Seteguh Cintamu : 5

Romance Series 7768

Kini sudah lebih seminggu tempoh 2 bulan yang dipersetujui oleh Adelia dan Abahnya. Namun sampai ke sudah tak ada seorang pun jejaka yang melekat dihatinya. Jenuh Aira dan Kak Mastura mengenenkan dengan beberapa orang lelaki, semuanya tak kena dengannya. Bukan nak kata memilih tapi masalahnya ia melibatkan hati dan perasaan...susah betul nak dibawa bincang. Bukan senang hatinya nak jatuh cinta pada seseorang. Itulah masalahnya...

Jadi kesudahannya, antara rela atau tidak Adelia perlu menerima cadangan Abahnya untuk ditunangkan dengan anak Uncle Syamri.

" Cantiknya anak Umi..." Ujar Umi sambil memegang kedua-dua belah pipi anak perempuannya itu.

" Umi...Adel nervous ni, betul ke keputusan Adel ni Umi?"

" Insyallah sayang...kalau Adel rasa tak pasti lagi, apa kata sepanjang tempoh pertunangan ini Adel buat solat istikharah. Mudah-mudahan Allah bagi petunjuk dekat Adel."

" Baiklah Umi."

" Umi turun ke bawah dulu nak tengok apa lagi yang belum siap. Kejap lagi keluarga pihak lelaki dah nak sampai."

Adelia hanya menganggukkan kepalanya. Hari ini mulutnya seakan terkunci dari bicara kerana di fikirannya sekarang ini sedang berkecamuk.

" Jangan risau sangat Adel, Kak Mas akan temankan Adel sampai rombongan meminang datang."

" Terima kasih Kak Mas." Ucap Adel lantas memegang tangan Kak Mastura bagi menghilangkan sedikit rasa gugupnya itu.

" Tak ada hal lah Adel. Akak dah anggap Adel ni macam adik Akak dah. Cantik cantik macam ni kena la senyum sikit. Jangan duk berkerut sangat muka tu."

" Kak Mas ni..."

Lantas Adelia senyum dan terus memeluk Kak Mastura.

" Assalamualaikum Adel...wahh cantiknya kawan aku!." Ujar Aira yang baru sampai lantas memeluk Adelia.

" Walaikumussalam. Kau ni Aira agak-agak laa nanti rosak make up aku ni."

" Kau cantik sangat beb!"

" Terima kasih beb."

" Adel ni kan jarang make up. Jadi bila dikenakan make up macam ini, naiklah serinya. Ya dak Aira?" Ujar Kak Mas pula.

" Betul tu. Walaupun kau tak make up tebal tapi tetap nampak cantik. Kejap lagi jadi tunang orang dah kawan aku ini."

" Yeahh tunang..tapi kau tahukan tunang yang macam mana..."

" Tak apa...mungkin ini jodoh kau. Manalah tahu."

Tuk! Tuk! Tuk!

" Rombongan pihak lelaki sudah sampai. Jom Adel, kita turun bawah." Ajak Kak Lin.

"Baiklah jom Adel kita turun." Ujar Aira.

Sebaik sahaja menjejak kaki di tangga terakhir jantung Adel bagaikan marathon. Segan pun ada kerana semua tetamu memandang ke arahnya. Ini merupakan kali pertama Adelia bertemu mata dengan keluarga Uncle Syamri setelah lama tidak berjumpa. Seingat Adel, last jumpa family Uncle Syamri masa dia berumur 2 tahun macam tu lah agaknya.

Hasil daripada perbincangan pertunangan, kedua- dua belah pihak bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama 3 bulan bagi melakukan persiapan perkahwinan. Memandangkan bakal pengantin lelaki masih berada diluar negara, Auntie Salina akan melakukan segala persiapan untuk anaknya sementara menunggu kepulangannya nanti.

Setelah selesai majlis peminangan tadi, Auntie Salina merangkap bakal ibu mertua menghampiri Adelia untuk menyarungkan cincin pertunangan.

" Cantiknya bakal menantu Mama ni. Mesti Afiq suka kalau tengok tunang dia yang cantik macam ini." Sambil menatap wajah manis dihadapan mata, Pn. Salina sempat memuji kecantikan Adelia.

" Terima kasih Auntie." Balas Adelia lantas menyimpulkan senyuman.

Pn. Salina mencapai tangan kiri Adelia dan menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis bakal menantunya itu. Kemudian kedua-dua belah pipi Adelia diciumnya.

" Mama harap Adelia dapat hidup bahagia dengan anak Mama nanti."

Adelia agak terpaku dengan penerimaan bakal ibu mertuanya ini. Rasa nak nangis pun ada. Bakal ibu mertuanya itu turut membahasakan diri Mama. Itulah yang membuatkan hatinya tambah terharu. Wanita itu mahu dia hidup bahagia dengan anak lelakinya. Mampukah dia bahagia dengan lelaki itu?

Namun dalam hatinya tetap berdoa mudah-mudahan hatinya terbuka untuk terima dengan perjodohan ini dan bakal suaminya itu nanti juga menerima diri ini seperti mana Mamanya menerimaku. Amin...

Sebelum keluarga pihak lelaki pulang, bakal ibu mertua Adelia meminta izin untuk bergambar dengan Adelia untuk ditunjukkan kepada Afiq nanti. Dan Mamanya Afiq juga turut memberikan satu sampul berisi sekeping gambar Afiq kepada Adelia.

" Mama mintak maaf bagi pihak Afiq sebab tidak dapat hadir hari ni. Nanti bila Afiq balik, Mama suruh Afiq jumpa Adelia ya."

" Baiklah Auntie."

" Panggil Mama sayang... Adelia kan bakal menantu Mama, kenalah panggil Mama boleh?"

" Boleh Maa..ma." Balas Adelia sedikit kekok.

" Macam tu lah bakal menantu Mama. Kalau macam tu Mama minta diri dulu ya. Nanti kita jumpa lagi ya." Ujar Pn. Salina lantar memeluk bakal menantunya itu.

Kemudian Adelia terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita merangkap Mamanya itu.

" Kami sekeluarga mintak diri dulu ya. Assalamualaikum." Ujar Uncle Syamri merangkap bakal bapa mertua Adelia pula.

" Walaikumussalam"

*****

Bicara Fatimahazra...

Assalamualaikum semua.
Maaf sebab buat korang semua menunggu update next chapter dari Fatimah. Lately Fatimah agak sibuk sikit jadi harap korang tak bosanlah menunggu update dari Fatimah.

Dan terima kasih semua yang sudi membaca tulisan Fatimah yang tidak seberapa ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience