Seteguh Cintamu : 15

Romance Series 7768

" Mir Tuan Ariff call aku tadi cakap dia setuju dengan cadangan yang kita bentangkan hari tu. Lega aku Mir" Ujar Afiq

" Baguslah. Kalau tak jenuh pulak kita nak cari idea lain. Kau tahulah Tuan Ariff tu macam mana kan. Semua nak detail tapi aku suka bekerjasama dengan dia. Orang lama kan banyak pengalaman yang Tuan Ariff kongsikan."

" Betul. Yang tu aku setuju. Company kita ni baru je nak mula. Bila dapat peluang kerjasama macam ni memang cun sangatlah. Eh jom keluar lunch?" Ajak Afiq.

" Ai mimpi apa kau ajak aku lunch hari ni? Selalu kalau time lunch mesti kau lesap awal dah keluar dengan Aira." Perli Muzamir.

" Kau jangan nak perli aku eh. Hari ni Aira tak ada. Ikut mama dia ke oversea. Tu yang aku ajak kau ni."

" Aku tengok lately ni kau selalu keluar dengan Aira. Kalau tak keluar lunch, balik kerja mesti dating dengan dia. Adelia okay ke kau asyik keluar dengan Aira ni?"

" Kau ni Mir macam la tak tahu aku dengan Asya macam mana."

" Tahu...tapi masalahnya sekarang ni isteri kau tu Aisyatul Adelia, bukannya Aira Natasha. Hati isteri kau pun kenalah jaga juga."

" Ya aku tahulah Mir. Jangan risau. Dah jom keluar, hari ni aku belanja kau."

" Cantikkk hari ni aku nak makan nasi tomato special kedai Acik Miah tu." Ujar Muzamir mula terbayang keenakan makanan kegemarannya.

" Yelah. Naik bosan dah aku asyik dengan nasi tomato kau tu. Dah jomlah cepat nanti melepas pulak nasi tomato kau tu."

********

Seperti biasa pukul 6.30 petang Adelia sudah sampai di rumahnya. Hari ini tak perlulah dia bersusah payah nak masak kerana tadi Kak Mas mengajaknya keluar makan sebelum balik kerja tadi. Afiq pula kalau tak pukul 10 malam ke atas, tak adanya dia nak muncul. Jadi Adelia rasa tak perlulah dia memasak bagai semua. Yeayy! banyaknya masa 'me time' malam ni.

Selesai Mandi, Adelia ke dapur untuk minum air. Tekaknya terasa begitu dahaga pulak. Baru sahaja selesai minum baru Adelia perasan yang Afiq ada di rumah sedang baring di sofa ruang tamu.

" Awalnya awak balik hari ni?" Tegur Adelia. Pelik jarang sekali Afiq balik seawal ini.

Afiq menoleh sekilas ke arah Adelia.

" Saya penat la hari ni. Tu yang balik awal ni."

" Malaysia turun salji ke ni, macam tak percaya aje En. Afiq Syazri boleh balik seawal macam ni." Balas Adelia perlahan.

" Kau cakap apa tu? Aku tak dengar." Tanya Afiq melihat mulut Adelia terkumat kamit tapi tak jelas pula butir bicaranya.

" Tak ada apa-apalah."

" Emm kau masak apa? Aku lapar la, tengahari tadi makan sikit aje. Muak betul layan selera si Muzamir tu, asyik makan nasi tomato je."

" Saya tak plan nak masak pun sebab tadi saya dah makan dengan Kak Mas sebelum balik kerja. Lagipun awak selalu balik lambat jadi saya tak masaklah". Jawab Adelia bersahaja.

Tepat. Kena betul batang hidung Afiq. Namun semua itu benar belaka. Selama 2 bulan lebih tinggal bersama, jarang sekali Afiq balik ke rumah seawal itu. Kalau balik awal pun, malamnya mesti keluar balik. Teringat pula apa yang Muzamir cakap tengahari tadi.

" Kau boleh tak masak untuk aku? Aku tak larat la nak masak. Please.. please..." Rayu Afiq.

Memang dia tak penat sangat hari ni plus malas nak masak sendiri sebenarnya heheh...

" Okay, boleh tapi dengan syarat awak jangan nak komplen apa yang saya masak nanti. Janji tau".

" Okay aku janji. Aku makan aje apa yang kau masak. Aku pergi mandi dulu, lepas tu aku makan. " Ujar Afiq lalu bergegas ke biliknya.

Siap! Bihun berkuah simple special dari Adelia. Apa yang special nya?

Bihun berkuah yang ditumis dengan bawang putih, cili api dan isi ayam, last sekali ditambah dengan sedikit sayur dan sebiji telur. Siap, cepat dan simple tapi sedap kot.

" Ini aje yang saya pandai masak dan cepat sebab tadi kan awak lapar sangat. Kalau nak masak lauk lain kena tunggu di frost dulu, lambatlah awak dapat makan." Ujar Adelia sambil meletakkan semangkuk bihun di hadapan Afiq.

" Wow! Simplenya."

" Kan dah janji tadi tak boleh komplen. Saya mana pandai masak sangat. Yang simple macam ni ajelah saya pandai."

" Yelah aku tak komplen. Bismillahirahmanirahim... Kau tak nak makan sekali ke? Takkan tengok aku makan je".

" Tak naklah. Saya kenyang lagi. Awak makanlah."

" Tak de...tak de kau kena makan jugak. Mana aci aku sorang je yang makan. Meh aku suap kau."

" Eh jangan nak mengada ea. Awak makan ajelah."

" Nope. Kau kena makan jugak. Sesuap dua pun jadilah. Hah buka mulut cepat." Paksa Afiq sambil menyuakan sudu ke mulut Adelia.

" Awak ni suka betul paksa orang kan." Rungut Adelia namun tetap akur.

" Macam tu lah isteri aku. Sentiasa dengar cakap suami."

" Malam ni awak tak keluar ke?" Soal Adelia pula. Pelik tengok Afiq tak keluar malam ini.

" Tak. Aku malas nak keluar. Lagipun Aira tak ada, dia ke oversea so aku malaslah nak keluar." Jawab Afiq jujur.

Patutlah melekat kat rumah malam ni. Aira tak ada rupanya. Gumam Adelia perlahan.

Selesai Afiq makan, mereka berdua melepak di depan tv kerana malam masih awal. Bila ada Afiq dirumah, hancur 'me time' Adelia yang banyak malam ni kerana Afiq memaksanya melepak di depan tv.

" Takkan tak ada siaran yang menarik langsung. Bosan betul siaran tv sekarang ni." Ujar Afiq sambil menekan-nekan remote control.

" Kalau dah tak ada siaran yang menarik tu tutup ajelah tv tu. Pening saya tengok awak belek-belek siaran macam tu."

" Okay...kalau tak yang menarik baik pasang radio di tv. Best jugak dengar lagu dari stesen radio malam-malam macam ni. Sambil tu boleh berbual dengan kau."

Afiq lalu menekan siaran stesen radio dan mempertahankan sedikit volumenya supaya bila bercakap suara tidak tenggelam dengan bunyi dari lagu yang dipasang.

" Aku baru perasan yang kita dah kahwin hampir 3 bulan. Kejap je masa berlalu kan?"

" Iya...awak sibuk dengan urusan awak. Saya dengan hal saya. Bila masing-masing sibuk, tak sedar masa berlalu kan?" Sambung Adelia pula.

" Yup betul tu. Tapi walaupun kita tinggal satu rumah, aku tak tahu langsung pasal kau. Teruk betul aku kan?"

" Tahu pun..." Jawab Adelia perlahan tapi tidak disedari oleh Afiq.

" Apa kata kita main tanya soalan jawapan?" Cadang Afiq.

" Permainan apa tu? Macam pelik aje?"

" Ala...macam ni, kita osom aapa memang dia boleh tanya soalan dulu. Sapa kalah kena bagi satu jawapan. Deal?" Terang Afiq dengan teruja.

" Okay deal. Jom start."

Osom!

" Yeay aku menang! So my dear wife listen my question carefully okay."

" Ye. Tell me your question first, If I know I would answer."

" So...kau tak ada boyfriend tak?"

" Tak ada."

" Okay. Then your turn."

" Apa yang awak harapkan dalam hubungan ini?" Soal Adelia pula.

" Susahnya soalan kau ni. Boleh tukar soalan tak?"

" Mana boleh. Kan dah deal tadi mana boleh tukar..."

" Okay okay...aku cuba jawap eh. Emm sebenarnya aku pun tak pasti tentang hubungan ni sampai ke mana. Cuma buat masa sekarang ini aku tak nak kehilangan Aira dan aku akan cuba pujuk Abi dan Umi untuk terima Aira. Bila settle masalah Aira baru aku akan fikirkan hubungan kita ni, dan aku tak akan paksa kau. Aku akan terima apa sahaja keputusan kau lepas ni. Aku harap kau faham situasi aku ya."

Panjang ulasan yang diberikan Afiq. Benarlah, bukan senang untuk melupakan cinta yang begitu kukuh dalam hati seseorang. Adelia faham itu namun entah kenapa, jawapan jujur dari Afiq begitu mengesatkan kerongkongnya. Payah untuk ditelan walaupun itulah realiti yang harus diterimanya.

" Kau okay ke tak ni? Aku mintak maaf kalau jawapan aku buat kau terasa hati. Sorry aku tak sengaja."

" Saya okay cuma tekak ni rasa dahaga pula. Saya nak minum air jap." Ujar Adelia lantas berlalu ke dapur.

Akulah sebenarnya orang ketiga dalam hubungan Afiq dengan Aira. Maafkan aku Aira! Aku gagal jadi sahabat baik untuk kau. Aku buat kau kecewa. Aku janji lepas semua ini selesai, aku sendiri akan keluar dari hubungan cinta antara korang berdua. Aku tak layak ada dalam hubungan korang. Maafkan aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience