Tangga besi itu diletakkan berdekatan balkoni dengan perlahan.Dia takut kalau ada yang nampak perbuatannya.Dia menaiki tangga itu dengan berhati-hati supaya tidak menganggu penghuni yang berada disitu.
Sampai di tingkat sepatutnya dia melompat melepasi tembok batu itu.Dia memberi arahan pada orang dibawah supaya mengawal keadaan sementara dia masuk ke dalam.
Dia cuba menolak pintu kaca itu tapi berkunci.Tanganya diseluk pada poket mengeluarkan alat untuk membuka pintu itu.Dengan sekali pusing sahaja kunci pada pintu itu terbuka.Senyuman terbit dibibirnya.
Tak pernah dia buat kerja gila macam ni.Pintu itu ditolak perlahan dan langsir berwarna putih dan kelabu itu diselak sedikit untuk melihat dimana penghuni bilik ini pada jam 3 pagi macam ni.
Dia menyelinap masuk dan merapatkan sedikit pintu kaca itu.Dia membuka topeng yang menutup separuh mukanya.
Dia mendekati tubuh yang sedang lena sambil merengkuk.Posisi tidur gadis ini cukup luar biasa tidak seperti orang lain.
Wajah polos itu tenang tidur seakan seorang bayi yang sudah kenyang minum susu.Dia berdiri disisi katil dan terpandang pada botol ubat berwarna putih itu.
Dia melihat pada nama ubat itu "Benzodiazepin".Dia memandang gadis itu.
"Ini ubat tidur..."ucapnya.Dia melabuhkan punggung disebelah gadis itu yang nyenyak.Lampu sebelah katil itu menerangi wajah itu.
Rambut gadis itu dielus perlahan.Dia mencapai tangan gadis itu.Dan dia menyentuh parut itu.Terdapat luka pada tangan Eva.Dia mengeluarkan plaster luka pada poketnya dan dikoyakkan menggunakan mulut.Lalu ditampal pada tempat luka.
Dia melihat jam dipergelangan tangannya.Ubat tidur ini akan berada dalam badan lama jadi dia ada masa untuk dihabiskan bersama Eva.Dia duduk di kerusi memerhati gadis itu yang masih tidur.
Sesekali Eva akan berpusing-pusing membetulkan posisi tidurnya.Ben menongkat dagu.Kalau Datuk Reina tahu dia ngendap masuk bilik anak dara orang pagi-pagi macam ni mahu kena sembelih.
Dahi Eva berkerut seakan menahan kesakitan.Tangannya menutup wajahnya walaupun dalam keadaan dia masih menutup mata rapat.
"Tolong...tolong...."ucap suara itu.Ben duduk disisi katil Eva.Dan memegang pipi Eva seakan memujuk untuk kembali tidur.
Ben tersenyum senget.
"Cantik juga kau ni...tapi kalau marah lagi cantik...."ucap Ben membelek wajah Eva.Dia baru perasan Eva mempunyai tahi lalat dihujung matanya.
Tanpa sedar dia menghabiskan satu jam mengadap wajah itu.Dia melihat jam dipergelangan tangannya sudah pukul 4 pagi.Bermakna dia harus beredar dahulu, kerana kesan ubat Eva akan hilang sekejap lagi.Dia memakai kembali topeng pada wajahnya.
"I am willing to be your dreamcatcher if you want"ucap Ben sambil mencium tangan Eva.Laju dia melangkah keluar dari balkoni melompat menuruni tangga.
Eva membuka matanya yang berat.
**************
Kerana tak boleh tidur dia buat keputusan untuk tidak terus tidur.Dia beratur membeli kopi terlebih dahulu.Penerbangan Mikha dan keluarga akan sampai lagi beberapa jam lagi.
Kopi sudah berada ditangannya dan dia duduk berdekatan dengan balai ketibaan.Sambil tangannya melihat gambar yang dihantar oleh Dennis.
Dia membesarkan gambar itu dan terlihat dalam gambar itu Eva dan lelaki yang dikenali sebagai Jefri.
Nampak seperti gambar biasa sahaja kalau itu dimata orang lain.Tapi tidak pada matanya.Dia melihat lengan Eva dalam tu tiada parut.Dia menaip sesuatu pada Dennis.
~Aku nak kau cari apa-apa kaitan dengan sejarah hidup Dr Eva Leen ni.Apa cerita dengan bangsat tu?~ Benjamin De Villers
Mesej masuk dari Dennis.
~ Jefri merupakan Ketua Perancang Valla Village.Dia dengan Dr Eva Leen dah bercinta hampir 2 tahun tapi tak status sekarang saya masih tak tahu.Media sosial Dr Eva Leen pun last posting setahun lepas~ Den
"Valla Village..... pembekal barang pembangunan...."ucap Ben berfikir sejenak.
"Jauh termenung...."ucap satu suara.Dia mendongak melihat Mikha berdiri tidak jauh darinya.
Dia bangkit dan meluru ke arah Mikha.Dia bersalaman dan memeluk tubuh itu.
"Sorry.... aku tak perasan..."ucap Ben.Iris disebelah Mikha hanya tersenyum.Mata Ben jatuh pada Inaz yang lena dalam stroller.
"Uncle rindulah dengan dia..."ucap Ben menundukkan badannya mencuit pipi Inaz.
"Kau ni anak orang sibuk....kahwinlah boleh jaga anak sendiri..."ucap Mikha.
Ben berdiri semula.
"Alah... aku sibuklah...banyak benda nak kena uruskan sejak take over syarikat mama aku tu..."ucap Ben memberi alasan.
"Eleh...kau tu yang memilih sangat...depan mata ramai je yang cantik... Inaz pun nak dapat adik..."ucap Mikha.
Mata Ben memandang Iris disebelah Mikha.
"Seriously.....dah ni nak balik terus atau nak pergi makan?"soal Ben.
"Makanlah...lapar ni...tapi kau belanja.Aku dah lama tak rasa duit kau.."ucap Mikha memeluk tubuh Iris.
Ben mencebikkan bibirnya.
"Alah tak luak kau nak rasa duit aku.... jom biar aku tolak Inaz"ucap Ben mengambil stroller ditangan Iris.
Mereka berjalan ke ruang tempat parkir.
************
Dr Qasha mendekati keretanya sambil matanya memandang pada kereta Dr Eva yang terparkir disebelah.
Dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang nampak.Kunci kereta ditangannya dilepaskan.
Dia menundukkan badannya pura-pura mengambil kunci sebelum dia mengeluarkan sesuatu berbentuk bulat lalu diletakkan dibawah kereta Dr Eva.
Dia bangkit setelah memastikan kerjanya selesai.
Dia menghubungi nombor seseorang.
"Hello....saya dah buat..apa yang Tuan suruh..."ucap Dr Qasha.
Eva baru selesai membuat laporan.Dia rasa perutnya berbunyi kuat.Itu tandanya perutnya perlu diisi.
Dia mengambil dompet dan telefon pintarnya lalu keluar dari situ.
Cermin kereta diturunkan dan mata itu memandang Eva dari jauh.
Asap rokok dihembus perlahan.Dia menunggu lebih 15 minit.Akhirnya Eva muncul semula dengan membawa plastik putih.Gadis itu duduk dibangku depan bilik forensik itu berseorangan.
Eva melabuhkan punggung dan mengeluarkan makanan yang dibeli.Roti dan air kotak dikeluarkan dan dibuka.
Dia menguap perlahan supaya tak tercekik.
"Diet ke?"soal Ben dari belakang.Eva tercekik roti yang dimakannya kerana terkejut dengan teguran itu.
Ben laju menepuk belakang Eva.Eva terbatuk-batuk untuk melepaskan roti yang tersangkut.
Dia menarik nafasnya sebaik sahaja roti itu berjaya lepas.
Ben masih mengosok belakang Eva.Eva bangkit dan merenung tajam pada Ben.
"Jangan sentuh sayalah"marah Eva pada Ben.
"Saya cuma tolong...je... kenapa nak marah-marah?"soal Ben.
Eva mengelap mulutnya.Dia malu sebenarnya tentang tempoh hari.
"How's your life?"soal Ben.
"Okay... Tuan tak nampak ke?"soal Eva.Nampak menyedihkan sambungnya dalam hati.
"Nampak.... hidup awak menyedihkan..."ucap Ben sambil memandang Eva.
Eva pelik kenapa lelaki ini boleh baca isi hatinya.
Eva terpandang Dr Qasha yang berjalan dikaki lima.
"Dr Qasha!!!"panggil Eva.Gadis itu terus meluru ke arah doktor lelaki itu meninggalkan dia disitu.
Dr Qasha berhenti sebaik mendengar namanya dipanggil.Dia melihat Eva berjalan ke arahnya.Eva menarik lengan bajunya.
Ben mahu menghalang tapi dia membatalkan niatnya.Tangannya digenggam geram.
"Awak panggil saya kenapa?"soal Dr Qasha.
"Saja...saya kebetulan nak pergi bilik forensik..nampak awak..."ucap Eva menipu sebenarnya dia tak bentah nak berdua dengan Ben.
**********
Tempat letak keretanya sangat jauh.Kadang dia nak saja suruh Bonda hantar dan ambil dari hospital tapi tak nak susahkan Bonda.
Dia terdengar ada derapan kasut dibelakangnya.Dia menoleh dan melihat Jefri berjalan ke arahnya.Dia mengundur ke belakang dan berlari laju.
"Kau nak lari mana....sayang....penatlah saya nak kejar awak..."ucap Jefri sambil menghayunkan langkah mengejar Eva.
Eva berlari untuk selamatkan diri.Tapi Jefri lebih pantas menarik rambut Eva kuat.
"Aku dah cakap dengan kau jangan lari!!!!"ucap Jefri.
Eva menahan sakit pada kepalanya.
"Sakitlah...lepaskan...saya..."ucap Eva.Jefri tersenyum sinis.
"Sakit macam ni..."ucap Jefri menolak tubuh Eva jatuh ke jalan.Eva sudah terlentang ke jalan.Kepalanya sakit.
"Kau nak sangat lari...dari aku...ini akibat sebab kau ingkar arahan aku..."ucap Jefri mencekik leher Eva.
Eva cuba untuk melepaskan dirinya.
"Ya Allah... selamatkan aku..."ucap Eva.Jefri semakin menggila.
Buk!
Satu tendangan kuat dari belakang Jefri menyebabkan lelaki itu tergolek ke tepi.Lelaki bertopeng separuh itu meluru pada arah Jefri.
"Tangan mana..."ucap Ben sebelum memijak tangan itu kuat.
Jefri menjerit kuat sebelum menendang kaki lelaki yang dia tidak nampak mukanya itu.Ben terjatuh.Dia mengambil peluang untuk lari dari situ.
Ben bangun dan memandang pada Eva yang mengalami shock.
Eva menolak kasar tubuh itu.Ben membuka topeng dimukanya.
"It's me Ben..."ucap Ben memegang bahu Eva.Eva menyentuh wajah Ben sebelum dia rebah dalam dakapan Ben.
Ben memeluk tubuh itu.Dia memeriksa setiap inci tubuh Eva.Kalau dia lambat sikit tadi mungkin akan ada parut baru pada badan ini.
"I'm so sorry Eva...."
Ben memeluk tubuh itu.Dia memeriksa setiap inci tubuh Eva.Kalau dia lambat sikit tadi mungkin akan ada parut baru pada badan ini. "I'm so sorry Eva...."
Share this novel