BUKK!
Jefri menahan sakit perit dibahagian mukanya akibat tumbukan kuat dari lelaki yang dia tidak kenali itu.Matanya ditutup dengan kain hitam tebal manakala tangannya diikat.
Dia tak tahu apa salahnya? Sehingga orang ini menculiknya dan mengurungnya.
"Relaks Tuan....ingat agenda Tuan yang asal"Dennis cuba untuk tenangkan Ben yang dalam keadaan marah.
"Relaks kepala otak kau....sebabkan dia orang lain tanggung peritnya.Kau minta aku relaks.Aku memang ada agenda aku sendiri tapi setan ni dah masuk dalam dunia aku.So please learn your ears and your eyes to keep watching this bastard.And make sure there's no one know about this bastard.If not I will kill you..."
Badan disandar pada kerusi.Ben memandang buku limanya yang berdarah gara-gara menumbuk muka Jefri.
Wajah Eva sangat menganggu fikirannya.Penat dengan hal pejabat tambah dengan tak cukup tidur.
"Den....aku nak kau kurung dia.... aku tak ada mood.Dan tolong cancel all appointment today.."ucap Ben berjalan keluar dari bilik bawah tanah itu.
Den mengarahkan anak buah Tuan Ben untuk mengurung lelaki itu.
**********
Ben membuka pintu bilik yang menempatkan Eva malam semalam.Masih ada haruman gadis itu dalam bilik ini.Cadar yang digunakan Eva dibiarkan sahaja.Dia tidak mahu hilang haruman itu dalam bilik ini.
Dia membaringkan diri atas katil itu sambil mengimbas kembali Eva tidur di sini semalam.
"Eva....woman is not complicated but you the most complicated woman that I want to approach..."ucap Ben menghela nafas panjang.
Eva dipanggil Liza ke bawah kerana katanya ada orang yang hantar keretanya.Dia laju turun ke bawah melihat keretanya sudah terparkir didepan matanya.
Seorang lelaki yang agak kemas pakaiannya mendekati Eva.
"Awak Dennis?"soal Eva pada lelaki itu.
Dennis sedikit terkejut kerana gadis itu tahu namanya.
"Ya.... Cik Eva... saya pembantu peribadi Tuan Ben.Saya diarahkan untuk hantar kereta ni pada Cik Eva.Ni kuncinya..."ucap Dennis menyerahkan kunci pada Eva.
"Terima kasih..."ucap Eva.
"Sama-sama kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.."ucap Dennis.
"Encik...tunggu..."ucap Eva menghalang langkah Dennis.
"Ya Cik Eva..."sambut Dennis.
"Erm....Tuan Ben....tak ada apa-apa..."ucap Eva tak jadi nak meneruskan percakapannya.
Dennis tersenyum dan terus beredar dari situ.
Eva berjalan masuk terserempak dengan Bonda Zahrah.
"Eva....kenapa tak rehat? Bukan semalam Eva shift malam....mesti penat"ucap Bonda Zahrah.
"Eva okay Bonda...ni Bonda siap-siap nak pergi mana?"soal Eva yang melihat penampilan Bonda Zahrah lain semacam.
Bonda Zahrah tersenyum.
"Bonda nak keluar...besok kan ada makan malam amal..jadi Bonda nak tengok persiapan dengan Datuk Reina..."ucap Bonda Zahrah.
"Oh...lupa pulak... takpelah Bonda jaga diri..."ucap Eva sambil bersalaman dengan Bonda Zahrah.
**********
Eva tak dapat tidur malam ni.Dia cuba untuk lelapkan mata tadi masih tak boleh tidur.Dia terdengar bunyi sesuatu dari luar balkoni biliknya.
"Apa tu?"soalnya dalam hati.Eva bangkit dari katilnya.Dia mendekati langsir balkoni yang bertutup itu.Dari pancaran lampu diluar dia nampak bayang-bayang hitam.
Bulu romanya sudah naik.Apa benda pulak yang ada dekat luar biliknya pada jam 3 pagi macam ni?.
Dia mengundurkan dirinya disebalik almari sambil mencapai pasu kayu yang berdekatan dengannya.
Bibirnya tersenyum senget sebaik pintu balkoni itu berjaya dibuka.Dia menolak perlahan supaya tidak menganggu Eva yang berada didalam.
Pasu kayu itu diletakkan rapat pada dadanya.Dia nampak dari arah lantai yang ada orang memasuki biliknya.
Ben memandang arah katil yang kosong.Dia mendekati katil itu.Eva menutup mulutnya sebaik satu susuk tubuh berdiri didepan katilnya.Lelaki itu berpakaian serba hitam.
"Mana pergi Eva?"soalnya dalam hati.Eva dengan berani keluar dari sebelah almari dan menghentak kepala lelaki itu.Lelaki itu jatuh atas katilnya sambil memegang kepalanya yang sakit.
"Siapa kau?"soal Eva.Ben bangkit dan memandang gadis itu.Dia terdiam sebaik melihat Eva yang berpakaian baju tidur kain satin berwarna merah jambu.
Eva menghalakan pasu kayu pada lelaki yang bertopeng itu.
"Jangan dekat...kalau tak saya hentak awak.."ugut Eva.
Ben memegang kepalanya yang terdapat cecair merah itu.
Eva mahu memukul sekali lagi.
"it's me...Ben..."ucap Ben membuka topeng depan matanya.Pasu kayu itu jatuh ke bawah sebaik sahaja dia tahu siapa disebalik topeng itu.
"Tuan...."ucap Eva dengan nada rendah.
Ben tersenyum senget sambil menahan kepalanya yang berdarah.
Eva mencapai kotak pertolongan cemas dalam almari biliknya.Dan dia berjalan pada lelaki itu yang sedang menahan kepalanya dengan kain.
Eva melabuhkan punggung disebelah.Tangannya pantas mengeluarkan sarung tangan dan mengambil ubat luka.
Ben memandang Eva yang serius mahu merawatnya.
"Ketepikan tangan Tuan..."arah Eva serius.
Ben mengangkat kain yang penuh darah itu.Eva melopong rupanya ada koyak pada tempat yang ditekan Ben tadi.
"Tuan tahan sikit..."ucap Eva mengambil kapas dan dia mencuci luka pada dahi Ben.Ben menutup matanya sebaik badan Eva mendekati dirinya.
Dia tak kuat.Eva terlalu seksi padanya walaupun baju tidur Eva tertutup.Eva mencuci dengan ubat luka sambil meniup perlahan supaya ubat itu kering betul-betul.
Dia mengambil kapas dan plaster lalu ditampal pada dahi Ben.
Eva selesai merawat Ben.Dia melihat Ben menutup mata rapat.
"Kenapa Tuan rasa sakit ke?"soal Eva membuka sarung tangan getah pada tangannya.Dan mengemas kotak kecemasan itu.
Ben membuka matanya perlahan.Dia memandang Eva.
Eva menuju ke arah almari bajunya dan mengambil sesuatu sebelum diserahkan pada Ben.
Ben mendongak memandang Eva.
"Apa ni?"soal Ben musykil melihat t-shirt pagoda berwarna putih itu.
"Takkan Tuan nak keluar dari sini pakai baju Tuan tu?"soal Eva menunjukkan arah bajunya yang kotor terkena titisan darah tadi.
Ben tidak mengambilnya.
"Tak perlu...awak simpan je..."ucap Ben.Eva mencampakkan baju itu atas sofa dihadapannya.
"Apa Tuan buat menyelinap masuk dalam bilik saya?"soal Eva.
Ben diam.
"I'm asking you right know... Tuan... please answer my question...?"soal Eva serius sambil memeluk tubuh.
Ben mendengus.
"I'm just want to make sure.... something..."ucap Ben berkias.
Eva mengerutkan dahi.
"Something what?"soal Eva.
Ben bangkit dan mendekati gadis itu.Eva tidak berundur sedikit pun.
"You...saya cuma nak pastikan awak selamat..walau nyamuk nak hinggap pada awak sekali pun saya sanggup bunuh..."ucap Ben menyapa pada telinga Eva.
Suasana sepi tanpa sepatah kata.Hanya terdengar bunyi penghawa dingin sahaja.
Eva gelak kecil dengan ucapan lelaki itu padanya.Dia memegang kepalanya sambil tersenyum sinis.
Kepalanya digelengkan beberapa kali.
"Dulu...ada lelaki yang cakap perkara...yang sama pada saya...dan apa yang jadi...dia bukan bunuh nyamuk tu...tapi dia nak bunuh saya..jadi saya susah nak percaya apa yang keluar dari mulut sesiapa...terutama lelaki...."ucap Eva bergetar suaranya.
Ben mengangkat tangannya menyentuh kedua-dua lengan Eva.
"I'm not that person... Eva....why don't you give me a chance... Eva....saya rela untuk gadaikan nyawa saya untuk lindung awak...saya...saya nak tengok awak hari-hari depan mata saya..."ucap Ben memandang mata redup itu.
Eva mahu menolak tangan Ben tapi Ben terus menarik Eva dalam pelukannya.
"I'm sick thinking about you..."ucap Ben.Eva menolak kuat tubuh Ben dan menampar muka lelaki itu.
Pang!
Masuk kali ni sudah kali kedua tangan Eva menampar wajah Ben.Ben terkesima dengan tindakan Eva.
Turun naik dadanya menahan marah.Ben memandang Eva.
"Thanks...sebab sedarkan Aku.Sorry sebab ni pertama kali aku hampir hanyut dengan kau..."ucap Ben terus berjalan ke arah pintu balkoni bilik Eva.
Eva terus terduduk di lantai.Dia memegang kepalanya dan meraup rambutnya yang menutup separuh wajahnya.
"Kenapa sakit..."ucap Eva sambil mengetuk dadanya.
***************
Pintu bilik kurungan itu dibuka kasar, Dennis tidak tahu apa yang merasuk Tuan Ben.Kurungan Jefri dibuka.Ben meluru dan menghayunkan kayu kriket pada kaki Jefri.
Jefri menjerit kuat.
"Sakitlah sial!!!!" ucapnya sambil mengerang.Ben membaling kayu kriket itu jauh-jauh.Dia menarik rambut Jefri.
"Aku patut bagi lebih pada kau....tapi aku...nak simpan kau lebih lama...jadi...aku minta satu je...bertahan hidup sebelum mati...."ucap Ben melepaskan sentuhan pada Jefri.
Ben mengambil putung rokok dan dihidupkan.Dia agak tertekan sejak akhir-akhir ni.Asap rokok dihembus perlahan.
"Tuan.... Datuk... telefon..."ucap Dennis menghulurkan telefon padanya.Dia mencampak putung rokok dilantai.
"Hello.... Mama..."ucap Ben.
"Hello anak bertuah...kamu pergi mana?.Dah dekat tiga hari kamu tak balik rumah..."ucap Datuk Reina.
"Orang sibuk sikit...ada urusan..ada apa?"soal Ben.
"Besok malam ada makan malam amal dengan Laman Firdausi...kamu tu datanglah sana.."ucap Datuk Reina.
Ben menggaru keningnya yang tak gatal.
"Tengoklah.... macamana...kalau tak sibuk...sampailah...itu je kan... kalau tak ada apa-apa Ben letak..."ucap Ben terus mematikan panggilan.
Datuk Reina menggelengkan kepalanya dengan perangai anaknya itu.
Eva memandang pada arah tong sampah yang terdapat kain darah Ben semalam.Kenapa hatinya sakit?.Dia memandang tangannya dan memukul tangannya yang dah dua kali tampar wajah itu.
Kenapa kau tampar dia? Aku tak nak...
Kenapa hatinya sakit?.Dia memandang tangannya dan memukul tangannya yang dah dua kali tampar wajah itu. Kenapa kau tampar dia? Aku tak nak...
Share this novel