Tubuh gadis itu kaku diatas lantai bermozek sejak tiga puluh minit yang lalu.Dia membuka matanya perlahan.Siling putih itu kosong seperti dirinya yang kosong.Dia terasa sakit pada bahagian belakangnya.
Tubuh itu digagah untuk bangkit walaupun agak sukar kerana terlalu sakit.Dia melihat kaca bertaburan dilantai rumahnya.
Air mata yang mula membasahi pipi itu dibiarkan sahaja.Dia mencapai telefon miliknya yang turut sudah pecah bahagian skrinnya dibaling tadi.
Dengan menangguh kesakitan, dia bangkit mengumpul kekuatan walaupun kakinya menggigil untuk melangkah menuju ke arah bilik tidurnya.
Tuala di penyangkut diambil dan tangannya menekan lampu bilik air.Pili air hujan dibuka, dia membiarkan dirinya dibawah pancuran itu.
Pedih...sakit....itu yang dia lalui sekarang.Dia melihat tangannya yang berbirat lebam.Lebam lama belum sembuh ditambah dengan lebam baru.
Hampir setiap hari dia menjadi mangsa sepak terajang lelaki itu hanya kerana dia balik lewat dari kerja.Dia tak mampu nak ubah kerjayanya yang memang memerlukan setiap waktu.
Tiada siapa tahu keperitan dirinya.Dia terpaksa merahsiakan kesakitan ini daripada pengetahuan keluarganya.Dia tak nak keluarganya risau dengan keadaan dirinya.
Dimana dia berada...dia tidak pernah selamat.Tempat yang paling selamat baginya adalah bilik forensik tempat dia bekerja.Kadang sengaja dia menipu gara-gara tidak mahu terserempak dengan lelaki itu.Dia buntu mahu keluar dari neraka ciptaan jantan tak guna itu.
Anak matanya terpandang pada arah ruang tamu yang bersepah itu.Ruang tamu ini sudah menjadi saksi kenangan buruk dalam hidupnya.
Malam ini dia mahu keluar dari tempat ini.Dia tak sanggup untuk tinggal lagi disini.Tidak kisah di mana dia mahu tinggal yang penting bukan dalam rumah neraka ni.
Dia mahu pergi jauh sejauhnya.Walaupun dia tidak mampu hilang seperti debu-debu yang halus diudara.Sekurang-kurangnya kesakitan itu hilang untuk sementara.
Dia memakai hoodie berwarna hitam.
Dia mengambil semua bajunya.Memandangkan bajunya tidak banyak jadi mudah untuk dia bawa.Dia harus berhijrah jauh dari sini.
Beg dipegang kemas.Nafas hela dilepaskan perlahan.
Bertemankan bintang dan bulan, dia memesan teksi untuk ke stesen bas berdekatan.Dia berharap masih ada lagi bas waktu ini.
Telefon pintarnya tadi dipegang dan dia membuka tingkap teksi.Lalu dilemparkan keluar telefon itu.Berkecai dan hancur seperti dirinya.
Wajah yang basah kerana airmata itu dibiarkan.Dia tidak hirau pemandu teksi itu mahu fikir apa kerana itu sahaja cara untuk dia melepaskan lelah dalam dirinya.
"Eva Leen kau kena untuk hidup kau.... walaupun perjalanan hidup kau tak selalunya cerah...tapi kau harus bangkit jua untuk hidup... dunia terlalu kejam...untuk insan lemah seperti kau...serah padanya..."ucapnya dalam hati.
Kakinya sampai di stesen bas.Dia melangkah perlahan-lahan kerana tubuhnya mula terasa bengkak.Kakinya terhenti dan dia terus menunduk memegang bahagian perutnya.
Peluh renek mula timbul.Ya Allah kuatkan aku.... dia sudah mula melutut atas jalan.Ada cahaya menyuluhnya dari depan.
Hon kereta berbunyi menyuruhnya untuk beralih.Dia cuba untuk bangkit tapi kakinya tidak mampu untuk berdiri lagi.Dia terus jatuh menyembah bumi.
Tangannya menekan pada bahagian abdomen bawah perutnya.Dia memejamkan matanya rapat.Matanya terbuka apabila bunyi suara cemas pemilik kereta itu kedengaran jelas tapi dia tidak mampu untuk berkata.
"Cik...Cik.. okay?" tanya seorang wanita yang terkejut melihat wajahnya penuh dengan lebam.
"Tolong saya!!!"itu ucapnya sebelum dia tidak sedarkan diri.
"Cik... Allahuakbar..Amin tolong saya..."
***************
"Cik....boleh dengar saya?"soal wanita itu sebaik sahaja melihat dirinya tersedar.
Dia bingung macamana dia boleh ada dekat sini.Semalam dia rasa dirinya sudah sampai dekat stesen bas.
"Saya Bonda Zahrah..tapi nak boleh bagi panggil Bonda..saya yang tolong nak semalam..."wanita itu memperkenalkan dirinya.
Bonda pelik melihat gadis itu yang masih diam.Dia begitu terkejut melihat banyak kesan lebam dan parut pada badan gadis ini.
"Anak nama Eva ya?"soal Bonda.
"Macamana puan boleh tahu nama saya?"soal Eva masih kebingungan.
Bonda tersenyum melihat kebingungan gadis itu.
"Bonda minta maaf terpaksa selongkar beg kamu untuk buat pendaftaran masuk wad"ucap Bonda menyerahkan beg pada Eva.
"Saya minta maaf sebab susahkan Puan..saya sepatutnya tak ada dekat sini sekarang.."ucap Eva seakan gelisah.
Bonda melihat gadis itu seakan bermasalah.Dia mendekati katil itu.
"Eva ada masalah ke...kalau tak keberatan Eva boleh cerita pada Bonda mana tahu bonda boleh tolong Eva..."ucap Bonda memandang gadis itu yang sebaya dengan umur arwah anak perempuannya sekiranya masih hidup.
Eva memegang tangannya.
"Saya nak keluar dari sini... nanti dia cari saya...saya tak nak jumpa dia lagi...sakit... terlalu sakit...saya dah mampu nak hadap semuanya..."ucap Eva sambil menangis teresak-esak mahu turun dari katil.
Bonda memberikan pelukan pada gadis itu.Dia tahu gadis itu terlalu banyak emosi yang lama dia pendamkan.
"Sabar....Eva... Bonda nampak kesakitan Eva...tapi Eva tak boleh macam ni Eva kena kuat...lawan semuanya...."ucap Bonda mengurut belakang badan Eva.
Eva nampak lebih tenang.
"Bonda pengasas rumah kebajikan di Kajang.Bonda berada dekat sini pun kebetulan ada mesyuarat.Kalau Eva tak keberatan nak ikut Bonda.Bonda tak kisah asalkan Eva jauh daripada masalah Eva.Bonda pun sedih tengok Eva lebam-lebam.Kita buat laporan polis nak tak?"soal Bonda.
Eva memandang Bonda.Dia menggelengkan kepalanya laju.
"Tak... Bonda.... Eva rasa benda ni dah habis dekat sini... Eva tak nak keruhkan keadaan yang memang dah keruh"ucap Eva perlahan.
Bonda menghulurkan buah epal yang sudah dipotong pada Eva.
"Makan sikit...tadi Eva tak sentuh pun bubur.."ucap Bonda.Mungkin Eva hilang selera sebab lehernya bengkak.
Eva mengunyah perlahan.
"Kalau Eva ikut Bonda...Eva tak susahkan Bonda ke?"soal Eva.
Bonda memandang dengan senyuman.
"Bonda lagi suka kalau Eva ikut Bonda... sekurang-kurangnya Bonda ada kawan nak borak dan bercerita.."ucap Bonda.
"Keluarga Bonda macamana? Anak-anak bonda tak kisah ke?"soal Eva.Dia risau kalau kehadiran dirinya akan membuatkan tidak senang dalam hidup orang lain.Cukuplah dia cuma mahu hidup aman sahaja.
Bonda menunduk dan kembali pada Eva.
"Suami Bonda dah lama meninggal dunia begitu juga dengan anak Bonda...dalam dunia ni Bonda hanya seorang sahaja...sama macam Eva cuma bezanya Eva masih ada keluarga..."ucap Bonda.
Eva tidak sangka begitu kuat wanita ini.Dia fikir hidupnya dah terlalu teruk rupanya wanita didepannya lagi diduga dengan kehilangan dua orang kesayangan dalam hidupnya.
**************
Mercedes c-class memasuki sebuah rumah yang sangat besar.Dia melihat rumah itu mempunyai dua bahagian.
Dan dia melihat ramai anak-anak sedang bermain diluar menikmati aktiviti masing-masing.Bonda memakirkan keretanya terlebih dahulu.
"Eva...jom...kita dah sampai"ucap Bonda.Eva turun dan menjejakkan kakinya diatas jalan setelah lama dalam kereta tadi.
Bonda memegang tangan Eva.
"Inilah rumah Bonda.Disini Bonda berkongsi kasih dan cerita dengan mereka.Mulai harini rumah ni pun macam rumah Eva.Kalau ada apa-apa Eva jangan segan-segan ya"ucap Bonda.
Eva mengangguk perlahan.
"Bonda boleh tak Eva nak jalan-jalan kejap"ucap Eva.
"Boleh...nanti Bonda dekat dalam nak jumpa kawan Bonda dulu"ucap Bonda.
Eva berjalan dan melihat sekeliling rumah itu sangat tenang dan mendamaikan hatinya.Dia duduk dibangku berdekatan dan memandang langit.
Masihkah langit akan secerah masa depannya lagi? Ya Allah kau kuatkan aku...untuk menghadapi hari-hari esok.Dan kau lindunglah insan yang membantuku.
Masihkah langit akan secerah masa depannya lagi? Ya Allah kau kuatkan aku...untuk menghadapi hari-hari esok.Dan kau lindunglah insan yang membantuku.
Share this novel