Air mineral diminumnya membasahkan tekaknya yang kering kerana terlalu lama menunggu masa untuk menghabiskan mesyuarat.
Blazernya dibuka dan dilemparkan atas sofa.Lengan bajunya dilipat kemas sampai ke siku.
"Lain kali jangan suruh orang tua ketuai mesyuarat.Dia bercakap panjang lebar isi sikit.Naik ngantuk aku tadi"bebel Ben menarik kerusi dan duduk.
Dennis menyerahkan tablet ditangannya.Ben menyambut dan melihat.
"Ada satu lagi mesyuarat kejap lagi..kenapa banyak sangat harini.. selalu dua je..."ucap Ben merenung tajam pada Dennis.
"Minta maaf Tuan Ben...yang satu lagi tu urgent saya lupa nak bagitahu dekat Tuan...maafkan saya"ucap Dennis.
Ben mengeluh kecil.
"Ni aku nak kau buat sesuatu untuk aku"ucap Ben.
"Apa dia Tuan?"soal Dennis.
Ben tersenyum senget kerana dia ada idea gila dalam kepalanya sekarang.
"Aku nak kau cari boxer saiz L yang ada karakter kartun ke polkadot ke pastu wrapping macam bouquet hantar dekat rumah Mikha.Make it surprise jangan lupa sekali dengan note"arah Ben pada Dennis.
Dennis hanya mengangguk walaupun dia rasa macam pelik je.
"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu"ucap Dennis.
Ben mengangguk.
Tangannya membuka laci ditepinya.Dan mengeluarkan tablet yang ada didalam.Dia menghidupkan butang tablet.
Gambar dalam itu ditenung berkali-kali.Dia menyandarkan tubuhnya.Fikirannya melayang jauh.Bahunya terasa berat setiap kali menatap gambar itu.
Topi dikepalanya diturunkan sedikit.Dari jalan besar ke lorong-lorong kecil dia mengikut langkah kaki yang dia cari.
Kirinya ada beberapa orang yang tidur didepan kedai dengan beralaskan kotak sahaja.Ada yang baring terus tanpa beralaskan apa-apa.Dengan bau yang bercampur disitu.Tapi tujuannya hanya satu saja.
Dia berjalan lagi sehingga dia nampak ada seorang lelaki mencari makanan di dalam timbunan sampah.
Dia mengecilkan matanya.
Tangan lelaki tua itu gembira jumpa bungkusan yang masih ada makanan.Dia dengan rakus mengambil makanan dan mahu masukkan dalam mulutnya tapi ditepis kasar oleh satu tangan.
Dia mengejar bungkusan makanan yang melayang tadi.Dia tunduk kecewa melihat bungkusan makanan itu semuanya sudah tumpah.
Lelaki tua itu menoleh padanya.
"Kenapa kau ambil makanan aku?"soal lelaki tua itu memarahinya.
"Makanan tu dah kotor"ucap Ben.
"Itu memang makanan aku...aku lapar..."ucap lelaki itu lagi.
Ben mengalihkan pandangannya dari dilihat oleh lelaki itu.
Lelaki tua itu berlalu dari situ dengan kecewa.Ben mengejar langkah lelaki itu dan menyentuh bahu tua itu.
Lelaki itu menoleh.
Ben menarik tangan lelaki tua itu dan memberi plastik putih yang terdapat nasi berlauk dan air serta ada roti.
Lelaki tua itu tersenyum gembira.
"Terima Kasih Encik..."ucap lelaki itu terus berlalu.
Ben menyepak tin kosong yang ada depannya.Kenapa Datuk Bakrie tidak mengenalinya?.Apa yang dah berlaku pada Datuk Bakrie setelah 15 tahun lelaki itu hilang?.
Bunyi telefon pintarnya menyedarkan dirinya yang mengelamun.Dia menyimpan kembali tablet dalam laci.
Dia tersenyum sebaik melihat nama "Mikha to hell" yang tertera pada skrin.
"Hoi kau buat apa ahh?"jerit Mikha dalam talian.Ben menjarakkan telefon dari telinganya.
"Salam mana?Asal?"soal Ben walaupun dia tahu kenapa lelaki itu mengamuk.
"Dengan kau ni tak payah bagi salam.....Kau memang gila kan...dah pinjam boxer diam-diam ah ni kau pergi hantar dekat rumah aku bouquet boxer lepastu Iris dapat.Kau punya notes tu...
Nasib aku tak depan mata kau tau... kalau tak memang sampai bilik forensik kau ni..biar Eva keluarkan otak kau terus."marah Mikha.
Ben dah tergelak besar kerana surprise darinya memang menjadi.Tak sangka laju Dennis buat kerja.
"Apa note yang Dennis tulis tu?"soal Ben yang masih ada sisa ketawa dihujung.
"Thank you for your boxer...sign baby"baca Mikha.
"Hahahahahah....."gelak Ben pecah lagi.Hampir menangis dia mendengarnya.
"Nasib Iris cool tak cepat melatah... kau ni bodohlah"carut Mikha.
"Aku saja je...nak balas budi kau... pinjamkan aku boxer pagi tadi..."ucap Ben.
"Banyaklah kau...tak pasal-pasal tergendala aku punya kerja.Orang ingat aku bad mood pasal kerja rupanya sebab layan orang gila macam kau.Dah aku ada kerja daripada aku layan gila kau"ucap Mikha mematikan panggilan.
Ben tergelak kecil lagi masih ada.
*************
Bonda Zahrah sedang menyiapkan bahan untuk membuat mee goreng untuk makan petang di Laman Firdausi.
Eva yang baru balik kerja terus ke dapur.Dia melihat Bonda Zahrah yang sedang khusyuk membantu tukang masak.
"Eva....baru balik ke?"soal Bonda Zahrah pada Eva.
Eva tersenyum.
"Aahh tadi cari bonda pastu Liza cakap Bonda dekat dapur tu Eva datang sini..."ucap Eva.
Bonda Zahrah menyentuh wajah Eva.
"Eva ada masalah ke...jumpa Bonda ni"ucap Bonda Zahrah.
Eva menggelengkan kepalanya.
"Eva cuma rindukan arwah Mak Eva"ucap Eva memandang Bonda Zahrah.
Bonda Zahrah tersenyum dan menarik tangan Eva untuk duduk didapur.
"Duduk sini..tunggu Bonda goreng mee kita minum petang sama-sama"ucap Bonda Zahrah.
"Nak Eva tolong tak?"soal Eva.
"Takpe...duduk je... Bonda buatkan"ucap Bonda Zahrah kembali ke arah kuali.
Eva tersenyum manis.
"Cepat-cepat.....gol kan!!!"jerit satu suara diluar yang menarik perhatian Eva.Dia bangkit dari duduknya dan melihat ke arah luar pintu.
Dia seakan dejavu pernah nampak keadaan ini.Dia mendekati gelanggang dan melihat Ben sedang berlari sambil memegang bola masuk ke dalam jaring.
"Abang Ben tu baik orangnya....kalau dia datang sini...semua orang akan senang dengan dia...kadang dia main bola jaring dengan kitaorang... kadang main gitar...dan yang paling dia suka buat origami... especially origami burung...kadang dia duduk sorang-sorang dia boleh habiskan satu bundle kertas dengan origami burung tu.." kata-kata Liza menjengah fikirannya.
Ben tersenyum sambil memandang pada Eva yang berdiri tidak jauh darinya.Dia berlari ke arah gadis itu.
Tangannya melambai depan mata Eva.Eva baru perasan dia termenung sampai tak sedar Ben didepannya.
"Hai terpegun tengok saya main bola jaring ke...baru bola jaring belum tengok saya buat benda lain lagi"ucap Ben sambil tersengeh nakal.
Eva menjelingkan matanya.
"Awak melompat macam anak jin tu...luka awak dah baik ke?"soal Eva.
Ben menarik baju kemeja putihnya itu.
Eva mengalihkan pandangan matanya.
"Aik kenapa malu.. malam tu tak malu pulak..."usik Ben.
"Malam tu dalam gelap.."ucap Eva memeluk tubuhnya.
Ben tersenyum sinis.
"So...awak suka dalam gelap... okay...satu fakta bakal isteri saya suka dalam gelap...nice... choice..."ucap Ben.
"Eva..."panggil Bonda Zahrah.Eva berpaling melihat Bonda Zahrah mendekati mereka.
"Asalamualaikum... Bonda..."sapa Ben.
"Walaikumusalam...bila kamu sampai?"soal Bonda Zahrah.
"Lama dah... sempat main dengan diaorang...dengan jumpa Eva..."ucap Ben.
"Jom masuk dalam...kita makan Bonda dah siapkan mee goreng..."ucap Bonda Zahrah.
"Boleh jom...jom..."ucap Ben terus melangkah melepasi Bonda Zahrah dan Eva.
Eva memandang lelaki itu yang selamba masuk ke dapur.
Dia menarik tangan Bonda Zahrah masuk sekali.
*********
Ben memandang Eva disebelah.
"Ermmmm.... Bonda pasal hajat Ben tu...Mama nak datang jumpa Eva nanti tapi Ben tak pasti untuk apa?"soal Ben memandang wajah Bonda Zahrah.
Eva memandang Bonda Zahrah.
"Macam nilah bawa je Mama datang sini... Bonda yakin Mama Ben bukan manusia yang kejam..okay.."ucap Bonda Zahrah.
Ben mengangguk perlahan.
Eva masih tak faham dengan perbualan Bonda Zahrah dengan Ben.Ada perkara yang Ben tak bagitahu dia nampaknya?.
Rimut kereta ditekan dan enjin kereta Ben terus mengaum.
"Awak...ada benda yang saya tak tahu ke?"soal Eva.
Ben memandang Eva yang menanti jawapan.Rimut ditekan untuk mematikan enjin.
"Sebenarnya... Mama larang hubungan saya dengan awak...tapi...bukan sebab dia tak suka awak...cuma trauma yang pernah keluarga saya alami dulu buatkan dia takut dan kebetulan nama awak sama dengan nama perempuan yang ganggu rumah tangga Mama dan Papa"terang Ben pada Eva.
Eva diam sambil bersandar pada kereta Ben.
"Tapi jangan risau saya yakin Mama saya boleh terima awak..saya akan pastikan.."ucap Ben.
"Kalau Mama awak tak boleh terima bermaksud awak kena kahwin dengan perempuan lain?"soal Eva.
Ben menggelengkan kepalanya laju.
"Nope... there's no one who can take your place in my heart.Kalau saya tak dapat kahwin dengan awak..biar saya bujang sampai tua.."ucap Ben serius.
"Awak memang dah tua pun..."ucap Eva selamba sambil memeluk tubuh.
Ben memandang Eva dan tergelak kecil.
"Woow...dah berani kutuk saya sekarang ni...tua ni masih mampu untuk goyahkan awak"ucap Ben memandang Eva disebelahnya.
"Kejap...saya awak belum tunaikan permintaan saya lagi?"soal Eva yang teringatkan sesuatu.
"Apa....dia?"soal Ben.
"Saya nak awak bawa saya jumpa Jefri..."ucap Eva serius merenung pada Ben.
Ben tak dapat elak lagi.Dia mengeluh berat nampaknya Eva nekad nak juga jumpa bangsat tu.Dia beria mengelak tak nak Eva jumpa dengan lelaki itu lagi.Risau emosi Eva tak stabil nanti.
Ben tak dapat elak lagi.Dia mengeluh berat nampaknya Eva nekad nak juga jumpa bangsat tu.Dia beria mengelak tak nak Eva jumpa dengan lelaki itu lagi.Risau emosi Eva tak stabil nanti.
Share this novel