Bab 16

Mystery Completed 8041

Bab 16

Gambar itu memang serupa dengan wafiy namun namanya berbeza.

"Wani syawafiy," sebut naufal. Kemudian dia baca nota tinggalan yang tertera di bawah namanya.

Wani syawafiy binti amiruluddin
-27 april 1995, semoga tenang di sana-

Dia yakin, inilah pelajar yang mati bunuh diri tu! Wajahnya serupa dengan wafiy. Ah menyesal pula tidak mempedulikan wafiy ketika dia sedang memperkenalkan diri. adakah namanya wani syawafiy juga? Dia keliru mahu percaya atau tidak. Semua kejadian yang menimpa di sekolah sejak kehadirannya itu ada kaitan dengan dia ke? Adakah wafiy jelmaan wani syawafiy? Dia serabut. Tapi lebih serabut apabila pelajar bernama harriz itu ditenung.

"Izz, bila masa kau ada kembar 20 tahun dahulu? Kau pun sama hantu ker?" bisiknya perlahan. Gaya rambutnya mungkin berbeza tapi wajah mereka sama. Mata besarnya, hidung mancung dan bibir yang kecil. Sebijik macam izz. Nama pun lebih kurang. Izz adalah Izz harriz. Manakala harriz itu hanya harriz. Seorang ketua kelas 5sains 20 tahun lalu.

Dia kembali melihat gambar-gambar pelajar yang lain. Manalah tahu ada yang serupa dengannya atau ally atau syira. Tiada. Hanya wafiy dan izz. Ah apakah semua ni! Kemudian dia tertarik pada seorang pelajar perempuan yang berwajah seperti cina sedikit. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. Di mana dia pernah jumpa perempuan ni?

"Farah ...."

Cikgu zita terduduk sambil memegang surat khabar yang menarik perhatian untuk dibacanya. Dia hampir menangis. Mengapa dia tidak tahu semua ni. Memang ada hikmahnya dia ditugaskan membersihkan stor majalah. Dia kembali merenung artikel yang dipegangnya.

"30 april 1995, smk bougainvillea, 3 pelajar 5sains ditimpa nasib malang pada masa yang sama di smk bougainvillea. Pada 27 april, seorang pelajar perempuan, wani syawafiy, 17, tertera pada gambar sebelah kanan, membunuh dirinya sendiri bersenjatakan pisau lipat di dalam kelasnya sendiri. Saksi mengatakan dia seperti dirasuk sesuatu dan menjerit menyalahkan semua orang sebelum bertindak mengelar tangan kirinya menggunakan pisau lipatnya secara agresif. Motif pembunuhan adalah akibat stress.." sebelum meneruskan bacaan, cikgu zita meneguk air liur kering. Gambar berukuran pasport itu memang menjelaskannya segala. Dadanya berkocak hebat.

"Pada hari berikutnya, satu kejadian langgar lari melibatkan pelajar lelaki 5sains bernama harriz, 17, mengejutkan satu sekolah. Mangsa dikatakan dilanggar lori hantu yang kini telah diharamkan di kawasan sekolah tercampak ke pagar sekolah lalu membunuhnya ketika hendak pulang dari kelas tambahan," cikgu zita teringat akan kejadian faris. Memang serupa seperti apa yang para pelajar katakan.

"seorang pelajar perempuan bernama nik azura, 17, daripada kelas yang sama dilaporkan hilang setelah dituduh merupakan dalang bunuh diri wani syawafiy,"

Cikgu zita memegang dada. Lantas dia keronyokkan surat khabar tersebut. DIa perlu segera mencari izz.

"Naufal!"

Naufal terkejut dan lantas memandang gurunya yang panik.

"Naufal, wafiy tu... wafiy tu..." cikgu zita tergagap-gagap dan menggeletar. Matanya cepat menangkap majalah yang dipegang oleh naufal lantas dia merampasnya dan membelek halaman kelas 5 sains.

Ya dia pasti. Wafiy serupa dengan wani. ini maknanya izz dalam bahaya. Namun sebelum dia menutup semula buku tersebut, matanya membulat pada gambar perempuan yang lain. Dia kenal benar wanita itu. Begitu juga dengan namanya. Pasti dia tahu pasal 3 pelajar itu. Dan dia pasti tahu jawapannya.

Bamm!

Cikgu zita dan naufal terkejut dek pintu stor ditutup dengan kasar. Susuk seorang wanita kelihatan samar-samar kerana cahaya tidak mencukupi.

mata wanita itu merampas majalah yang dipegang oleh cikgu zita. Dia mengetap bibir . nampaknya mereka sudah tahu kebenarannya. Pisau dikeluarkan dari belakang badannya. Dia memang sudah lama perhati mereka berdua Dan tak sangka segalanya akan berakhir seperti ini. Dia tidak ingin sesiapa membongkar rahsia itu namun dia perlu bertindak cepat. Sasarannya adakah wafiy tapi zita dan naufal boleh juga.

Cikgu zita merenung pisau yang dipegang oleh wanita tersebut. lantas dia menarik naufal berlindung di belakangnya.

"engkau? Apa yang kau nak buat dengan pisau tu!" Jerit cikgu zita dengan suara yang sedikit bergetar akibat takut. Wanita itu ketawa sinis.

"nak bunuh kau lah! Dah lama aku cari buku tu tapi tak jumpa-jumpa. Memang siallah korang jumpa dulu!"

Naufal yang berada di belakang cikgu zita menoleh ke belakang mencari senjata yang boleh digunakan. Kayu kecil yang runcing di bahagian tepinya di ambil dengan laju dan disorok di belakang badan. Kalau suasana tidak dikawal, dia akan gunakan untuk mempertahankan diri.

Cikgu zita berganjak dari tempatnya melulu ke wanita itu secara mengejut. Cuba merampas pisau itu.
Tiba-tiba dirinya rasa tidak dapat bergerak. CIkgu zita pandang ke perutnya. Darah melimpah dengan giat dari tusukan pisau yang sekilas itu. Niatnya hendak merampas tapi akhirnya ditikam. Kesakitan mulai di rasai. Dia jatuh terbaring. Kesejukan di kaki mulai dirasai.

Naufal bungkam melihat cikgu zita terbaring tidk bernyawa. Dia kaku tidak tahu buat apa-apa. Wanita itu berjalan cepat ke arahnya. naufal segera membuka langkah. Kayu yang tajam itu dikeluarkan hendak menikam wanita itu. Tangannya memegang tangan wanita yang memegang pisau dan cuba menahannya dari tertikam di dada.

"Mampus, perempuan ni ada kuasa kuda ker!" Bisiknya. Tenaganya semakin lemah kerana penat mengemas. Tangan lagi satu cuba menikam wanita itu namun turut ditahan. Pergelutan semakin tidak dapat digambarkan. Tiba-tiba naufal terasa sakit di perutnya. Perlahan-lahan dia melepaskan genggamannya. Darah likat melimpah keluar. KAyu tajam yang menikam dirinya dikeluarkan. Ah sakit!

Wanita itu mengundurkan dirinya. Dia puas apabila dia berjaya memanipulasikan senjata naufal kepada empunya. Senjata makan tuan.

NAufal semakin lemah. Nama cikgu zita dipanggil berulang kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience