BAB 10

Short Story Completed 29431

Balutan kain putih dibuka dan dia memejamkan matanya rapat.Menarik nafas dalam-dalam melihat rangka kecil itu.Hatinya luluh tergamaknya manusia memperlakukan kejam pada insan kecil ini.

Dr Kamala mendekati Eva.

"Janin dijumpai hampir reput dalam sebuah rumah.Suspek ibu kandung kepada janin ni sendiri"ucap Dr Kamala.

Eva memejamkan matanya.

"Sediakan alatan...kita buat ujian forensik untuk tahu apa yang jadi pada janin ni.Dan dapatkan sample DNA untuk pastikan janin dengan suspek ada kaitan"arah Eva.

Dr Kamala mengangguk perlahan.

Selesai tugasnya Eva mengurut lehernya yang lenguh.

"Hai Eva..."tegur Dr Qasha yang melihat Eva keluar dari bilik forensik.

"Hai Dr Qasha...lama tak nak...pergi mana?"soal Eva.

"Ada orang perlukan khidmat I.Kenapa awak rindu saya ke?"soal Dr Qasha.

Eva tersenyum.

"Takdelah...cuma peliklah selalu you ada je dekat sekitar sini.."ucap Eva.

"Eh...you baru habis dekat dalam ke? Dah makan?"soal Dr Qasha.

"Belum baru nak pergi makan...dari pagi tadi pack full"ucap Eva.

"Kalau macam tu saya teman Eva pergi makan.. lagipun saya kejap lagi ada seminar dalam dua jam lagi.."ajak Dr Qasha.

Eva mengangguk perlahan.

Mereka makan di Cafe hospital sahaja malas nak hadap sesak dekat depan hospital.

Menu yang dipesan sampai dimeja.Eva memilih bihun sup utara sebagai makan tengaharinya.

"Jemput makan Dr Qasha"ucap Eva.

Dr Qasha memandang Eva yang sedang menikmati makanan.

Eva rasa seperti diperhati oleh Dr Qasha.

"Kenapa Dr tak makan...nanti makanannya sejuk?"soal Eva.

Dr Qasha tersenyum.

"Saya suka tengok awak makan..berselera sangat.."ucap Dr Qasha.

Eva mengelap mulutnya dengan tisu.

"Awak kira baru dekat sini...tapi dah boleh biasakan diri dengan suasana dekat sini?"soal Dr Qasha.

"Alhamdulilah...semua orang baik dekat sini...termasuk Dr jugak"ucap Eva memuji.

Dr Qasha mengangguk.

"Dr Eva mesti ada boyfriend?"soal Dr Qasha.

"Takdelah...saya tak nak fikir pasal perkara tu buat sementara waktu..saya selesa macam ni.. sekarang.... mungkin..."sambung Eva dalam hatinya bila dia teringatkan tentang Ben.

Masuk harini dah seminggu dia tak dengar khabar tentang lelaki itu.Laman Firdausi pun hanya Datuk Reina yang datang sesekali.

************


Ben menutup matanya sesekali kerana dia kesian melihat perkara depan matanya.Tapi tangannya masih setia mendukung Inaz yang mahu dicucuk.

Jarum tajam itu mencucuk di kaki Inaz.Inaz yang pada mulanya tenang mula menangis kuat kerana sakit.

"Inaz...sikit...je... Ayah ada..."ucap Ben memujuk anak angkatnya itu.

Dr Hariz tersenyum melihat adegan itu.

"Selalu Mummy dia ikut...ni hari saya kena bawa dia sebab Mummy dia demam.Daddy dia pulak dekat Johor"ucap Ben memujuk Inaz.

"Ohh... patutlah saya konfius setahu saya Daddy Inaz lain.Harini datang lain pulak nasib Puan Iris bagitahu saya tadi.."ucap Dr Hariz.

Ben tersenyum.

"Saya tolong mana yang mampu.Lagipun Inaz macam anak saya.Saya ambil cuti sebab nak jaga dia harini.Biarkan Mummy dia rehatkan diri"cerita Ben dengan teruja.

"Baguslah tu...jadi saya ada bagi ubat dekat kaunter.Jadi minta pantau risau demam ke nanti"ucap Dr Hariz.
Ben mengangguk perlahan.

"Terima kasih Dr Hariz kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu"ucap Ben membawa Inaz keluar dari bilik rawatan.

Ben meletakkkan Inaz dalam car seat.Dia memberi botol susu pada si kecil.

Enjin kereta dihidupkan dan penghawa dingin dipasang.

"Kita balik rumah Tok Ma dulu.Biar Mummy rehat.Kita main dekat rumah Tok Ma.Tok Ma rindukan Inaz tu.."ucap Ben menarik tali pinggang keselamatan.

Dia mengundurkan kereta dan keluar dari kawasan klinik.

Datuk Reina sedang duduk sambil membelek telefonnya terdengar bunyi kereta masuk dalam rumahnya.

Dia memalingkan wajahnya.

Dia tersenyum melihat Ben mendukung Inaz ke arahnya.

"Cucu Tok Ma..."sapa Datuk Reina sambil menyambut Inaz pada dukungan Ben.

Inaz diciumnya lama melepaskan kerinduan.

"Ni menangis kenapa... Ben kacau dia ke?"soal Datuk Reina.

Ben bercekak pinggang.

"Ishhh... takdelah Mama ni.Inaz baru lepas kena injection tu ada air mata"ucap Ben mengelap air mata di wajah Inaz.

"Kesian cucu Tok Ma kena cucuk ya ..ni Iris tahu ke kamu bawa dia kesini? Mikha dah tahu...nanti ngamuk kawan kamu tu..."ucap Datuk Reina.

Ben menarik kerusi dan duduk.

"Tahu...Ben bagitahu Mikha yang Inaz duduk rumah kita.Lagipun Iris tak sihat mabuk dia tak boleh dekat dengan Inaz.Jadi Ben bawa datang sini memandangkan Mama tak buat apa.boleh tolong Ben jaga Inaz.."ucap Ben mengenyitkan mata.

Datuk Reina menggelengkan kepalanya.

"Ni Bonda Zahrah dan Eva nak datang...kamu tu jangan pergi mana-mana..."ucap Datuk Reina.

"Datang....biarlah dia datang apa kena mengena dengan Ben...lagipun Mama ni macam esok tak jumpa dengan Bonda Zahrah tu..sampai datang rumah bagai.."ucap Ben sedikit kasar bahasanya.

"Kamu ni kan...tetamu nak datang rumah tak kira masa.Dan tetamu yang datang bawa rezeki pada kita...lagipun tetamu Mama ni rumah Mama jadi suka hati Mamalah"ucap Datuk Reina.

Ben tahu dia akan kalah kalau bergaduh mulut dengan Datuk Reina.

"Okay fine...Ben nak bawa masuk Inaz.Dia ngantuk tu kesan ubat tadi..."ucap Ben mengambil Inaz pada pegangan Datuk Lengan Ben disentuh lembut.

"Ben...cuba slow talk dengan dia .. Ben terlalu keras...can you be more patient...?"soal Datuk Reina.

Ben terus berjalan masuk ke dalam tidak peduli dengan ayat terakhir Datuk Reina.

************

Ben tersedar dari lenanya.Dia memandang sebelahnya kosong.Inaz tiada disisinya.Ni mesti Mama dah ambil Inaz.

Dia pantang kalau cuti memang bantai tidur tak ingat dunia.

Dia bangkit dan menuju ke bilik air untuk mandi dahulu.

Rancak berbual di ruang tamu rumah agam Datuk Reina.

"Pandai dia bawa diri... selalu ke dia datang sini?"soal Bonda Zahrah.

"Tak selalu pun...kebetulan...Ben ambil dia bawa pergi klinik pagi tadi.Sebab Mummy dia mabuk teruk"ucap Datuk Reina.

Eva memandang kanak-kanak berusia dua tahun itu.Sangat comel bermain sendiri.

"Yeke...mana daddy dia?"soal Bonda Zahrah.

"Kawan Ben dia ada kerja dekat Johor.Dia minta Ben tengokkan anak dengan isteri dia.Jadi Ben ikut jelah"ucap Datuk Reina.

Inaz bangun dan menuju ke arah Eva menyerahkan anak patung padanya.

Eva mengambilnya.

"Ben tu.. memang sayang sangat dia dekat Inaz ni...kira dari dia kecil... Ben suka habiskan masa..tapi bila saya tanya bila nak kahwin. dapatkan anak sendiri...jawapan dia...sama je...saya pulak rasa segan kawan-kawan saya semua dah bercucu...asyik tanya bila Ben nak kahwin?"ucap Datuk Reina.

Ben turun dari tangga mencari Inaz.Dia berhenti sebaik melihat Eva yang duduk di ruang tamu bersama dengan Bonda Zahrah dan Mama.

Dia melangkah ke ruang tamu.

"Ben ada... Bonda ingat tak ada?"soal Bonda Zahrah.Eva mendongak memandang lelaki itu yang berpakaian biasa sahaja.

"Ada Zahrah....dia kata nak jaga Inaz last-last dia yang tidur lagi lama dari Inaz"ucap Datuk Reina.

Inaz yang nampak Ben terus meninggalkan mainannya pada Eva.Dia berjalan ke arah Ben suruh didukung.

Ben mengangkat Inaz dan didukungnya.

"Inaz...demam tak?"soal Ben sambil memegang kepala si kecil.Dia risau kalau ada kesan dari suntikan tadi.

Eva memandang lelaki itu yang tidak menegurnya seperti biasa.

"Mak Nah ada masak untuk Inaz dah disejukkan atas meja.Ben tolong bagi dia makan.."ucap Datuk Reina.

Ben mengangguk perlahan.Dia berjalan ke arah meja makan sambil mendukung Inaz.

"Eva...kalau nak main dengan Inaz pergilah... jangan malu-malu..."ucap Datuk Reina pada Eva.

Eva tersenyum manis.

**********

Ben menyuapkan nasi pada Inaz.Eva yang datang ke arah meja makan menarik kerusi lalu dia duduk di sebelah lelaki itu.

Ben masih beriak biasa sahaja.Dia menguis nasi dalam mangkuk itu.

"Comel dia..."ucap Eva mahu membuka perbualan.

"Comel...sebab mak ayah dia comel..."ucap Ben.Apa kena mengena pulak? Iris memang comel takkan Mikha pun comel...

"Apa nama penuh dia?"soal Eva.

"Inaz Madiha Binti Mikhail Alfred"ucap Ben.

Eva kerut dahi.

"Daddy dia mualaf ke?"soal Eva.

Ben memandang Eva disebelah dengan kerutan dahi.

"Nope... Alfred it just nama keluarga Daddy.It same like me..."ucap Ben.

"Like you..."ucap Eva.

"Yes my name Benjamin De Villers okay.. don't asking me why my name like that.Itu semua kerja moyang saya.Saya pun tak faham nama panjang"ucap Ben.

Eva tersenyum manis melihat respon lelaki itu lebih baik.

"Pandai Tuan jaga dia...untung siapa yang kahwin dengan Tuan nanti..."puji Eva untuk menarik perhatian Ben.

Ben memandang Inaz dan tersenyum sedikit.

"Kalau nak tahu untung atau tidak....kahwin dengan saya saat tu awak akan tahu bertapa bertuahnya jadi isteri saya"ucap Mikha pada Eva.

Matanya memandang gadis itu.

Eva memandang Ben.Mereka saling membalas pandangan mata.Kali ini Eva tidak mengelak pandangan mata itu.

Lelaki itu nampak serius menyatakan hasrat.Kahwin? Ben ajak dia kahwin? Mampukah dia nak terima lelaki itu?.

Eva memandang Ben.Mereka saling membalas pandangan mata.Kali ini Eva tidak mengelak pandangan mata itu. Lelaki itu nampak serius menyatakan hasrat.Kahwin? Ben ajak dia kahwin? Mampukah dia nak terima lelaki itu?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience