Bab 1
seawal jam 6 Sudah terpacul di hadapan pagar sekolah. keadaan yang gelap dan suram di setiap blok bangunan tidak menyeramkan lagi buatnya. Pelajar lelaki yang rambutnya terjuntai sedikit ke dahi itu menyinsing beg sandangnya sambil merengus kasar. perlahan-lahan langkah dibuka menuju ke perkarangan sekolah. Sebaik saja tubuh melepasi pagar sekolah, dunia luar merupakan dunia terlarang. Dia menoleh ke belakang. kereta honda sivic putih itu meluncur laju meninggalkannya. DIA merengus lagi sambil menyisip rambutnya yang terjuntai ke telinga.
Bau asap rokok pak guard dapat dihidu. Ah, dia paling benci bau rokok dan paling pantang ternampak orang merokok di hadapannya. Pelajar lelaki itu berjalan menuju ke kantin. Kantin kelihatan suram dengan hanya bercahayakan satu lampu pendaflour yang terpasang. Bunyi cengkerik dapat didengari dari corong telinganya. Maklumlah, sekolah itu berada di kawasan bukit.
Izz menyentuh-nyentuh meja di kantin dengan jari jemarinya. meja yang berdebu dia tinggalkan. Perkara kedua dia paling benci adalah debu. DIa bukanlah neat freak. PAkaian seragam tidak pernah kemas. Baju tidak tie-in dan tergantung longgar. Boleh dikatakan pelajar bermasalah tapi rekod disiplin bersih.
Setelah menemui meja yang berkenan, dia duduk dan meletakkan beg sandangnya ke atas meja. Dia meletakkan kepalanya dia atas meja dan mula menutup mata. tidak lama selepas itu bunyi dengkuran kecil kedengaran. Dia terlelap dalam kegelapan di hujung kantin.
..
Izz membuka mata perlahan-lahan. kElihatan ramai pelajar sudah memenuhi kantin memandangkan waktu sesi persekolahan akan bermula 20 minit lagi. Dia memandang ke luar. masih mamai dan samar-samar. Seorang gadis bertocang dua dipandangnya. Putih mulus pelajar itu. Dia menoleh ke arah izz. Izz kembali menutup mata.
"WEy izz bangun!"
Tubuh izz digoncang dengan kuat. Izz masih terlelap. malas hendak melayan pelajar itu barangkali.
"TIDur mati ke mamat seorang ni?" Suara yang lain kedengaran. Pemilik suara itu mencucuk-cucuk tubuh Izz yang kaku namun masih tiada respons.
"Innalillahi wainna ilaihi rajiun! KAwan-kawan, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Arwah dulu nakal orangnya! Al-Fatihah," suara yang sama sengaja melantangkan suaranya apabila menyebut al-fatihah. Izz bingkas bangun akibat terkejut. Dia memandang sekitar dan melihat tiga rakannya sedang mentertawakannya. Izz merengus kasar. Perkara ketiga dia tidak suka adalah menjadi bahan orang. Sangat tidak sopan dan hendak dipijak berjemaah!
"Korang ni kacaulah! aku tengah mimpi sedap-sedap. Cuba kalau orang kacau kau tengah tido? Tak ke bengang?" Bentak izz sambil menolak Ally dengan kasar sehingga dia terjatuh. Kini Ally pula dijadikan bahan ketawa. Ada juga memandangnya dengan kasihan. almaklumlah, Ally Iskandar, pelajar popular di sekolah dengan rekod cemerlang dalam sukan bola keranjang. Beribu peminat di laman sosialnya namun perangai tidak ubah seperti hantu kopek!
Ally merungut sakit namun dia tidak marah. Dia faham benar sikap kawannya itu. Pantang diusik. usik sikit kena belasah, gurau sikit, kena tumbuk. Macam manalah izz ramai fangirl? Sudahlah pemarah, suka cederakan orang pula tu.
"Sudah! loceng sekolah dah berbunyi tu. Nanti lambat pula masuk ke kelas. Izz, baik kau cuci muka kau, sudah serupa monyet tak mandi saje," pintah syira menayangkan muka geli. Izz acuh tak acuh.
Izz bangun dan meninggalkan ally, syira dan naufal.
Izz melihay wajahnya di cermin. Izz mencebik. muka sebegini dibilang macam monyet tak mandi? Memang low judging betul minah tu! Muka bergaram lepas baru bangun tidur sebeginilah menjadi kegilaan ramai perempuan. Tengok tak rancangan hiburan korea yang menyiksa artis terkenal tu? elok je muka walaupun baru bangun tido dirakamnya.siap dikatakan comel oleh hard die fan di luar sana.
Izz tersenyum sinis dan membasuh mukanya. Air yang menyerbu wajahnya terasa segar sekali. Izz menggeleng dengan laju membiarkan inersia memainkan peranannya mengusir air dari wajah dan rambutnya. wajahnya putih berseri. dia bangga dikurniakan wajah yang kacak. tidak hairanlah ramai pelajar perempuan menggilainya namun ally mengalahkannya. Ally tinggi dan berotot. Dia? Kurus dan biasa biasa saje.
Dari ekor matanya, dia dapat melihat refleksi seorang pelajar bertocang dua melalui ceemin. Gadis itu ralit memerhatikannya namun cepat-cepat berlalu pergi apabila sedar dirinya kantoi stalk anak teruna orang. Izz tergelak kecil.
"Hai, izz. Susah betul hidup kau jadi orang yang kacak. Semua gadis pandang kau, semua gadis sukakan kau. beruntungnya kau kan?" Izz bermonolog dengan diri sendiri sambil menilik wajahnya. Setelah puas, dia beredar. Dari jauh dia ternampak gadis bertocang dua itu. agak rendah dan berkulit putih. uniform yang dipakai pada tubuhnya kelihatan lusuh. Wajahnya pula pucat macam tak cukup darah. Izz tidak berfikir panjang. menebak bahawa pelajar itu berketurunan barat ataupun asia timur.
..
Izz masuk ke dalam kelas dengan selamba. Tidak peduli dengan cikgu yang sibuk mengajar di hadapan. Dia meluru ke ruangannya di belakang sekali sebelah ally. Ruangan sebelahnya pula syira dan naufal. Di tepi kelas pula...
Perempuan bertocang dua itu! Tidak pernah nampak pula pelajar itu selama ni. PElajar baharukah? Memang sudah lama juga ruangan itu tidak dihuni. akhirnya ada juga yang sudi mengisi kekosongan itu.
Izz memandangnya dengan agak lama.
Wajahnya keruh memikirkan sesuatu. Ruangan itu sepatutnya tidak boleh diduduki oleh sesiapa pon!
Share this novel