BAB 9

Short Story Completed 29431

Entah apa dosa punching bag haritu menjadi mangsa Ben melepaskan kemarahannya.Tangannya berkali-kali menumbuk punching bag didepannya.

Dia membuka sarung tangan boxing itu dan dicampak pada lantai.Sejak semalam dia hatinya sakit.Kenyataan Eva padanya itu terasa sakit.Agaknya ini rasa orang bila dah suka pada seseorang.

Dia mencapai botol air mineral berdekatan dengannya.Dibuka dan dihabiskan membasahi tekaknya.

Dennis mendekati Ben.

"Tuan...panggil saya ke?"soal Dennis.

"Aku nak kau bagitahu diaorang untuk ikut Dr Eva.Apa-apa updated aku cepat"arah Ben.

"Baik Tuan... Tuan Mikha dah tunggu dekat luar.."ucap Dennis.

Ben memandang Dennis.Dia berjalan keluar untuk berjumpa dengan Mikha.

Mikha yang menyandar pada kereta memandang kawan baiknya yang bersinglet dan seluar track itu.

Ben bersalaman dengan Mikha.Dia perasaan perubahan pada Ben.

"Aikkk..... jarang kau workout siang-siang hari.Apa kau stres ke?"soal Mikha.

Ben mengetuk kotak rokok dan mengeluarkan putung rokok diletakkan dimulutnya.

Ben mengeluh berat.

Mikha pelik dengan Ben.Asap dihembus perlahan.

"Apa cerita ni?.Tak pernah aku tengok kau macam ni?"soal Mikha.

"Complicated....susah nak cakap..."ucap Ben menundukkan wajahnya.

Bahu Ben ditepuk Mikha.

"Cuba story sikit...siapa buat kawan aku patah hari ni...."ucap Mikha.

Ben memandang Mikha.

"Kau dengan Iris dulu jatuh cinta macamana?"soal Ben.

Mikha mengangkat keningnya.

"Asal kau nak tahu pasal percintaan aku pulak ni..."Mikha.

"Okay....salah ke aku protect dia dari bahaya...dosa ke aku..aku tanya kau ni?"soal Ben.

Mikha tersenyum sinis.

"Pasal perempuan ke ni?."soalnya.

"Takkan pasal lelaki pulak... aku ni straight...kang aku hempok kau.."ucap Ben serius.

"Alright...tak payah paksa dia...mungkin dia belum bersedia nak ada commitment dengan sesiapa... lagi-lagi kau..."ucap Mikha.

Ben memandang sinis.

"Apa kena dengan aku...eh tak cukup hensem ke aku ni... umur aku je meningkat.Tak faham aku..."bebel Ben menghabiskan rokoknya.

"Itu satu masalah kau dari dulu....tak sabar...kita ni kena ada sifat sabar dalam perhubungan.Perempuan ni pelik sikit...ada setengah ayat sikit cair...ada yang ayat tak jalan langsung...jadi kau kena banyak bersabar...bagi dia ruang untuk dia rasa apa dia boleh buat kalau kau tak ada depan mata dia?"soal Mikha.

Ben memandang Mikha cuba menghadam ayat terakhir itu.

"Ni aku nak minta tolong dengan kau... urgent n"soal Mikha.Dia berbalik pada topik asal dia datang jumpa Ben.

"Apa dia?"soal Ben.

"Aku kena pergi Johor untuk projek sana.Aku nak minta tolong kau tengokkan Iris dengan Inaz.Aku ajak Iris pergi katanya penat balik dari oversea haritu pun tak habis lagi.Boleh kan?"soal Mikha.

Ben mengangguk perlahan.

"Habis Iris tahu tak?"soal Ben pada Mikha.

"Aku dah bagitahu dia semua.Kalau dia nak keluar ke kau tolong jadi bodyguard dia...aku tak percaya sangat anak buah aku takut leka.."ucap Mikha.

"Okay...nanti apa-apa suruh Iris telefon aku..aku ada je dekat sini..Aku pun lama tak jenguk Inaz..Mama aku pun rindu nak jumpa dia.."ucap Ben.

"Nanti free pergilah ambil Inaz...kesian Mama kau nak tunggu benih dari kau...lambat lagi..."gurau Mikha.

Ben tersenyum senget.

"Kau nak aku tumbuk kau dekat sini ke...?"soal Ben.

Mikha menggelengkan kepalanya laju.

*************


Acara makan malam amal untuk Laman Firdausi sedang berlangsung.Eva mengenakan abaya berwarna putih dan tudung putih menutupi kepalanya.

Dia duduk di bahagian tetamu kehormat satu meja dengan Datuk Reina.Dia memandang arah kerusi kosong disebelah Datuk Reina itu.Tempat itu masing kosong.

Seakan tiada tanda-tanda lelaki itu akan muncul malam ini.

Datuk Reina mengeluh panggilannya tidak dijawab langsung oleh Ben.

"Manalah budak sorang ni... telefon tak angkat-angkat"bebel Datuk Reina.

"Kenapa Reina?"soal Bonda Zahrah.

"Ben ni....saya suruh datang malam ni...tapi tulah saya contact dia berkali-kali tak jawab.Masuk harini dah dekat tiga hari dia tak balik rumah saya..bila saya tanya Dennis katanya Tuan Ben sibuk..."ucap Datuk Reina.

"Dia memang sibuk sangatlah tu..."ucap Bonda Zahrah.

Eva hanya memasang telinganya mendengar perbualan Bonda Zahrah dan Datuk Reina.

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada penganjur majlis.Eva keluar ke tandas dibahagian luar ballroom kerana tandas didalam ramai orang.

Tangannya dicuci dahulu sebelum keluar.Dia membetulkan selendangnya.Kakinya melangkah keluar dari tandas dan terpandang arah lobi.Dia nampak ada seseorang yang dia kenal sedang duduk.

Dia mendekati dan ya itu Ben.Kenapa dia ada dekat luar? Kenapa tak masuk ke dalam?.

Lelaki itu membelek telefon seakan tidak peduli yang dia berdiri di situ.

"Ben!!!"panggil satu suara.Ben mendongak dan pandangan matanya bertembung dengan Eva.

Seorang gadis yang berpakaian daring melepasi Eva.

Ben bangkit dan tersenyum pada gadis itu.

"Sorry tunggu lama ke?"soal gadis itu.Ben menyentuh wajah gadis itu sambil memerhati wajah Eva didepannya.

"Tak lama pun..I pun baru sampai... kebetulan... I ada event dekat sini...tu I telefon you..."ucap Ben dengan nada manja.

Eva mengalihkan pandangan.

"Event...tapi Kenapa you dekat sini instead at the event?"soal gadis itu.

Ben sengaja menguatkan sedikit suaranya.

"Argh.... Event tu membosankan...lebih baik I layan you...you pandai hiburkan I..."ucap Ben sambil tersenyum manis.

Eva mengenggam tangannya untuk bersabar.

"You ni kan...malu I Tau..."ucap gadis itu sambil menampar lembut pada bahu Ben.

Eva berpaling dan terus berjalan laju untuk masuk ke dalam ballroom.

Ben memandang Eva yang meninggalkan lobi.Gadis tadi berpaling ke belakang melihat gadis yang berabaya putih itu.

"Dah pergi...bermakna... rancangan kau berjaya ke?"soal Alice.

Ben tersenyum sedikit.

"Berjayalah...sebab aku guna khidmat pengkid macam kau ni...gelilah aku bila kau mengedik tadi..aku rasa kau kekalkan imej pengkid tu.."ucap Ben.

Alice menadah tangannya meminta sesuatu.

"Kau nak apa?"soal Ben.

"Kerja dah settle...bayarlah..."ucap Alice.Ben mengeluarkan telefon pintarnya dan menaip sesuatu.Alice melihat notifikasi masuk dan tersenyum lebar.

"Uish...banyak..lepas ni kalau ada kerja nak cemburu kan orang bagitahu aku.."ucap Alice.

"Dah...balik...aku tak nak tengok kau dekat sini.."ucap Ben menghalau Alice.

Alice tersenyum.

"Baik..bos...saya gerak dulu...pape roger..."ucap Alice terus meninggalkan Ben disitu.

Ben teringatkan Eva.Mungkinkah gadis itu sedang bersedih atau tidak?.

**********

Eva kembali duduk dikerusinya.Dia mencapai air dalam gelas dan diminumnya dahulu.Hatinya tak semena-mena panas melihat adegan mesra lelaki itu dengan gadis dilobi tadi.

Kerusi dihadapannya ditarik kasar oleh tangan yang tiba-tiba muncul.Lelaki itu duduk berhadapan dengannya.Tapi reaksi biasa lelaki itu seolah-seolah mereka tidak kenal.

Datuk Reina menghampiri meja mereka.Dia memandang anak bujang itu yang bertampal didahi.

"Ben... Kenapa dengan kepala kamu?"soal Datuk Reina.

Ben memegang kepalanya.

"Ahhh...tak ada apa-apa Ben terhantuk dekat pintu almari..."tipu Ben.

"Ishh...kamu ni...habis dah pergi klinik?"soal Datuk Reina.

Ben memandang Eva.

"Dah... Mama tak payah risau.. Ben okay..."ucap Ben.

"Okaylah makan dulu... Mama nak pergi jumpa vvip kejap."ucap Datuk Reina.

Ben mengangguk perlahan.

Kini tinggal dia dan Eva dimeja makan itu.Dia melantak dahulu makanan depan matanya.Eva bermain dengan jari jemarinya.Dia tahu apa yang jadi malam kelmarin amat menyakitkan buat Ben.

Eva berdeham.

"Kepala Tuan dah okay?"soal Eva.Ben meneruskan suapan pada mulutnya.

Lelaki itu memilih untuk diam.

"Kalau Tuan marahkan saya pasal malam tu...saya minta maaf..."ucap Eva.

Ben mencapai gelas air dan diminumnya.

"Pasal saya..."

"Kalau makan tak boleh bercakap..."ucap Ben keras pada Eva.

Eva seakan ditampar dengan ayat Ben.Dia menundukkan wajahnya dan tersenyum sedikit.

Ben mengelap mulutnya sebaik sahaja habis makan.

Eva sedari tadi hanyut dalam lamunannya.Dia tahu keadaan mereka sangat janggal.Ben bangkit dari duduknya.Eva memandang Ben yang berjalan keluar.

Dia turut bangkit dan mengikut langkah Ben.Dengan abaya yang labuh dan kasut tumit tinggi itu dia mengejar langkah Ben.

Malang untuk dia kali ini kasut tumit yang dipakai patah nasib dia tak jatuh.Dia memandang depan Ben sudah hilang dari matanya.

Dia mencabut kasut tumit itu dan terpaksa berkaki ayam sahaja.

Dia mencari dimana perginya Ben.Dia nampak kepulan asap berdekatannya.Dia melangkah mendekati Ben yang sedang berdiri sambil mengisap rokok.

Ben memandang Eva yang memegang kasut tumit ditangannya dan berkaki ayam.

But kereta dibuka dan dia mengeluarkan kasut sneakers miliknya dan diberi pada Eva.

"Pakai ni...walau besar sarung jelah.. daripada kau berkaki ayam.."ucap Ben meletakkkan kasut sneakers didepan Eva.

Eva memandang sneakers itu.Buat pertama kalinya Ben berkau aku dengannya.

Ben melihat Eva masih diam tidak bergerak.Dia menundukkan badannya dan menarik kaki Eva lalu disarungkan kasut tadi.

"Kasut yang baik akan bawa kau pada destinasi yang baik.."ucap Ben mengikat tali kasut itu.

Dia mengambil kasut tumit Eva tadi.

Ben meletakkkan dalam but keretanya.Eva berdiri memandang Ben yang seakan melarikan pandangan.

"Tuan tak ada apa-apa nak cakap dengan saya?"soal Eva.

"Cakap apa...? Bukan ke kau tak suka aku cakap dengan kau...so untuk apa aku cakap dengan kau..?"soal Ben mendatar.

Eva mengangguk perlahan.

"Takpelah....saya masuk dalam dulu..."ucap Eva.Ben memerhati saja gadis itu dari belakang.Bahu gadis itu jatuh seakan membawa beban yang berat.

Ben mengeluh berat.Dia memandang langit yang gelap itu sama macam hatinya yang gelap sekarang.Dia berjaya sakitkan Eva bermakna dia berjaya sakitkan diri sendiri jugak.

Ben menendang tayar keretanya.

Sabar....sabar Ben....dia sendiri akan cari kau....sabar...kau perlu sabar dengan dia dulu...

Sabar....sabar Ben....dia sendiri akan cari kau....sabar...kau perlu sabar dengan dia dulu... Ben sengaja nak tengok sejauh mana Eva perasan dengan kehadiran dirinya dalam hidupnya selama ini?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience