Bab 5
Ally mengubah gear motornya untuk melalui selekoh di simpang empat. Setelah pulang dari sekolah, ibunya terus menyuruhnya membeli barang dapur di kedai runcit mariam. Macam-macam yang dimintanya sehingga kena buat senarai panjang.
Sos kimball besar
kicap manis kipas udang
Maggi kari
Bawang besar, pala, lada merah, lengkuas dan macam-macam lagi bahan yang dia tidak kenal.
Aris, abang ally hanya duduk bersantai menonton sukan w.w.e nya itu. Tak puas hati betul! Orang tua tu ada, kenapa tak suruh aje dia membeli barang? Motor sudah terpacak di garaj hanya tinggal masukkan kunci saja. Alasan, penat, baru habis semester, berfoya dahulu. Ibu pun sokong anak kesayangannya itu. Dimanja dan diutamakan sehingga naik bulu mamat tu.
Ally fokus mengemudi motor ex5 nya. Motor itu merupakan hadiah arwah ayah kepada aris namun aris sedekahkannya kepada ally dan ibu menentang. Takut motor itu di salah guna merempit dan rosak sebagainya.
Ally memusingkan badannya ke kanan untuk membelok, kemudian
Ally
Siapa?
Ally hilang kawalan. Tadinya hendak pusing ke kanan kini automatik tangannya menggigil di luar kawalan. Panggilan itu jelas kedengaran di corong telinga siap ada hembungan angin sepoi-sepoi bahasa singgah ke pipi nya namun tiada sesiapa. Di belakang pun tiada kenderaan lain selain dirinya.
Kereta yang entah dari mana, datang dari arah bertentangan meluncur laju tanpa membrek pun. Ally tidak mampu mengawal motornya lalu..
Bammm!
Kereta itu tidak berhenti sama sekali sedangkan jelas-jelas lelaki berumur 17 tahun itu melintasi atas keretanya bersama motor yang entah ke mana. Ally terbaring terbiar di jalan raya. Darah pekat mengalir dari kepala. Kulit tangannya terseret sedikit. Ally tidak mampu melihat lagi. Pandangan semakin lesap dari retina.
Menyesal.. menyesal tak pakai topi keledar. Malang tidak berbau. Jika berbau, pasti dia akan lebih berhati-hati. Dia mulai pengsan dengan diiringi suara gadis memanggil namanya terngiang-ngiang di dalam kepala.
..
Keadaan di luar ruang ICU sangat tegang. Masing-masing mundar-mandir berkumat-kamit berdoa agar ally selamat. Air mata silih berganti tidak kira tua muda kawan atau lawan.
Izz dan naufal yang mendengar khabar izz dikejarkan ke hospital segera bergegas ke hospital selayang. Mendengarkan ally kecelakaan ketika menunggang motorsikal, mereka berdua sanggup menahan teksi meskipun mahal kadar tambangnya asalkan nyawa lebih terjamin.
Ally kehilangan banyak darah akibat kelewatan dihantar ke hospital.
Sangat tidak berperikemanusiaan. Ally terbiar di atas jalan bertar untuk jangka masa yang lama menanti kereta atau motor yang melalui kawasan tersebut untuk menyelamatkannya. Dia sungguh malang apabila tercampak ke sisi jalan bersemak manakala motornya berada di tengah jalan raya. Mujur ada pengutip sampah menemuinya. jika tidak...
Keadaannya sangat parah. Kulit tangan kirinya tercalar dengan luka di kaki dan muka. Kepalanya turut tidak lupa meninggalkan luka yang besar.
Daun pintu dikuak. Semua orang tertumpu pada lelaki berkot putih itu. Wajahnya tenang tanpa dapat dibaca. Inilah taktik kotor seorang doktor. Pandai mengawal riak wajah yang menimbulkan persoalan yang bermacam di minda ahli keluarga pesakit. Sangat hebat mengalahkan pelakon yang tidak tahu berlakon di luar sana tu!
Doktor menerangkan keadaan ally yang semakin stabil setelah transfusi darah dilakukan.
Izz melepaskan nafas kelegaan. Serempit-rempit ally, akhirnya mencium jalan raya jua.
Di hujung koridor, senyuman sinis terpamer pada wajah bayangan itu. Disebalik kawasan yang gelap itu, dia kusyuk memerhati ahli keluarga ally yang terseksa. Dia berasa seronok melihat seorang lagi terseksa kemudian seorang lagi dan seterusnya sehingga dia puas.
"Izz"
Nama izz terbit dari hujung bibirnya.
..
Ally duduk bersantai di atas katil hospital sambil melihat telatah rakan-rakannya yang kusyuk melihat balutan kain di kepala , tangan dan kakinya.
"Ally, kau apa khabar?" Soal naufal sambil meletakkan sebakul buah di sisi ally.
"Baik jer. Terima kasih sebab datang melawat aku hari ni walaupun kelas tambahan banyak," jawabnya dengan hati yang sedikit serba salah.
Syira menepuk bahu ally sehingga dia tersodor ke hadapan.
"Macam mana kau boleh accident? Bukan ke kau pro bawak motor? Malulah kalau peminat tahu fasal ni. Tengok muka kau tu, habis calar-balar. Hilang kehenseman!"
Gurau naufal sambil menyentuh-nyentuh wajah ally namun ditepis.
Ally diam seketika. Dia tidak tahu hendak menerangkan hal itu kepada rakan-rakannya kerana semuanya tidak masuk akal! Takut difitnah berhalusinasi ataupun dianggap gila.
"Aku hilang tumpuan jer" tipu ally setelah berfikir lama.
" macam mana boleh hilang fokus? Ni mesti ada awek hot kat tepi jalan, kan? HAhahaha!"
Orang tengah sakit-sakit, seronok pula dia mentertawakan aku. Lambat laun kau pula terlantar di hospital! Haish ally, jangan doakan keburukan orang!
"Sudahlah kau naufal. Kalau nak datang sini mentertawakan aku, baik kau blah. Kesian syira. Bukan ke waktu sekarang ni kau orang tengah bersweet-sweet tepi sungai gitu?"
Syira mengetap bibir. Mukanya merah menahan malu.
"Tak guna kau ally!" Marah syira lantas keluar dari wad. Naufal tidak teragak-agak mengejarnya.
Izz dan ally memandang sesama sendiri sebelum ketawa terhambur keluar. Lucu melihat pasangan itu.
"Sweet betul aku tengok budak berdua tu. Rasa macam nak baling dengan lesung batu," kata ally menghabiskan sisa tawanya.
"Biarkanlah mereka berdua. Orang dah hepi bercinta. Kita ni bila lagi?"
Ally mengiyakan kebenaran fakta yang pahit itu.
"Sebenarnya, apa dah jadi kat kau?" Tanya izz. Dia dapat merasakan sesuatu.
Ally terdiam. Lama dia memikirkan sesuatu.
"Aku.."
"Aku terdengar orang panggil nama aku tapi berbisik. Aku tercari-cari empunya suara tapi tiada siapa. Tiba-tiba ada kereta langgar lari aku. AKu tak sedar,"
Izz memandang ally dengan serius.
"Betul ke tiada sesiapa?"
"Betul! Sumpah! Aku yakin ada orang sebut nama aku," suara ally sayu. Dia takut izz memandang serong terhadapnya.
"Sebenarnya, kejadian aku pengsan tempoh hari, aku juga mengalami perkara yang sama dengan kau. Ada orang panggil nama aku berulang kali. Dan aku..."
Kata-katanya terhenti. Bayangan menyeramkan itu kembali berputar di mindanya.
"Dan aku nampak 'benda' tu,"
"Apa maksud kau dengan 'benda'?" Ally dah mula seram sejuk. Air liur kering ditelan.
"Takde apela" izz cuba mengelak.
"Takpe, aku percayakan. Aku rasa kisah aku dan kau berkait rapat. Dan aku rasa mungkin ada 'benda' sedang ganggu kita. kau kan tahu sekolah kecoh pasal wafiy,"
Semangat izz luntur apabila mendengar nama itu
"Sudahla. Aku taknak percaya benda karut tu,"
Ally mengeluh. Dia yakin semua ini berkait antara satu sama lain. Dia percaya perkara ini akan berulang cuma tidak tahu masa dan tempat.
Share this novel