BAB 16

Short Story Completed 29431

Eva memandang lelaki itu yang berdiri sambil memegang perutnya.

Lelaki itu mendekati dirinya.

"Apa yang sama?"soal Eva sekali lagi.

Anak mata Ben bertemu anak mata Eva.Ada getaran dalam hatinya saat ini.Perasaan apakah ini?.

Ben menarik hoodienya sambil menunjukkan pada luka tadi.

"Sama-sama ada parut...saya anggap ni parut perjuangan saya untuk dapatkan awak"ucap Ben sebelum berlalu ke arah balkoni.

Eva berlari ke arah lelaki itu dan menahan lengannya.Ben memandang Eva.

"Tuan nak pergi mana?"soal Eva sambil tangannya masih memegang lengan Ben.

Ben tersenyum nakal memandang Eva.Eva mengundurkan dirinya.

"Kenapa....awak nak saya teman awak dalam bilik ni? Saya okay je kalau awak okay?"soal Ben mendekati Eva.Eva terhenti di almari baju.

Ben meletakkkan tangan pada almari dan merenung tajam pada Eva.

"Awak nak buat apa ni?"soal Eva risau.

"Tadi awak halang saya...balik..."ucap Ben.

Eva tersenyum sinis.

"Awak jangan ingat saya lupa apa yang awak dekat saya? Dan jangan ingat saya dah maafkan awak?"ucap Eva sambil mengetap giginya.

Ben tersenyum manis menampakkan baris giginya.

"Okay...saya nak baliklah.. sebelum saya jadi mayat dekat sini..."ucap Ben memalingkan wajahnya.

"Jangan lalu situ...luka awak baru lagi..."ucap Eva.

Ben mengerutkan dahi.

"Kalau tak boleh nak lalu sini nak lalu mana?"soal Ben.

Eva menjengahkan kepalanya keluar pintu bilik.Tiada sesiapa pun yang berada diluar.Ben dibelakang Eva hanya mengikut.

Eva melihat diruang bawah.Dia menuruni tangga perlahan-lahan.Ada penghuni disitu yang berjalan ke dapur.Eva berpusing dan membenamkan mukanya pada dada Ben.

"Ada orang tak?"soal Eva.Ben melihat tiada sesiapa pun.Tapi dia suka bila Eva berada dekat dengannya.

"Ada lagi....jangan gerak"ucap Ben menipu.Dia tersenyum senget melihat Eva menyorok pada badannya.

Eva tersedar yang dia terlalu dekat dengan lelaki itu.Dia menjarakkan dirinya dan melihat dibawah tak ada orang.

"Jom ikut saya"ucap Eva secara automatik menarik tangan Ben turun dari situ dan berlari ke arah taman.

Ben memandang tangannya yang masih dipegang Eva.

"Awak boleh balik sekarang..."ucap Eva.

"Saya memang nak balik tapi tangan saya macamana?"soal Ben.

Eva pelik dan memandang pada tangannya yang masih menyentuh tangan lelaki itu.

Eva cepat-cepat melepaskan sentuhan itu.

"Saya balik dulu...jaga diri awak..."ucap Ben sambil merenung mata. Tangannya naik menyentuh rambut Eva.Dia nak menikmati saat ini.

Eva tak tahu kenapa dia rasa sebak dengan ungkapan itu.Seolah-olah itu akan jadi pertemuan mereka yang terakhir.

"Saya gagal dalam lindung hati awak...saya gagal rawat luka awak...saya gagal... untuk jadi penjaga awak yang baik"

Tangannya menyentuh pipi Eva.Eva nampak keliru.

Ben menarik nafas dalam-dalam dan terus berjalan keluar dari situ.

Tangannya membuka pintu kereta,dan dia terkejut badannya dipeluk dari belakang.

"Eva...."ucap Ben cuba meleraikan pelukan tapi Eva mengetatkan pelukan.

"Jangan...jangan....awak tak gagal rawat luka saya...awak tak gagal...untuk lindung saya...tapi saya yang butakan hati saya untuk tutup semua yang awak buat untuk saya..."ucap Eva.

Ben memejamkan matanya rapat.Dia memandang perutnya.

"Kenapa awak diam... cakaplah sesuatu dengan saya....awak kan suka bebel pada saya.... kenapa awak diam?"soal Eva mengoncang badan Ben.

Ben berpusing menghadap Eva.

"Awak cakap apa ni?"soal Ben.

"Saya cintakan awak...."ucap Eva memandang lelaki itu.

Ben menunjukkan muka seriusnya pada Eva.

"My love is too limited for someone that is unlimited"ucap Ben.

"Ahhh???"soal Eva tak faham.

"Awak kan dah buang cincin saya bagi awak... jadi saya ingat semua dah tamat...awak kan tak nak ada commitment dengan saya...saya kan jahat... orang jahat tak sesuai untuk orang baik"ucap Ben sambil mengangkat keningnya.

"Maknanya awak serius dengan hal ni?"soal Eva.

Ben mengeluarkan sebatang rokok dan diletakkan dimulutnya.Eva geram melihat rokok itu.Dia mengambil dan dipijaknya.

"Eva!!"jerit Ben.

"Kenapa marah? Awak memang tak sayangkan diri awak?"soal Eva.

Ben diam.

"Saya sayangkan awak...saya nak habiskan sisa hidup saya dengan awak..."ungkap Eva.

Ben menoleh mahu masuk dalam kereta.

Eva merenung tajam pada Ben.Tangannya digenggam geram.

"Awak yang sorok Jefri kan?"soal Eva pada Ben.Tangan Ben berhenti dan dia menoleh pada Eva.

Dia kembali masuk dalam kereta tanpa menghiraukan Eva.

Eva mendekati cermin kereta yang bertutup itu.

"Bawa saya jumpa dia...."ucap Eva.Ben memandang gadis itu.Pedal minyak ditekan terus meninggalkan Laman Firdausi.Eva memandang kereta itu hilang dari pandangan matanya.

Ben menekan pedal minyak laju.Tangannya mengenggam kuat stereng kereta.Dia mengeluarkan cincin yang dijadikan rantai lehernya itu.

Dia memejamkan matanya dan memusingkan stereng kereta kembali ke Laman Firdausi.

Eva duduk ditaman dia memandang telefonnya yang hampir nak pukul 4 pagi itu.Dia menyandarkan tubuhnya.Kalau dia masuk tidur sekarang pun dia takkan dapat lelapkan mata.

Ben menghentikan keretanya.Dan keluar terus mencari dimana Eva berada.

Dia terpandang dibawah pokok berdekatan ada Eva duduk sambil bersandar.Dia berlari ke arah itu.

"Eva...."panggil Ben yang tercungap-cungap berlari.

Eva bangkit memandang Ben.Bukan ke tadi lelaki ini dah balik.

"Awak buat..."ucap Eva.Ben terus memeluk tubuh itu.

"Saya tak boleh....tak boleh...saya tak boleh...elak awak...sejak dari awal lagi awak memang ada dalam hati saya..jiwa saya meronta.. kalau saya buat tak tahu pada awak...."ucap Ben.

Eva membalas pelukan Ben dengan senyuman dibibir.

************

Mikha memandang hoodie yang dia bagi pada Ben semalam.Dan dia memandang Ben yang masih tidur.

"Hoi bangun..."kejut Mikha sambil membaling bantal dekat muka Ben.Ben terpisat-pisat memandang Mikha.

"Kacau aku tidur..."ucap Ben bersandar pada kepala katil tanpa berbaju.

Mikha duduk dikatil.

"Aah yelah orang tidur kau pergi jadi kluang man dekat luar tu..ni apahal bertampal perut kau ni?"bebel Mikha.

Ben tak sangka dia boleh dengar bebelan Mikha.Rasanya lama taik telinganya tidak cair.

"Ni namanya tanda cinta...buah hati aku tikam aku semalam"ucap Ben dengan muka bangga.

Mikha menggelengkan kepalanya.

"Jadi kau banggalah...silap aku tak suruh Eva bunuh je kau semalam"ucap Mikha serius.

"Deep betul ni!!!"ucap Ben.

Mikha bangkit dari katil.

"Kalau kau sayangkan kenapa tak kahwin cepat-cepat dengan dia?"soal Mikha pada Ben.

Ben menggaru kepalanya yang gatal.

"Aku ada masalah dengan Mama sekarang.."ucap Ben memandang Mikha.

Mikha mengerutkan dahi.

"Pasal kes Papa kau ke?"soal Mikha.

Ben mengangguk laju.

"Dia masing trauma dengan apa yang jadi dulu...bila nampak Eva dia teringat pada perempuan tu...sebab kebetulan nama Eva sama dengan penyondol tu.."ucap Ben.

Mikha memeluk tubuh.

"So apa plan kau sekarang? Mak angkat Eva macamana?"soal Mikha.

"Itu sekarang tengah fikir... Mak angkat Eva tak ada masalah...dia siap minta aku untuk yakin kan Mama "ucap Ben.

"Macamana dengan Jefri? Takkan kau nak simpan dia sampai bila-bila..."ucap Mikha.

"Itu masalah besar... Eva nak aku bawa dia jumpa Jefri... rahsia aku dah tak selamat.dah.."ucap Ben bercekak pinggang.

"Kau yang cari masalah pandai-pandailah settle.Jangan libatkan aku...pulak..dah pergi mandi tu baju semalam Kak Ton dah gosok..aku tunggu nak breakfast dekat bawa"ucap Mikha menuju ke pintu.

"Eh Mikha aku minta satu benda lagi?"soal Ben memandang Mikha.

"Apa dia?"soal Mikha.

"Aku nak pinjam kau punya boxer boleh...aku dah seharian tak tukar boxer..rimas dah ni..boleh ya..nanti letak atas katil aku nak pergi mandi..."ucap Ben terus melangkah ke bilik air.

Mikha menggengam tangannya.

"Boxer aku pun kau nak rembat ke? Kaulah satu-satunya tetamu yang paling malang aku pernah jumpa...nasib bini aku kau tak rembat"bebel Mikha diluar bilik air.

"Alah...aku pinjam boxer kau bukan seluar dalam bini kau..."jerit Ben dalam bilik air.

Bummmmmm!!!!!!

Mikha menutup kuat pintu bilik.

************

Ben masuk ke dalam rumah.Dia melihat Datuk Reina duduk diruang tamu berseorangan.Dia membatalkan niatnya mahu menegur.Datuk Reina melihat Ben yang sudah balik.

"Ben...."panggil Datuk Reina.

Ben berhenti melangkah.Kakinya berpusing dan menuju ke arah Datuk Reina.

"Ben pergi mana?"soal Datuk Reina.

"Rumah Mikha"ucap Ben sepatah sambil menundukkan wajahnya.

Datuk Reina menarik nafas lega.

"Mama nak cakap dengan Ben pasal Eva"ucap Datuk Reina.

"Kalau Mama minta Ben putuskan hubungan dengan Eva.Ben cakap awal-awal yang Ben takkan putuskan hubungan dengan Eva"ucap Ben tidak memandang wajah Mamanya.

Datuk Reina tersenyum sedikit.

"Mama nak Ben bawa Mama jumpa Eva..."ucap Datuk Reina.

Ben mendongak memandang wajah Mamanya.Jumpa Eva? Untuk marah Eva ke?.


"Dr Kamala..."panggil Eva.Dr Kamala berpaling sebaik namanya diseru.Eva berlari ke arah Dr Kamala.

"Ehh..Dr Eva...ada apa?"soal Dr Kamala.

"Boleh saya tahu Dr Qasha mana? Sebab saya dah lama tak nampak dia.."ucap Eva.

"You tak tahu ke?"soal Dr Kamala.

"Tahu apa?"soal Eva semula.

"Dr Qasha dia dapat tawaran dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk buat research study"ucap Dr Kamala.

"Ohhh...?"

Kenapa semua orang tahu tapi dia sendiri tak tahu tentang itu?.Dr Qasha sengaja tak nak bagitahu dia ke?.Aku kan satu jabatan je dengan dia.

Kenapa semua orang tahu tapi dia sendiri tak tahu tentang itu?.Dr Qasha sengaja tak nak bagitahu dia ke?.Aku kan satu jabatan je dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience