"Hoi!!!!!!" satu suara dari arah depan.Jefri tak boleh nak berada disitu lama sebab ada orang nampak dia.
Dia terus berlari menjauh daripada kereta Eva.Lelaki tadi mendekati kereta Eva.
Kepalanya dijenguk kedalam.
"Dr Eva...."panggil seorang lelaki yang berkumis nipis dimukanya.
Eva memandang dan menarik nafas lega.
Botol mineral dihulurkan pada Eva.Tangannya menyambut tanpa berkata apa-apa.
"Awak okay?"soal Dr Qasha melihat Eva yang masih pucat.
Eva mengangguk perlahan.
"Nak buat report polis ke? Lelaki tadi macam bahaya je..."ucap Dr Qasha.
"Takpe....lagipun dia tak cederakan saya...saya tak nak panjangkan perkara ni"ucap Eva.
"Awak kenal ke lelaki tadi?. Saya tengok dia panggil nama awak tadi....macam dia kenal.."ucap Dr Qasha.
"Takpe Dr Qasha saya betul-betul okay.Terima kasih sebab tolong saya"ucap Eva.
"Sama-sama...ni awak nak balikkan...bawa kereta hati-hati.Jangan buka kalau orang tu membahayakan awak"pesan Dr Qasha.
"Baik.. Dr Qasha masuklah dalam saya boleh balik sendiri"ucap Eva.
"Saya kena pastikan awak balik dengan selamat..."ucap Dr Qasha.
Eva akur dia terus masuk dalam kereta dan menunggu sehingga Eva betul-betul selamat baru dia masuk ke hospital.
Dia masuk kembali ke dalam hospital.Telefon pintar ditangannya mendail nombor seseorang.
"Hello.....dia dah balik..."ucap Dr Qasha pada pemanggil dalam talian.
**************
Eva bangun lambat harini kerana semalam dia tak dapat nak lelapkan mata.Dia memandang bekas ubat tidur yang berada ditepi katilnya.Di capai dan ditutup rapat dan diletakkan dibawah katilnya.
Dia tak nak kalau Bonda Zahrah tahu yang dia mengambil ubat itu.Pasti Bonda sedih nanti.Dia membersihkan dirinya dahulu.
Dari jendela dia melihat penghuni disitu sedang bermain dibawah.Ketawa dan senyuman mereka sangat tenang.Seronoknya kalau dia boleh jadi seperti mereka.
Dia menutup kembali langsir biliknya.Dan menuju ke almari buku.Matanya ligat memerhati buku didepannya.Tangannya mengambil buku yang dihujung dan dibawa keluar dari bilik.
Seperti biasa tempat dia menghabiskan masa dan sisa hidupnya.Di bangku ini dia meluahkan segala masalah dan beban dalam dirinya.
Masalah semalam masih tersimpan rapi dalam kepalanya.Dia tidak mahu memberitahu Bonda Zahrah.Kerana dia tidak mahu mengganggu kesibukan Bonda Zahrah buat masa ini.
Dia kembali kepada pembacaannya.Dengan pen yang terselit ditelinganya serta rambut yang sedikit kusut itu dibiarkan sahaja.Lagipun tiada siapa yang nak datang dekat Laman Firdausi waktu-waktu cuti ni.
Dia menyelak lengan bajunya dan pelik melihat terdapat plaster berwarna putih.Setahu dia semalam takde.Macam mana plaster ni boleh ada?.
Dia teringat yang semalam tangannya ada terluka sikit semasa dalam bilik bedah siasat.Tapi dia tak merawat pun luka ni atau Bonda yang letak plaster ni?.
Dia malas fikir nanti dia sendiri akan serabut.Dia menutup buku yang dibacanya.Dan memeluk tubuh.Telinganya menangkap bunyi sesuatu yang meriah dibelakangnya.
Dia berpaling dan terkejut melihat Ben yang sedang berada digelanggang bermain bola jaring dengan penghuni perempuan disitu.
"Bila masa dia datang?"soalnya dalam hati.
Eva bangkit dan memandang sekilas pada arah gelanggang.Ben memasukkan bola ke dalam jaring.
Sorakan kuat penghuni disitu.Eva mencebikkan bibirnya.Dia terus berjalan menonong.Ben mengejar langkah Eva.
"Hai... sombongnya"ucap Ben.Eva berhenti dan memandang lelaki itu.
"Tuan buat apa dekat sini?"soal Eva.Ben memeluk tubuh memandang gadis itu yang berpenampilan sedikit kusut.Lebam dibawa mata itu sangat menyakitkan hatinya.
"Saya datang melawat..."ucap Ben.Eva mengigit bibirnya.
"Tuan...tak semua orang luar boleh datang sini sesuka hati dia.Dan Tuan ni orang luar jadi mesti ada sebab lain kenapa Tuan datang sini?"soal Eva yang musykil.
Ben tersenyum senget.
"Saya datang sebab awak..."ucap Ben.
Eva memandang lelaki itu dalam-dalam.Melihat gadis itu diam seribu bahasa.
Ben tergelak besar melihat reaksi wajah Eva yang tajam itu.
Eva tersedar sebaik sahaja terdengar gelak Ben.
"Sorry.....saya rasa kelakar tengok muka awak macam tu ..saya gurau jelah...takkanlah saya datang jumpa awak... lagipun awak ni bukan type yang saya suka pun.Orang macam saya ni mesti suka perempuan yang sama macam saya"ucap Ben seakan menutup malunya.
Eva tersenyum sinis.
"It's okay that you're choice..Mr Ben.Thanks for giving the best opinion to me"ucap Eva seakan memerli lelaki itu.
Eva berlalu.Ben menampar mukanya kerana salah cakap.
Dia mengejar langkah Eva yang menuju ke arah dewan makan.
"Eva wait..."ucap Ben menghalang langkah Eva.
Eva mencerlung tajam pada lelaki itu.
"Okay saya salah... I'm so sorry..."ucap Ben memandang wajah gadis itu.
Eva diam sahaja.
"Please say something Eva..."ucap Ben mendekati gadis itu.
Eva terus diam seribu bahasa.
"Eva...."panggil Ben dengan lembut.
"Ben!!"panggil Bonda Zahrah yang berada di pintu masuk dewan makan.
Bonda Zahrah mendekati mereka.
"Lama dah sampai?"soal Bonda Zahrah.
Ben memandang wajah gadis disebelahnya.
"Lama sempatlah main dua round bola jaring tadi... Mama bagitahu Bonda perlukan bantuan dari Ben.Bantuan apa tu?"soal Ben.
"Bantuan untuk tolong Eva..."ucap Bonda Zahrah.
Eva mengangkat mukanya.
"Eva tak perlukan bantuan sesiapa pun...terutama dia ni.."ucap Eva menjelingkan matanya.
"Kalau pasal Eva okay je.."ucap Ben sambil tersengeh-sengeh.
Eva malas layan dia terus berlalu.Tinggal Ben dan Bonda Zahrah sahaja.
"Makin hari makin risau Bonda dengan Eva... walaupun dia bukan anak Bonda tapi Bonda tak nak tengok dia macam tu... Ben pun tahukan Bonda hilang anak macamana?"soal Bonda Zahrah.
Ben mengangguk perlahan.Dia tahu bagaimana tabahnya Bonda Zahrah kehilangan anak perempuannya dahulu.Hampir gila juga Bonda Zahrah kalau tak dibantu oleh Mamanya.
Ben memandang Eva yang duduk dibangku gazebo sambil menelaah buku yang gadis itu pegang tadi.
"Tak ada siapa boleh menyakitimu tanpa izin dariku"ucap Ben duduk disebelah Eva.
Eva memandang lelaki itu.
"Apa awak buat dekat sini...pergi baliklah..."ucap Eva.
Ben tak peduli dia duduk juga.
"You need help Eva..."ucap Ben perlahan.Eva memandang Ben.
"Saya tak perlukan bantuan sesiapa...saya selesa dengan hidup saya..."ucap Eva.
"Tipu... orang lain awak boleh tipu tapi saya jangan harap..."keras ucapan Ben.
Eva mengelak dari terus bertembung mata dengan Ben.Dia rasa renungan itu menakutkan.
"Awak tak tahu apa yang saya lalui...hidup kita berbeza dan dunia kita lain"ucap Eva sambil menunduk.
Ben mendekatkan dirinya.Haruman minyak wangi lelaki itu menusuk rongga hidungnya.Eva mula rasa tidak selesa.Dia takut kalau lelaki itu bertindak luar jangkaannyan seperti Jefri.
Dia memejamkan matanya rapat.Kedua-dua tangannya digenggam.
"Terkadang, kepedihan harus dilalui sebelum tercapainya kebahagiaan. Tersenyumlah ketika bersedih, karena akan ada kebahagiaan setelah itu"ucap Ben sambil menarik Eva dalam pelukannya.
Eva tersepit tapi dia rasa selesa dalam pelukan itu.Pelukan yang sangat hangat dan menenangkan hatinya.
Tidak semena-mena air matanya mengalir.Esakan Eva makin kuat dan Ben menutup wajah Eva dengan tangannya.
Ben membiarkan sahaja bajunya basah dengan air mata gadis itu.
***********
Eva berjalan setelah memakirkan keretanya.
"Dr Eva..."panggil Dr Qasha dari belakang.Lelaki itu berlari ke arahnya.
"Dr shift pagi ke?"soal Eva.
Dr Qasha mengangguk.
"Aah kebetulan harini Kamala tak ada dia off.Jadi saya ganti tempat dia...kira harini kita kerap jumpalah"ucap Dr Qasha.
"Ahhh saya tak tahu pulak sebab Kamala tak bagitahu saya pun..."ucap Eva.
"Awak dah sarapan?"soal Dr Qasha.
"Dah dengan Bonda"ucap Eva.
"How about coffee..kopi mesin depan tu?"soal Dr Qasha menunjukkan mesin"gedegang" tidak jauh dari mereka.
"Boleh...."ucap Eva.Mereka berjalan beriringan tanpa sedar ada mata yang memerhati mereka.
Pandangan dibalik kaca mata hitam itu mengekori langkah kedua-dua mereka.Ada sedikit rasa cemburu dalam hatinya.
Telefon pintarnya berbunyi, tertera nama Dennis.Dia menjawab panggilan itu sambil melihat Eva yang duduk bersembang lelaki disebelahnya itu.Mungkin doktor forensik juga sama seperti Eva.
"Dr Eva Leen pernah buat report atas seorang lelaki bernama Jefri satu tahun lepas dan lelaki itu pernah dipenjara atas kesalahan memukul dan mendera.Dan Jefri tu kekasih Dr Eva Leen..."ucap Dennis.
"Apa!!!"soal Ben kuat setelah mendengar Dennis berkata padanya.
Dia memandang Eva yang duduk sambil tangannya sentiasa dipegang.
"Kenapa aku boleh terlepas perkara ni?"soalnya dalam hati.
"Kau cari maklumat pasal barua tu..."arah Ben.Dadanya turun naik sekarang.Stereng kereta digenggam geram.
"Sebab ni ke kau... terlalu berhati-hati Eva.Ni ke penyebab kau takut sangat..I will kill that bitch."ucap Ben dengan serius.
Ben dah tahu punca...kenapa Eva mengelak rapat dengannya...?
Share this novel