BAB 12

Short Story Completed 29431

"Tuan tak kisah kalau isteri Tuan lebih muda daripada Tuan?"soal Eva.

Ben tersenyum lebar.

"Tak kisah sebab saya bila dengan awak auto saya jadi muda....awak nak ambil cincin ni tak saya dah lenguh...pegang ni.."ucap Ben sambil memandang cincin ditangannya itu.

Eva teragak-agak mahu mengambil.

Ben bangkit dan mengeluarkan cincin dalam kotak lalu disarungkan pada jari Eva.

Eva memandang Ben.

"Tuan....."ucap Eva.

"Susah sangat....kalau terima cakap je terima takde saya nak makan awak dekat sini..."ucap Ben memandang cincin yang berkilau dijari Eva.Pandai dia mencari saiz untuk cincin Eva.

Eva memandang cincin dijarinya.

Ben menarik tangan Eva duduk dikerusi.

"Sorry buat kejutan ni tak bagitahu awak ..saya tahu awak penat kerja..."ucap Ben.

"It's okay....kalau awak bagitahu itu bukan kejutan namanya.."ucap Eva sambil memandang origami burung.

Tangannya mencapai origami burung itu.Ben memandang Eva.

"Awak buat origami ni ke?"soal Eva.

Ben mengangguk perlahan.

"Yup...saya nak belajar buat origami gajah saya tak mampu...jadi burung je saya tahu..."ucap Ben.

"Kenapa Tuan lambat kahwin? Ialah Tuan bukanya tak hensem atau tak berduit?"soal Eva pada Ben.

Ben menongkat dagu.

"Sebab tak semua orang faham saya...dan tak semua perempuan mampu nak tawan hati saya...memang saya berduit tapi saya tak mampu nak beli keikhlasan hati orang..."ucap Ben.

Eva mengangguk perlahan.

"Betul.. semua orang boleh berlakon seolah-seolah ikhlas terima kita tapi tak semuanya hebat dalam melakonkannya"ucap Eva.

"Can you stop call me Tuan?"soal Ben pada Eva.

"Kalau saya tak boleh panggil Tuan...saya nak panggil apa?"soal Eva pada lelaki itu.

"Sayang....ke Baby ke?"soal Ben sambil mengangkat keningnya.

Eva tersengeh-sengeh kerana dia belum bersedia kalau ikutkan.Sebab dia lebih selesa dengan panggilan Tuan.

************

Eva menutup but keretanya.Dia bersalaman dengan Bonda Zahrah.

"Betul ke Eva nak pergi jumpa keluarga Eva?"soal Bonda Zahrah.

"Betul...Eva nak balik jumpa diaorang..lagipun sejak Eva datang sini.. Eva tak hubungi diaorang pun...Eva pergi tak lama pun...sekejap...je..nanti Eva hantar lokasi dekat Bonda... okay?"soal Eva.

"Yelah.... Bonda bukan apa... Bonda takut...kalau Jefri tu cari kamu..."ucap Bonda Zahrah.

"Bonda doakan semuanya okay...Eva pinjam kereta Bonda.."ucap Eva.

"Pakailah...itu untuk Eva.Bawa kereta elok-elok"ucap Bonda Zahrah mencium pipi Eva.Dia senyum walaupun dalam hatinya dia rasa tak sedap untuk melepaskan Eva.

Eva masuk ke dalam keretanya.Dia membaca doa terlebih dahulu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor hanya ditemani dengan radio sahaja.

Ini kali pertama dia balik ke sana tanpa Jefri.Dia kena kuat untuk hadap pandangan keluarganya.

Ben sedang membelek fail yang banyak atas mejanya.Ketukan pintu mengalihkan pandangannya.

Mikha tersenyum depan matanya.

"Kau ni asal aku datang muka monyok...apa masalah?"soal Mikha.

"Tak ada apalah banyak fail aku nak kena double check..kau tu datang sini tak ada kerja ke?"soal Ben.

"Saja melawat kau...sejak balik Johor tak jumpa kau lagi.Inaz pun sibuk nak jumpa kau...aku je tak ada masa nak bawa..sebab Iris mabuk tak habis lagi...ni aku dengar orang tu ada lamar someone betul ke?"soal Mikha.

Ben mengangguk perlahan.

"Ya...aku ada lamar someone untuk jadi isteri aku...tapi ada satu masalah sekarang"ucap Ben.

Mikha memandang kawannya.

"Apa masalah?"soal Mikha.

Ben menceritakan segalanya pada Mikha dari awal dia kenal Eva sampai sekarang.

Mikha memeluk tubuhnya.

"Maksud kau dia tak tahu yang kau ni kurung bekas teman lelaki dia tu?"soal Mikha.

Ben mengangguk perlahan.

"Bahaya bro....aku dulu simpan sebab nak kahwin dengan Iris pun...bila kantoi Iris main gila dengan aku tau...ini pulak apa nama perempuan tu?"soal Mikha.

"Eva...nama dia Eva Leen.Kau biar betul apa jadi dulu?"ucap Ben.

"Kau tak ingat Iris dulu hampir nak bunuh diri sebab dapat tahu yang aku ni tipu dia...kau rasa Eva tu kalau tahu kau pukul dan kurung si bangsat tu..apa Eva akan fikir..tak ke dia cakap kau dengan lelaki itu sama je..."ucap Mikha.

Ben menghentak tangannya atas meja.

"Aku ada sebab kenapa aku kurung bangsat tu...bukan sesuka hati aku nak kurung..."ucap Ben dengan dada berombak.

"Aku tahu... semuanya sama macam kau buat dekat Harn dulu..tapi... Eva ni mangsa kaki pukul kau kena faham tu"ucap Mikha.

Ben mengigit bibirnya.

Dennis masuk ke dalam pejabatnya dengan tergesa-gesa.

"Ada apa Dennis?"soal Ben.

"Dr Eva dalam perjalanan ke Johor..."ucap Dennis.Tangannya menyerahkan tablet pada Ben.Ben melihat peranti itu.

"Asal kau baru nak bagitahu sekarang????"jerit Ben yang tengah marah.

Dennis menundukkan wajahnya.

"Prepare the car right now!!!!"jerit Ben.

Mikha menggelengkan kepalanya.

"Jangan biarkan perasaan menguasai kau..nanti ada yang mati...aku cau dulu"pesan Mikha sebelum beredar.

*********

Eva berhenti di pekan untuk mengisi minyak.Dia membuat pembayaran di kaunter terlebih dahulu sebelum kembali pada kereta.Dia berselisih dengan seorang lelaki yang memakai topi keledar.

Lelaki itu memalingkan wajahnya.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menelefon nombor seseorang.

"Hello....Makcik... nampaknya Eva dah balik sini...kejap lagi mungkin dia akan sampai rumah..."ucap pemanggil.

"Kau ikut dia ...pasti dia balik sini"ucap suara seorang wanita dalam telefonnya.

"Baik..."balas lelaki itu.

Eva bergerak untuk ke rumah keluarganya.Sebuah motor mengikutnya dari belakang.

Ini kali pertama dia tak balik sejak duduk dengan Bonda Zahrah.Dia pun jarang balik kerana tidak mahu bergaduh dengan mak tirinya itu.

Kereta memasuki laman rumah dia memberhentikan kereta didepan.

"Betul ke apa aku buat ni?"soalnya dalam hati.Eva memejamkan matanya sejenak.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan menggerakkan keretanya masuk ke laman rumah itu.Rumah tempat dia membesar dari bersama dengan arwah ibu sampailah arwah ayah kahwin dengan Makcik Rohana.

Rohana terpandang sebuah kereta yang masuk ke laman rumah itu.Dia yang sedang menyapu meletakkkan penyapu ditepi tiang rumah.

Eva memandang mak tirinya itu yang sedang menunggunya keluar.

Dia keluar dari kereta dan memandang Makcik Rohana yang bercekak pinggang melihatnya.

"Asalamualaikum makcik.."ucap Eva.

"Walaikumusalam.....aku ingat kau dah mampus...jadi tulang ke?. Kau pergi mana?"soal Makcik Rohana sambil menyinsing lengan bajunya menampakkan barang kemas yang banyak.

"Eva kerja dekat tempat lain... Eva minta maaf sebab tak dapat bagitahu Makcik"ucap Eva.

"Eh...kau tahu tak telinga aku ni dah naik pekak Tau...bila si Jefri asyik tanya mana kau?.Kau lari ikut jantan lain ya kan sebenarnya bukannya kau dapat kerja pun betul tak?"soal Makcik Rohana.

Eva menggelengkan kepalanya.

"Tak Makcik..... sebenarnya Jefri tu...kaki pukul...dia pukul Eva...."ucap Eva memberitahu perkara sebenarnya.

Makcik Rohana gelak besar.

"Pukul kau....dia mesti pukul ada sebab..sebab kau ni degil..keras kepala sama macam arwah mak kau...tu...aku nak kau duduk dalam rumah ni sampai Jefri datang...sebab aku dah dapat duit dari dia untuk pastikan kau tak pergi mana-mana"ucap Makcik Rohana.

"Astagfirullah....apa Makcik cakap ni....Jefri bagi Makcik duit...Makcik ingat saya apa...kalau macam nilah...baik saya tak payah balik..."ucap Eva pada Makcik Rohana.

Sebuah motorsikal memasuki laman rumah.Seorang lelaki membuka helmet dikepalanya.

Eva memandang lelaki itu lalu memandang pada Makcik Rohana.

"Bazli...aku nak kau kurung dia dalam pondok..."ucap Makcik Rohana.

"Jangan dekat dengan saya!!!!"jerit Eva cuba selamatkan diri.

Eva mahu lari masuk ke dalam kereta tapi lelaki itu lebih cepat menekup mulutnya dengan kain yang terdapat kloroform.

Eva terus pengsan tak sedarkan diri.

"Bawa dia pergi kurung dekat pondok belakang...pastikan ikat ketat-ketat aku tak nak dia lari..aku nak telefon Jefri....supaya aku dapat duit lagi dari dia...dan aku nak kau sorok kereta ni" "arah Makcik Rohana.

Demi duit dia sanggup gadaikan anak tirinya.Yang penting dia dapat duit.

Bazli mengangkat Eva ke belakang.Sebuah pondok yang terletak tidak jauh dari belakang rumah itu tempat Bazli meletakkkan Eva.

Tangan Eva diikat menggunakan cable tie begitu juga kakinya.Mulutnya ditutup menggunakan tape.

Pintu pondok ditutup dan dikunci dari luar.

************

Bonda Zahrah baru selesai solat asar.Tapi hatinya tidak sedap dari tadi.Dia mengambil telefonnya dan melihat mesti terakhir Eva dua jam lepas.

"Eva dah sampai ke?"soal Bonda Zahrah.Dia cuba menghubungi nombor itu tapi tak berangkat langsung.

"Ya Allah jangan apa-apa jadi dekat anakku...kau lindung dia..."ucap Bonda Zahrah.

Ben melihat GPS pada kereta Eva bertukar arah ke tempat lain.

"Ikut je GPS tu Dennis..."arah Ben.

"Baik Tuan...."ucap Dennis.

Bazli sedang menikmati minumannya sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawannya.

Sebuah kereta hitam mewah berhenti dihadapan tempat dia lepak.Langkah kaki Ben laju menuju ke arah kereta depan matanya.Dia melihat didalam kereta itu tiada sesiapa.Tapi dia yakin ini kereta Eva bawa.

Bazli mendekati lelaki yang dia tak kenali.

"Kau buat apa dekat kereta ni?"soal Bazli.Serta ada beberapa kawannya yang turut berdiri.

Ben memandang lelaki itu mencerlung tajam.Dia mencekak leher lelaki itu.

Kawan-kawannya mahu membantu tetapi dihalang Dennis.

"Mana perempuan yang bawa kereta ni?"soal Ben.

"Ni kereta akulah..."ucapnya tak nak mengaku.Ben mengeluarkan telefonnya dan menghubungi nombor Eva.

Runut bunyi panggilan didengari dalam kocek seluar lelaki itu.

Dia mengambil dalam kocek seluar lelaki itu.Dan memandang lelaki yang berada dalam cengkamannya.

"Ni telefon dia...Aku tanya sekali lagi...mana pergi perempuan ni!!!!"jerit Ben pada Bazli.

Leher Bazli digenggam kuat.Nafas tersekat-sekat akibat genggaman kuat pada lehernya.

Ben melepaskan sentuhannya.Bazli tercungap-cungap mencari nafas.Dia tak kenal langsung siapa lelaki yang didepannya itu.

Ben merenung tajam.

"Kau dah cari salah pada orang yang salah..."ucap Ben.

"Kau dah cari salah pada orang yang salah..."ucap Ben.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience