Eva mengeringkan rambutnya yang basah.Rasa lega dapat mandi setelah seharian di hospital.Dia merebahkan badannya atas katil miliknya.
Dia merengkuk memeluk tubuhnya.Dia teringat tentang kejadian pagi tadi.
Eva mengundurkan dirinya.
"Saya balik...dulu..."ucap Eva berpaling tapi Ben mengejar dan menghalangnya.
"Balik dengan sayalah.. alang-alang saya ada dekat sini..boleh awak teman saya breakfast sekali"ucap Ben.
"Sorry saya tak nak...saya nampak katil je sekarang ni...dan saya tak nak tumpang Tuan..."ucap Eva.
"Tapi Kenapa? Awak tak selera sebab baru lepas bedah mayat macamtu?"soal Ben bercekak pinggang memandang Eva.
"Macam saya cakap tadi saya tak nak terlalu dekat dengan Tuan.Saya harap Tuan faham...kita bukan kenal pun..nak rapat-rapat"ucap Eva terus meninggalkan Ben disitu.
Tangannya menahan Grab yang sampai.Dia terus meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur.
Keluhan keluar dari mulutnya.Dia bangkit semula dari pembaringannya.
"Dia tak cari aku...lagi kan?"soal Eva dalam hatinya.
Eva mengeluh lagi untuk kali keberapa dia tak tahu.Dia letih tapi matanya tak mampu untuk lelap.
Dia turun dari katil dan keluar duduk ditaman di Laman Firdausi.
Tempat ini sudah menjadi tempat sekiranya dia ada masalah.Di bangku ini dia meletakkkan segala beban yang kusut dalam kepalanya.
Sepanjang dia berada disini, dia tak pernah telefon keluarganya.Bagi dia mungkin tak penting kerana dia tak nak susahkan keluarganya.Cukuplah dia menjadi beban dalam keluarga itu.
Eva terpandang pada hujung kerusi terdapat origami berbentuk burung.Dia memandang sekeliling tiada sesiapa langsung.
Tangannya mencapai origami itu dan dia letakkan atas tapak tangannya.
"Kalaulah aku boleh bebas...dari semua ni...tak perlu takut dengan dunia luar...berani melangkah..."ucap Eva sambil memandang origami kertas itu.
Dia membaringkan diri atas bangku itu.Memandang langit yang cerah dan lama kelamaan dia terlelap tanpa sedar.
Burung kertas ditangannya terlepas jatuh ke tanah.
***********
Kusut kepalanya memandang dokumen yang diserahkan Dennis padanya.Dia menutup dokumen itu dan melemparkan pada atas mejanya.
Pelipisnya dipicit-picit.
"Tuan okay?"soal Dennis yang melihat majikannya itu sangat serius sejak masuk pejabat pagi tadi.
"Apa kau buat kalau perempuan reject kau punya pelawaan?"soal Ben.
"Ahhh?...kalau perempuan tu saya suka...saya keep on trying.."ucap Dennis.
Ben menggelengkan kepalanya.
"Ada apa-apa info pasal maklumat aku bagi haritu?"soal Ben.
Dennis mengeluarkan tablet dan diserahkan pada Ben.
Ben membaca setiap detail tentang Eva.
Nama: Eva Leen Binti Acma Lee
Umur: 26 tahun
Kerjaya: Doktor forensik
Ketinggian: 165 cm
Berat: 57 kg
Tarikh lahir: 5 Januari 1997
Ben memandang Dennis.
"Ini je...sejarah hidup dia?"soal Ben.
"Erm... Tuan minta biodata dia je...tak minta sejarah hidup dia.."ucap Dennis.
Ben mengerling tajam.
"Aku nak kau cari macamana dia boleh berada dekat Laman Firdausi dan jadi anak angkat kepada Bonda Zahrah...sebab aku rasa ada sesuatu tentang dia yang aku patut tahu..."ucap Ben.
"Baik Tuan...ni ada pesanan daripada Tuan Mikha.Katanya satu keluarga Tuan Mikha akan balik minggu depan.Tuan Mikha minta jemput di airport"ucap Dennis.
Ben tersenyum.
"Okay..masuk dalam schedule aku...nanti remind aku..ni kau kalau lepas nampak organ orang...kau ada selera makan tak?"soal Ben.
Dennis berkerut dahi dengan pertanyaan Tuannya itu.
"Saya tak pernah nampak organ orang Tuan... Tuan okay ke ni?"soal Dennis bagi memastikan Tuan Ben dalam keadaan baik.
"Lupakan jelah... soalan tu...boleh keluar..."arah Ben sambil menarik kerusi dan duduk.
Dia mengigit bibirnya.
"Macamana aku nak buat pura-pura jumpa kau lagi?"soal Ben memikirkan cara.Dia tersenyum senget kerana tiba-tiba dapat idea.
***********
"Eva!!!! Eva!!!!!"sayup -sayup dia mendengar ada orang memanggilnya dan tubuhnya digoncangkan.Dia membuka matanya memandang Bonda Zahrah yang melihatnya dan ada beberapa penghuni disitu yang turut memandangnya.
Eva bangkit dan memandang semuanya.
"Kenapa semua pandang Eva macamtu?"soal Eva.Bonda Zahrah memegang pipinya.
"Allahuakbar....Eva Bonda risau Tau...tengok Eva tadi?"soal Zahrah.
"Kenapa dengan Eva?"soalnya.
"Ada penghuni bagitahu Bonda Eva dekat sini.Bonda datang kejut Eva tapi Eva tak sedar"terang Zahrah pada anak angkatnya itu.
"Eva tak sedar....tapi Eva memang tak dengar Bonda panggil..mungkin Eva penat sangat kot..."ucap Eva mengurut lehernya yang rasa sengal-sengal.
"Dah pergi naik bilik...rehat dekat atas... Bonda tak nak tengok Eva tidur dekat sini lagi"ucap Zahrah tegas.
Eva mengangguk perlahan.
Dia bangkit dari duduknya.Dia pun pelik kenapa dalam bilik tadi dia tak terasa mengantuk.Bila duduk dekat sini dia rasa mengantuk sangat.Sampai tak sedar dah tidur lama.
Dia berjalan menuju ke biliknya.
Kereta McLaren milik Ben terparkir diruang pintu utama Laman Firdausi.Dan sebuah truk makanan turut berhenti .Dia meminta Dennis membawa semua barang yang dia beli ke dewan makan.
Dia memandang sekeliling mencari arah mana bilik Eva.Dia sendiri tidak pasti sebab terlalu banyak bilik.
Dia hanya berjalan perlahan sambil tangannya berada dibelakang.Kakinya terhenti sebaik sahaja dia ternampak origami berbentuk burung ditanah.
Lalu tangannya membersihkan origami itu dengan tangannya.
"Siapa yang buang benda ni?"soal Ben dalam hatinya.
********
Dia mengelap mukanya yang basah setelah mencuci mukanya.Dia pelik dengan perubahan dirinya saat ini.
Di tempat kerja dia menguap serupa anak singa.Tapi tak nak tidur, bila balik rumah.Katil yang empuk pun tak mampu tarik minat dia.Sampai bangku batu yang keras tu lebih selesa.
Ketukan pintu menghapus semua lamunannya.Dia membuka pintu dan terpandang Liza yang tersenyum menampakkan gigi yang putih.
"Liza....kenapa ni?"soal Eva.Tangan Eva ditarik keluar dari bilik.
"Ehhh...Liza nak bawa akak pergi mana?"soal Eva.
"Jomlah...kita makan sama-sama ada orang kongsi rezeki harini... Bonda minta Liza panggil akak sekali..."ucap Liza.
Dia akur sahaja.
Sampai di dewan makan dia melihat para penghuni disitu sedang menikmati makanan "Fastfood" yang terhidang.
"Jom kak..."ucap Liza menuju ke meja makan.Eva masih lagi tercegat tidak bergerak.
"Siapa yang belikan semua ni?"soal Eva dalam hatinya.Dia berpaling dan terkejut melihat Ben yang tersengih-sengih dibelakangnya.
"Hai.... hiccup.."ucap Ben menyapanya.Eva menjarakkan sedikit dirinya seperti biasa.
"Apa Tuan buat dekat sini? Apa semua ni?"soal Eva.
Ben memandang wajah-wajah penghuni disitu yang sedang menikmati makanan yang dibelinya.
"Makan...dan kongsi rezeki..."ucap Ben.
Eva mengeluh kecil.
"Awak punya ada juga..."ucap Ben sambil menunjukkan arah meja lain yang terdapat makanan atasnya.
"Takpe saya dah kenyang... Tuan bagi pada yang lain.."ucap Eva mahu berlalu tapi lengannya ditarik.Dan genggam itu terasa kuat.
Ben menggengam lengan Eva.Eva mahu melepaskan sentuhan itu.Dia tidak selesa lelaki yang dia tak kenal sentuh bahagian yang mempunyai parut silamnya.
Ben memandang tangan Eva yang terdapat parut itu.Apa yang gadis ini simpan sebenarnya?.Apa maksud parut itu?.
Ben akhirnya melepaskan sentuhan itu.Eva menarik lengan bajunya menutup parut itu.Dia malu kalau ada orang luar yang nampak parut itu.Dia rasa insecure dengan diri sendiri.
"Saya minta maaf saya cuma nak awak makan je..saya tak tahu apa awak suka..jadi saya beli je apa yang remaja zaman sekarang makan..."ucap Ben.Dia menggunakan perkataan remaja kerana perbedaan sedekad antara dirinya dan Eva.
Eva diam sahaja mula rasa bersalah dengan sikapnya.Dia pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu?.
Ben berjalan ke arah meja yang terdapat makanan tadi.Tangannya membuka plastik burger smash itu dan menyuap ke dalam mulutnya.
Walaupun sebenarnya dia tak berapa minat dengan makanan segera.Dia menundukkan wajahnya memandang makanan depannya.
Eva duduk didepan lelaki itu dan mencapai burger yang dibalut kemas itu.Ben mendongak dan melihat Eva mengunyah burger dengan mulut penuh.
Dia memandang tempat lain dan tersenyum sedikit.
*************
Lepas kejadian Ben datang ke Laman Firdausi tanpa pengetahuan dirinya itu adalah kali terakhir dia jumpa.Lepas daripada itu dia tak nampak atau bertembung dengan lelaki itu lagi.
Eva mengemas meja kerjanya yang berselerak.Rambut yang serabai diikat sanggul sahaja.Memandangkan shift kerjanya sudah habis dia boleh balik untuk berehat dirumah.
Dia melihat jam dipergelangan tangannya baru jam 9.00 malam.Dia berjalan menuju ke tempat letak kereta yang sedikit jauh hari ini sebab tempat letak kereta sentiasa penuh.Dia terasa ada orang yang mengikutnya dari belakang.Dia menoleh dan memandang sekeliling tapi tiada sesiapa pun dekat situ.
Mungkin perasaan aku je kot?.Dia terus berjalan kali ini dengan lebih laju.Dia dapat rasa adrenaline tubuhnya bergerak pantas.
Sudah lama dia tak rasa ketakutan seperti ini.Dia mengeluarkan kunci keretanya dan membuka pintu lalu cepat-cepat dia mengunci pintu kereta.
Dalam dia mahu menghidupkan enjin, dia dikejutkan dengan ketukan ditingkap bahagian penumpang.
Tuk!!! Tuk!! Tuk!!!
"Hai Sayang....lama tak jumpa awak...."ucap Jefri yang tersenyum sinis diluar keretanya.
Eva dah takut.
"Buka pintu ni sekarang.... Eva.... I datang nak jumpa you...bukak pintu sekarang!!!"jerit Jefri.
Eva memejamkan matanya dan menutup telinganya dengan tangan.
"Jangan sampai aku pecahkan cermin kereta ni... pandang aku...aku rindu kau...ni Eva!!!!"jerit lagi sekali lelaki itu.
Ya Allah kecilnya dunia kau rupanya.Kenapa lelaki ni muncul lagi dalam hidupnya?.Apa lagi dia nak? Tolong....tolong...rintihnya...
"Eva....Eva...."panggil Jefri sambil memegang kayu besbol dibelakang badannya.
Jefri muncul depan Eva.... Apa nasib Eva?.
Share this novel