Bab 8

Mystery Completed 8041

Bab 8

Dian merenung wafiy yang sibuk bermain dengan rambutnya. Bukan sahaja sebal kerana izz menjadi penyelamat wafiy ketika serangan itu tapi penampilan wafiy turut berubah. Rambutnya yang ditocang dua kini dilepaskan membiarkannya terurai. Rambut wafiy yang ikal mayang itu yang dicemburuinya. pasti hati izz semakin rancak digoda melihat perubahan wafiy yang betambah cantik. Apatah lagi lebih cantik daripadanya!

"Dia tu langsung tak insaf ea?" dian mencebik. Fira dan hana turut sama mencebik dengan jengkel

Tiba-tiba hana memetik jari.
"Apa kata kita serang dia lagi. Serangan yang lagi advance yang takkan dia lupa sepanjang hayat!"

..

"Ini tipnya,"

Seorang lelaki menerimanya dengan senyuman lebar. Misai yang tumbuh sejemput diusap-usap.

"Beres" gadis itu pula tersenyum. Nampaknya lelaki di hadapannya boleh pakai.

Sepasang mata itu mencerlung tajam memerhati susuk tubuh dian dari jauh. Setiap bait perbualannya dengan pelajar lelaki senior di belakang kantin dapat ditangkap dengan jelas. Tak semena-mena dia berang kemudian lesap.

..

Izz berjalan kaki ke sekolah harini memandangkan kereta ibunya rosak. Sampai sahaja di perhentian bas sekolah, ramai pelajar menghurungi pagar. Masing-masing di bahagian belakang cuba melompat untuk melihat dengan jelas apa yang terjadi di sana. Ada yang menutup muka seakan tidak percaya dan ada pula yang sibuk mengambil foto kejadian.
Naufal yang kebetulan keluar dari kesesakan terlihat izz yang berdiri seperti patung lantas menariknya ke dalam lautan manusia itu.
Izz yang tidak tahu menahu akan situasi yang sedang berlaku berhenti pada pita kuning 'jangan melintas' dan kelihatan beberapa pegawai polis dan pengawal sedang mengawal keadaan.

Satu tubuh tergantung di pagar sekolah dengan hanya beberapa bilah tajam pagar menembusi dadanya. Matanya terbeliak serta lidah terjulur keluar memperlihat keseksaaan yang dihadapinya ketika sakaratul maut. Darah melimpah di seluruh tubuh.

Wafiy segera pergi apabila melihat tubuh itu dengan kerisauan. Dian yang muncul lewat mengetap bibir dalam kejutan. Faris mati selepas beberapa hari perancangannya untuk mengerjai wafiy dengan teruk.

..

Semua pelajar 5sains sibuk berdiskusi mengenai faris, pelajar 5 kemanusiaan yang terkenal dengan sifat playboy dan dikatakan sering terlibat dalam kongsi gelap dan gangsterisme. Masing-maaing mengutarakan spekulasi bahawa faris mati kerana bergaduh dengan kongsi gelap lain, dendam bekas teman wanitanya atau serangan 'ayam-ayam' yang 'diternak'nya secara haram.

"Aku macam tak percaya ada orang bunuh faris di dalam kawasan sekolah! Kau tak rasa gempak ker?" NAufal membuka cerita.

"Betul ke dia dibunuh? Mungkin dia dilanggar lori sehingga tercampak ke pagar?" Ally menbuat spekulasi sendiri.

"Boleh juga tapi aku dengar cerita, polis mengatakan tiada tanda-tanda pergelutan atau apa-apa kecederaan lain selain tikaman pagar-pagar tu,"

"Kes kali ni memang pelik dan menyeramkan! Dah lama jugak sekolah ni tak ada kes kematian sejak.."

"20 tahun lalu!" sambung ally dengan nyaring membuatkan pelajar lain penasaran termasuklah wafiy. Di wajahnya terukir kebimbangan yang amat sangat. Kemudian dia beredar entah ke mana menghilang dari kelas.

"Kau ingat tak berapa kes mati 20 tahun lalu?" Naufal menggeleng. Sejujurnya dia malas hendak mengetahui sejarah smk bougainvillea.

"2 kali dalam seminggu! kes bunuh diri pelajar perempuan yang duduk tempat wafiy tu dan kes pelajar lelaki kena langgar lari tercampak ke pagar sekolah! Kes itu betul-betul sehari selepas bunuh diri tu. Jangan-jangan perkara yang sama berulang kembali kut!"

MAsing-masing berpandangan sesama sendiri. Ada yang menggigil ketakutan. Hanya selepas kes bunuh diri itu, banyak kes mati dan bunuh diri berlaku selama 5 tahun kemudian jeda sehingga..

"Ini semua sebab wafiy!" HAna berteriak. Yang lain mulai setuju.
"Wafiy memang pembawa sial! Kalaulah dia tak kejutkan roh pelajar tu, pasti faris masih hidup sehingga sekarang!"

"KAwan-kawan berhenti! Kes faris mungkin kebetulan semata-mata. Bukankah faris pelajar bermasalah? Cuba bagitahu aku berapa kali dia masuk hospital kerana dibelasah? Tak terkira!" Jerit naufal sebagai satu-satunya yang tidak mempercayai cerita karut itu.

"Kebetulan? Dah terang lagi bersuluh perkara ini adalah dejavu. Kau nak tengok berapa ramai lagi yang mati supaya kau sedar bahawa wafiy dah memulakan siri pertumpahan darah ni?" Hana membidas.

"Aku yakin wafiy tak ada kena mengena dalam hal ni. Mungkin kalau korang tak percaya benda karut tu, huru hara takkan berlaku di sekolah kita,"

"Habis siapa yang nak dipersalahkan? Adakah pelajar bodoh yang bunuh diri tu? Ya... dia memang permulaan semua ni. Kalaulah pelajar tu mempunyai akal yang waras, pasti sekolah tak sekacau ni kan?" Keras hana.

Tiba-tiba lampu terpadam dan beberala saat kemudian menyala lalu terpadam sekali lagi dan berurutan bersilih ganti padam dan nyala. Pelajar perempuan menjerit ketakutan. Pelajar lelaki juga tidak kurang juga pucat hingga ke hujung kaki.

Setelah beberapa saat , keadaan kembali pulih. Hana menepuk-nepuk bibirnya kerana celopar.

"Ahhhhh!" Satu jeritan kedengaran dengan kuat dari entah mana. Semua pelajar menjenguk keluar dan kelihatan seorang pelajar perempuan jatuh terduduk sambil menggigil ketakutan di hadapan tandas wanita di antara blok c dan d. Guru yang berada berdekatan segera lari menerpa ke arahnya dan terus terkejut dengan apa yang dilihatnya dari mata kasar.

CIkgu zita menekup mulutnya melihat keadaan tubuh itu terduduk di lantai tandas sambil menghala ke arah pintu dengan mata terbuka dan kaki terkangkang. Darah masih ligat mengalir tidak putus-putus dari pergelangan tangan kirinya akibat luka kelaran yang sangat dalam. Di tangan kanannya jelas kelihatan menggenggam pisau lipat yang berkarat berlumuran darah.

Polis yang masih mengusahakan mayat faris datang untuk melihat mayat perempuan tersebut. Sungguh mereka tidak menyangka dua kes mati berlaku dalam sehari di sekolah yang sama. Dan mayat itu adalah Dian.

..

Soal siasat bermula dari guru, kakitangan pembersih dan rakan-rakan sekelas.

"MAsa tu waktu mata pelajaran sivik tapi cikgu tak dapat hadir. Jadi kami semua sibuk bercakap tentang faris"

"TIba-tiba lampu terpadam dan menyala berulang kali. Selepas keadaan menjadi normal semula, kami terdengar jeritan,"

"Saya tak sangka mangsa adalah dian. Dia adalah kawan baik saya! Saya tak perasan yang dia tidak bersama saya di dalam kelas,"

" masa tu saya tak tahan nak buang air kecil. Bila sampai sahaja di hadapan tandas, terus saya terkejut dan menjerit. Keadaanya sangat mengerikan dan memilukan. Sehingga ke saat ini saya masih mengingati wajah si mati. Terrific and horrifying!"

"Selain dian, wafiy pun keluar ketika tu"

"Wafiy baru pindah sini dan dah pandai menghuru-harakan kami. Sekolah ni ada sejarah silam di mana tempat duduk wafiy itu dulunya dimiliki pelajar bermasalah yang mati bunuh diri dalam kelas tu! Saya percaya wafiy ada kaitan dalam kes ni!"

"20 tahun dahulu, kes faris sama dengan kematian pelajar lelaki tu. Saya takut kalau-kalau roh si bunuh diri tu mula buat kekacauan terhadap sekolah ni dan dia mempergunakan wafiy,"

"Saya? Saya berjumpa guru kelas.."

Namun hasil siasatan polis, pisau lipat yang digunakan adalah milik mangsa. Investigasi masih diteruskan namun tidak dapat dirungkai terutama kes faris. Akhirnya dian dianggap bunuh diri dan kes faris hanya berlalu seperti angin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience