Matanya dibuka perlahan..Dia melihat keadaan pondok yang gelap tanpa lampu itu.Dia cuba melepaskan tangannya tapi tak mampu kerana ikatan itu terlalu kuat.
Dia mencari mana telefon pintarnya tapi tak ada langsung padanya.Dia menyandarkan kepalanya pada pondok kayu itu.
Dia langsung tidak mendengar apa-apa diluar pondok.Kepalanya dihantuk pada dinding pondok supaya ada yang mendengar tapi ternyata sia-sia usahanya.
"Aku dah duit dari Jefri...jadi aku kena pastikan kau tak pergi mana-mana?"
"Saya janji akan jaga awak dengan baik"
"Makcik Rohana tu baik orangnya insyallah dia boleh jaga kamu dengan Ayah nanti.."
Eva menggelengkan kepalanya.
". Makcik Rohana penipu.... Jefri ....penipu....tu manusia paling kejam.....manusia iblis yang tahu nak hancurkan hidup orang lain...Ayah.... sanggup ayah tinggalkan Eva dengan manusia macam ni...."ucap Eva dalam hatinya.
Peluh renek membasahi dirinya.Dia cuba membuka pita dimulutnya menggunakan lengan tapi tetap tak boleh.Siapa akan tahu dia dekat sini? Bonda...Ben....kenapa dunia ni kejam untuk saya?.
*********
Bazli tergolek setelah dibelasah oleh Ben.Dia menunding jari pada lelaki didepannya itu.
"Aku tanya kau lagi sekali mana perempuan dalam kereta ni!!!"jerit Ben.
"Tolong....jangan.... Makcik Rohana...mak tiri dia kurung dia...saya hanya ikut cakap Makcik Rohana.."ucap Bazli.
Ben mengarahkan Dennis mengangkat lelaki itu.
Dennis mencengkam kolar baju lelaki itu dan menegakkan badannya.
"Sekarang aku nak kau bagitahu aku mana rumah dia...kalau kau rasa kau tak nak mati dekat sini..."ugut Ben.
"Baik...saya tunjuk...jangan bunuh saya...."rayu Bazli.
Perjalanan mereka menuju ke rumah keluarga Eva.Dalam kereta Ben sudah hilang kewarasan, dia terlihat seolah-seolah pemburu yang mencari mangsa.
Ketukan pintu yang kuat pada jam 9.00 malam membuatkan Rohana rasa terganggu.
"Boleh sabar tak? Kau nak suruh roboh pintu rumah aku ke?"soal Makcik Rohana membuka pintu.
Bazli jatuh didepan pintu rumah.
Makcik Rohana memandang Bazli yang lebam dan berdarah dimukanya.Lalu dia memandang jejaka yang tinggi dan berbadan tegap itu.
"Kau ni siapa? Kenapa kau pukul dia?"soal Makcik Rohana.
Ben tersengih-sengih.
"Aku bakal suami Eva.Orang yang kau kurung.."ucap Ben.
Makcik Rohana dah panik tapi dia masih beriak biasa.
"Mana ada aku culik dia..."ucap Makcik Rohana.
Ben memandang Dennis dan mengarahkan pembantu peribadinya menggeledah kawasan luar rumah.
Eva terdengar bunyi sesuatu diluar tapi dia tak mampu bercakap kerana pita dimulutnya masih melekat.
Dennis melihat dibawah rumah.
Eva menjarakkan badannya dan menghentak kepalanya di dinding kayu itu.
Dennis beralih sebaik mendengar bunyi.Dia mengeluarkan lampu suluh lalu menyuluh pada bahagian belakang terdapat satu pondok kecil.
Airmatanya sudah mengalir.
Dia cuba lagi sekali walaupun dia sedar kepalanya akan berdarah tapi itu saja cara kerana kakinya tak mampu nak bergerak kerana ikatan terlalu kuat.
Dennis berlari ke arah Ben.
"Tuan saya rasa dalam pondok belakang..."ucap Dennis.
Ben memandang wanita didepannya itu.
"Keep your eyes on them.."arah Ben sebelum berlari ke arah belakang rumah.
Dia terpandang pondok yang usang itu.
"Eva awak dalam ni ke?"soal Ben.
Eva mendengar suara Ben.Dia terus menghambur tangisan.Dia menghantukkan kepalanya lagi.
Ben mencapai batu bata yang berdekatan dan menghentak kuat pada mangga yang berada dipintu.Dengan kekuatan lagi sekali dia menghentak dan penyelak pada kayu tercabut.
Dia membuka pintu pondok.
Hatinya lega melihat Eva berada didalam.Dia mendekati Eva dan membuka pita pelekat dimulut.Kepala Eva sudah berdarah mungkin kerana menghentak pada dinding.
"Tuan....saya takut...."ucap Eva sambil menangis.
"Saya ada dengan awak...jangan takut..."ucap Ben menarik Eva keluar dari pondok dan dibawa ke laman rumah.
Makcik Rohana sudah tidak keruan.Macamana lelaki itu boleh tahu Eva ada dekat sini.
Ben meletakkkan Eva atas rumput.Dia mencapai pisau lipat dalam kereta dan membuka cable tie pada tangan dan kaki Eva.
Melecet kulit Eva dengan ikatan kuat itu.Dia memberi Eva minum terlebih dahulu.
"Aku tak benarkan dia ikut korang berdua..langkah mayat aku dulu..."ucap Makcik Rohana.
Ben menggigit rahangnya memandang wanita itu.
"Aku boleh dakwa korang atas kes penculikan dan penganiayaan kerana cederakan orang yang salah"ucap Ben.
"Dia perlu kahwin dengan Jefri...."ucap Makcik Rohana.
"Jefri.... Jefri tak hidup entah mati pun Makcik tahu ke?"soal Ben.
Dia memandang Eva yang bersandar pada kereta.
"Mulai harini Eva tak ada kena dengan Makcik.Kalau saya dapat tahu Makcik kacau dia lagi...nasib yang sama akan menimpa Makcik macam Jefri....kalau rasa-rasa tak nak kena halau dari rumah ni...baik duduk diam...saya boleh tukar nama rumah ni dengan sekelip mata aje... jangan cabar saya..."ucap Ben sambil menunding jari pada Makcik Rohana.
Ben kembali mendapatkan Eva yang duduk lemah.
"Den...kau bawa kereta Eva.. Aku bawa kereta ni..."arah Ben pada Dennis.
"Baik Tuan....tapi macamana dengan diaorang?"ucap Dennis.
"Diaorang takkan berani...nak usik Eva pancung kepala aku dulu...Eva"ucap Ben.
"Saya nak balik...."ucap Eva yang matanya sudah sembam menangis.
Ben memapah Eva masuk ke dalam kereta.Sepanjang perjalanan Eva tertidur mungkin terlalu penat.
Kereta memasuki Ruang Rehat Dan Rawat (RnR) di Seremban kerana dia sudah mengantuk.Dennis pun diarahkan untuk berhenti berehat.
Mereka menikmati kopi dan rokok diluar kereta sambil merehatkan diri.
Pertama kali dia buat kerja gila pergi Johor balik hari.
"Tuan dengar tak tadi masa dekat rumah Dr Eva..Mak tiri Dr Eva cakap dia kurung Dr Eva sebab Jefri.. maksudnya arahan tu dia dapat sebelum Tuan culik dia.."ucap Dennis.
Ben menekup mulut Dennis supaya perlahankan suara.Dia risau kalau Eva dengar.
"Dr Eva okay ke?"soal Dennis.
"Okay.. cuma aku risau kesihatan dia...dia penat sangat..aku rasa dia belum makan..."ucap Ben membuang potong rokok dijalan.
Pintu sebelah penumpang dibuka,dan dia menjengah melihat Eva yang masih tidur.Dia memegang pipi Eva.
"Eva....bangun...nak makan tak?"soal Ben sambil mengusap pipi itu.
Eva membuka matanya yang berat.Dia menggelengkan kepalanya.
"Betul ni?"soal Ben.
Eva mengangguk perlahan.
"Okay sambung tidur..."ucap Ben berdiri semula dan menutup pintu kereta perlahan.
"Kejap lagi nak pergi Laman Firdausi ke atau rumah Tuan?"soal Dennis.
Sekarang jam menunjukkan pukul 3 pagi.Kalau balik Laman Firdausi nanti macam-macam soalan Bonda Zahrah.
"Rumah aku...nanti banyak soalan nak kena jawab..malam ni kau dengan Fida tidur rumah aku..aku nak minta Fida tukarkan baju Eva.Besok tak payah pergi pejabat...sebab aku nak tengok keadaan Eva dulu..."ucap Ben.
Dennis mengangguk perlahan.
"Jom gerak..."ucap Ben kembali pada keretanya.Pintu kereta dibuka dan dia masuk ke dalam.Sweater hitam yang membaluti tubuh Eva jatuh ke bawah dia mengambil dan menutup kembali tubuh itu dan memperlahankan penghawa dingin.
Kerana dia mula rasa embun pagi.Mereka meneruskan perjalanan ke rumah Ben.
**************
Eva membuka matanya dan dia terasa kenal dengan bilik ini.Dia cuba bangun menyandarkan tubuhnya di kepalanya katil.Kepalanya dah ditampal dengan pembalut.
"Good morning.... brown sugar..."ucap Ben pada Eva sambil membawa air masak dan nasi goreng telur mata untuk Eva.
Eva memandang lelaki itu yang bergaya kasual sahaja.T-shirt hitam dengan seluar jeans biru gelap.
"Tuan tak kerja ke?"soal Eva.
"Buah hati saya sakit kejamlah kalau saya kerja...ni saya ada bawa sarapan untuk awak..Fida bagitahu subuh tadi awak terjaga.. sorry saya tak sedar sebab penat sangat..."ucap Ben memandang Eva yang sedikit pucat.
"Saya minta maaf sebab selalu susahkan Tuan..."ucap Eva.
"It's okay kita kan tak lama lagi nak kahwin..."ucap Ben.
"Tapi saya tak bagitahu dengan Bonda tentang hajat awak lagi...saya risau kalau Bonda tak boleh terima..."ucap Eva.
Ben tersenyum sedikit.
"Bonda Zahrah dah kenal saya lama...and think she will agree with you...makan.."ucap Ben menghulurkan sudu ada nasi goreng pada Eva.
Eva membuka mulutnya.
"Awak kena makan berat sebab semalam awak tak makan...lepas ni makan ubat..tangan kaki awak semalam melecet.Nasib kepala awak tak ada apa-apa.Saya kena ajar awak cara lindung diri awak...supaya tak ada parut dekat badan awak.lagi..."ucap Ben.
"Tuan takut ke tengok parut saya?"soal Eva.
"Tak malah parut awak tu membuktikan itu perjuangan awak untuk hidup...dan saya sendiri akan pastikan takkan ada parut lagi melainkan..."ucap Ben terhenti.
Eva mengerutkan dahi.
"Melainkan apa?"soal Eva.
Ben tersenyum-senyum.Dia mendekatkan wajahnya pada telinga Eva.
"Melainkan awak lahirkan anak saya secara pembedahan"bisik Ben ditelinganya.
"Tuan!!!!"jerit Eva yang sudah malu wajahnya.Panas pipinya terasa dengan kenyataan itu.
Ben tergelak besar.
"I really like to see your angry face...so cute.."ucap Ben.
Fida dan Dennis yang berada diluar hanya memandang sesama sendiri.Mereka sendiri tak pernah nampak Tuan Ben sebegitu.Terasa janggal bagi mereka kadang-kadang.Dari imej seorang yang serius kepada imej seorang lelaki yang mengayat boleh potong kaki.
************
Jefri ditarik keluar dari bilik kurungan.Ben mengarahkan Dennis menyerahkan kayu golf yang terdapat pada lelaki itu.
Kayu itu diketuk pada lantai dan terdengar bunyi yang kuat.
"Aku ingat aku culik kau....hidup dia tenang rupanya...kau hantar bala tentera kacau dia...aku dah bagi warning dekat kau... nampaknya itu sekadar...cakap kosong...nasib aku tak habiskan diaorang...kalau kau ni lain sebab kau ni...tak siapa cari kau..nampak sangat tak penting?"ucap Ben.
"Apa kau nak lagi ahhh? Kau tahu aku tak mampu lawan kau...sebab tu kau pukul aku..."ucap Jefri.
"Sebab kau....yang mulakan permainan dulu...jadi kau pun kena habiskan permainan ni"ucap Ben bangkit dan menghayunkan kayu golf pada bahagian alat sulit Jefri.
Lelaki itu merengkuk kesakitan.
Ben bersiul-siul keluar dari bilik kurungan itu.Cukup untuk hari ni....simpan untuk hari lain.
Ben bersiul-siul keluar dari bilik kurungan itu.Cukup untuk hari ni....simpan untuk hari lain.
Share this novel