BAB 19

Short Story Completed 29431

"Minta maaflah kalau kehadiran kami secara mendadak saja..."ucap Datuk Reina pada kawan baiknya.

"Saya faham... lagipun Ben ada bagitahu saya yang Reina nak jumpa dengan Eva.Rumah ni sentiasa terbuka untuk Reina dan keluarga"ucap Bonda Zahrah.

"Itulah...saya pun sebenarnya terkejut sebab masa mula-mula Ben beritahu saya dia suka dekat Eva.Berat hati saya...masa dia bagitahu tu..tapi tulah ibu mana yang nak tengok anak dia bersedih gara-gara menolak aturan Allah"ucap Datuk Reina.

"Saya faham... perkara lepas amat berat untuk Reina lupakan..saya pun ada masa lalu saya...tapi kehadiran Eva dalam hidup saya memberi peluang pada saya untuk jadi seorang ibu balik..."ucap Bonda Zahrah.

Datuk Reina tersenyum manis.

"Boleh saya jumpa dengan Eva?"soal Datuk Reina.

Bonda Zahrah tersenyum dan mengangguk perlahan.

Eva menarik nafasnya dalam-dalam.Dia tak tahu apa yang berlaku dibawah.Kerana dia terlalu gementar untuk berhadapan dengan Datuk Reina.

Ketukan pintu membuatkan Eva berpaling dan dia berdiri tegak.Senyuman diberikan kepada Datuk Reina.

"Eva...."panggil Datuk Reina mendekati gadis itu.

"Ya... Datuk..."jawab Eva.

Datuk Reina meraih tangan Eva dan dipegangnya.

"Aunty minta maaf dengan Eva sebab bersikap macam budak-budak layan Eva.Aunty tak sepatutnya layan Eva macam tu.Aunty tak percaya Eva mampu buat anak Aunty benar-benar sayang pada Eva"ucap Datuk Reina memegang pipi Eva.

"Eva pun nak minta maaf kalau kehadiran Eva mengganggu Aunty dengan Ben.Eva tak boleh tipu perasaan dalam diri Eva.Ben terlalu jaga Eva dan lindung Eva.Aunty patut beruntung"ucap Eva.

Datuk Reina mengangguk perlahan dan tersenyum manis.

"Jaga anak Aunty baik-baik...kalau dia nakal tarik je telinga dia..."pesan Datuk Reina.

Eva tergelak kecil.Hilang rasa gementar dalam dirinya apabila Datuk Reina berkata begitu.

"Insyallah.... Eva akan dengar cakap Aunty..."ucap Eva.

Datuk Reina memeluk tubuh gadis itu.Eva membalas pelukan itu.

"Terima Kasih....Eva"ucap Datuk Reina.

Pelukan dileraikan.

"Jom...turun... Aunty ada kejutan untuk Eva..."ucap Datuk Reina menarik tangan Eva keluar dari bilik.

Ben dah tak keruan.Mamanya terlalu lama di atas.

"Bonda saya naik atas boleh tak?"soal Ben pada Bonda Zahrah.

"Ben...duduk...dan tenang...kejap lagi diaorang turun.."ucap Bonda Zahrah menghalang anak teruan itu.

Ben mendengar suara dari arah tangga.Dia bangkit dari duduknya.Dan memandang Eva yang berbaju kurung berwarna putih dengan bunga-bunga kecil turun ke ruang tamu.Dia tersenyum manis.

"Hai Ben senyum tu tutup sikit mulut"ucap Datuk Reina sambil menepuk lembut lengan anaknya.

Eva duduk disebelah Bonda Zahrah.

"Saya ingat tadi ada bidadari turun..awak cantik harini.."puji Ben.Eva dah malu-malu kucing.

Datuk Reina menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu kita teruskanlah senang cerita.Saya ada bawa cincin merisik untuk Eva"ucap Datuk Reina.

Ben memandang Datuk Reina.

"Mama....tak cakap dengan Ben pun nak merisik Eva..."ucap Ben.

"Ini hal orang tua...kamu tu apa tahu...kalau ikut kamu tu rasanya terus nikah agaknya?"soal Datuk Reina.

"Takdelah....benda macam ni lambat sangat...kalau Ben terus nikah saja...senang...kan Eva?"soal Ben sambil memandang Eva.

Datuk Reina menampar muka Ben lembut.

"Nak kahwin biar Mama uruskan...jangan nak banyak mulut...Zahrah ni cincin untuk Eva "ucap Datuk Reina mengeluarkan cincin dan diberi pada Bonda Zahrah.

"Saya ikut je...kalau dua-dua dah suka..lagi cepat lagi bagus untuk elak dari berlakunya maksiat..."ucap Bonda Zahrah.

"Saya setuju...dengan Bonda..."sampuk Ben.Lagi sekali pipinya terasa pedih ditampar oleh Datuk Reina.

Eva dah tergelak kecil didepannya.

"Mama spoil betul...depan bakal isteri Ben...dua kali Mama tampar..."ucap Ben.

Cincin itu disarungkan pada jari Eva sebagai tanda yang dirinya sudah ditempah oleh Ben.

"Jadi Ben...nak ada majlis tunang atau terus nikah?"soal Datuk Reina.

Ben memeluk tubuhnya dengan gaya merajuk.

"Mama tanya ni? Cepatlah.."tegas suara Datuk Reina.

"Okay... serius...Ben nak nikah terus..nanti lambat dapat anak... Ben ni dahlah..nak masuk 37 tahun...Ben kena pecut kalahkan Mikha..."ucap Ben.

Eva mencerlung tajam pada lelaki itu yang selamba berkata sebegitu.

"Macamana Zahrah?"soal Datuk Reina.

"Saya dari pihak perempuan tak ada masalah...kami ikut saja perancangan dari pihak lelaki "ucap Bonda Zahrah.

"Alhamdulilah...kalau macam tu..kena buat persiapan dari sekaranglah....dan Ben.. Mama nak kamu pergi tuntut ilmu dengan Mikha"ucap Datuk Reina.

"Ben..pulak... Kenapa Mikha? Tak ada orang lain ke?"soal Ben.

"Macam-macam alasan..."ucap Datuk Reina.

"Bonda nak pinjam Eva kejap boleh... Bonda dengan Mama discuss lah apa-apa"ucap Ben menarik tangan Eva keluar dari situ.

Mereka tersenyum melihat gelagat dua orang itu.

***************

Dengan tiga kali lafaz akhirnya Ben selamat menjadi suami kepada Eva yang diadakan dengan penuh meriah di Laman Firdausi.

Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran kenalan Ben dan rakan sekerja Eva.Mikha dan Iris turut hadir memeriahkan majlis bersama Inaz.

Ben memegang tangan Eva tak nak lepas berjumpa dengan para tetamu yang hadir.

"Tahniah....dulu saya dengar je nama awak..tapi Ben tak pernah bawa awak jumpa saya.."ucap Iris.

"Terima Kasih Kak Iris...sudi datang walaupun dah sarat..."ucap Eva sambil memegang perut Iris.

"Sama-sama....lepas ni tak bolehlah nak drop Inaz dekat rumah Ben sebab tak boleh diganggu dah.."gurau Iris.

"Boleh je...kalau Kak Iris nak Eva jaga Inaz"ucap Eva.

"Kak Iris doakan semoga dipermudahkan urusan korang berdua nak tempoh alam perkahwinan ni.Banyakkan sabar dalam setiap dugaan.Kalau perlukan nasihat jumpa Kak Iris atau senang telefon je..kita boleh buat sesi luahan perasaan"ucap Iris.

Eva mengangguk perlahan.

"Terima Kasih Kak Iris...banyak tolong juga.."ucap Eva memeluk tubuh Iris.

"Ni Kenapa ada masalah ke?"soal Ben yang mencelah.Dia meraih pinggang Eva.

"Tak isteri Abang ada ajar yang bukan-bukan ke dekat Eva?"soal Mikha.

"Mana ada...cuma sedikit woman talk..mana boleh bagitahu..."ucap Iris.

"Ermmmm...lepas ni makin keraplah berduanya mengumpat kau dengan aku.."ucap Mikha.

Ben memandang Eva.

"Ye ke?"soal Ben.

Eva buat tak tahu.

************


Eva mencuci mekapnya terlebih dahulu kerana dia rasa rimas sebab mukanya terasa berat.Bulu mata palsu dicabut dan kanta mata juga dikeluarkan dan diletakkan dalam bekas.

Dia mengelap mukanya setelah selesai mencuci mekap.Dia keluar dari bilik air melihat Ben sudah baring atas katil miliknya dengan baju baju melayu belum dibuka lagi.

Dia berdiri didepan meja solek meletakkkan perhiasan yang dipakainya atas meja takut hilang.Tangannya mencapai zip dibelakang untuk membuka bajunya.Tapi susah sehingga ada satu tangan yang tiba-tiba menyentuh belakangnya.

Dia mendongak memandang cermin rupanya Ben berdiri dibelakangnya.

"Kenapa tak suruh saya buka?"soal Ben begitu dekat ditelinganya.

"Erm..saya ingat awak tidur tadi..tak nak...kacau..."ucap Eva penuh debar.

"Saya suami awak... sekarang...awak minta apa pun saya tolong..."ucap Ben menarik perlahan zip baju Eva.

"Stop..."ucap Eva membuatkan Ben terhenti.Dia berpusing menghadap lelaki yang sudah bertukar status pada suaminya itu.

Ben memandang Eva.

"Erm.....saya...malu...sebab badan saya...ada..."ucap Eva.

"Parut...Eva... saya pun ada parut...awak tak ingat?"soal Ben.

"Saya tahu...tapi saya...tak..."ucap Eva teragak-agak.

"Show me...."ucap Ben serius.Eva akur dan berpaling kembali.

Ben membuka perlahan zip baju Eva sampai ke bawah.Eva memejamkan matanya rapat.Ben tenang melihat parut itu.

Dia menarik Eva dan memeluk tubuhnya dari belakang.

"It's okay.... it's just a scar"ucap Ben mencium bahu isterinya.

Eva menitiskan airmatanya sebaik sahaja suaminya berkata begitu.

Dia memusingkan Eva memandangnya.Air mata itu dikesat lembut.

"Tak perlu ingat masa lalu awak... sekarang saya masa depan awak..."ucap Ben.

Eva mengangguk perlahan.Ben mendekati bibirnya menyentuh bibir isterinya.

Eva menolak tubuh suaminya.

"Kenapa?"soal Ben.

"Dekat luar...... tu terang lagi..."ucap Eva menunjukkan hari masih cerah.Pipi isterinya sudah merah padam.

Ben tersenyum nakal.

"Kalau siang kenapa?.Saya bekerja siang malam"ucap Ben menarik Eva rapat padanya dan dia menarik Eva ke atas katil.Eva menjerit kecil.

Ben meluahkan rasa cintanya pada Eva.Dan baju Eva diselak dan disentuh parut yang berada diperut Eva itu.

"I will make you forget about your past"bisik Ben lagi.

Eva menitiskan airmatanya.Ini airmata kegembiraannya.Gembira dia berkahwin dengan insan yang menerimanya.

Eva menitiskan airmatanya.Ini airmata kegembiraannya.Gembira dia berkahwin dengan insan yang menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience