BAB 1

Short Story Completed 29431

Berdecit bunyi brek keretanya, dia melangkah keluar dari kereta menuju ke arah pagar rumah itu yang tidak berkunci.Tangannya pantas membuka pagar dan menuju ke arah pintu utama rumah.

Dia melihat dari luar rumah itu gelap gelita tiada satu cahaya pun.Hatinya panas serta merta.Panggilan yang entah keberapa kali itu tidak dijawab langsung.

Dia membuka kunci rumah itu dan masuk ke dalam melihat pada kaca yang bertaburan dilantai rumahnya itu.Dia yakin Eva tidak mengemas langsung.

"Eva!!! Kenapa kau biarkan kaca ni atas lantai...kau nak suruh aku pijak ke?"jerit lelaki itu.Tapi tiada sebarang bunyi orang didalam rumah ini.

Dia menuju ke bilik utama yang diduduki Eva.Pintu ditolak perlahan hatinya mula tidak sedap.Dia terus ke almari baju yang sudah terbuka itu.

Tangannya menyelak tiada satu helai pakaian didalamnya.

"Mana kau pergi Eva!!!!"jeritnya kuat.Dia tak terfikir Eva akan lari dari rumah sewa yang dia bayar ini.Kali ini Eva nampaknya betul-betul nekad tidak peduli tentang ugutannya.

Dia mengenggam tangannya.

"Aku akan cari kau sampai dapat... Eva...kau tak boleh lepas dari aku Eva Leen.Aku akan cari kau jugak..."ucapnya terus keluar dari rumah itu.

Pintu bilik dihempas kuat.

************

Selesai sarapan pagi tadi, Eva banyak menghabiskan diri di taman rumah ini.Rumah yang dia kenal sebagai Laman Firdausi ini sudah menjadi sebahagian daripada dirinya sejak sebulan lepas.

Bonda banyak membantunya untuk bangkit kembali meneruskan hidupnya.Penghuni disini semua peramah dan membuatkan dia senang.

"Kak Eva!!"panggil satu suara yang sangat nyaring.

Dia memandang pada kanak-kanak perempuan yang bernama Liza itu.

"Ya...ada apa?"soal Eva.

"Saja.. Liza tengok Kak Eva sorang dekat sini... Kak Eva baca buku apa?"soal Liza.Eva menunjukkan buku anatomi tentang pembedahan itu.

"Wow....patutlah Kak Eva pandai... Kak Eva tak ikut Bonda dekat dewan makan?"soal Liza.

Eva mengerutkan dahi.

"Ikut Bonda buat apa...ada apa-apa special ke?"soal Eva.

Liza tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa... Bonda jumpa kawan baik Bonda Datuk Reina..."ucap Liza.

Sebaris nama itu cukup asing baginya.Dia tidak pernah dengar langsung nama itu sepanjang berada dirumah ini.

"Ohh... takpelah Bonda sibuk kot tak naklah kacau..."ucap Eva.

Liza menghulurkan sesuatu pada Eva.Eva memandang pada origami berbentuk burung itu.

Eva menyentuh dengan tangannya melihat hasil origami itu.

"Origami burung...Liza buat sendiri ke?"soal Eva.Liza mengangguk perlahan.

"Liza belajar..dari seseorang...yang special..."ucap Liza.

"Dari YouTube ke...tapi menjadilah..cantik..."puji Eva.

"Taklah...dari Abang Ketak...dia ajarkan..."ucap Liza.

Eva tersenyum mendengarnya.Dia memandang origami itu yang sangat cantik.

***********

Cawan teh panas diletakkan pada pinggan alas.Tangannya memeluk tubuh.

"Saya rasa Laman Firdausi ni memang tempat paling tenang yang saya boleh duduk satu hari...hilang segala masalah saya..."ucap Reina.

Zahra tersenyum manis.

"Alhamdulilah....kalau kau rasa macamtu.Datang jelah selalu... lagipun dekat sini ramai yang suka kalau kau datang..."ucap Zahrah.

Reina memandang pada arah budak-budak perempuan sedang duduk di gazebo sambil bercerita.

"Teringat zaman kita muda dulu, macam diaorang jugak.Sekarang ni anak-anak tak melekat dekat rumah pun ada je kerjanya..."ucap Reina.

"Biasalah nama pun zaman dah berubah...manusia pun makin lama makin kerja dunia...Ben tak ikut pulak kali ni?"soal Zahrah.

Reina memandang sahabatnya itu.

"Itu lagi sorang...pening makin tua makin buat saya runsing memikirkan dia...kawan-kawan saya semua dah bercucu cicit..."bebel Reina.

"Sabarlah... mungkin dia nak nikmati zaman bujang dia ni... sebelum dia berkahwin atau sebenarnya dia simpan perasaan pada sesiapa"ujar Zahrah.

Reina menggelengkan kepalanya.

"Tak ada maknanya....dunia dia sibuk dengan kerja...sampai dia lupa umur dia nak masuk 36 tahun depan...bila tanya soal kahwin.... jawapan dia sama je...woman is to complicated"ucap Reina.

Zahrah gelak mendengar cerita Reina tentang anak bujang kawannya itu.

****************

Fail dihempaskan atas meja kuat dan rahangnya nampak seakan bakal koyak sebentar sahaja lagi.

Dennis masuk ke dalam pejabatnya dengan pantas tangannya menutup pintu pejabat.

"How could this happen Den...macam you handle benda ni?"soal Ben sambil mukanya tegang seribu.

"I'm sorry sir...my mistake.. sepatutnya saya semak dulu.."ucap Dennis.

Ben mengurut pelipisnya.Dia meneguk air mineral atas mejanya.

"I want you to settle down on all of this mistake ASAP!!!" arah Ben.

"Okay Sir "ucap Dennis terus keluar dari pejabat.

Ben melonggarkan tali lehernya yang mencekik itu.Dia membuka laci ditepi pahanya.Dia mengeluarkan tablet dan dia menekan butang untuk menghidupkannya.

Dia terpandang bingkai gambar yang terdapat atas meja.Gambar dia dengan anak angkatnya iaitu Inaz Madiha.

Dia tersenyum senget menatap wajah comel itu.

Ketukan pintu menyedarkan dia dalam realiti.Dia menyimpan kembali tablet dalam laci.

Kak Mastura aka Kak Mas pembantu peribadinya yang sudah lama berkhidmat dengannya sejak dia mengelola syarikat mamanya ini.

"Tuan...boleh saya briefing tentang agenda harini?"soal Kak Mas.

"Sure...silakan.."ucap Ben.

Kak Mas membuka iPad ditangannya.Dan mencari memo pada harini.

"Waktu lunch nanti Tuan Ben ada lunch meeting dengan Angkasa Cooperation...dia hantar wakil Cik Carina ilias..."ucap Kak Mas.

Ben mengangkat tangannya pada Kak Mas.

"Wakil dia perempuan seorang...cancel..melainkan dia nak tukar orang..lain.."ucap Ben.

Kak Mas tahu sangat perangai Tuan Ben.Dia paling pantang kalau ada lunch meeting tapi dengan perempuan.Bukan sebab tak suka perempuan tapi dia lebih suka elak sebabnya takut press nampak dan mula buat gosip murahan.Pastu Tuan Ben memang tak pandai nak handle perempuan.

"Baik nanti saya double confirm balik...dan lagi satu Datuk Reina ada telefon Tuan tapi tak angkat katanya dan Datuk pesan suruh telefon semula..."ucap Kak Mas.

Ben melihat telefon pintarnya yang disenyapkan itu.Terdapat beberapa missed call daripada Mamanya.

"Okay itu je... ohhh Tuan Mikha ada bagitahu apa-apa tak sepanjang dia tak ada dekat Malaysia ni?"soal Ben.

"Erm... tak ada cuma dia minta Tuan tengokkan operasi anak syarikat itu je.."ucap Kak Mas.

Ben bangkit dari duduknya dan melihat jam dipergelangan tangannya.

"Erm takpelah...saya nak keluar kejap.. anything else call me.."ucap Ben pada Kak Mas sebelum keluar dari pejabatnya.

Dia memanggil Dennis yang berada dimeja untuk mengikutnya.

"Kita nak kemana Tuan?"soal Dennis.

"Datuk Reina dekat mana?"soal Ben membuka kancing butang pada lengannya dan melipat kemas.

Dennis melihat pada pesanan dalam group Whatsapp "House Of Reina".

"Datuk dekat Laman Firdausi sekarang..."ucap Dennis berjalan disebelah Ben.

"Okay pergi sana terus..."ucap arah Ben.Dennis membukakan pintu untuk Ben.Sebelum dia masuk ke tempat memandu.

**************

Eva terserempak dengan Bonda yang sedang berborak dengan seseorang di dewan makan.Dia mahu berpaling dan berlalu pergi.

Bonda ternampak Eva yang tidak jadi mahu ke arahnya.

"Eva!!!"panggil Bonda.

Eva berpaling dan memandang pada Bonda.Bonda melambaikan tangan padanya.Dia berjalan ke arah wanita itu.

Datuk Reina yang duduk memandang gadis yang sederhana dimatanya itu.

"Siapa ni Zahrah? Saya tak pernah nampak pun..."soal Reina.

Zahrah tersenyum menarik tangan Eva.

"Ni anak angkat saya Eva nama dia...Eva kenalkan ni Datuk Reina kawan baik Bonda"ucap Zahrah pada Eva.

Eva menghulurkan tangan bersalaman dengan wanita itu.

Datuk Reina tersenyum melihat gadis yang manis dimatanya itu.

"Eva buat apa harini?"soal Zahrah.

"Eva baru lepas baca buku....ni nak pergi tolong Liza kejap buat kerja sekolah dekat pondok..."ucap Eva.

"Ohh... okaylah...kalau Eva nak apa-apa bagitahu Bonda..."ucap Zahrah.

Eva mengangguk perlahan dan berlalu pergi.

"Dia duduk dekat sini ke?"soal Reina.

"Ya...dia duduk dengan saya...harini dia cuti tak pergi hospital..kalau tak selalu sibuk juga.."ucap Zahrah.

"Dia doktor ke?"soal Reina.

"Ya... Doktor forensik..."ucap Zahrah.

Datuk Reina diam.Dia memerhati gadis itu.

Kereta terparkir didepan Laman Firdausi.Dennis membuka pintu kereta.

"Mana Datuk Reina?"soal Ben.

"Dewan makan Tuan...arah sini..."ucap Dennis menunjukkan arah.

Dia berjalan menuju ke dewan makan melalui pancuran air kolam ikan yang berada ditengah antara laluan itu.

Dari jauh dia nampak Mamanya sedang berborak dengan Bonda Zahrah.Kakinya mahu diteruskan tapi matanya terpandang pada arah suara yang sedikit menarik pendengarannya.

Dia menjengah sedikit ada seorang gadis duduk membelakanginya dengan rambut yang dilepaskan sahaja menutup wajah pemilik suara itu.

"Tuan..."panggil Dennis.Ben terus melangkah pada dewan makan.

Datuk Reina tidak terkejut melihat Ben yang muncul di Laman Firdausi.

"Ingat tak nak datang..."ucap Reina.

"Ben sihat?"soal Bonda Zahrah.

Ben tersenyum senget.

"Alhamdulilah... sihat..dan makin hensem.."puji Ben dirinya sendiri.

"Kamu dah makan tengahari ke? Kalau belum jom makan sekali?"soal Datuk Reina.

"Belum...kira langkah kananlah ni.."ucap Ben sambil tersengeh-sengeh.

Reina memandang sahabatnya.

"Zahrah ajaklah anak angkat awak sekali?"soal Datuk Reina.

Ben memandang Bonda Zahrah.Sejak bila pulak Bonda Zahrah ada anak angkat ni?.Mesti kecil lagi budak tu?.

"Kejap...itu pun kalau dia nak...sebab kadang dengan orang yang tak biasa dia tak nak.."ucap Zahrah.

Bonda Zahrah mendekati Eva.

Ben dan Datuk Reina hanya memandang.Dan yang lebih musykil Ben tak nampak sisi wajah gadis itu.

Yang dia nampak gadis itu menggelengkan kepalanya.

Zahrah kembali kepada mereka berdua.

"Dia tak nak... katanya nak makan dengan budak-budak lain..jom kita kesana"ucap Zahrah menunjukkan tempat makan mereka.

Datuk Reina mengikut langkah Zahrah.Ben masih menatap pada gadis yang duduk di pondok itu.

"Erm....bagus tak makan sekali...kalau tak potong mood aku nak makan..."ucap Ben mengejar langkah Mama dan Bonda Zahrah.

Eva memalingkan wajahnya dan melihat sekilas seorang lelaki yang berjalan ke arah tempat makan tetamu.

"Ada lelaki ke dalam ni?"ucap Eva dalam hatinya.Dia terpandang pada parut ditangannya.Dia menutup parut itu dengan tangannya.Nafas ditarik dalam-dalam bagi menenangkan hatinya.

Ben tergesa-gesa mahu balik ke pejabat dia berjalan sahaja tanpa peduli apa yang ada depannya sehingga dia terlanggar satu tubuh yang sedikit rendah darinya.

"Aduh!!!" rintih suara itu.Eva mendongak dan terkejut dengan apa yang ada depan matanya.Lelaki ini yang dulu...kopi?.

Ben beriak biasa sahaja.Ahhh...sudah minah ni kenapa?.Aku dah lambat ni...tak ada masa nak buat scene drama pukul 7.

Dia meninggalkan terus minah itu yang masih terkebil-kebil berseorangan.

Ben beriak biasa sahaja.Ahhh...sudah minah ni kenapa?.Aku dah lambat ni...tak ada masa nak buat scene drama pukul 7. Dia meninggalkan terus minah itu yang masih terkebil-kebil berseorangan.

Share this novel

Mermaid_
2023-08-20 16:31:14 

your novel semua nya best takpernah mengecewakan. keep on writing


NovelPlus Premium

The best ads free experience