Eva membuka matanya memandang disisinya suaminya tiada.Dia bangkit dan keluar dari bawah selimut secara perlahan-lahan.
Pintu bilik air dibuka tapi tiada sesiapa pun.Langkahnya diteruskan ke luar bilik mencari dimana perginya Ben.
Bilik kerja Ben terbuka lampunya, dia menguak pintu perlahan melihat suaminya sedang khusyuk menghadap komputer.
Ben yang hanya berseluar itu dipandangnya lama.
"Are you done raping my face wife?"soal Ben mendongak melihat si isteri yang berdiri didepan pintu.
Eva menghadiahkan senyuman.
"Hubby belum tidur?"soal Eva mendekati suaminya.Pinggang Eva ditarik rapat ke sisinya.
"Belum...siapkan kerja sikit..kenapa sayang tak boleh tidur sebab hubby takde dekat sebelah?"soal Ben melentokkan kepalanya pada perut Eva.
Eva menyentuh wajah Ben.
"Hubby....boleh tak Eva nak jumpa Bonda besok?"soal Eva.
"Boleh je...nak hubby hantar.."ucap Ben.
"Takpelah Eva pergi sendiri lagipun bukan jauh pun...nanti Hubby dah habis kerja hubby datanglah"ucap Eva.
"Betul ni...?"soal Ben.
Eva mengangguk perlahan.
"Okay... hubby izinkan..tapi satu sayang kena janji dengan hubby..."ucap Ben.
"Apa dia?"soal Eva.
"Sayang hubby..."ucap Ben.
Eva mencium dahi suaminya lembut.
"Jangan risau.. hubby..dalam ni...ada dua hero boleh jaga sayang hubby ni"ucap Eva.
Ben mencapai tangan Eva lalu diciumnya.
***********
Eva memeluk tubuh Bonda Zahrah erat.
"Lama tak jumpa anak Bonda makin sihat sekarang"ucap Bonda Zahrah memegang pipi Eva.
"Ehhhh .... Bonda ni..tahulah Eva tak macam dulu.. Eva sekarang dah gemuk..."ucap Eva memuncungkan bibirnya.
"Takpe... Eva tetap cantik dekat mata Bonda...kalau tak macamana... Ben tak terpikat dengan Eva..."ucap Bonda Zahrah.
"Mama mana... Ben bagitahu Mama dekat sini.."ucap Eva.
"Ada dekat dapur..jom...masuk..."ucap Bonda Zahrah.
Mereka berjalan ke arah dapur masak.Datuk Reina sibuk memasak.
"Asalamualaikum....Mama..."sapa Eva.Datuk Reina terkejut melihat menantunya.
"Walaikumusalam.... Ya Allah... Eva..."ucap Datuk Reina memeluknya.Pipinya dicium melepaskan kerinduan.
"Mama masak apa?"soal Eva.
"Tak masak apa pun...cuma tolong-tolong je..ni Ben mana?"soal Datuk Reina.
"Ben ada kerja nanti habis kerja dia datang..."ucap Eva.
"Ishh nak kena Ben ni...biar isteri sarat-sarat datang sini..."ucap Datuk Reina geram.
"Takpelah Mama...Eva okay je.."ucap Eva menyakinkan mak mentuanya.
"Jom kita sembang dekat depan...sini..panas.."ucap Bonda Zahrah.
Mereka bersembang diruang tamu.
**********
Pintu bilik dibuka perlahan, dia melihat ada satu tubuh yang sedang berbaring berseorangan dalam bilik gelap itu.
Pintu ditutup rapat dan dikunci.Kakinya melangkah mendekati katil.Jam dipergelangan tangannya dibuka dan diletakkan atas meja disisi katil.
Kancing baju dibukanya dan lengan baju dilipat kemas.Dia melabuhkan punggung disebelah sambil tangannya menyentuh lengan Eva.
Eva tersentak dan dia memandang.
"Hubby...buat orang takut je..."ucap Eva memarahi Ben yang tersengih-sengih dibelakangnya.
"Hubby saja tak nak kejut Sayang..sayang nampak penat je.."ucap Ben.
"Penatlah...hero-hero hubby ni..bukan main aktif lagi... Sayang baru je dapat rehat.. agaknya ikut perangai hubby pergi kelab dulu..."ucap Eva.
"Macamana Sayang tahu hubby pergi kelab dulu..?"soal Ben sambil tergelak.
"Sekarang pukul berapa? Hubby dah makan?"soal Eva.
"Sekarang pukul sembilan suku...dah hubby dah makan...tadi Bonda dengan Mama ada dekat bawah.."ucap Ben.
Eva menyentuh wajah Ben.
"I miss my husband so much..."ucap Eva.
Ben menyentuh lembut bibir isterinya dan tangannya mula merayap ke perut isterinya.Satu tendangan kuat dari perut Eva mengejutkan Ben.
Eva memandang suaminya.
"Nampaknya ada yang tak suka hubby rapat dengan Sayang....belum keluar lagi dah pandai curi isteri hubby..ni.."ucap Ben.
Eva gelak kecil.
"Hubby ni...dengan anak-anak pun nak gaduh..jangan hubby yang ajar diaorang yang bukan-bukan nanti.."ucap Eva.
"Ialah hubby cuma nak manja sikit Sayang pun dah kena tendang..."ucap Ben tersenyum lebar.
"Dah pergi mandi dulu..."ucap Eva.Ben bangun dari katil terus menghilang dalam bilik air.
***************
5 tahun kemudian...
Eva membelek telefon pintarnya setelah selesai membeli barang dapur.Dia menghubungi suaminya tapi tidak berangkat langsung.
Anak-anak semua dia tinggalkan dengan suaminya untuk menjaga sementara dia keluar membeli barang basah.Kadang kalau Ben tiada dia bawa sekali tapi ni kebetulan Ben cuti jadi sempatlah dia hilangkan stres dengan keluar ke pasaraya.
Nombor Ben masih didail tapi tak bersambung.
"Buat apalah diaorang ni... orang telefon pun tak angkat langsung..."ucap Eva sambil memandu terus ke rumah.
Dalam tiga puluh minit Eva sampai dirumah.Dia mengeluarkan barang dalam but kereta.Dia membuka kunci rumah.
Dan rahangnya jatuh sebaik sahaja melihat keadaan ruang tamu yang bersepah dengan mainan.
Rasanya dia keluar hanya satu jam lebih sahaja.Pergi tadi rumah bersih tapi sekarang macam baru lepas kena langgar rasanya.
Dia meletakkkan barang atas kerusi.
"Nak kena ni?"soal Eva sambil menyinsing lengan bajunya.
Dia berdiri sambil melihat suaminya dan anak kembarnya bermain ala-ala perang.
Anak kembarnya yang sulung, Eisa Badri memandangnya.
"Oh ooo...Umi is already here"ucap Eisa mengundurkan dirinya ke belakang sedikit menepuk bahu Ben yang masih tidak nampak isterinya sedang perhatikan dia seperti helang jumpa mangsanya.
Ben berpaling dan terlepas pistol Nerf ditangannya.
Ruang tamu rumah itu sunyi tanpa sebarang suara.Kini tiga pesalah sedang berada dalam kandang bicara mengadap hakim depannya.
"Can someone tell me what is going on here?"soal Eva pada ketiga-tiga mereka.
"Abi...yang mula dulu...Umi.."ucap anak kembar Eisa tadi iaitu Eidlan Basir.
Eva memandang suaminya.
"Mana ada...Eisa yang mula dulu..."ucap Ben menuduh anaknya.
"Abi!!!"
"Eisa!!!"
"Eidlan!!!"
Eva menarik nafas dalam-dalam.
"Stopp!!!!"jerit Eva.Mereka semua diam menundukkan wajahnya.
"Sekarang ni.. Umi nak semua tolong kemas barang-barang ni...lepas tu...pergi atas mandi...faham.."ucap Eva pada ketiga-tiga mereka.
"Okay cantik...Eisa dan Eidlan kemas...Abi nak luang masa dengan Umi..."ucap Ben bangun sambil tersenyum senget.
Eva menolak tubuh suaminya.
"I say all of you...kemas.."ucap Eva terus berjalan ke dapur.Dia menggelengkan kepalanya laju.Anak dua macam anak tiga.Tongkang pecah rumah tinggal tak sampai dua jam.
*************
Selesai solat isyak diimamkan oleh Ben seperti selalu.Eva bersalaman dengan suaminya.Eisa dan Eidlan bersalaman dengan Eva dan Ben.
"Umi...kami minta maaf sebab buat Umi marah siang tadi"ucap kedua-duanya.
Eva memeluk tubuh mereka berdua dan mencium pipi anak-anaknya.
"Umi marah tandanya apa?"soal Eva pada anak-anaknya.
"Sayang!!!"jerit si kecil.
"Abi...kami nak pergi main boleh.."ucap Eisa pada Ben.
"Bolehlah pergilah dekat bilik jangan gaduh"pesan Ben.
Eisa dan Eidlan berlari ke bilik mereka.
Ben mendekati Eva yang berada depannya.
"Sayang merajuk lagi ke?"soal Ben.
"Hubby tu...tak boleh dipercayai nak tinggalkan anak dengan hubby"ucap Eva.
Ben tergelak.
"Alah... sekali sekala hubby kadang sibuk takde masa dengan diaorang...jangan marah ya..."ucap Ben menyentuh hidung isterinya.
"Cakap jelah hubby memang nak lepas gian. dulu kecil-kecil tak dapat main.."ucap Eva.
Ben tersenyum nakal.
"Hubby sekarang nak lepas gian dengan Sayang je.. rasanya dah boleh bagi diaorang adik tu..."ucap Ben.
"Amboi senangnya minta ingat macam buat ice blended ke apa?"soal Eva.
"Alah umur hubby dah nak masuk 42 tahun dah tahun ni... okaylah belum 50 tahun lagi... sebab Sayang muda lagi"ucap Ben.
Eva mencubit sedikit paha suaminya.
"Aduhh....sakit..."rintih Ben.
"Tahu sakit....awak tak rasa sakit nak beranak Tau..."ucap Eva.
Ben memeluk tubuh Eva.
"Okay.... Hubby doa banyak-banyak biar kali alahan pada hubby"ucap Ben memujuk Eva.
"Tengoklah Eva fikir..."ucap Eva.
"Jangan fikir lama sangat.... hubby dah ngantuk..."ucap Ben.
Eva tergelak kecil.
Perjalanan yang sulit itu akan jadi indah sekiranya kita berjumpa dengan pasangan yang tepat.Kepada suami ku "Benjamin De Villers " terima kasih sebab jadi Penjaga Hati saya.....
............ hingga hujung nyawa...........
~TAMAT~
Perjalanan yang sulit itu akan jadi indah sekiranya kita berjumpa dengan pasangan yang tepat.Kepada suami ku "Benjamin De Villers " terima kasih sebab jadi Penjaga Hati saya..... ............ hingga hujung nyawa........... Alhamdulilah is just a simple story..... Give the final clap for this short story... Support and comments.... Love all My Supporters..... Cahaya Najihah :)
Share this novel
yesss...hbis bc. Best sgt. Tahniah Author. Truskn brkarya yg best2 lg naa.