BAB 7

Short Story Completed 29431

Jefri menumbuk dinding rumahnya.Dia geram kerjanya dikacau orang lain.Dia memandang tangannya yang berbalut dan bengkak itu.

"Aku tak kan mengalah Eva....aku buat semua ni sebab aku cintakan kau...aku tak nak tengok kau dengan lelaki lain..."ucap Jefri sambil meramas rambutnya.

Dia membersihkan sinki bekas dia mencuci luka tadi.Baju yang dipakai tadi turut dibuang ke dalam tong sampah.

************

Doktor memeriksa keadaan Eva yang masih tidak sedar dari tadi.Ben memeluk tubuh memerhati.

"Kau cakap dia kejung tadi sebelum pengsan...aku rasa kesan trauma.Selalunya orang yang pernah alami trauma bila terlalu tertekan gejala macam tu akan berlaku..tapi aku dah bagi ubat pada dia...so biarkan dia rehat dulu.. selalu pantau tekanan darah dia..."ucap Dr Fahmi.

Ben mengangguk perlahan.

"So...kesan tadi tu takkan jadi lebih buruk kan?"soal Ben risau.

"Bergantung pada Cik Eva sendiri...kalau dia lebih berkongsi masalah mungkin dapat kurangkan simptom ni.Boleh saya tahu Cik Eva ada jumpa psikiatri ke?"soal Dr Fahmi.

Ben sendiri tidak tahu pasal itu.

"I'm not sure about that..."ucap Ben.

"It's okay...just make sure her condition..saya kena pergi dulu.."ucap Dr Fahmi bersalaman dengan Ben.

"Thanks Fahmi.. Dennis hantar Dr Fahmi keluar..."arah Ben pada Dennis.

Dennis mengangguk perlahan dan keluar sambil membiarkan pintu bilik dibuka sedikit.

Dia terpaksa bawa Eva ke rumahnya sendiri malam ini.Dia melabuhkan punggung disebelah gadis itu.

Dia tidak mahu Bonda Zahrah nampak keadaan Eva sebegini.

Dia meletakkkan tangan Eva dalam selimut.Dan dia bangkit berlalu keluar dari bilik itu.Keadaan ruang tamu rumah Ben nampak tegang.

*************

Dia melangkah turun dari tangga sebaik melihat semua anak buahnya berada dibawah menunggunya.
Semua anak buahnya menunggu arahan daripada Ben.

Ben mencapai kayu kriket yang ada berdekatannya.Dia mengetuk-mengetuk lantai bermozek itu.

"Aku nak korang cari bangsat tu bawa hidup-hidup depan aku.Ingat jangan sampai Datuk tahu pasal perkara ni.Bangsat tu perlu diajar sebab dia cabar kesabaran aku.Dan dia usik hak aku...Dennis jelaskan semua pada mereka semua...aku tak nak dia terlepas aku akan siksa dia perlahan-lahan"ucap Ben menyerahkan kayu kriket pada Dennis.

Dennis memegang kayu kriket itu.

"Ingat kalau benda ni terlepas orang pertama aku cari adalah kau..."ugut Ben terus meninggalkan ruang tamu itu.

Dia duduk di bilik bersebelahan dengan bilik Eva.Sambil melihat melalui kamera yang dipasang pada meja lampu itu.

Dalam dia melihat matanya terasa berat kerana harini dia tak cukup tidur.Akhirnya matanya tertutup rapat sambil duduk di kerusi.

Dia terdengar bunyi benda jatuh.Matanya dikesat dahulu Dan dia melihat pada kamera Eva tiada di katilnya.

Dia bangkit dari duduknya dan terus menuju ke arah bilik sebelah.Pintu dibuka perlahan mencari dimana Eva.

Dia melihat langsir bilik itu berkibar kuat.Lalu kakinya melangkah mendekati pintu ke balkoni bilik.

Alangkah dia terkejut melihat Eva berdiri disitu.

"Eva...."panggil Ben.Gadis itu memalingkan wajahnya memandang Ben.Wajah itu basah dengan air mata.

Dan matanya jatuh pada benda yang dipegang Eva.Pisau...Apa Eva nak buat dengan pisau tu?.

"Eva...listen...jangan macam tu...saya ada...ada dengan awak...awak tak perlu takut dengan dia...saya akan protect awak dari dia..."ucap Ben mendekati Eva.

Eva mendekatkan pisau pada lengannya.

"No!!!...no... Eva...awak bukan macam ni...Eva awak ada saya...bagi saya pisau tu...bahaya Eva... Bonda sedih kalau tengok awak macam ni..."ucap Ben.

Eva memandang lelaki itu.

"Tapi sakit...sakit...sangat...saya tak tahan...badan saya sakit... dengan cara ni je akan kurangkan kesakitan ni..."ucap Eva.

Ben meraup wajahnya.

"Please Eva jangan....saya sayangkan awak Eva....saya cintakan awak...."ucap Ben meluahkan segala isi hatinya.

Eva menggelengkan kepalanya laju.

"Dulu...dia pun pernah cakap benda yang sama...saya tak percayakan semua tu dah...biar saya mati lagi...baik...."ucap Eva menghiris pergelangan tangannya sebelum merebah tubuhnya ke belakang.

"Eva!!!!!" jerit Ben yang melihat Eva sudah jatuh dari balkoni tingkat 3 itu.

************

Dia tersedar dari lenanya sambil tercungap-cungap.Dia meraup wajahnya sambil melihat pada tablet yang memperlihatkan Eva yang masih lena.

Dia bangkit dan menuju ke bilik sebelah.Pintu dibuka dan dia memandang pintu balkoni itu.Kakinya mendekati katil Eva, dan dia baring disebelah gadis itu.

"Apa yang bangsat tu buat dekat kau sampai kau berubah jadi macam ni?"soal Ben.Dia masih ingat pertemuan pertama kali dengan Eva dulu.Masa tu gadis itu nampak ceria dan bebas berbual dengan sesiapa pun.

Sekarang Eva banyak menundukkan wajahnya setiap kali bercakap dengan orang yang dia tak kenal.Atau lebih tetap dengan lelaki layanan dia sedikit dingin.

Dia kembali terlelap.

Kali ini dia tersedar sebaik terdengar suara orang menangis.Dia membuka matanya dan melihat Eva duduk dilantai sambil memeluk tubuhnya.

Dia turun dari katil dan berjalan ke arah Eva.

"Eva..."panggil Ben dengan lembut.Eva mengangkat mukanya.Pandangan Eva tajam pada arah lelaki itu.

Eva bangkit dan menyerang Ben sambil memukul Ben.

"Eva kau kenapa ni?"soal Ben menahan dadanya yang dipukul Eva.

"Apa awak buat dengan saya!!!!"jerit Eva dengan marah sambil menampar muka Ben.Ben memegang wajahnya yang sakit.Eva melihat tangannya dia baru tersedar yang dia menampar muka lelaki itu.

Ben tenang menarik tangan Eva.

"Tolong....jangan pukul... saya...saya tak sengaja...."rintih Eva sambil merayu pada Ben.Ben memandang Eva yang menunduk dan melutut padanya.

Dia seakan tertampar dengan satu kenyataan pedih itu.

Dia menundukkan badannya.

"Takde siapa akan pukul awak dekat sini...hanya orang pengecut je akan buat macam tu..."ucap Ben tangannya mencari jari jemari Eva.

Eva memandang lelaki itu.

"Saya malu Tuan nampak saya lemah macam ni..."ucap Eva.

Ben tersenyum manis.

"Takpe saya sorang je nampak kelemahan awak..i am willing to kill him if you want it..."ucap Ben serius.

Eva menggelengkan kepalanya laju.

"Itu akan tunjuk Tuan dengan dia tak ada beza... saya yang bodoh sebab percayakan dia... percaya apa yang dia cakap..."ucap Eva dia memejamkan matanya.

Ben mengangkat Eva dan diletakkan atas katil.

"Kalau awak belum bersedia nak cerita pada saya... I understand that...if you don't mind you can share with me.."ucap Ben memegang pipi Eva sambil tersenyum.

Dia mahu berlalu mengambil makanan untuk Eva.

Tangannya ditarik Eva.Ben berpaling dan memandang padanya.

"Sakit ke?"soal Eva padanya.

Dia tersenyum senget.

"Janji awak tak sakit saya sanggup jadi punching bag awak...saya ambil makanan kejap..tunggu saya..."ucap Ben melepaskan tangan Eva.

Eva memandang lelaki itu yang keluar dari bilik.

***********

Kereta Ben berhenti didepan pintu masuk Laman Firdausi.Eva memandang Ben disebelahnya.

"Terima kasih sebab rahsiakan apa yang jadi malam tadi pada Bonda..."ucap Eva.

Ben mengangguk perlahan.

"Tuan tak nak masuk dulu ke?"soal Eva pada lelaki itu.

Ben tersenyum sedikit.

"Takpe... saya ada urusan lain...pasal kereta awak nanti saya suruh Dennis hantar....awak tak perlu takut...saya akan ada dengan awak..."ucap Ben bagi menenangkan hati gadis itu.

Eva mengangguk perlahan.Eva buka pintu dan mahu keluar tapi lengannya disentuh lembut Ben.Dia berpaling.

"Kalau awak bagi saya peluang...saya nak bawa awak pergi suatu tempat...."ucap Ben.

Eva mengangguk perlahan.

"Terima kasih... hati-hati bawa kereta..."ucap Eva terus keluar dari kereta Ben dan berjalan masuk ke Laman Firdausi.

Ben memandang tubuh itu pergi.

"Pandang aku Eva.... pandang aku..."ucap Ben dalam hati.

Eva tidak berpaling memandangnya.Ben terus menekan pedal minyak dan berlalu pergi.

Eva berpaling melihat kereta itu hilang dari pandangan matanya.

Kenapa lelaki itu berusaha mendekatkan diri padanya.Sedangkan dia bukan sama dengan mana-mana perempuan yang lelaki itu mungkin kenal.

Dia ingat bebelan lelaki itu ketika dia jumpa di Starbuck dahulu.Dalam keadaan susah lelaki itu tetap membantunya.

"Woman is to complicated" ucap lelaki itu.

Senyuman terbit di bibirnya yang pucat.

***********


Jefri berjalan keluar dari restoran setelah menikmati makanan.Dia menuju ke tempat letak kereta bawah tanah.

Sebuah kereta Hyundai Starex berhenti betul-betul ditepi Jefri.Lelaki itu sedikit bingung.Keluar sekumpulan lelaki mencekup dan menutup wajahnya dengan menggunakan kain hitam.

Dia meronta untuk dilepaskan.Satu tumbukan pada perutnya menyebabkan dia meringkuk kesakitan.

Kumpulan lelaki itu membawanya pergi dari situ dengan cepat.

Ben mengajak Eva pergi mana? Siapa yang tangkap Jefri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience