you happy. Abah dah jumpa anak Uncle Syamri sebelum ini. He was a good guy. He surely can take a good care for after me. I believe it." Pujuk abahnya pula.

Adoi macam mana ni...abah tak makan pujuk la hari ni. Aku pulak yang kena pujuk dengan abah ni. Lemah, lemas dah ni, umi tolong Adel...
Ini tak boleh jadi ni, idea please...idea..hah yes! idea sudah mariii....

" Macam ni abah. Abah bagi Adel 3 bulan untuk Adel cari boyfriend dulu. Then kalau tak de jugak baru Adel setuju dengan cadangan abah tu."

" Okay boleh tapi bukan 3 bulan tapi 2 bulan je abah bagi Adel masa. Kalau dalam masa 2 bulan abah nak Adel bawa teman lelaki jumpa abah. Kalau tak ada...abah nak Adel terus tunang dengan anak Uncle Syamri. Deal?"

" Oo...okay abah de...deal. Tiga bulan pun tiga bulan laa..." Tersekat kerongkong Adel tiba- tiba.

Cari nahas betul.

Tersenyum En. Ridzuan setelah mendapatkan persetujuan anaknya itu. Dia cukup arif dengan Adelia. Dia tahu bukan mudah untuk Adelia jatuh cinta dalam masa yang singkat. Oleh itu dia setuju sahaja dengan permintaan anak perempuannya itu. Haii...tak sabar pulak nak berbesan dengan kawan baik aku tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience