BAB 18

Short Story Completed 29431

Kakinya melangkah mengikut belakang Ben memasuki satu ruang yang agak asing.Bilik yang gelap itu diterangi cahaya.

Ditengahnya terdapat sebuah bilik kecil.Eva memandang bilik itu dan Ben.

"Buka dan keluarkan dia"arah Ben pada Dennis.Dennis mengangguk dan mengeluarkan kunci lalu membuka mangga pada pintu dan mengarahkan dua orang lelaki lain mengeluarkan Jefri dari kurungan.

Ben mengeluarkan topeng lalu dipakainya pada mukanya.

Eva melihat lelaki yang keluar dari bilik kurungan itu.

Lelaki itu meronta-ronta supaya dilepaskan.Dia mendongak memandang wajah yang sudah lama dia cari.

"Eva...."panggil Jefri.

Eva hanya memandang kosong wajah itu.Wajah lelaki itu penuh dengan lebam dan terdapat darah kering dihujung bibir mungkin dipukul oleh Ben ataupun orang-orang suruhan Ben.

"Kau bersubahat dengan diaorang ni...pukul aku..."ucap Jefri.

Ben memeluk tubuh memandang Eva yang masih diam tidak bersuara.Dia tahu Eva lebih kuat sekarang daripada dulu jadi dia tak hairan kalau Eva melihat nasib Jefri sekarang.

Eva mengenggam tangannya kuat menahan geram.

"Lepaskan ikatan dia"arah Ben pada anak buahnya.

Ikatan pada tangan Jefri dilepaskan.

"Memang aku yang suruh diaorang tangkap kau dan pukul kau....kenapa...sakit...pedih...macam tulah aku rasa...masa kau..pukul...aku dulu...Kau binatang..."ucap Eva pada muka Jefri.

Jefri tersenyum sinis.

"Habis kau upah orang pukul aku....tak ke kau sama juga binatang..."ucap Jefri.Ben geram maju mahu menumbuk Jefri.Nasib tangan Eva pantas menghalang tindakan Ben.

Ben memandang Eva.Dia kembali ke posisinya dan menghela nafas panjang.

"Aku tak nak ada kena mengena dengan kau lagi...kau bukan sesiapa pada aku..."ucap Eva.

"Aku sayangkan kau sebab tu aku tak suka kau dekat dengan mana-mana lelaki Eva.Eva tolong aku....bawa aku keluar dari sini...bawa aku keluar dari neraka ni..."rayu Jefri cuba mendekati Eva tapi tangan Ben menarik Eva ke belakangnya.

Jefri memandang lelaki didepannya yang bertopeng.

"Kau ni siapa sebenarnya?"soal Jefri mencerlung tajam pada lelaki misteri itu.

Ben tersenyum senget.

"Aku...tak setaraf dengan kau...kau manusia jijik aku pernah jumpa...Eva apa awak nak buat dengan dia?"soal Ben memandang Eva dibelakangnya.

Eva mendekati dirinya.

"Buat je apa-apa asalkan jangan bunuh dia.."bisik Eva.

Ben tersenyum sambil mengangguk perlahan.Jefri bengang dia bangun terus menolak lelaki depannya hingga jatuh dan menarik tangan Eva.

Semua anak buah Ben mengeluarkan pistol menghala pada Jefri.Jefri memegang leher Eva.

Ben tersenyum senget melihat Jefri.

"Kalau kau dekat aku patahkan leher dia"ugut Jefri.Eva kekal tenang memandang Ben didepannya.Ben bangkit dari lantai dan memandang Jefri.

"Silakan...senang aku nak tanam dia sekali dengan kau.."ucap Ben.Eva mencerlung tajam pada lelaki itu.

Ben mengenyitkan mata pada Eva.

"Kau jangan main-main dengan aku...Aku kalau kata buat aku buat"ucap Jefri menekan leher Eva.

"Relakslah kau memang hidup untuk pukul orang ke?"soal Ben sambil memeluk tubuh dan mengeluarkan rokok dalam poket seluarnya dan dihidupkan.

Eva merenung tajam pada Ben yang kelihatan tenang sedangkan dia rasa nak tercabut nyawa.

"Rokok lu..."ucap Ben menghembuskan asap dari mulutnya.

"Nampaknya kau memang nak perempuan ni mati!!!!"jerit Jefri menekan lebih kuat pada leher Eva.

Pang!!!!!! Pang!!!!

Ben menarik Eva dalam pelukannya. Eva menutup matanya rapat.

"Arghhhhhh"jeritan Jefri kedengaran kuat dalam tempat itu.Eva membuka mata memandang Jefri yang menahan sakit pada kakinya yang telah ditembak.

Dia mencari siapa yang menembak Jefri.

Datang seorang lelaki dalam gelap menghampiri mereka.Eva memegang tangan Ben ketakutan.Ben tersenyum sahaja.

"Sorry....bos lambat mari..."ucap suara itu.Makin dekat baru Eva perasan siapa yang bersuara itu.

"Dr Qasha...."sebut Eva memandang lelaki yang tinggi lebih kurang sama dengan Ben dan berpakaian kasual hitam serta rambutnya diikat.

Dr Qasha tersenyum manis.

"Hai Eva...nice to see you here"balas Dr Qasha melambaikan tangannya.

Eva tercengang melihat lelaki itu didepan matanya.

Ben melentokkan kepalanya memandang Eva yang tak berkedip memandang lelaki lain depan matanya.

Eva menjarakkan dirinya ke belakang sedikit.

"Macamana Dr Qasha boleh ada dekat sini?"soal Eva pada Ben.

Ben hanya mengangkat bahunya.

**************

4 bulan lepas..........

Ben membelek data peribadi doktor yang diserahkan oleh Dennis kepadanya.

Nama: Dr Nik Aqasha
Umur : 29 tahun
Asal. : Kuantan,Pahang

Fail ditutup rapat dan diletakkan atas meja.

"Okay proceed.... terangkan apa tugas dia dengan jelas dan warning dia jangan cuba nak ada perasaan dekat Eva"arah Ben pada Dennis.
"Baik... Tuan...ada apa-apa lagi pesanan penaja nak beri ke?"soal Dennis.

Ben berfikir sejenak.

"Okay aku nak dia...kerja macam biasa tapi sambil-sambil pantau Eva sebab aku tak yakin kalau Eva tu tak ada orang pantau.."ucap Ben.

"Baik Tuan...tapi boleh saya tanya soalan?"soal Dennis.

Ben mengangguk laju.

"Kenapa kita beria-ia nak jaga Dr Eva? Apa kena mengena dia dengan Tuan?"soal Dennis.

Sebabnya nama Dr Eva asyik meniti di bibir Ben lagi sejak akhir-akhir ni.

Ben tersenyum nakal.

"Sebab dia bakal jadi tanggungjawab aku.."ucap Ben sambil tersenyum senget.

Eva menepuk kuat bahu Ben.

"Patutlah saya pelik...awak boleh cari saya dekat kampung haritu sedangkan saya tak bagitahu awak yang saya dekat mana"marah Eva.

Ben mengosok lengannya yang sakit.

"Saya tahu melalui GPS yang Qasha letak dekat bawah kereta awak.Supaya saya boleh pantau 24 jam awak dekat mana"terang Ben.

Eva mencerlung tajam pada Dr Qasha.

"Awak pun satu...ikut je rancangan dia ni...patutlah macam biskut kejap ada kejap tak ada...lepastu...habis tawaran dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan tu betul ke?"soal Eva sambil bercekak pinggang.

"Dia ni doktor betul...tawaran tu memang betul...yang tak betul tu saya..."ucap Ben menyampuk.

Dr Qasha tergelak kecil.

"Relaks Dr Eva...saya risau naik darah tinggi...saya cuma ikut arahan Tuan Ben saja...no hard feeling okay..."ucap Dr Qasha.

"Tuan ni macamana?"soal Dennis dibelakang yang sedang duduk disebelah Jefri.

Mereka berpaling.

Ben menggaru kepalanya.

"Sorry....aku lupa ada orang kena tembak...Qasha tolong kejap..."ujar Ben pada Dr Qasha yang berdiri tadi.

Dr Qasha membantu merawat luka dikaki lelaki yang ditembaknya tadi.

Eva menarik telinga Ben untuk mengikutnya keluar dari situ.

"Arghhhhhh.....sakit...sakit..."rayu Ben supaya Eva melepaskan telinganya.

"Ohh tahu sakit... sekarang saya tak puas hati dengan awak ni...berapa lama buat kerja ni? Jawablah?"soal Eva.

"Sabar...sayang....sabar tu separuh dari iman"ucap Ben.

"Ahhh iman tengkorak awak...awak nak saya mati tadi.Apa ayat awak tadi...senanglah boleh aku tanam kau sekali dengan dia..."ucap Eva mengulang kembali ayat Ben pada Jefri tadi.

Ben terkulat-kulat melihat Eva memarahinya.Selalunya Eva lembut bercakap dengannya.

"Okay saya salah....saya tak sengaja...saya janji saya tak buat dah...jangan macam ni...besok Mama nak datang jumpa awak...kalau kita gaduh tak seronoklah..."pujuk Ben menarik tangan Eva dan digenggam.

Eva menarik tangannya.

Tapi Ben menarik kembali tangan itu dan digosoknya.

"Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak...dari kali pertama kita jumpa.Awak tumpahkan kopi dekat saya lepastu awak ambil air saya dekat Starbucks tu...saya menahan diri...tapi saya tak tahu lepas dua tahun...saya jumpa awak dekat Laman Firdausi..."ucap Ben.

"Awak ingat pasal kopi...tu?"soal Eva.

"Mestilah...awak orang pertama tengok badan saya masa tu..."ucap Ben sambil tersenyum nakal.

Dadanya dipukul Eva.

"Habis kenapa buat-buat tak kenal saya?"soal Eva.

"Tak macholah saya kalau saya cakap saya kenal awak...tak jadi cerita ni nanti...habis macam tu je..."ucap Ben.

Eva tersenyum manis.

"Tak marah dah?"soal Ben.

"Sikitlah..."ucap Eva.

"Kalau macam tu kiss sikitlah"gurau Ben.Eva laju nak naikkan tangan tapi kali ini tangan Ben lagi pantas menghalangnya.

"Don't you dare...Eva..."ucap Ben.

"Apa awak nak buat dengan Jefri? Awak takkan bunuh dia?"soal Eva.

"Saya tahu nak buat...awak tak payah fikir sangat...."ucap Ben.

Mereka berjalan ke arah kereta.

"Mana cincin saya?"soal Eva.

"Saya dah buanglah...sebab awak tak nak haritu.."ucap Ben selamba.

"Buang? Awak ni kan cincin tu kan mahal...boleh buat muka beli kereta myvi"bebel Eva.

"Nanti kita beli lainlah..."jawab Ben.

Beli lain? Wah...macam ni orang banyak duit rupanya... nampaknya kena hargai barang dia bagi...mahu aku tak nak dia buang je...?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience