Bonda Zahrah memeluk tubuh Eva seeratnya.Hatinya luluh melihat Eva yang bertampal didahi.
"Ya Allah kenapa anak bonda ni.....siapa yang kejam sangat buat anak bonda macam ni...Ben!!!"jerit Bonda Zahrah.
Terenjut bahu Ben mendengar jeritan Bonda Zahrah.
"Bukan salah dia Bonda....ada benda yang jadi dekat Johor dua hari lepas.."ucap Eva mempertahankan Ben dibelakangnya.
Bonda Zahrah memandang Ben.
"Betul Bonda ada perkara buruk jadi pada Eva"ucap Ben.
Mereka duduk diruang tamu rumah Bonda Zahrah.
"Cuba cerita dengan Bonda apa yang jadi?"soal Bonda Zahrah.
"Eva balik sana nak bagitahu dengan Mak tiri Eva yang Eva dah putuskan hubungan dengan Jefri.Dan Eva tak nak ada kaitan lagi dengan dia"ucap Eva.
"Bagitahu perkara tu boleh jadi macam ni...Ben.."panggil Bonda Zahrah.
"Mak tiri Eva kurung Eva sebab dia dah janji dengan Jefri sekiranya Eva balik pastikan Eva tak boleh ke mana-mana.Dia buat semua tu sebab duit..dia kurung dalam pondok belakang rumah.."ucap Ben.
"Astagfirullah....apa jenis manusia diaorang ni...tak cukup ke apa yang Eva lalui selama ni...habis macamana Ben tahu Eva ada dekat situ?"soal Bonda Zahrah pada Ben.
Ben mati kutu.Nanti aku cakap aku letak GPS dekat kereta lain pulak..cerita.Nanti kalau dia cakap yang ada anak-anak buahnya ikut Eva dua puluh empat jam.
"Eva yang bagitahu lokasi pada Ben sebelum benda tu jadi.."ucap Eva.
Ben memandang Eva disebelahnya.Bonda Zahrah mengeluh berat.
"Eva... Bonda minta tolong dengan Eva...lepas ni tolong jangan...pergi sana... Bonda tak sanggup tengok Eva macam ni...sedih Bonda Tau... Bonda boleh jaga Eva sampai bila-bila"ucap Bonda Zahrah memegang tangan Eva.
Eva menundukkan wajahnya
"Terima Kasih Bonda.... sebab ada dengan Eva...sentiasa ada untuk Eva...."ucap Eva memeluk tubuh Bonda Zahrah.
Ben memandang dua insan itu berpelukan.
"Bonda alang-alang Ben dah datang sini jumpa Bonda.Ben ada perkara nak cakap tentang Eva dan Ben"ucap Ben.
Bonda Zahrah menanti.
"Ben buat keputusan nak kahwin dengan Eva"ucap Ben.
Bonda Zahrah memandang Eva.
"Tapi bila masa kamu berdua...kenal satu sama lain...Eva pun jarang keluar dengan kamu..."ucap Bonda.
"Saya rasa saya dah cukup kenal Eva Bonda.Kalau Bonda tak keberatan Ben akan bagitahu dengan Mama tentang hajat Ben ni"ucap Ben.
Bonda Zahrah risaukan Eva.
"Kalau macam tu...minta Mama Ben datang jumpa Bonda tapi sebelum satu perkara saja Bonda nak Ben yakinkan Mama Ben tentang Eva..."ucap Bonda Zahrah.
Ben pelik kenapa Bonda Zahrah cakap macam tu tentang Mama.
Ben mengangguk perlahan.
*************
Pintu rumah Datuk Reina ditutup rapat.Ben mendaki anak tangga untuk ke biliknya.
"Ben....kamu dari mana ni?"soal Datuk Reina.
Ben berpaling
"Ben ada kerja sikit...Mama sibuk tak...can we talk?"soal Ben pada Datuk Reina.
Datuk Reina duduk diruang tamu kedua rumahnya itu.
Ben menggengam tangannya memandang arah karpet.
"Tadi Ben ada benda nak bincang dengan Mama...Apa dia?"soal Datuk Reina.
"Ben nak kahwin...."ucap Ben sambil memandang pada Mamanya.
Datuk Reina menegakkan badannya yang bersandar pada sofa.
"Ben serius ke ni? Dengan siapa?"soal Datuk Reina dengan wajah teruja.
"Dengan Eva..."
Datuk Reina mati senyuman.
"Kenapa Mama diam?"soal Ben serius.
"Ben serius ke nak kahwin dengan dia?"soal Datuk Reina.
"Ben serius...nak jadikan dia sebagai isteri tapi kenapa Mama macam tak suka?"soal Ben.
"Mama bukan tak suka Ben...tapi... Mama rasa kamu berkawan je dengan dia...kalau nak kahwin Mama boleh carikan orang lain untuk Ben"ucap Datuk Reina.
"No!!! Mama...ini soal hidup Ben. I'm asking why you don't like eva?"soal Ben sambil berdiri.
Datuk Reina memegang kedua tangannya.Dia menundukkan wajahnya.
Ben kembali duduk.
"It's all about Papa right..."ucap Ben.Ben tahu Mamanya masih tidak boleh lupakan macamana Datuk Bakrie tinggalkan dia dan Mamanya demi mengejar perempuan lain.Kebetulan nama perempuan tu sama dengan Eva.
Datuk Reina mengangguk perlahan.
"Ma.... it's not the same as that bitch..Ini Eva Leen dia tak ada kena mengena dengan Papa"ucap Ben mengeluh kecil.
"Mama cuma takut...setiap kali Mama dengar nama tu Mama mesti teringatkan perkara tu.."ucap Datuk Reina.
"That's what Bonda Zahrah told me to convince Mama about Eva.I understand right now..but please Eva bukan macam Mama fikir...Ben sayangkan dia... Ben cintakan dia..and I don't want to get married with anyone if not Eva."ucap Ben pada Datuk Reina.
Datuk Reina bangkit masuk ke dalam biliknya.Ben buntu apa yang sedang dia lalui sekarang.Dia meraup kasar rambutnya yang panjang itu.
***********
Eva memusingkan pen ditangannya memikirkan apa yang berlaku di Johor haritu.
"Macamana Ben boleh tahu aku dekat Johor sedangkan aku tak bagitahu dia apa-apa dan macamana dia tahu aku ada dekat situ?"soal Eva memikirkan tentang perkara itu.
Dr Qasha berdiri didepan pintu.
"Amboi berkerut dahi fikir apa?"soal Dr Qasha.
Eva memandang lelaki itu yang santai masuk ke dalam pejabatnya.
"Tak ada apa..."ucap Eva.
Dr Qasha memandang dahi Eva yang bertampal.
"Baru tiga hari cuti dah ada tanda"ucap Dr Qasha menunjukkan dahi Eva.
"Ahhh saya jatuh... terhantuk...tapi tak teruk pun..harini tak ada bedah siasat ke?."ucap Eva.
"Baru selesai...tu datang sini tengok lampu terbuka..saja lama tak jumpa awak rindu pulak"ucap Dr Qasha.
Eva tergelak.
"Rindu? Tolonglah..."ucap Eva.
"Kenapa salah saya nak rindu awak...lagipun awak bukan ada boyfriend pun?"soal Dr Qasha.
Eva memandang lelaki itu.
"Tapi saya dah ada orang tempah"ucap Eva menunjukkan tangan pada Dr Qasha.Tersemat cincin dijarinya.
"Saya tahu awak sengaja pakai cincin nak elak saya dekat dengan awak..."ucap Dr Qasha.
Eva serba salah dengan anggapan itu.
"Tak...saya serius...Dr Qasha..."ucap Eva pandang Dr Qasha.
Dr Qasha tersenyum manis.
"Takpelah jaga jodoh orang pun satu ibadah yang mulia. it's okay... I know my limit...takpelah saya keluar dulu..."ucap Dr Qasha bangkit dari kerusi dan menuju ke pintu.
Dia berpaling dan memandang gadis itu.
"Eva...if you need something...jangan segan-segan minta tolong saya..."ucap Dr Qasha tersenyum manis dan keluar dari pejabat Eva.
Eva memandang pintu yang kosong itu.Dan keluhan keluar dari mulutnya.
*************
Ben termenung memikirkan apa yang berlaku di rumah semalam.Kusut kepalanya dari tadi.Segala kerja atas mejanya tergendala kerana moodnya tak berapa baik harini.
Dennis mengetuk pintu bilik.
"Masuk!!!" garau suara Ben.
Dia memusingkan kerusinya memandang Dennis depan matanya.
"Tuan ada orang nak jumpa Tuan?"soal Dennis.
Ben mencerlung tajam pada pembantu peribadinya.Dia mood tengah swing sekarang.Kang mahu ada orang yang makan pelempang dia.
"Arahan aku...yang mana kau tak faham... Aku cakap aku tak nak jumpa sesiapa!!!!...kau faham tak!!!!"jerit Ben pada Dennis.
"Tapi... Tuan..."ucap Dennis memandang arah pintu dengan rasa serba salah.
Ben memandang arah pintu.Dia terkejut melihat Eva berdiri didepan pintu pejabatnya.
Dia berdiri tegak.Eva dapat lihat perangai sebenar dia.
"Eva...."panggil Ben.
Eva berpaling dan terus berjalan keluar dengan langkah cepat.
Ben mengetuk meja dan terus menolak Dennis depannya.Dia mengejar langkah Eva.Eva menekan butang lif tapi lambat.Dia terus berlari masuk ke tangga kecemasan.
Dia duduk di situ diam-diam.Betul ke apa yang dia nampak tadi?.
Ben mengejar sampai ke bawah tapi tak nampak kelibat Eva.Dia menuju ke bilik kawalan terdekat.
"Tuan!!!"panggil Remy.
Remy hanya membiarkan sahaja Ben duduk ditempatnya.Tangannya lincah mencari dimana Eva melalui CCTV syarikat.
Remy menggaru kepalanya.Setahu dia tak ada penceroboh atau pencuri masuk.
Dia menekan bahagian tangga kecemasan.Dia menekan kamera di tingkat pejabatnya.
Dia melihat Eva duduk disitu sorang-sorang.Ben terus berlari kembali pada tingkat atas.
Eva tak tahu keputusan dia datang ke pejabat Ben untuk bercakap pasal perkahwinan itu memandangkan dia tak ada nombor telefon lelaki itu.
Eva kembali pada lif untuk turun ke tingkat bawah.
Pintu lif terbuka dan muncul Ben depan matanya.Eva mahu lari tapi tangan Ben dengan pantas menarik tangan Eva menuju ke pejabatnya.
"Lepaslah!!!"jerit Eva.Dia memandang Dennis yang mahu keluar dari pejabat.
Tubuh Eva ditolak pada sofa dengan kasar.
"Apa awak buat ni?"soal Eva pada Ben.
Ben mendekati Eva dan mendekatkan wajahnya pada gadis itu.
Tiada getar dalam mata gadis itu.Ben mendekatkan bibirnya menghampiri bibir Eva.Tapi Eva menolak kasar tubuh itu.
"Apa awak cuba buat dengan saya?"soal Eva mencerlung tajam pada lelaki itu.
Ben memandang Eva yang sedang merenungnya.
"Saya datang sini nak jumpa awak dengan cara baik...macam ni awak layan saya...mana janji awak...nak lindung saya..."ucap Eva.
Ben meraup wajahnya dan mengeluh berat.
"I'm sorry... Eva...saya...."ucap Ben menyesal dengan apa yang dia buat tadi.Dia mahu meraih tangan Eva.
"Jangan dekat dengan saya....kalau macam ni...lebih baik kita tak payah kahwin...kalau awak dah tunjuk belang awak pada saya..."ucap Eva sambil melepaskan cincin pada jarinya dan diletakkan atas meja.
Airmatanya sudah mengalir dibiarkan.
Ben memandang cincin itu dan Eva.Hatinya yang tengah panas bertambah panas.
Ben mendekati Eva dan mencium bibir itu dengan rakus.Eva melawan tapi tubuh itu terlalu kuat.
Ben melepaskan Eva.
Pang!!!
Pipi Ben ditampar kuat.Dia terus keluar dari situ dengan langkah cepat.
Dia tak peduli mata orang yang memandangnya sekarang.
Ben melutut ke lantai.
"Apa kau buat ni Ben...kau hancurkan kepercayaan dia..."ucap Ben sambil terduduk di lantai.
Eva masuk dalam kereta.Dia mengelap bibirnya yang terasa jijik sekarang ni.
"Arghhhhhh!!!!!!"jerit Eva dan menangis menunduk pada stereng kereta.Sakit....sakit sangat....
Eva masuk dalam kereta.Dia mengelap bibirnya yang terasa jijik sekarang ni. "Arghhhhhh!!!!!!"jerit Eva dan menangis menunduk pada stereng kereta.Sakit....sakit sangat....
Share this novel