Bunyi loceng rumah menyentak Mikha yang sedang melayan Inaz diruang tamu.
"Sayang duduk kejap..."ucap Mikha bangkit dan menuju ke arah pintu.
Pintu dibuka dan muncul Ben dengan wajah yang kusut masai.
Ben terus masuk dalam rumah tanpa berkata apa-apa.
Mikha menutup kembali pintu.Dia memeluk tubuh memandang Ben yang duduk melayan Inaz.
"Hei bro kau bagi salam pun tidak pastu terus masuk main dengan anak aku.."tegur Mikha.
"Kau pun nak marah aku..."ucap Ben.
Mikha duduk di sofa.
"Kau kenapa macam baru lepas hilang bini?"soal Mikha.
"Aku kusutlah..."ucap Ben.
Mikha memandang Ben didepannya.Kali terakhir Ben macam ni seingat dia waktu sekolah menengah dulu.Ketika Datuk Bakrie tinggalkan keluarga demi ikut perempuan lain.
"Kusut pasal Eva?"soal Mikha yang meneka.Ben bangkit dan duduk disebelah Mikha.
"Dia nampak aku tengking Dennis tadi....pastu aku ada kasar dengan dia tadi..."ucap Ben.
Mikha mengeluh berat.
"Itulah kau...baran tak bertempat...kau pun tahu Eva macamana?.Dia tak suka orang yang suka menengking tanpa sebab.Kau cederakan dia ke?"soal Mikha.
Ben menggelengkan kepalanya laju.
"Tak...tapi aku...."ucap Ben terhenti dia mendongak memandang siling ruang tamu itu.
Mikha memandang Ben.
"Tapi apa?"soal Mikha.
Airmatanya dah mengalir dibiarkan.
"Aku cium dia tadi...."ucap Ben.
"Bro!!!! what the heck!!!"ucap Mikha kuat dan mencerlung tajam pada Ben.
"Aku tahu aku salah... Mikha...aku salah...tapi aku tak nak semua tu...aku tengah marah... tiba dia muncul..."ucap Ben mengesat kasar air mata di hujung matanya.
Mikha bangkit dari sofa.
"Kau tak boleh buat dia macam ni... kau kena jaga hati dia Ben... Kau dah sampai tahap ni.. tinggal nak kahwin dengan dia..."ucap Mikha.
Ben menundukkan wajahnya.
"Aku tahu kepercayaan aku pada dia dah hancur...hati dia pun dah hancur..."ucap Ben.
Mikha terdiam dia sendiri tak tahu nak cakap apa.Mikha mendekati Ben dan menepuk bahu Ben.
"Sabar....Bro..."ucap Mikha.
"Aku nak tidur sini malam ni"ucap Ben tiba-tiba.
Mikha tercengang.
"Apa?....kau bukan ada rumah ke asal nak tidur rumah aku pulak?"soal Mikha.
"Aku tak boleh balik rumah... Eva ada dekat mana-mana..."ucap Ben.
"Eva tu hantu ke?"soal Mikha.
Ben menjelingkan matanya.
Iris yang turun ke bawah mendengar perbualan yang rancak.
"Lah...ingat siapa datang tadi?"soal Iris yang berjalan ke ruang tamu.
"Ben...ni...datang luah masalah..."ucap Mikha menuju ke arah Iris.
"Masalah apa?"soal Iris.
"Masalah orang bercinta..."ucap Mikha memaut bahu isterinya.
Ben memandang Iris.
"Iris boleh tak malam ni saya tidur sini...malam ni je..."ucap Ben.
Iris memandang Mikha.
Mikha mengangguk perlahan.
"Boleh je...rumah ni ada bilik tetamu...nanti suruh Mikha bagi awak baju...saya tengok baju awak tu basah dengan airmata...nanti saya suruh Kak Ton buatkan air..."ucap Iris pada Mikha.Iris menuju ke dapur.
"Okay Sayang hati-hati"ucap Mikha pada isterinya.
"Isteri kau juga baik bagi aku tumpang sini.."ucap Ben mendatar.
"Hello...ni rumah aku tau...nak kena halau ke?"soal Mikha yang bercekak pinggang.
"Eleh...rumah memang rumah kau tapi mem besar tu..berani ke?."ucap Ben memuncungkan bibirnya pada Iris.
Mikha mengetap giginya geram.
Ben menuju ke arah Inaz.
"Malam ni kita boleh spent time lama dengan Uncle"ucap Ben mendukung Inaz dan digomolnya.
"Kau tak nak pergi pujuk dia ke?"soal Mikha.
Ben buat tak tahu saja dengan cakap Mikha.
**************
Eva memandang jarinya yang dah tak ada cincin itu.
Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya sejak balik tadi.
"Kak Eva..."tegur Liza yang melihat Eva duduk ditaman berseorangan.
Liza duduk sebelah Eva.
"Kak Eva ada masalah dengan Abang Ben ya?"soal Liza.
Eva memandang Liza.
"Tak ada manusia yang tak ada masalah dekat dunia ni...cuma Kak Eva ni mungkin salah satu manusia yang takkan lepas dari masalah..."ucap Eva.
"Abang Ben tu baik orangnya....kalau dia datang sini...semua orang akan senang dengan dia...kadang dia main bola jaring dengan kitaorang... kadang main gitar...dan yang paling dia suka buat origami... especially origami burung...kadang dia duduk sorang-sorang dia boleh habiskan satu bundle kertas dengan origami burung tu.."ucap Liza.
Liza mengeluarkan balang kaca dibelakangnya dan diserahkan pada Eva.
"Ni semua Abang Ben yang buat.Liza selalu kumpul sebab rasa membazir nak buang"ucap Liza.
Eva menyambut balang kaca itu.Dia melihat origami burung dalam balang itu.
"Liza....berapa lama Liza kenal dia?"soal Eva.
Liza memandang ke depan.
"Erm...lama juga sejak Liza sekolah rendah...dulu Abang Ben tak banyak cakap pun..kalau nampak kitaorang dia selalu elak....tapi lama-lama dia datang sini jumpa dengan kitaorang...nampak perubahan dalam diri dia..."ucap Liza.
Eva memandang balang itu.Hatinya sakit dengan kejadian siang tadi sebenarnya.Keluhan muncul dalam hatinya.
**************
"Ben sukakan Eva..."ucap Bonda Zahrah.Dia memicit dahinya dengan perbualannya dengan Zahrah petang tadi.
Dia membuka pintu bilik Ben.Gelap dan sunyi bilik itu menandakan anak terunanya tidak balik ke rumah lagi malam ni.
"Abang nak tinggalkan saya demi perempuan tu!!!"jerit Datuk Reina.
"Aku minta izin kau untuk aku kahwin lagi...tapi kau tak izinkan...jadi aku pilih untuk kahwin dengan dia..."ucap Datuk Bakrie.
Datuk Reina mengejar langkah suaminya.Ben menyorok disebalik pintu bilik.
"Abang tak boleh buat saya macam ni....apa yang saya tak bagi pada Abang....apa kurangnya saya..."ucap Datuk Reina.
"Kau dah jadi isteri yang sempurna untuk aku Reina tapi dia perlukan aku..."ucap Datuk Bakrie mengambil baju masuk ke dalam bagasi.
Datuk Reina mengeluarkan semua baju Datuk Bakrie dalam beg.
"Reina....kau jangan sampai aku..."ucap Datuk Bakrie dengan marah.
"Jangan sampai apa... bagitahu aku cepat...kau nak ceraikan aku silakan...."cabar Datuk Reina pada suaminya.
"Mama!!! Papa!!!"panggil Ben yang masuk dalam bilik.
"Cepatlah....depan Ben awak lepaskan saya .."ucap Datuk Reina.
"Ma...apa ni?"soal Ben marah.
Datuk Reina mengoyangkan tangan Datuk Bakrie.
"Cepatlah.... ceraikan saya..."ucap Datuk Reina memukul dada Datuk Bakrie.
"Okay fine!!! Reinawati Binti Abdul Ghafar aku ceraikan kau dengan talak satu.Anak aku serah pada kau..."ucap Datuk Bakrie .
Datuk Reina terjelepok di lantai bilik.Ben berlari mendapatkan Mamanya.
"Pa....apa ni?"soal Ben pada Datuk Bakrie yang bersedia mahu keluar dari rumah dengan membawa beg.
Itulah kali terakhir dia dan Ben melihat bekas suaminya.Tiada khabar berita mahupun panggilan lagi.
Datuk Reina berteleku atas sejadah memohon keampunan atas dosanya.Dia terlalu takut dengan bayang-bayang hidupnya.
************
Ben melompat melepasi tembok batu.Tangannya membuka pintu balkoni yang tapi pintunya tidak berkunci.
"Ishhh bahaya betul Eva ni...tak kunci pintu...macam nak serah diri je.."bebel Ben dalam hati.
Dia menjenguk ke dalam bilik itu terpandang Eva yang sedang tidur atas katil.
Topeng dibukanya dan disimpan dalam hoodie hitam milik Mikha itu.
Dia memandang wajah itu yang tenang tidur.
"Sorry....kalau aku buat hari kau kacau harini...aku tak sengaja...."ucap Ben.Dia terpandang ada lipas merayap mendekati Eva.
Lalu dia menundukkan badannya mahu menangkap lipas itu.
"Bukan takat nyamuk aku boleh bunuh lipas pun boleh"bebel Ben.
Eva terjaga dan terpandang Ben yang sedang berada atas badannya.
"Arghhhhhh"jerit Eva tapi Ben terus menekup mulut itu supaya tidak mengganggu orang lain.Eva mencapai pisau pada bawah bantalnya dan menghunus pada Ben.
Pisau ditangan dilepaskan kebawah.Dia memandang tangannya.
Ben tertunduk kesakitan sambil memandang Eva yang masih terkejut.
"Benci betul awak dengan saya nampaknya..."ucap Ben melihat mengangkat sedikit hoodie itu.Darah mengalir laju.
"Awak tu yang ngendap masuk bilik saya kenapa? Lepas tu dekat dengan saya..."ucap Eva.
Ben menekan perutnya.
"Sebab ada lipas nak dekat dengan awak.."ucap Ben serius.
Eva terdiam.
Dia menuju ke bilik air mengambil kotak kecemasan dan beberapa peralatan.
Baju hoodie Ben diselak.Eva menekap kain kasa pada luka itu untuk menghentikan darah.
Ben menarik nafas menahan sakit.
"Kenapa tak kunci pintu...nak biar orang jahat masuk?"soal Ben memandang Eva yang sedang menekan perutnya.
"Orang jahat tu awaklah..."ucap Eva mendatar.Eva mengambil jarum dan benang untuk menjahit sikit luka itu.
Wah deep betul!....
"Memang saya jahat...saya jadi jahat sebab nak lindung awak..."ucap Ben.
Eva tidak terkesan dia mencucuk jarum dan menjahit sikit luka itu.
Ben mengetap giginya sakit.
"Awak tak bagi saya bius pun..pastu main jahit je..ingat saya mayat ke?"bebel Ben.
"Kalau awak tu mayat pun saya jahit juga.especially mulut awak...."jawab Eva.
"Wah...deep betul ni..."ucap Ben membelek perutnya.Sial punya lipas tak pasal-pasal berparut perutnya.
Eva melekatkan kain pada luka itu.
"Dah siap "ucap Eva menyimpan kembali kotak kecemasan.
"Nampaknya kita sama sekarang..."ucap Ben menurunkan hoodie itu.
Eva berpaling.
"Apa yang sama?"soal Eva pada Ben.
Ben tersenyum memandang wajah gadis itu.Eva merenung tajam pada Ben yang seakan memainkannya.
Ben tersenyum memandang wajah gadis itu.Eva merenung tajam pada Ben yang seakan memainkannya.
Share this novel