Seteguh Cintamu : 18

Romance Series 7776

"Asya...cepat sikit. Kita dah nak gerak ni. Nanti lewat malam pula sampai dekat rumah Wan." Jerit Afiq yang berada di muka pintu rumah sedang menanti Adelia bersiap. Bukan main lama pula bersiap isterinya itu.

"Ya saya siap dah ni. Awak ni bising sangatlah. Kelam kabut tahu tak." Jawab Adelia yang sudah keluar dari biliknya.

"Kita kena gerak sekaranglah Asya. Kalau tak nanti lewat malam baru sampai. Kampung Wan tu dekat Kelantan, jauh perjalanannya. Mahu tengah malam baru kita sampai."

"Itulah awak, semalam siapa suruh keluar dengan Muzamir sampai lewat malam. Haaa pagi ni liat sangat nak bangun. Itulah yang sampai lepas zohor baru siap- siap nak gerak tu."

"Iya..sorry la malam tadi Muzamir ajak discuss, katanya projek tu urgent. Itu yang kena juga discuss malam tadi."

"Eh awak nak buat apa ni?" Soal Adelia bila melihat Afiq semakin rapat dengannya.

" Ni seatbelt. Nak tunggu kau tarik tali seatbelt ni, sampai ke sudah kita tak gerak." Ujar Afiq yang menarik seatbelt untuk Adelia.

"Lain kali bagitahu ajelah. Tak payah tolong pasangkan." Jawab Adelia cuba menutup rasa malunya.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Nampaknya memang sampai lewat malam la gamaknya. Selepas perjalanan mereka melepasi tol gombak, Adelia mula rasa kebosanan. Sesekali Adelia mencuri pandang Afiq yang sedang memandu kereta disebelahnya.

Baru sampai tol gombak. Lama lagilah nak nampaknya. Berapa kali agaknya aku boleh 'saie' tengok muka Afiq ni nak tunggu sampai rumah Wan. Bisik hati Adelia.

"Yang kau ni kejap kejap tenung muka aku yang handsome ni kenapa?"

"Saya bukan nak sangat tengok awak tu. Dah ada saya dengan awak je dalam kereta ni, saya bosanlah."

"Kan aku pasang radio ni. Kau dengarlah lagu ke apa ke?" Lama lagi tau kita nak sampai ni."

"Lagu tengah tak best la. Saya rasa cepat boring dengar lagu zaman sekarang ni. Jarang sangat yang sedap didengar." Ujar Adelia lalu menutup radio.

" Yang tu aku setuju. Lagu sekarang kebanyakan tak menyengat, tak seperti lagu dulu dulu kan."

"Betul tu. Kalau awak, awak suka lagu apa?" Soal Adelia mula rasa berminat tentang apa yang mereka bualkan itu.

" Banyak juga yang aku suka. Contohnya sekarang ni kan tengah bulan kemerdekaan. Haaaa kalau lagu Malaysia Berjaya aku memang dah khatan habis-habisan tau. Kau dengar eh."

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya.

Baru satu perenggan Afiq nyanyi, Adelia pula sambung sampai habis. Siap dengan gaya sekali dibuatnya.

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya.

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya.

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya.

Tersenyum-senyum Afiq mendengar nyanyian dari Adelia. Comel aje tengok dengan gaya yang bukan main bersemangat itu.

" Yang awak tersenyum tu kenapa?" Soal Adelia yang baru habis nyanyi.

" Comel juga tengok kau nyanyi macam tu. Hahaha..."

Afiq sambung ketawa pula.

" Mestilah. Kalau nyanyi lagu patriotik ni kenalah dengan gaya sekali. Baru rasa 'feel' dia tu. Alaaa awak tu sebab tengah pegang streng kereta aje, kalau tak mesti dah join saya sekali kan. Hahahaha..." Gelak Adelia pula.

Kali ini Adelia pula kenakan Afiq.

" Yelah tu...kau pula suka lagu apa?" Soal Afiq.

" Saya suka lagu yang di pasang masa wedding kita hari tu. Awak ingat tak?"

" Aku tak ingat sangat lagunya. Tapi aku ingat satu rangkap ni je. You're still the one I run to...na na na na naaaa... Yang tu ke?"

" Yes that one. It's my favorite song tau tak." Ujar Adelia dengan teruja. Lalu dipasangkan lagu itu dari handphonenya.


Looks like we made it

Look how far we've come my baby

We mighta took the long way

We knew we'd get there someday


They said, "I bet they'll never make it"

But just look at us holding on

We're still together still going strong


You're still the one I run to

The one that I belong to

You're still the one I want for life

You're still the one that I love

The only one I dream of

You're still the one I kiss good night


Ain't nothin' better

We beat the odds together

I'm glad we didn't listen

Look at what we would be missin'

" Best juga lagunya. Oh patutlah aku nampak kau senyum je wedding kita hari tu, rupanya lagu favorite kau eh."

" Ya. Saya suka dengar lagu tu. Pasang ulang banyak kali pun tak apa."

Setelah penat berbual panjang, tanpa sedar Adelia mula tertidur. Tersenyum Afiq melihat isterinya yang sudah terlentok di sebelah.

Jam 10.30 malam, akhirnya mereka sampai ke teratak Wan. Mama dan Abi Afiq yang masih belum tidur menunggu mereka.

" Asya...bangun. kita dah sampai ni."

" Emmm penatnya." Ujar Adelia sambil menggeliatkan badannya.

" Amboi penat macam dia pula yang memandu. Padahal banyak tidur aje tadi." Usik Afiq.

" Penatlah. Boleh tahan jauh juga kampung Wan ni eh. Kenapa awak nak sangat balik naik kereta? Kenapa tak balik naik flight aje. Cepat sikit."

" Lain tau rasa bila kita balik kampung naik kereta ni. Penat memandu berbaloi bila sampai kampung ada keluarga tersayang tunggu kepulangan kita. 'Feel' dia tu yang mahal dari balik dengan flight ni. Dah jom keluar, mama dah tunggu tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience