Hari ni hari terakhir dia berada disini.Dia rasa cukup berat keputusan untuk dia buat demi meninggalkan kerjaya ini.Tapi dia mendapat tawaran yang lebih bersesuaian memandangkan dia sudah berkeluarga.
Barang miliknya disimpan dalam kotak supaya senang dia nak angkut kejap lagi.
Bilik ini akan jadi milik orang lain.Pintu dibuka oleh seseorang dan senyuman terbit di bibirnya.
"Dr Eva....jom kami adakan jamuan sikit untuk awak"ucap Dr Kamala.
"Okay...saya keluar kejap lagi"balas Eva.Dia membetulkan tudungnya terlebih dahulu.Dan keluar menuju ke bilik mesyuarat tempat mereka mengadakan jamuan.
Pintu dibuka dan semuanya bertepuk tangan melihat Eva yang masuk ke dalam bilik itu.
Banyak hidangan yang disediakan.
"Susah-susah je korang semua sediakan makanan untuk jamuan ni.Bukan sikit banyak ni"ucap Eva pada semua.
Wajah mereka hanya tersenyum.
"Kami tak susah pun..nak sediakan sebab ni semua suami Dr Eva sendiri yang sediakan.Kami hanya buat majlis untuk Dr Eva"ucap Dr Kamala.
Setahu dia suaminya kata semalam sibuk tak dapat nak join jamuan perpisahan dia hari terakhir kerja di sini.Tapi rupanya sempat komplot dengan yang lain nak sediakan jamuan.
"Yeke nak kena suami saya ni..."ucap Eva.
Semua tergelak.
"Jemput makan semua..."ucap Eva.
Sesi bagi hadiah dan bergambar sebagai tanda perpisahan.Eva bersalaman dan berpelukan dengan rakan sekerja wanita yang ada.
"Parti dah habis ke?"soal satu suara di pintu masuk bilik mesyuarat.
Semua berpaling memandang.Eva tersenyum melihat kehadiran suaminya yang membawa sejambak bunga ros berwarna merah mendekati Eva.
"Wooww.....untunglah Dr Eva dapat suami romantik"ucap salah seorang doktor didalam bilik itu.
Ben menyerahkan bunga pada Eva.
"Selamat bersara my brown sugar"ucap Ben.Eva bersalaman dengan suaminya.
"Kata tak boleh datang..."ucap Eva.
Ben memasukkan tangan dalam kocek seluar.Dia tersenyum pada Eva.
"Untuk sayang ada je masa... lagipun hari terakhir sayang dekat sini..jadi hubby kena adalah"ucap Ben.
"Penatlah saya merajuk dengan hubby pagi tadi"ucap Eva.
"Jemput makan Tuan Ben "ucap Dr Kamala pada suami Dr Eva.
"Ya....Kamala terima kasih.Yang lain pun jemput makan jangan segan-segan tak habis boleh bawa balik.Jangan bawa balik isteri saya je.."ucap Ben menarik Eva untuk duduk dikerusi.
Eva membelek bungs ros ditangannya.
"Cantik tak?"soal Ben merenung pada wajah isterinya.
"Cantik... apa-apa hubby beli semua cantik.terima kasih sebab datang celebrate sekali."puji Eva.
"Sama-sama....kan hubby bagitahu sayang keluarga nombor satu bagi hubby.Kerja tu sampai bila-bila pun tak habis.."ucap Ben.
Eva tersenyum manis.
Tangan Ben turun pada perut Eva yang sudah besar.
"Anak-anak daddy baik tak harini? Ada susahkan Umi tak ni?"soal Ben sambil mengusap perutnya lembut.
"Tak nakal pun Abi... baik-baik je..tapi kami tak dapat nak makan masakan Abi lagi...."ucap Eva sambil memandang Ben.
Ben menyilangkan kakinya.
"Sayang sungguh ke nak hubby masak ni? Hubby ni tahu makan je..goreng telur pun tak pernah buat...ni pulak nak kena buat char kuey tiaw sayang nak tu. buatnya hubby hidupkan dapur meletop macamana."ucap Ben mengangkat keningnya.
"Naklah Sayang ni dari awal pregnancy lagi minta dekat hubby.Hubby bagi alasan macam-macam sibuklah...nantilah...cuba tengok Kak Iris Abang Mikha turutkan permintaan dia.Sayang ni bawa dua orang dalam ni...bukan ringan..tolonglah..."ucap Eva memuncungkan bibirnya.
Ben menghela nafas.
"Okay...okay.. hubby masak nanti risau keluar semua muncung ke depan.Balik nanti kita beli barang.."ucap Ben.
Eva tersenyum lebar.
"Thank you hubby "ucap Eva.
**************
Bahan untuk buat char kuey tiaw untuk Eva sudah disediakan.Dia menyinsing lengan kemeja putihnya sampai ke siku.
"Boleh masak dah kan?"soal Ben pada isterinya yang duduk di bangku.
Eva melihat penampilan suaminya yang kurang sesuatu.
"Kejap...ada benda yang hilang...macam tak lengkap.."ucap Eva turun dari kerusi mengambil apron.
Ben ternganga.
"Oh no... sayang... hubby takkan pakai apron tu...sumpah...hilanglah macho... hubby macam ni sayang .jangan sekali jatuhkan maruah hubby...."rayu Ben supaya dia tidak memakai apron itu.
Ben menghalang tangan Eva.
"No... when I say no means no...kalau tak hubby tak nak buat char kuey tiaw sayang ni.."ucap Ben.
Eva meletakkkan semula apron.
"Sayang risau kemeja putih tu kotor nanti"ucap Eva mencari alasan.
"Hubby tukar baju kejap..."ucap Ben terus laju berlari untuk menukar bajunya.
Tak sampai 5 minit Ben kembali ke dapur.Dengan arahan dari Eva dia memasak char kuey tiaw menu makan malam mereka.
Eva menanti penuh teruja.
"Sayang nak kunyah apa-apa? Shine muscat"ucap Ben membuka peti ais dan mengeluarkan anggur shine muscat pada Eva.
Eva tersenyum sebab suaminya faham dia suka mengunyah sejak mengandung.
Bau char kuey tiaw sudah memenuhi ruang dapur.
Sepinggan Char kuey tiaw dihidangkan didepan Eva.Eva menepuk tangan pada suaminya kerana berjaya memasak harini.
Ben meniup dahulu kuey tiaw dalam sudu sebelum menyuap pada mulut Eva.
Eva mengangguk laju.
"Macamana sedap?"soal Ben.
"Sedap....pandai awak agak supaya tak kembang"puji Eva.
Ben tersenyum melihat Eva makan masakannya.
"Lepas ni boleh saya buka kedai..jual Char kuey tiaw"ucap Ben.
"Baru masak sekali nak buka kedai.Siapa pelanggan awak?"soal Eva.
"Isteri sayalah..isteri kena support suami"ucap Ben mengelap hujung mulut Eva yang comot.
Eva menolak pinggan yang masih ada char kuey tiaw lagi.
"Kenapa tak habiskan?"soal Ben.
"Kenyanglah...perut dah mengeras..."ucap Eva mengusap perut.
"Hubby juga kena habiskan...patutlah Mikha selalu bising badan naik ini puncanya"ucap Ben menarik kerusi dan menghabiskan makanan tadi.
Eva memerhati suaminya yang tengah makan.
"Kenapa pandang hubby macam tu?"soal Ben mengelap mulutnya.
"Tak ada apa...cuma tak percaya yang kita kahwin nak dekat setahun lebih.."ucap Eva.
Ben mengangkat pinggan ke sinki.
"Ingatkan apalah tadi...buat takut hubby je.. sayang nak rehat ke atau nak tunggu hubby kemas.."ucap Ben melihat isteri seakan sudah penat.
"Nak tengok Netflix... sementara hubby kemas dapur..."ucap Eva yang mahu turun dari kerusi.Ben membantu isterinya ke ruang tamu.
Rimut televisyen diberi pada Eva.
"Sayang tengoklah dulu... hubby kemas dapur.."ucap Ben mencium bibir isterinya.
Eva menyandarkan tubuhnya bagi menselesakan perutnya.
**************
Haruman kopi menusuk hidung mereka berdua.
"Betullah saya pernah cakap Laman Firdausi memang tempat paling tenang saya pernah duduk"ucap Datuk Reina.
"Alhamdulilah.... saya tak kisah kalau Reina nak duduk sini lama pun takpe..ialah bosan duduk dekat rumah.Yang dua orang tu sibuk memanjang... lagi-lagi nak tukar status dah"ucap Bonda Zahrah.
"Zahrah tak cerita dekat Eva pasal arwah anak Zahrah dulu?"soal Datuk Reina.
Bonda Zahrah menggelengkan kepalanya.
"Biarlah jadi rahsia antara saya je.. kehadiran dia pun dah cukup besar bagi saya...saya tumpang kasih dia...arwah pun mungkin senang melihat saya tidak berseorangan"ucap Bonda Zahrah.
"Betul tu...tak lama meriahlah keluarga kita..jangan Ben tu pulak jadi budak-budak pening kepala nanti nak melayan.Ben tu boleh tahan kalau dengan budak dengan dia-dia sekali boleh jadi budak"ucap Datuk Reina.
Bonda Zahrah tergelak memikirkan menantunya punya perangai.
Ben menyediakan air mineral dalam botol buat Eva.Supaya mudah tidak perlu turun naik banyak kali nak minum air.Dia ke ruang tamu melihat skrin televisyen yang menayangkan filem Black Hawk Down.
Dia tersenyum melihat Eva yang terlena.
"Siapa yang berperang siapa yang tumbang dulu ni?"soal Ben dalam hati.Dia mematikan suis televisyen.
Tanpa mengejutkan Eva, dia mencempung tubuh itu dengan berhati-hati dan naik menggunakan lif.Kalau naik tangga mahu patah tulang-tulang badannya.Walaupun hanya tiga tingkat rumah mereka.
Tubuh isterinya diletakkan atas katil.Dia mengambil stoking dalam almari dan minyak angin dalam almari.
Kaki Eva disapu minyak angin terlebih dahulu dengan penuh perhatian dan dipakaikan stoking takut masuk angin.
Selesai dia terus ke bilik air untuk membersihkan diri.
Tanggungjawab dia menjadi besar dan pengorbanan besar juga perlu kerana isterinya selepas ini memerlukan perhatian banyak.
Tanggungjawab dia menjadi besar dan pengorbanan besar juga perlu kerana isterinya selepas ini memerlukan perhatian banyak.
Share this novel