Seteguh Cintamu : 14

Romance Series 7776

Ding dong! Ding ding!

" Assalamualaikum! Asya!"

.....

" Hishh mana pula Asya ni? Takkan tidur kot. Dah lewat petang ni. Kereta ada je kat bawah." Rungut Afiq sambil mengeluarkan kunci rumah.

" Asya! Kau dalam bilik ke?" Laung Afiq lalu melangkah kaki ke bilik isterinya.

" Eh tak ada pula."

Baru saja ingin ke dapur, Afiq terlihat isterinya terbaring disofa ruang tamu.

" Laa kat sini rupanya dia. Apa ke bebal kau ni Fiq, Asya dekat ruang tamu kau boleh tak nampak. Patutlah tak dengar aku panggil, tidur mati rupanya." Tersenyum sendiri Afiq dengan tingkahnya itu.

" Asya..bangun! Dah petang ni." Gerak Afiq menepuk lembut tangan isterinya.

" Emmm awak dah balik?" Tanya Adelia yang masih mamai.

" Iye. Dah lewat petang ni. Bangun."

" Saya tertidur tadi. Eh awak pukul berapa sekarang?" Sambil menarik tangan Afiq untuk melihat jam ditangan.

" Alamak 6.30 petang! Alamak saya tak solat lagi!" Laju Adelia bangun ingin melangkah ke biliknya.

" Aduhh!" Tak jadi melangkah terus terduduk, tak tahan sakit dikakinya.

" Kenapa ni Asya? Apa jadi dengan kaki kau?" Soal Afiq terkejut melihat isterinya menahan sakit itu.

" Saya jatuh tadi masa nak turun tangga lepas cuci sawang atas tu." Jawab Adelia sambil jari menunjukkan ke arah ceiling.

" Ya Allah!...kenapa tak nak dengar ni! Kan aku dah cakap yang aku akan tolong kau nanti. Kenapa degil sangat ni hah?"

" Kalau nak tunggu awak, entah bila dapat buat semua tu."

" Haaa menjawab aje. Meh sini aku tengok kaki tu." Ujar Afiq lalu menarik kaki Adelia.

" Hisskk perlahanlah sikit. Sakittt.." Matanya sudah berair.

" Iye...tahan sikit. Kaki kau terseliuh ni. Kau duduk sini aku pergi ambik first aid dulu. Dah jangan nangis. Aku mintak maaf." Ujar Afiq berlalu ke dapur. Dalam hatinya terselit rasa bersalah membiarkan isterinya membuat semua kerja seorang diri.

Selesai Afiq meletak minyak di kaki dan mengurutnya sedikit, Adelia meminta diri masuk ke biliknya untuk mandi dan solat. Terpaksalah dia qada solat yang tertunggak itu.

Selepas solat maghrib Adelia keluar dari biliknya untuk ke dapur. Perutnya terasa amat lapar kerana hanya sarapan pagi tadi sahaja yang dimakan hari ini. Tiba di dapur, Afiq sedang sibuk ' berperang' di dapur dengan bunyi ketung ketang mengacau sesuatu di dalam kuali. Terhenjut-henjut Adelia melangkah ke island table di dapur mereka.

" Awak masak apa tu? Nak saya tolong tak?" Sapa Adelia.

Pandai ke laki aku ni masak?

"Adalah...kau tunggu je dekat situ. Dah nak siap dah ni."

Masak apalah tu? Melihat dari lagak gaya dah macam pro aje.

" Alright siap pun. Here special spaghetti goreng mamak versi Afiq Syazri in the house. Ini untuk isteri aku yang rajin hari ini." Ujar Afiq sambil meletakkan pinggan spaghetti didepan Adelia.

" Amboi panjangnya nama menu awak. Hmm pandai juga awak masak eh. Jarang tau nak jumpa lelaki yang boleh masak sekarang ni."

" Hehehe well see my hands la. Dulu masa aku dekat UK, aku selalu masak. Bergilirlah dengan housemates yang lain. So setakat yang simple tu bolehlah aku masak. Dah! Jom makan."

" Sedap! Lepas ni boleh saya nak request lagi. Okay lepas ni saya nak..."

" Amboi amboi amboi banyak cantik muka.. aku tak pernah tau masak untuk perempuan even untuk my mama. Kau orang pertama yang rasa masakan aku. Lepas ni tak ada dah eh. No!"

" Alaa kedekut haji bakhil betullah awak ni."

" Aku punya pasallah. Dah makan. Lepas ni kita pergi klinik check kaki kau tu."

" Tak payahlah. Sakit sikit aje ni, esok lusa okay la ni. Tak payah pergi eh eh." Rayu Adelia sambil membuat muka ala ala comelnya. Mintak- mintak Afiq termakan rayuannya itu.

" No! Jangan nak degil. Lepas maghrib kita pergi. Faham?" Afiq pura-pura tegas. Tahu isterinya itu degil aje.

" Yelah. Faham En. Afiq Syazri..." Balas Adelia akur dengan Afiq.

Isshh asyik nak orang ikut cakap dia aje. Tak sukanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience