Bab 7

Mystery Completed 8041

Bab 7

Wani masuk ke dalam kelas dalam keadaan seragam pinafore-nya kotor dek lumpur dan tanah yang melekat. Sambil wajah ditundukkan sedikit, dia cuba menyembunyikan tangisannya daripada kawan sekelas. Semua mata memandang jelek atas dirinya. Tiada pula yang berasa simpati.
"Tengoklah dia tu, sudah berusia 17 tahun tapi masih bermain dengan kotoran lumpur seperti budak tak matang" ejek salah satu daripada mereka disusuli dengan ketawa. Farah tersenyum sinis. Puas melihat orang yang dibencinya dihina dan dipandang rendah atas hasil kerjanya.

"Kalau aku jadi dia, dah lama aku tamatkan riwayat aku! Malu!"
"Hold a minute guys! Bukankah seorang pelawak itu sangat terkenal dalam kalangan masyarakat tapi kenapa wani yang selalu buat kita ketawa tak pernah dijulang tinggi?"
"Sebab pelawak buat material hiburan tapi dia jadi material hiburan!"

Satu lagi gelombang tawa meriuhkan suasana kelas 5 sains. Sorakan ejekan boo tidak putus-putus menusuk raga dan jiwanya yang sedia ada lemah. Tidak lupa juga dengan gumpalan kertas yang silih berganti menerpa tubuhnya.

Wani menggigil kesejukan di hujung tepi kelas sambil menahan air mata daripada melimpah.

Azura masuk ke dalam kelas dan kebetulan harriz juga bangun dari ruangannya.

"Kawan-kawan, sudahlah tu! Korang tak rasa simpati terhadap wani ke? Setiap hari perlu belajar dalam keadaan jiwa terseksa. Peperiksaan sudah hampir tiba tapi kita sebagai senior sibuk menjatuhkan maruah orang lain,"
darah azura naik tidak keruan apabila harriz cuba mempertahankan wani. Wani dipandang dengan amarah. Syaitan sibuk memasang api dalan kebenciannya terhadap wani.
"Cuba korang bayangkan jika sisi wani bertukar tempat dengan sisi korang? Pasti terseksa bukan?" sambung harriz memecah hening.

Pelajar-pelajar lain tidak mempedulikan harriz sebagai ketua kelas. Harriz mengeluh dan memandang wani dengan simpati namun tidak bagi azura. Meluap-luap apinya setelah harriz sibuk memberi perhatian kepada wani sahaja.

"Azura, mesti kau sebal sebab terpaksa duduk di sebelah dia kan? Hari-hari berada di sisi seorang loser. Mana taknya, bukan ke itu mencalarkan imej kau sebagai top student di sekolah ni?" Soal farah dengan sinis.

Azura kalih pada harriz yang memandangnya. Tiada cara lain. DIa tidak mahu harriz menganggap dia sama seperti pelajar lain yang menari di atas kesengsaraan orang lain.

"Its doesnt matter as long as it not interrupt my studies right?" Katanya acuh tak acuh sambil memberi jelingan pada farah.

"Kalau aku jadi kau, dah lama aku pindah ke sekolah elit. AKu tak mahu satu sekolah dengan loser macam dia. Aku simpati terhadap kau azura," celah pelajar lain. Azura senyum menyenget.

"Sepatutnya kau mencontohi azura yang berhati baik dan bijak," harriz pula bersuara. PElajar lain sudah malas melayani harriz.

..

Azura menolak bahu farah ke dinding namun sempat dihalangi konco-konco farah yang setia di sisinya. Merah padam muka azura melihat farah yang selamba.

"Bodoh! AKu rasa kau tak perlu ungkit pasal aku terpaksa duduk di sebelah dia!"

"Apa? Bukan ke harriz bangga dengan prestasi kau sebagai salah satu pelindung wani selain diri dia sendiri? Kau taknak harriz pandang serong dekat kau kan?"

"MEmang! Tapi keputusannya sama. Dia tetap mempertahankan wani, wani dan wani!"

Farah ketawa kecil

"HAnya sebagai the protector of the loser je bukannya the lover of the loser,"

"Hanya sahaja? Macam mana kalau dia benar-benar tangkap cintan dengan wani? Macam mana kalau dia tinggalkan aku sebab wani? Apa kata budak-budak lain kalau hubungan aku dan harriz putus sebab wani?" Soal azura dengan lantang sehingga terduduk. Tangannya mula menggigil. Dia tidak sanggup kehilangan harriz yang telah menjalinkan hubungan dengannya selama 2 tahun dan paling hebat, satu sekolah tahu pelajar terbaik sekolah bercinta dengan pemain bola sepak terbaik sekolah itu!

di mana dia ingin meletak muka jika orang lain yang menganggapnya sekutu dengan harriz sebagai anti buli tiba-tiba berpisah kerana orang ketiga. Dan orang ketiga itu pula adalah orang yang dilindunginya! Maksud aku, pura-pura!

"Jangan risau azura. Aku akan pastikan harriz takkan pandang wani atau mana-mana perempuan lain selain kau. AKu akan buat hidup wani bertambah perit sampai dia keluar dari sekolah ni," janji farah sebagai hieraki yang mengetuai aktiviti buli secara mental di sekolah.

Azura tersenyum. Dia yakin farah akan membantunya. Dia mesti yakin meski perlu berlakon baik dihadapan wani dan semua orang.
..

"Apa?"

HArriz merengus kasar apabila terpaksa mengulangi ayatnya berkali-kali kepada azura.

"Jom kita rehat sama-sama dengan wani setiap hari,"
Azura melopong. Dia tidak menyangka harriz akan mengambil langkah yang lebih dekat dengan wani.

"Kenapa diam? Tak sudi? Tak sudi rehat dengan pelajar yang sering dibuli? TAkut reputasi menurun?" azura dilanda dengan soalan cepumas yang membuatkan dirinya hilang arah. Dia perlu mencari alasan.

"Bukan! Sudi je. CUma..."

Harriz menanti.

"Cuma waktu rehat sajalah waktu saya ada untuk kawan-kawan saya. Saya kan selalu sibuk belajar dan mengadakan tutor"

HArriz mengeluh.

"Apa kata awak ajak kawan-kawan awak bergaul sama dengan wani. boleh kita buka kelab anti buli di sekolah. Bukankah nanti semakin ramai pelajar tidak memandang rendah pada wani lagi?"

Azura diam. Dia menggeliat cuba mencari alasan yang lebih relevan.

"Atau, kawan-kawan yang awak maksudkan itu adalah farah dan gengnya?" Suara harriz bertukar keruh membuatkan azura tidak keruan.

"Baiklah, saya akan ikut awak rehat sama-sama dengan dia, ok?" AKhirnya dia terpaksa bersetuju demi harriz.

Harriz teruja apabila azura bersetuju.

"Jangan sesekali berdua-duaan dengan dia jika saya tiada bersama!"

HArriz ketawa terbahak-bahak. Pandai pula kekasih hatinya cemburu.

"Jangan risau cik jantung hatiku. Awak risau saya main kayu tiga ye? Saya takkan buat macam tu! Itu janji saya sebab saya terlalu sayangkan awak. soal wani, saya cuma kasihankan dia, tak lebih dari itu,"

Azura tersenyum puas. Nampaknya harriz belum lagi ada menanam rasa hati terhadap wani.

Tapi... harriz, adakah kau pegang janji kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience