Akhbar ditanganya dibaca sambil menikmati sarapan pagi.Helaian demi helaian diselak.Dennis yang sedari tadi berdiri hanya memerhati majikannya yang khusyuk itu.
Ada lagi orang muda yang suka membaca surat khabar memandangkan sekarang zaman sudah lebih kepada berita digital.
Keluhan dilihat keluar sesekali dari mulutnya.Datuk Reina membawa sepinggan kuih karipap yang digoreng sebentar tadi.
Bau karipap memenuhi ruang makan, Ben memandang sekilas lalu menutup kembali akhbar ditangannya.
"Wow...karipap...Mama buat ke?"soal Ben sambil mencapai karipap yang masih berasap panas itu.
"Buatlah...kamu tu kan banyak songeh...kalau orang lain buatkan.. Dennis makan dulu..."ajak Datuk Reina yang melihat Dennis hanya berdiri sedari tadi.
Ben mengunyah perlahan kerana mulutnya panas dengan inti.
Dennis turut duduk dan menikmati karipap buatan Datuk Reina.
"Harini kamu sibuk ke?"soal Datuk Reina.
"Macam biasa...harini ada klien penting nak buat tempahan dekat De Villers.So Ben kena ada dekat sana pantau...Mama buat apa je harini?"soal Ben.
"Harini Mama nak keluar dengan Bonda Zahrah.Kami nak tengok tempat untuk majlis makan malam amal nanti"ucap Datuk Reina.
Ben mengangguk perlahan.
"Den..lepas habis keluar aku tunggu.."ucap Ben terus bersalaman dengan Datuk Reina dan berlalu keluar.
Dennis menghabiskan suapan terakhir dan menghirup air teh.
"Kami gerak dulu Datuk"ucap Dennis sambil tersenyum manis.
**********
Dia membersihkan tangannya terlebih dahulu sebelum menyarung sarung tangan getah.Dia melihat data mayat yang diterima oleh pembantu forensiknya.
"Jenazah bernama Sarah Adelia Binti Muiz berumur 24 tahun.Mengikut siasat polis mangsa mati akibat dicekik dibahagian leher"terang Eva sambil membuka kain putih yang menutup bahagian wajah mayat.
Dia memejamkan matanya rapat.Tangannya membelek pada bahagian leher mangsa terdapat kesan bergelut.
Dan tangan mangsa mempunyai kesan seakan dicucuh.
"Mangsa menjadi mangsa pukul oleh kekasihnya...jirannya menjumpai mangsa tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah"ucap pembantu forensiknya yang bernama Kamala.
Tangan Eva terhenti seketika.Dia hampir menjadi seperti mangsa juga dulu.Parut disetiap inci tubuhnya tidak mampu dihilangkan juga seakan mencuci dengan sabun sekali pun.
Dia menyelesaikan bedah siasat dengan cepat dan meninggalkan ruang itu dengan kadar segera.Sarung tangan getah dibuka dan dicampak dalam tong sampah kimia dan baju PPE dibuka turut dicampak dalam tong itu.
Dia perlukan udara sekarang ni nafasnya seakan tersekat-sekat dikerongkong.Dia duduk ditaman berdekatan dengan pintu masuk bilik jenazah.
Tangannya menutup wajahnya dan rambutnya dilurut kebelakang.Dia memandang arah bilik jenazah yang sedang ramai itu.
"Macamana perasaan mak ayah kalau itu adalah dia?"soalnya dalam hati.
*********
Bonda Zahrah mengetuk pintu bilik Eva.Sejak balik dari kerja Eva langsung tak keluar dari bilik.Pintu bilik dibuka Eva, dia memandang Bonda yang berdiri didepan pintu.
"Boleh Bonda masuk?"soal Zahrah.Eva mengangguk perlahan dan menuju ke katil.Zahrah duduk disisi Eva.
"Eva ada masalah ke...makan malam pun tidak..."ucap Zahrah memegang tangan Eva.
Eva menundukkan wajahnya.
"Eva cuma penat je harini.banyak sangat kes nak selesaikan harini"ucap Eva perlahan.
Zahrah tahu Eva menyimpan masalahnya.Bahu Eva dipeluknya.
"Bagitahu Bonda apa yang menganggu fikiran anak Bonda ni.Jangan takut Bonda sedia nak dengar masalah Eva..."ucap Zahrah.
Eva memandang wanita itu.Dia menarik lengan bajunya dan memperlihatkan parut yang masih merah pada Bonda.
"Bonda mesti tertanya-tanya Kenapa badan Eva ada banyak parut..kan?"soal Eva sambil menahan sebak.
Bonda diam sahaja.
"Sebab percayakan lelaki dan berikan sepenuh cinta...badan dan hati Eva terluka Bonda.Eva mangsa dera lelaki yang Eva beri kepercayaan dan yang paling teruk cinta Eva pada dia ibarat sampah"ucap Eva sambil mengenggam tangannya.
"Bonda tahu itu...masa dekat hospital tempat Eva dirawat.Pihak hospital minta Bonda untuk laporkan polis perkara ni..tapi Bonda tak ada hak sebab semuanya atas pilihan Eva sendiri.Tapi Eva tak sorang-sorang dekat sini.Ada ramai lagi yang nasib lebih teruk daripada Eva..Eva beruntung sebab Eva selamat.."ucap Zahrah mengelus rambut gadis itu.
Eva mengangguk perlahan.
"Bonda... terima kasih sebab sentiasa ada untuk Eva.Eva tak ada siapa nak luahkan semua ni.Bahkan keluarga Eva sendiri tak tahu perangai sebenar lelaki itu"ucap Eva.
Zahrah tersenyum manis.
"Eva kan anak Bonda mesti Bonda dengar masalah Eva.Besok Eva kerja shift pagi ke malam?"soal Zahrah.
"Besok.. malam...kenapa Bonda?"soal Eva.
"Kalau macam tu besok teman bonda pergi food tasting untuk majlis makan malam amal nanti boleh?"soal Zahrah.
Eva mengecilkan matanya.
"Bukan ke selalu Bonda pergi dengan kawan baik Bonda? Kenapa kali ni Eva kena pergi sekali?"soal Eva.
Zahrah tersenyum.
"Bolehlah...lagi ramai lagi bagus..okay...besok jam 10 pagi..."ucap Zahrah yang bangkit menuju ke pintu bilik untuk keluar.
Eva hanya membalas dengan senyuman dibibir.
**********
Jam sebegini sepatutnya dia berada dalam bilik mesyuarat.Tapi atas arahan Datuk Reina dia terpaksa juga turun ke Hotel Double Tree Hilton Kuala Lumpur.
Tangannya tak lepas memandang telefonnya sambil membalas mesej daripada Mikha.
Dia meminta Mikha menghantar gambar Inaz padanya.
Dia tersenyum.Datuk Reina mengetuk meja kaca itu.
Ben memandang Mamanya.
"Kamu dah kenapa senyum-senyum?"soal Datuk Reina.
Ben menunjukkan gambar Inaz pada Datuk Reina.
"Kamu ni kan kahwin tak nak sibuk dengan anak orang"ucap Datuk Reina.
Ben mencebikkan bibirnya.
"Malaslah Mama Ben selesa hidup macam ni..woman is...."ucap Ben
"too complicated..."ucap satu suara dibelakangnya mengejutkan mereka berdua.
Ben berpaling sebaik melihat gadis yang berdiri didepannya.Gadis itu bersalaman dengan Datuk Reina dan melabuhkan punggung jarak tidak jauh darinya.
Eva menundukkan wajahnya sedikit.Dia tak gentar dengan pandangan lelaki itu padanya.
Ben pelik dengan anak angkat Bonda Zahrah.Pandangan gadis itu hanya menunduk.Ben mencapai gelas di meja dan meneguk air membasahkan tekaknya yang kering.
"Minta maaf lambat tadi..susah nak cari parking dekat sini"ucap Zahrah.
"Takpe.. lagipun kami pun baru sampai..Eva sihat?"soal Datuk Reina memandang Eva disebelah Zahrah.
Eva mengangkat mukanya.
"Alhamdulilah...sihat Datuk.."ucap Eva sambil tersenyum.
Eva memberanikan diri memandang ke depan ternyata lelaki itu hanya memandang pada telefonnya sahaja.
"Dia tak kenal aku ke...atau buat-buat tak kenal?"soal Eva dalam hati.Eva menggelengkan kepalanya.
Makanan mereka sudah sampai seperti dijanjikan.Mereka merasa makanan depannya dan memberi pandangan serta pendapat.
Selesai melakukan food tasting, Eva mahu ke bilik air kerana dia rasa mahu buang air kecil.Dia berjalan laju sedikit ke bilik air.Ben memandang gadis itu yang berjalan ke bilik air.
Dia menghela nafas lega sebaik sahaja selesai dengan urusannya.
Dia membuka pili air dan mencuci tangannya dengan sabun.
Dia menambah lip tint pada bibirnya dan membelek sedikit mukanya di cermin.
Setelah berpuas hati dia melangkah keluar dari bilik air menuju ke ruang restoran.
Tapi kakinya terhenti sebaik sahaja melihat lelaki yang membuatkan hidupnya dalam ketakutan setiap malam.
"Jefri...."ucap Eva.Lelaki itu berdiri di tengah-tengah antara tempat dia berdiri dengan restoran hotel.
Dia mengundur sedikit.Dia takut kalau dia tertangkap dekat sini.Dia tak mahu kembali ke neraka buatan lelaki itu lagi.
Tubuhnya dah terlalu sakit.Dia memegang tangannya yang berparut itu.
Jefri terasa seperti ada orang yang memandangnya.Dia berpaling.
Eva dah takut dan nafasnya turun naik.Matanya dipejam rapat.Lengannya ditarik seseorang dengan kuat.
Jefri melihat tiada siapa pun yang memandangnya.Dia mengambil pas bilik hotelnya dan berlalu.
Ben memandang wajah gadis itu yang menundukkan wajahnya.
"Tolong..."itu yang keluar dari mulut Eva.
"Medico..."ucap Ben sambil mengerutkan dahi.Gadis itu berpeluh-peluh sedangkan tempat mereka duduk penghawa dingin sangat kuat.
Eva membuka matanya dan dia baru tersedar yang dia berada dekat dengan lelaki itu.
Dia mengundurkan dirinya sedikit dan melihat ke arah meja receptionist itu.Ben turut melentokkan kepalanya pada arah yang sama.
"What are you trying to do Medico?"soal Ben pada Eva .
"Nothing...saya kena pergi Bonda cari saya.."ucap Eva berjalan ke arah restoran.Ben mengikut langkah Eva dari belakang.
Sambil matanya memandang arah receptionist.
Siapa lelaki tadi? Kenapa gadis ini begitu takut dan pucat melihat lelaki itu?.Ini menarik ni... katanya sambil tersenyum senget.
Eva sampai di meja makan semula tak lama lepas tu anak Datuk Reina turut kembali di meja.
"Bonda...Eva nak minta diri dulu...."ucap Eva tergesa-gesa.Dia tak nak jumpa dengan Jefri.
"Cepatnya. tapi Eva nak balik naik apa?"."ucap Zahrah.
"Takpelah teksi banyak..Eva gerak dulu.."ucap Eva bersalaman dengan Bonda dan Datuk Reina.
Ben memandang gadis itu yang berjalan laju tanpa menoleh ke belakang.
Eva berdiri ditepi hentian bas.Dia menunggu bayang teksi tapi tiada langsung.
Stereng kereta dipusingkan dan dia terpandang pada gadis yang berdiri dihentian bas.
Eva mengundurkan dirinya sedikit apabila ada sebuah kereta mewah berhenti didepannya.Cermin hitam itu diturunkan dan muncul wajah lelaki yang bersama dengannya direstoran tadi.Dia hanya tahu nama lelaki itu Ben.
"Tunggu teksi ke?"soal Ben.
Eva tidak menjawab hanya diam sahaja.Ben tersenyum senget melihat Eva yang buat tak dengar dirinya.Dia keluar dari kereta dan mendekati gadis itu.
Eva menjarakkan dirinya.
"Relaks...saya bukan makan awak pun..lagipun saya dah cukup kenyang makan tadi.."ucap Ben dengan tangan dalam kedua-dua poket seluarnya.
"Tuan...nak apa?"soal Eva akhirnya.
"Aku nak kau...."ucap Ben sambil memandang Eva.
Eva memeluk tubuhnya dengan kedua-dua tangannya.Lelaki ini gila ke?.Dia teringat kejadian tempoh hari di hospital dimana lelaki ini terlanggarnya saat keluar dari lif.
Dimana kopi panas tumpah pada lelaki itu.Dia fikir lelaki ini akan menampar atau memukulnya tapi lelaki itu berlalu pergi tanpa baju.Kali ini gila apa pulak dia nak?.
Kali ini gila apa pulak dia nak?.
Share this novel